Followers

Thursday, March 27, 2014

Bersengkang Mata, Profit Ciput

Bersengkang Mata, Profit Ciput



Salam semua ,


Hari ni hampir genap 7 bulan aku melibatkan diri dengan keluarga robot – robot ni ( pioneer sampai la ke GV6 ni ). Mungkin apa yg aku lalui atau rasa xsama dengan org. Yang penting bg aku adalah apa jua pelaburan yg aku buat berkehendakkan keuntungan ( xde sapa pun yg melabur tapi nak rugi) . Dan alhamdulillah sepanjang tempoh ni belum pernah satu bulan pun profit aku miss. Tapi apa yg dapat aku katakan (sebagai antara pengguna yg paling pioneer) keuntungan yg aku perolehi jauh lebih masyukk berbanding dengan penggunaan robot2 yg aku selia pantau sendiri.



Januari 2014 - 55.97% Keuntungan 

 Februari 2014 - 118.11% Keuntungan

Mac 2014 (sehingga 21/3/2014) - 41.09% Keuntungan

Dah la kena bersengkang mata, profit ciput je. Jadi apa yg perlu aku fikirkan lagi, untung lebih , tido pun nyenyak. Walaupun isu profit sharing ini masih lagi menjadi bahan pertikaian, tapi bg aku yg pernah mengguna pakai hampir kesemua robot melihat isu ini sebagai personal issue . Ini semua bergantung kepada hak individu masing2. U want it, u take it .

The money is yours.
Darwis


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


Wednesday, March 26, 2014

Kalo dapat nak aku tumbuk je org tua ni...

Kalo dapat nak aku tumbuk je org tua ni...



Assalamualaikum

Uncle,Admins dan setiap jirim jasad saudara seagama sebangsa GV6 sekalian..moga kalian semua berada dalam keberadaan yg nyaman dan tenang dan tetap di dalam limpahan rahmat karunia-Nya Azza Wajalla..

Terlebih dahulu dan pertama kata,artikel ini ditulis dgn setulus ikhlas dari hati dan jiwa serta perasaan sang penulis artikel..tiada paksaan mahupun pistol dipicukan di kepala..hanya setiap kata yg terbit dari hati untuk menyatakan kesyukuran serta pengalaman berharga dalam sesi kehidupan ini lantaran perkenalan dgn Uncle dan GV6

Baiklah, seikhasnya aku sepatah haram xtau langsung ttg forex dan perkara2 yg berkaitan yg bermain sekitarnya sebelum ini..yg aku tau mungkin asas yg cukup asas,kita beli matawang asing apabila harganya rendah dan jual apabila harganya meningkat..tapi mmg bukan dalam perancangan hidup aku utk melibatkn diri dalam arena forex ini

 (klik)


video
Bagi mereka yang mempercayai kewujudan / rakaman / audio / bau / perasaan tentang kehadiran makhluk dimensi keempat, tiada sebarang penerangan yang perlu dijelaskan tetapi bagi mereka yang tidak mempercayainya tiada sebarang fakta yang boleh dinyatakan


(klik)

Dan Uncle pula,sebelum ini mmg aku kenal dia dalam rancangan reality TV Seekers bersama Adeek dan Sis di NTV7 sekitar pertengahan 2000-an..ikhlasnya,aku follow beberapa siri awal pastu trus tinggal sbb pertama masa citer tu la iklan jadi banyak dan kedua dok tunggu2 sepatah bayang entity pn aku xnmpak..yg ada hanya bunyi2an dan gerak2an bayang2an yg aku sendiri kurang pasti apa bendanya..pastu langsung xdgr khabar berita dari Uncle ini..dan muncul kembali dalam Melodi,ntah apa isunya tgk2 Uncle mngamuk dgn krew Melodi (ni btoi ka staged uncle?)..kemudian perdebatan dlm satu talk show yg aku lupa tajuknya tp masa tu Uncle bwk semua equipment ghosthunter dia tp malangnya diperlekehkn oleh Dr motivasi tu..dan aku masih igt riak muka kalo-dpt-nk-aku-tumbuk-je-org-tua-ni uncle..



