Followers

Friday, January 31, 2014

3 Kali Kaut UNTUNG Minggu Ini




Salam,

Minggu ini prestasi memang OUTSTANDING. Minggu ini sahaja GV6 close profit sebanyak TIGA kali. Lihat sendiri carta dibawah.

 Klik Carta Untuk Paparan Lebih Besar



Klik Carta Untuk Paparan Lebih Besar



Ketika ini, masih ada satu trade lagi sedang dibuka. Saya jangkakan GV6 akan close kali ke EMPAT untuk minggu ini. Tungguu...


GV6 telahpun mencapai keuntungan MENGHAMPIRI 50%.


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

Profesor Temberang (Part 3)

Profesor Temberang (Part 3)

Ketika perasmian produk ni aku ada disitu kerana dijemput sebagai saksi. 
Kenapa ek?....

Penyanyi rock otai amy search pun ada. Masa tu dia orang buat perasmian kat sebuah hotel sekitar jalan ampang. Aku perati jer dari jauh perangai 'gedik geli' mangkuk ayun ni. Aku cuma salam kenal dengan anak perempuannya

Hampir 90% produk dalam botol tu rosak! Saper yang tanggung rugi? Mangkuk ayun tau nak duit... duit...duit. Kerugian org yang tak nak amik tau

 Amy Search menjadi duta produk one drop sweetener (klik)

 Apa yang telah terjadi pada kesemua produk dan syarikat yang mangkuk ayun ni buat kat belakang rumah dia? Kesemua syarikat dibawah ni dah tutup kedai!

1. Syarikat Manis Global SB -  Produk yang dilancarkan 90% rosak (macam ada cacing dalam air tu. Minta maaf pada semua kerana aku dah buang bukti kerana produk tu berbentuk botol kaca dan aku terlupa nak amik gambar). Sykt ni rugi ratusan ribu hengget

Amy search yang tak tau apa-apa pun tercalar imejnya sebab jadi duta produk
Cipet aar lu mangkuk ayun. Profesor dan doktor konon...



2.  One drop sweetener - Produk rosak dan syarikat dah tutup kedai

3. Produk sweetnano - Bangkrap! (Aku tau banyak cerita syarikat ni. Mamat Roller Coaster adalah mastermindnya)

Aku memang suka follow perkembangan prof dr mangkuk ayun ni. Siapa saja yang dapat duduk berbual dengan dia kalau ilmu tak cukup, seluar dalam kita pun dia boleh jual

Tunggu pendedahan seterusnya bagaimana dia ni mabuk Absolute Vodka kat club desire..


 Aku nak ulang sekali. Aku dengan mangkuk ayun ni takde masalah peribadi langsung. Dia takder hutang dengan aku dan aku takder hutang dengan dia. Tapi bila aku dengar dia dah start balik dia punya temberang kat market aku tak bleh blah sebab ramai yang akan tertipu lagi
Part 4


Wednesday, January 29, 2014

Saya Bukan Duta GOLD V6!

Saya Bukan Duta GOLD V6!


 Assalamualaikum w.b.t. kepada semua para pembaca blog uncle dan warga Gold V6.

Pada awal tirai tahun 2014 ini sangat mencabar, pelbagai ujian yang saya tempuhi. Baik ujian exam dan ujian dariNya. Alhamdulillah semua telah berjaya saya tempuhi dengan redha. Untuk makluman pembaca semua, saya baru sembuh dari demam denggi hampir seminggu. Mujurlah kena selepas exam. Walaupun menghadapi ujian getir, namun kemanisan rezeki yang dikurniakan olehNya sangat bererti. Dalam masa sakit, sempat juga belek-belek hp melihat prestasi produk Gold V6 berlayar di lautan forex.


Cuba tuan/puan/saudara/saudari fikirkan, dalam keadaan saya sakit dan tanpa perlu berkerja part time, saya masih boleh mendapat rezeki dariNya melalui perantara Gold V6. Syukur kepada Allah yang Maha Pemurah kepada hambaNya. Sepanjang bulan Januari bermula 9 Jan trade sehingga 27 Jan dengan margin USD 5k dan penambahan USD 2k pada 21 Jan, jumlah profit yang di hasilkan oleh Miliun Gold V6 adalah USD 1475.93, jadi saya telah dapat 40% daripada jumlah terkumpul tersebut iaitu USD 590.37.


