Followers

Saturday, June 28, 2014

Fuiyoo?

Fuiyoo?

Aik?


Video kat bawah ni best taw...

Korang nak kutuk-kutuk ni, korang ada ke?

Friday, June 20, 2014

Perkid - Ira Dah Pulang Kepangkuan Keluarga - Part 6

Perkid - Ira Dah Pulang Kepangkuan Keluarga - Part 6

Kesemua famili Ira menjamu selera di Janda Baik. 

Jangan lupa pesan Uncle. 

Perkara yang lepas jangan diulangi lagi. Bina hidup baru. Dengarlah nasihat kedua ibubapa kalau nak hidup kita ni berkat

Untuk Abang Adnan, amanah dari abang supaya mencarikan jodoh untuk Ira tidak dapat saya pikul kerana tugasan harian yang membebankan.




Kehadiran Ira bersama rakan-rakannya datang kerumah pada waktu subuh juga tanpa diundang tapi memandangkan sesiapapun tetamu yang hadir kerumah wajib saya beri makan minum yang terbaik dan nasihat sebagai orang tua. 

Dalam kamar beliau tersedia telekung dan sejadah dan acapkali sindiran diajukan supaya meneruskan apa yang diamalkan diperkid namun...

Saya boleh bawa kuda kesungai tapi tidak boleh paksa untuk minum




Wednesday, June 18, 2014

Xde Hal Bro - Caprice

 Xde Hal Bro - Caprice


Budak Caprice ni boleh pergi jauh dalam bidang seni dan perniagaan satu hari nanti dengan izinNYA. 

Jangan sesekali lupa pesan aku. (klik). 

Berkata benarlah walaupun pahit.

U know what to do in future

Pelan-pelan kayuh

 

Perkid - Pengumuman


Pihak kami menerima panggilan daripada Ayah Ira. Beliau memohon jasa baik utk memadamkan SEMENTARA cerita benar ini, sementara beliau menyelesaikan dengan pihak PERKID .



Tuesday, June 17, 2014

Perkid - Muiz -Tadi Pon Terok Dak Pompuan Tu..Sampai Berdarah-Darah..(Part 5)

Perkid - Muiz - Tadi Pon Terok Dak Pompuan Tu..Sampai Berdarah-Darah.. - (Part 5)




Masrizi bin Sat a.k.a Ustat Kemetot


Well , aku lah “Bodyguard” yang ustat KEMETOT tu gelarkan ..Konst Polis ye ? Buat pengetahuan lu , aku ni hanyalah Konst.Sukarelawan Polis . Lu nak cite ape ? Aku belagak ? Ok .

Kejadian bermula dimana aku diminta oleh UNCLE untuk bawak 3 orang ni gi buat I/C kat JPN UTC Jalan Pudu . Tengah-tengah aku duduk kat kaunter 9 untuk amik gambar i/c , tiba2 Nad meluru kearah aku untuk berlindung .

Si Mira pulak , terjatuh disebelah kiri aku, dan terus diCEKIK , dan dia DIPIJAK oleh salah seorang 'anak buah' Presiden KEMETOT yang diwakili oleh ‘GEDUNG’ dalam operasi dorang yang ala-ala KOBOI.

Jabatan Pendaftaran Negara UTC

Tipu ? SAKSI ramai  kat dalam JPN tu .. Petugas , orang awam , silap2 CCTV pon leh jadi SAKSI apa yang aku cakapkan ni .

Lepas je si GEDUNG dan KUNCU-KUNCU ni bawak dorang kuar , Cepat-cepat aku cakap kat petugas kaunter 9 ,


Gedung


..Cik , cepat sikit amik gamba saya. Time kasih..” Terus aku gi cari dorang kat luar .

Dan pada masa tu lah , perbualan pertama aku dengan GEDUNG .

maaf encik , tab tu saya punya..




Dari Kiri ; Aku, Nuri, Nad dan Mira


Dia tersengih macam kerang busuk , dan ajak aku bincang kat tepi.

Dalam perbincangan yang agak kelam-kabut tu , aku sempat snap gambar salinan repot polis dorang.

Dan dia cakap kat aku ;

macam ni lah encik , kita pi bincang kat IPD KAJANG terus .. dan boleh bincang dengan I/O yang handle kes ni. Sjn Hajazi



Aku dengan tanpa berdolak dalih terus menjawab ,

"BAIKLAH .. Saya kesana sekarang"

Semasa aku dalam perjalanan ke IPD KAJANG,  tiba-tiba aku dapat panggilan dari Si GEDUNG +60129746922. Jam lebih kurang 1535hrs semasa berdekatan KPJ KAJANG .




Si GEDUNG : "Shahdan ke ?"
 
Aku : "Ya .."

Si GEDUNG : "ni ustat kami a.k.a. presiden saya nak cakap .."

Aku : "haa .. cakap lah .."

Ustat KEMETOT : "Encik shahdan ni kat mana ? sekarang ni pa cita ? bebudak ni dok petik nama kau . kau lindung dia , dok umah ko , ko polis kan ? kau tau undang-undang kan ? Sekarang ni ko nak wat cana ? nak “KAWTIM” cana ? Ni kita bincang kat PERKID ja lah .."