(klik)

Dan bertahun2 selepas itu..setelah sekian lama menghilang..dalam x aku sedar uncle dh ada blog sendiri..dari V1 kemudian berlaku isu tersebut hingga blog menjadi V2..isu2 dlm blog amat menarik bagi aku sbb ianya sebenarnya mencerminkan hakikat sebenar manusia2 di Malaysia ini..sehinggalah sekitar June 2013 dgn artikel Rahsia Bagaimana Org Kaya Bertambah Kaya edisi pengenalan trus uncle sembang psl forex,psl EA,etc dan artikel2 seterusnya trus focus ttg produk EA Forex ini..tapi aku mcm biasa la,hanya sekadar baca,sbb dgn pendapatan dan perbelanjaan aku ketika itu,pasti mustahil utk aku melibatkn diri dalam sepak terajang forex ini..

Namun ianya sudah tertulis sejak azali dan sudah ditetapkan oleh Yang Maha Mengasihani,sekitar awal Sept 2013,tatkala ombak kehidupan makin meruncing,mengganas dan menelan apa sahaja di laluannya,lantas aku beranikan diri utk e-mel uncle menyatakan hasrat dan keinginan utk bersama dlm dunia forex ini,utk memiliki EA yg ditawarkan pada masa itu..tp sejujurnya pada saat e-mel itu aku taip mmg modal aku lgsg xde,apatah lg utk membeli EA trsebut..rm37,000 pn xde dlm poket apatah lg rm3700..tp pihak admin dan uncle pd masa itu mmg sungguh reasonable dan tolerance dgn keadaan aku yg kesempitan pd ketika itu..dgn jasa baik budi pekerti uncle,maka dapatlah aku merasa menjejakkn kaki ke Janda Baik dgn seluruh keluargaku dan gamble naik kancil yg roadtax dah mati ketika itu..dan selepas itu segalanya menjadi memori manis utk diriku dan telah aku ceritakan dalam artikelku sebelum ini..(klik) dan pasti sesungguhnya jika tidak atas kekuasaan-Nya yg menggerakkan hati uncle utk menerimaku,pastinya sekarang ini aku sedang menolak tin2 minuman sekitar Dataran Merdeka sambil usya2 kot2 DBKL nk raid dan merampas tin2 minumanku dan troli bini aku..



Januari 2014 - 55.97% Keuntungan

 Februari 2014 - 118.11% Keuntungan

Mac 2014 (sehingga 21/3/2014) - 41.09% Keuntungan


Dan kerana rahmat-Nya juga melalui produk GV6 ini,modal infaq saudara2ku sekitar usd500 kini telah melepasi usd1000 hanya dalam 2 bulan jika tidak salah perkiraanku..100% dalam 2 bulan?cuba bayangkan jika usd5000,usd50000 atau usd500000??usah digusarkan tentang profit sharing 60-40 walaupun ada juga yg tidak berpuashati tentang perkara ini..bak kata saudara Asri dalam artikel sblm ini.. (klik) 60% di pihak admin ada disalurkn utk membantu topup akaun saudara2 yg lain yg mungkin memerlukan bantuan tapi kita semua tidak mengetahuinya..mungkin apabila ML sudah ditahap berbahaya atau mungkin sblm ini kapalnya pernah musnah dilanda badai market yg menggila..dan admin yg mengawasi dan memerhatikan market menggunakan pengalaman dan kepakaran yg tidak kita ketahui..mereka ini juga manusia yg ada keperluan..cukup sekadar bersangka baik dan rasanya tidak perlu menitipkan komen2 yg berbaur terlalu menyerang keperibadian seseorg..aku ckup yakin uncle seorg yg rasional dalam byk hal dan jika terdapat permasalahan mahupun kekurangan kepuasan hati lebih baik sekiranya berjumpa beliau dan berbincang dari hati ke hati..inshaAllah pasti ada titik pertemuan di mana2..