Klik imej untuk lebih besar

Carta Prestasi Dikemaskini sehingga 28 Jan 2014 sekitar pukul 5.14 pagi


Memang tak terfikir selama ini boleh dapat duit sebanyak tu dalam sebulan. Bagi saya ckup banyak. Tapi janganlah kita sesekali lupa akan rezeki yg kita peroleh, sebagai orang islam memang kita digalakkan memberi. Pengalaman produk Miliun saya cuma dua sahaja iaitu GOLD dan GOLD V6. Apa yang saya boleh katakan, untuk produk GOLD V6 memang terbaik dalam landasannya dan sentiasa membuat saya tersenyum. Tiada sekelumit perasaan takut atau sedih ketika melihat prestasi GOLD V6, malah saya dengan yakinnya membuat suntikan modal ke margin. Pada pendapat saya, inilah mekanisme terbaik yang boleh membantu menjana pendapatan sampingan setiap bulan dalam keadaan ekonomi begini. Para pembaca yang dikasihi, anda nilaikan sendiri. Saya bukan cakap kosong, baca saja artikel2 sebelum ini berkaitan prestasi GOLD V6. Saya bukan duta GOLD V6 atau dibayar untuk memuji-muji tapi apa yang saya nyatakan adalah kebenaran dan kenyataan ikhlas.

 Helmy


Buat team admin GOLD V6 terutamanya En Mizi, Uncle, En Dzoul, cara kerja anda semua sangat profesional dan terbaik. Maaf sekiranya saya lambat memberi dokumen atau lain2 yang diminta. Saya akui kesilapan diri sendiri. Dan kepada semua warga GOLD V6 yg dikasihi, moga-moga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya. Amin.

Helmy
Peserta Kelima

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

Modal Pun Tak Terusik...

Modal Pun Tak Terusik...


Assalamualaikum...salam hormat dan salam sayang buat uncle dan semua pembaca@bakal-bakal trader...

Klik imej lebih besar

Carta Prestasi Dikemaskini sehingga 28 Jan 2014 pukul 5 pagi


Ini adalah artikel kedua sejak pertama kali aku join bengkel ke3 hujung tahun lepas... lama dah join tapi belum pernah trade sebab belum ada modal... sebenarnya aku sekarang berada diambang muflis, setiap bulan aku terpaksa habiskan hampir semua gaji untuk bayar hutang... selebihnya tu buat mkn pakai anak bini dan keperluan harian... cukup-cukup makan jer bro...

Forex...aku pernah rugi hampir RM10k dulu... lama juga aku tutup buku adalah 2tahun sudah... mmg serik... tp sebab promosi yg masyukk dari blog uncle nie... aku jadi teringin nak mencuba lagi... modal boleh cari cuma cepat atau lambat jer... so aku cepat-cepat g jual van buruk aku buat modal join group3... haha... ikut suka hati aku jer... harta aku apeadehal... hehe... aku nampak potensi forex ni sebab tu aku brani buat... tambah pulak uncle yang jadi kepala... bukan calang orang berani buat apa dia buat bro... kalau ada kesempatan teringin juga aku nak menuntut... hehehh...

Ader citer masa bengkel3 haritu, terkena aku... taktaulah kebetulan atau hakikat... nadanya macam bergurau... tapi apa uncle cakap betul2 jadi bro... aku rasa uncle ni hari2 minum air laut kot... sebab tu mulut masin... tapi kat janda atas bukit tempat jin bertendang nu mana ada laut... hahaha... nasihat ikhlas aku buat uncle : uncle jgnlah byk sgt makan garam ye... lebih-lebih lagi yang jenama gudang garam tu... tak elok tuk kesihatan uncle... hehehe....


Papepun memang aku respek kat uncle n abah... aku pernah jugak follow program abah kat janda dulu... serba sikit taulah cerita family abah n uncle nie... oleh yang demikian tak perlulah rasanya aku nak pertikai apa-apa plan yang beliau buat jika niatnya LILLAHITA'ALA... aku percaya uncle bukan jenis orang-orang yang 'nakal' heheh... cer ingat masa dapat kek besday bengkel3 haritu... uncle terus suap bagi kita semua rasa... bagi aku... macamtulah ciri ketua yang baik dan adil... berbagi sama rata sama rasa...walaupun sikit... kann... melalut jauh sudah aku nie...huhu...sori bro...