PERGH ?! KAWTIM ? 

KATA KAT AKU TAU UNDANG-UNDANG .. NI NAK KAWTIM ? KENAL SPRM ?

Aku : "Er .. tak tahu la . saya bukan orang kajang .. kejap saya tengok banggunan paling dekat … haa .. KPJ KAJANG ."

USTAT KEMETOT : "ooo .. dah sampai sana .. hmm .. cana nak bawak bincang ni ?"

Aku : "takpa lah . kita bincang di balai , saya kan tengah ondaway ke IPD KAJANG , warden encik yang soh saya pi sana tadi masa kat pudu .."

USTAT KEMETOT : "kalau macam tu takpa lah .. nanti aku soh dak aku gi sana ."

Aku : "Ok .. cantik gak tu . sebab tadi warden pon cakap , kita bincang sekali dengan I/O"

USTAT KEMETOT : "OK" .

Aku : "Ok , salam."

[TUTTT …..]

Erk .. ustat/presiden tak jawab salam saya ye ? isk .. isk .. isk ..ustaz kebenda




Masa dah nak sampai ke IPD KAJANG , aku pon call SJN Hajazi iaitu I/O yang siasat kes ni .

SJN : "Alo .."

Aku : "Salam SJN HAJAZI , saya Shahdan , saya dah nak sampai IPD KAJANG , saya nak jumpa SJN dimana ?"

SJN : "Wasalam … ni ada di ONE STOP …"

AKU : "huh ?? mana tu ?"

SJN : "ONE STOP CENTRE .. awak tanya anggota kat sana nanti , dorang tau la ."

Sesampainya aku di IPD KAJANG , aku teros masuk dan tanya 2 anggota yang tengah tugas sentry kat pondok;

Aku : "Encik , Saya nak jumpa SJN HAJAZI , tadi dah hubungi katanya ONE SHOP COFFEE .."

Anggota : "HUH ??! ONE STOP CENTRE KOT .. ni kat sebelah ni ."

AKu : "maaf encik , salah dengar ..  Terima kasih .."

Percakapan diantara AKU dan SJN HAJAZI terpaksa dirahsiakan atas membantu siasatannya . Tak nak ganggu kerja I/O .. aku tau kerja SJN Hajazi ni cana .. bukan satu kes dia nak selesaikan ..

BANYAK WEY !

Lepas aku selesai urusan dengan SJN Hajazi ni .. Dorang tak sampai-sampai lagi..
Penat aku menunggu dia ni .. Haish .. Entah pukul bape dorang ni nak sampai ,

so .. aku pon tipon lah lagi si GEDUNG ni ..

Aku : "mana encik ?"

Si GEDUNG : "saya ada urusan lain ni . encik kat mana ?"

AKu : "saya kat IPD lagi lah ni encik .. dok tunggu encik tak sampai-sampai lagi ."

Si GEDUNG : "macam ni lah , saya ada urusan lain lagi ni , nak solat lagi .. takpa encik tunggu kat susur masuk lebuhraya kajang-kl , nanti saya sampai bawak encik pegi PERKID ."

AKU : "Baiklah .."

…Selepas 1/2jam . 

Aku anta mesej ,

"saya berada di hentian rehat Bukit Dugong . makan jap ."

Dia hanya balas ; "K"

Lepas aku makan roti canai 2 keping dengan nescafe ais .. aku tunggu lagi 1/2jam ..
Takde pon respon .. adeh .. cari jalan mau pusing-pusing ke ni ? lama sangat ..

Aku pon anta lagi mesej ..



Teros dia kol aku .. dan cakap direction ke PERKID .. sampai kat mana2 dia selisih dengan aku , dia akan buat u-turn dan escort aku gi PERKID ..

SAMPAI JUGAK AKHIRNYA !!!!!!!!! 

Lama gilak ..

MASA ITU EMAS tau ke ?

SiGEDUNG bawak aku masuk opis .. Oh .. Rumah je .. Rumah kayu 2 tingkat dibuatkan jadi asrama + pejabat ..

Pergh .. dalam pejabat USTAT KEMETOT ni.. macam2 gamba … macam2 pingat .. macam2 keratan akhbar yang dia tampal dan gantung kat dinding2 pejabat ..

Bermulah percakapan aku dengan USTAT KEMETOT ni ..

Macam-macam lah dia dok cita yang dia ni HEBAT .. makan malam satu table dengan Pak Lah .. satu2nya wakil NGO yang berani kedepan dalam masalah AGAMA ISLAM dalam Negara MALAYSIA ..

CABLEnya besar2 belaka .. PERNAH kena tahan dibawah ISA sebab dituduh antara anggota AL-MAUNAH ..

kenal PEGAWAI2 BESAR di Bukit Aman , selalu turun naik Bukit Aman , PEGAWAI BESAR kenal dia .. Pegawai besar selalu mintak tolong kat dia .. mintak ceramah .. motivasi … ajar PGA ilmu pertahankan diri .. dan segala macam hal lagi lah ..