Moga kita semua beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat

Bro Q

Bukit Putra, Kuala Lumpur

2355hrs 25hb Mac 2014

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

Tuesday, March 25, 2014

Hilang Semuanya...

Hilang Semuanya...


Assalamualaikum buat Uncle, Dzoul dan rakan2 lain,

Saya menulis email ini untuk melahirkan rasa syukur atas bantuan Uncle dan admin kerana membantu memberikan modal yang mana hasilnya telah saya kecapi.

Saya join Miliun asalnya hanya kerana Uncle walaupun saya tak tahu pape pasal forex. Jaminan yang Uncle berikan membuatkan saya yakin untuk mencuba Miliun. Saya mula menggunakan Pioneer sejak bulan sept tahun lepas dengan margin USD2k. Pada mulanya, prestasi Pioneer memang sgt memuaskan. Pioneer mula goyang bila pair JPY mula tidak stabil. Margin semakin tipis dari hari ke sehari. Walaupun sempat top up lagi USD500, Pioneer akhirnya karam juga kerana terlalu banyak posisi yang open.

Pada mulanya memang agak kecewa kerana saya menyimpan harapan yang tinggi agar ada pendapatan sampingan yang boleh membantu perbelanjaan seharian. Sepanjang mengunakan Pioneer, saya langsung tak sempat merasai hasilnya. Saya fikir mungkin rezeki saya setakat itu sahaja.

Tanpa disangka, Uncle memberikan harapan baru bahawa wang yang telah dilaburkan beserta kos robot akan dikembalikan mengunakan Gold V6. Margin permulaan akan dipinjamkan oleh Uncle sehingga kita mendapat balik modal asal. Selepas itu, hasil keuntungan akan dibahagikan 60-40. Bagi saya yang telah hilang semuanya, ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

Januari 2014 - 55.97% Keuntungan

 Februari 2014 - 118.11% Keuntungan

Mac 2014 (sehingga 21/3/2014) - 41.09% Keuntungan


Selepas mengunakan Gold V6 selama 2 bulan, modal saya telah balik ke asal (USD2k). Malah saya dapat merasai hasil keuntungannya secara percuma pula. Alhamdulilah, syukur mendapat rezeki yang terpijak diwaktu yang amat memerlukan ini. Bila kita susah, baru la terasa betapa besarnya nilai duit.

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa orang yang tidak berpuas hati dengan pembahagian untung 60-40. Sekiranya kita melihat pada dollar and sense, mungkin kita rasa ianya agat berat sebelah. Tapi apa yang kita tak nampak, dengan keuntungan itulah Uncle boleh membantu rakan2 yang telah karam seperti saya. Kalau kita melihat ia sebagai infak yang dapat membantu rakan2 yang susah, tentu tidak akan timbul perasaan tidak berpuas hati.

Kita mungkin boleh mencari ramai orang yang menawarkan pembahagian keuntungan yang lebih menarik ataupun robot yang lebih canggih. Tapi bolehkah kita mencari seseorang yang dapat menjamin segala wang yang kita laburkan? Dan berpegang pada janjinya walau dalam apa keadaan sekalipun? Tepuk dada Tanya selera.

Dan yang paling penting adalah ukhwah yang terbina diantara Uncle, admin dan rakan2 lain yang mana adalah tidak ternilai dengan wang ringgit.

Semoga ukhwah ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih.

Asri

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943



Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

Wednesday, March 19, 2014

Pergeseran Adik Beradik Dah Jadi Macam Pergeseran Suami Isteri

Pergeseran Adik Beradik Dah Jadi Macam Pergeseran Suami Isteri



Bila sorang kawan sambil menghembus asap rokok bertanya…

Berapa lama kau dah terjebak dalam forex?