Seterusnya mana nak cari modal start trade? Aku ada plan nak jual kete aku pulak...haha... sampaikan kete dah letak kat kedai...tapi atas sebab teknikal tak dapat nak jual...huhu...sebab tu juga sampai sekarang ni akupun tak tau mana nak cekau modal...walawee...

satu hari peserta group3 dah mula left group sbb bertukar robot silver kepada gold v6... tinggallah kami2 yang bermasalah... Aku pikir xpelah belum rezki aku kot... nanti mesti ada jalan lain cari modal... tapi ada juga rasa sikit down bila org2 kuat group3 mula left group... kak ezan left... sifu left... tok wan left... 'see u at v6 katanya...' hmmm..... sunyiii trus dlm group3 haritu...

 





"Siapa bro noh? Siap sedia minggu depan kapal anda akan belayar, kawan2 lu dari group3 yang plan infak membantu lu..." kata uncle... huhu... speechless... xtau nak cakap camana masa tu... macam-macam perasaan ada... terharu, malu, sedih, gembira, risau... "Sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima..." bergenang air mata aku, nasib xtumpah... huhu.... mudah-mudahan mereka semua mendapat rahmat dan kemudahan dalam kehidupan dunia akhirat...amiinn...

4hari pertama trade ac tuan rumah yg aku tumpang iaitu bro zuhaili dgn modal terkumpul 5000usd dah close dengan profit 188usd... pastu sat tadi slps 4hari, profit lagi 184usd... syukur pada Allah... cam biasa... lepas dapat profit aku terus tunjuk kat wife, adik beradik, ipar n sepupu aku... aku ajak skali diorang join... banyak kali gak aku promote kat diorang sejak guna DEMO silver dlu lagi... maybe diorang masih tak berani atau belum faham potensi forex ni atau mungkin seram tengok floating silver dulu (akupun seram jugak...heheh)... at least dapat juga buat tambah pendapatan... modal pun tak terusik... kan itu objektif utama uncle buat semua ni... Nak bantu tingkatkan ekonomi ummah... mudah-mudahan terus berkembang maju hendak-Nya... amiinn...


Sebelum aku akhiri artikel kali ni, ucapan terima kasih sekali lagi kepada uncle n da geng di balik tabir dan semua warga v6... sayang kamu semua... maaf kalau ada ynng tersinggung rasa dalam tulisan aku kali nie... aku tak reti nak pilih lagu... cuma sekarang ni aku teringat lagu mentera semerah padi... okla tu kan... hehe... sekian... wassalam...

Mohd Noh
Peserta Ketiga


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

Tuesday, January 28, 2014

Tuah Yang Bertuah

Tuah Yang Bertuah


 Salam semua warga Milium ,

30 Aug 2013 adalah tarikh keramat bg famili aku. Tarikh tu genap 1 hari anak aku yg ke- 3 lahir.

Tuah Rizqi Bin Mohd Darwis

Allah telah menjanjikan setiap bayi yg dilahirkan ke muka bumi ini telah ditetapkan rezekinya masing2.

Orang kata (aku tak kata.. he..) tuah ayam nampak di kaki, tuah aku dizahirkan kepada anak aku yg baru dilahirkan ni.


Pada tarikh itu jugalah aku mula mengenali dunia forex dan robot bernama MILIUN ni. Dan hari ni hampir genap 5 bulan aku bersama2 MILIUN. Memang tuah dan rezki anak aku kot (Dah namanya pun Tuah Rizqi b Mohd darwis)


Sepanjang aku menggunakan robot2 ni, tak satu robot pun yg mengecewakan aku. Utk pengetahuan umum hampir kesemua robot tlh aku cuba. Pioneer, silver , silver 5 , GV6 (Gold V6).

Aku ni mmg tak la pandai dlm bidang forex ni. Tp sebagai pelabur yg penting adalah keuntungan. Setiap robot ada kelebihannya masing2. Apa yg aku blh katakan pertukaran satu robot ke satu robot adalah untuk memperbaiki kelemahan2 yg ada pada robot2 sebelumnya.

Senang cita kita tengok Microsoft. Dari pd keluaran Windows 97 sehingga ke hari ini, dah berapa kali kita kena tukar. Dan pernah tak kita terfikir kenapa.

Itu adalah salah satu produk org YAHUDI. Dan aku solute dgn vision Uncle and the gang utk menjadikan produk ini untuk membantu sesama Islam dalam menjana ekonomi keluarga.


Klik imej untuk lebih besar

Carta Prestasi Dikemaskini sehingga 28 Jan 2014 sekitar pukul 5.14 pagi

Berbalik kepada produk MILiun yg aku guna skarang (GV6 adalah robot terbaik setakat ni), bermodalkanUSD 6k aku ber syukur , tak sampai SEBULAN keuntungan telah melebihi 27.6% (kalau simpan kat bank pun brape je dpt).