Aku jawap: 5-6 bulan,

Dah berapa banyak kursus forex kau pergi?

Aku jawab: sekali je,

Kat mana?, sapa yang ajar?

Aku jawab: kat Janda Baik, uncle yg ajar,

Apa yg dia ajar kau?

Aku jawab: Hmm,..

Berapa banyak kitab forex kau baca?

Aku jawab: satu pun takde,

Abis tu, kau cari info ni kat internet je?

Aku jawab: Eem..,

Kau tau tak forex ni kerja berisiko? Lagi2 org mcm kau ni..

Aku jawab: tau,

Dah berapa banyak kau dapat?

Aku jawab: ada la, tak banyak tapi tak sikit,

Dah balik modal?

Aku jawab: lum lagi,

Dah tu…! Buat apa kau terus buat lagi? Buat kerja bodoh le kau ni… kena tipu baru tau.. berapa ramai dah yg rugi.. lingkup pun ramai.. bebal.. bingai.. bla bla bla..

Aku jawab: hehehe….

Kau tau tak hukum haram makan duit forex?

Aku jawab: Mufti pun kata hisap rokok haram..

Sengal la ko nie….!

Aku jawap: hahaha…



Mmg smpi skrg aku masih tak faham lagi pasal urusniaga forex, aku tau sikit2 je, tapi itu lebih baik drpd tak tau langsung, ye tak? bukan aku taknak belajar tapi susah betul nak masuk, aku sebenarnya pasrah je.

Banyak org nasihat kat aku pasal keburukan forex. Drpd 10, 9 akan kata forex sesuatu yg bermasalah, satu org je kata forex OK, sekurang2nya aku masih ada harapan 10% untuk survive, betul tak? Aku juga pernah ditanya pengalaman aku dalam forex.. aku jawab… Aku rasa kecut, tapi bukan bermakna aku takut, Aku rasa risau, tapi bukannya sampai nak sasau,

Aku sebenarnya seorang yang agak teknikal dalam urusan kerja, biasanya mesti ada 5W1H, What, Why, Who, Where, When dan How. Semuanya, bagi aku mesti ada jawapan pada setiap persoalan, untuk projek GV6 ni smpi skrg aku masih tak cukup ilmu lg, jadi macam mana aku nak goreng org lain, sendiri kena cong balik ada lah.

Tapi, dalam urusan survival hidup aku seorang yg fleksibel. Aku tak terlalu terikat pada satu sumber dalam mencari rezeki untuk dikongsi bersama. Jadi, aku rebut peluang join group nie. Ada bermacam jenis org dlm group ni drpd latar yg berbeza, yg pangkat tinggi2 dlm kerajaan pun ada, pilot pun ada, prof, cikgu, tukang masak, tukang tembak, tukang tarik, tukang tolak, laki orang, mak budak semuanya lah.

Bila dah ramai2 ni ada macam2 kaler aku jumpa, maksud aku bukan warna kulit ye. Tapi hati… Memang semua ni dah takdir kita akan berkumpul sebagai satu keluarga GV6, tetapi pernah tak kita fikirkan apa motivasi dan matlamat utama kita buat semua ni. Jawapnya, duit..

Sebab aku ingat kalau sejak hampir setahun lepas uncle asyik cong pasal nak bagi projek jual muruku ke, aiskrim ke kat Janda Baik, confirm korang tak kan datang ye tak. Peserta GV6 yg aku kenali kini juga bukan calang2 org dlm forex, ada yang dah berjuang dalam forex ni bertahun, makan duit forex dah lama, siap ada PHD dalam forex lagi, siap boleh bagi prediction lagi. Tinggi betul ilmu mereka ni, bagi aku yang tak seberapa ni tumpang dengar je la. Sebab tu aku pun tak berani nak komen pasal forex dalam group sebelum ni.