Setiap perniagaan ada untung ada masanya rugi. Itu adalah lumrah yg patut kita tahu sebelum membuat pelaburan.

Pembahagian profit sharing bg aku tak kira la brape, asal kita setuju dan tak merugi kan, on je la .

Pesanan aku yang was-was nak join atau takut,baik korang buat solat istikarah mintak allah bg petunjuk. Semuanya kuasa Allah yg menentukan. Amin......


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

 

Sampai Sekarang Menjadi Misteri Kepada Saya.

Sampai Sekarang Menjadi Misteri Kepada Saya.

Bismillahirrahmanirrahim.




Assalamualaikum wbt.

Buat ribuan follower tegar blog ini dan keluarga besar warga sahabat dan kerabat Miliun yang dikasihi, saya doakan semoga kalian sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan di bawah peliharaan Allah swt.


Alhamdulillah, dengan keizinan dari yang Maha Kuasa, dan dengan restu serta izin pemilik blog yang cukup berpengaruh ini, akhirnya dapatlah juga saya menjejakkan kaki di sini untuk menitip barang sepatah dua kata rasa syukur dan bahagia di dalam hati . Rasa kerdil dan kekok menulis di blog yang hebat ini, pemiliknya bukan calang-calang orang.. Sedangkan saya bukan siapa-siapa...

 

Wahai Sahabat-sahabatku yang dikasihi, bagi yang tidak mengenali diri ini, nama saya Ariffin. Nama di whatsapp pula ‘mohd’. Saya adalah budak camp 3. Yang menggunakan miliun silver. Imbas sedikit semasa di Cheringin, alhamdulillah Camp 3 memang sempoi. Ahli-ahlinya baik-baik. Dan ramai pula sifu dan otai yang ada di dalamnya termasuklah tuan izputra, tokwan (pakar janda) dan yang lain-lain lagi. Tetapi saya tidaklah seglamour mereka semasa di camp mahupun di dalam group whatsapp. Saya yakin ada yang mengalami kesukaran untuk recall balik yang mana satu pulak dah mamat nama Ariffin ni. Memang tak glamour langsung. Saya start trade pun lambat, modal ciput plak tu (usd2k), ilmu forex zero, segan sungguh nak menyampuk mereka ni bila discussion dalam group. Mereka sembang forex lengkap dengan fact and figures, reference, projection dan sebagainya, manakala saya, nak print screen handphone pun takde function tu kat handphone saya. kahkah. Lagipun saya pakai prepaid (apa kena mengena ntah). Tapi saya tetap follow mereka ni and keep updated dengan cerita-cerita terbaru mengenai produk Miliun, so saya tak ketinggalan jauh sangat la. Kepada rakan2 yang aktif berwhatsapp, terima kasih saya ucapkan.Saya follow kalian dalam diam. haha.

 

 

 

Sepertimana yang ramai rakan- rakan saya telah jelaskan dan coretkan di sini pada entry-entry yang lepas mengenai pencapaian dan rekod Gold V6, maka telah terbukti dan nyata sekali bahawa ianya berjaya menghasilkan pulangan keuntungan buat pelaburnya. Ingin saya highlightkan bahawa betapa ini lah dia produk yang amat kita harapkan untuk membantu bagi menjana pendapatan dan mengukuhkan ekonomi diri dan keluarga kita di dalam sitauasi tidak menentu seperti sekarang ini. 

 


Saya amat bersyukur kehadrat Allah swt kerana diberi peluang untuk menambah pendapatan melalui GV6 ini. Saya juga amat bersyukur kerana dipertemukan dengan orang-orang yang tepat dan di masa yang tepat. Kepada rakan-rakan sekalian, saya tumpang gembira kerana dapat melihat anda semua berjaya mendapat pulangan seperti yang diinginkan. Diharapkan keuntungan itu digunakan dengan sebaiknya dan semoga ia dilipatgandakan oleh Allah swt.

 Sesi makan asap. Saya tengah. Nama Bro yg sebelah tu sampai sekarang menjadi misteri kepada saya.



Klik imej untuk lebih besar

Carta Prestasi Dikemaskini sehingga 28 Jan 2014 sekitar pukul 5.14 pagi


Akhir sekali, sambutlah salam perjuangan dari saya buat anda semua. Semoga langkah kita bersama Miliun goldv6 akan lebih mantap selepas ini dan kejayaan yang lebih hebat akan dapat dicapai inshaallah.

Wassalam.

Ariffin, 25/01.

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...