Aku juga antara yang rasa kecewa bila berlaku sedikit argument baru2 ni dikalangan warga GV6 sendiri. Bagi aku, platform ini sudah dibentuk untuk membantu sesama kita, tapi bila berlaku ketidakpuas hatian, mereka mengambil keputusan untuk menarik diri. Aku pun akui, perjalanan GV6 mungkin tidak seindah pelangi yg kita angan2kan, tetapi bagi aku dengan platform yang ada ini alangkah baiknya jika dapat kita semua sama2 berkongsi kepakaran untuk menambah baik sistem yang telah dibentuk. Idea penambah baikan rasanya boleh diusul kepada pihak programmer untuk penaiktarafan yang akan datang. Programmer juga sekurang2 boleh 'take note’ bergantung kepada rasional keadaan.

Kita pun kena beri kepercayaan kepada programmer dan admin yg menguruskannya. Kenapa kita yang satu bangsa seagama perlu bermusuh sesama kita pada sesuatu yang dulu kita dambakan bersama. Meletusnya sehingga menyerang isu peribadi yg sangat tidak wajar diluahkan. Pergeseran yang dulu aku ingat macam pergeseran adik beradik dah jadi macam pergeseran suami isteri sampai nak bercerai berai.

Aku berharap, pergeseran ini tidak sampai jadi pergeseran Negara, sampai nak berperang pulak nanti.

Cuba ambil iktibar dari komuniti semut. Makhluk Allah selain manusia seperti si semut ni, biasanya mendapat petanda kalau sesuatu perkara sama ada yang baik atau keburukan akan berlaku. Macam mana semut nak larikan diri atau musnah kena banjir? Mereka akan berkumpul beramai-ramai dan menjadi seperti permaidani bulat. Permaidani ni akan mengharungi banjir dengan selamat dan tidak tenggelam sehingga sampai di kawasan yang kering. Keselamatan mereka akan terjamin kecuali jika ada pemangsa seperti burung kecil dan ikan. Mereka yang selamat tidak akan berputus asa dan membina semula koloni baru.

Apa yang penting, kerjasama dan bersatu hati, kenapa perlu ada perasaan hasad dengki dalam diri kita. Kita cuma salah satu drpd makhluk Nya yang diizinkan tinggal didunia sementara ini sehingga maut datang menjemput kita.

Salam hormat,

Mohd Fazel

 Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


 

Monday, March 17, 2014

Biar Wang Yang Bekerja Untuk Kita, Bukan Kita Yang Bekerja Untuk Wang!

Biar Wang Yang Bekerja Untuk Kita, Bukan Kita Yang Bekerja Untuk Wang!



Alhamdulillah TERIMA KASIH ALLAH, TERIMA KASIH MAK ABAH, TERIMA KASIH ADMIN AND THE GANG..

KEUNTUNGAN + KEPANDAIAN = GV6 . 

Keuntungan berterusan ketika dilanda badai. Nak cerita pasal profit pun... ramai yg dah cerita. Sepanjang tempoh aku bersama GV6 ini aku dapat melihat pelbagai dimensi dan keunikan performance GV6 nie. Aku nampak setiap gerakan pada GV6 ini. Nilai keuntungan semakin berkembang menjadi semakin tinggi dan semakin bagus seiring dengan perkembangan masa, GV6tahu apa yg ia lakukan. Aku hanya biarkan GV6 bergelut dengan pasaran yg tak menentu apa yg aku percaya GV6 balik dengan membawa hasil. Buat apa kita nak pening2 kepala nak bergelut dengan wang. Kebanyakan manusia bergelut dengan wang kerana disekolah mereka hanya diajar bagaimana bekerja bagi mendapatkan wang. Mereka jarang diajar bagaimana memiliki wang yg bekerja untuk mereka.

Hafiz

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


WELDONE GV6 !!!!!!!!!!!!

Hafiz