Aku pun hanya menganggukkan kepala dan cakap .. "Hmm .. Ooo .. Ye .."

Nak wat cana .. dah aku terLATIH dari kecik , bila orang TUA becakap , jangan menyampuk .
Ustat KEMETOT ada tanya aku .. "awak tau tak PERKID ni apa ?"

Soalan CEPUKSILVER ni ..Aku pun jujur lah ..

Maaf .. terus terang saya cakap , TAK ..

“..nampak ? mintak maaf cakap lah kan .. POLIS yang pangkat rendah ni daripada konst/ sampai ker SJN memang tak kenal aku .. memang tak tahu PERKID .. Aku ni selalu naik turun bukit aman ni dok setel masalah2 dorang ..” – kata USTAT KEMETOT ni ..

Alahai …….. baru je aku nak menjawab ..

Tetiba Si GEDUNG ni nyampuk .. "tu baru paklah .. belum dengan najib lagi .."

Hmm .. Si GEDUNG ni aku tengok dia suka nyampuk , sampai aku pening nak dengar mana satu .. Ustat KEMETOT atau Si GEDUNG ? Ahh .. Pening ..

Hmm .. tengah si USTAT ni dok tunjuk video dia dengan cable2 dia .. SiGEDUNG menyampuk lagi ..

"Bapak si ira ni dah nak turun bawak 5 bas angkatan nak amik anak dia .. tapi saya tahan dorang dulu sebab kes ni saya leh setel .."

Pastu dia tambah ;

"Cani lah . kita g naik janda sekarang saya bawak dalam 2-3 buah kereta je amik ira . amacam ?"

Aku diamkan je sebab tengah tengok video USTAT KEMETOT ni tunjuk kat aku ..

Ustat KEMETOT ni ada cakap kat aku pasal projek dia nak buat KEM RAWATAN & LATIHAN PERKID MALAYSIA yang memerlukan RM10.5JUTA … RM10.5JUTA diperlukan ..

Kata Ada 'Cable', One-Call Najib mintak 10.5 Juta...

Adey … tadi kata cable sana sini banyak busat … paklah lah .. najib lah … agaknya nama je kot . bukan PM kita …

Asyik dorang je yang cakap .. aku punya turn bila ?

Seterusnya aku pon cakap lah ..

 
Dari Kiri; Uncleseekers, Habib Rizieq & Pak Habib S.H Al Attas
dirumah di Janda Baik, Pahang

"SAYA DATANG kesini adalah untuk menyampaikan pesan daripada UNCLE kat USTAT ..
UNCLE nak jumpa USTAT kat rumahnya di janda baik , Pahang ."

USTAT tu cepat2 jawab dengan gebangnya ..

tu lah .. sy pon da lama tak jumpa ayah seker .. memang nak jumpa pon .. tapi tu lah .. saya ni sibuk .. banyak urusan lagi .. itu nak buat .. ini nak buat .. pegi indon .. brunei ..

Sempat dia snap pic aku beberapa kali .. terasa femes lak .. huhuhu ..

Salah Satu Gambar Yang Diambil

"Nah … lama tak jumpa ke ?"

Hmm .. takpe lah ..

"Tu pon tadi masa encik masok kat dalam ni dah bapa banyak “tapisan” dah tu kat luar tu .."

Tengah dia dok sibuk tunjuk kat aku keratan akhbar yang dia gantung kat dinding pejabat dia .. aku sempat bukak blog uncle ..

Dan ………. TAJUK BARU DAH KELUAR ..

SENTAP NOK .. raut wajah terus berubah .. lunak suara semakin tinggi ..

SENTAP kuat ustat KEMETOT ni rupanya..

..Tadi sy mmg ad bercadang nk g jumpa dia .. tapi ayah seker ni dah macam mulakan perang .. kita ni nak selesaikan masalah .. tp ayah seker awak ni ??

Takpa lah .. kalau dia nak macam ni ..

“ 'Ayah seker' awak ni macam CAMPAK MINYAK KAT API … takpa .. nak bawak sampai ke mahkamah pun takda masalah .. saya ni macam2 peguam saya kenal . peguam yang macam mana pun saya buleh dapat macam tu je ..

Eh lupa nak gitau .. USTAT KEMETOT ni panggil uncleseekers, 'ayah seker' .. tak tahu lah tak boleh sebot ke .. atau tak tau sabot ke .. tapi tadi kata kenal .. lama tak jumpa ..

“Kita ni kalau nak bawak lah .. bila-bila masa boleh .. tapi nak berperang dengan melayu ni , tak best la .. ni kalau ayah Awie dapat tau ni , kompem die turun ni ..

Sekali lagi ustat ni amik gambar

Lan Gajah atau Lan Poyo

SiGEDUNG pon menyampok lagi .. "Ayah Lan pun kalau dengar ni dia serang dah ni .."

Aku pon join menyampok ..

"Erm .. maaf lah encik , encik sebut nama2 ni saya tak kenal .. dan tu urusan encik .. saya ni cuma jadi utusan je .. "

Hmmm … takpa lah kalau gitu … takpa lah …” kata si Ustat KEMETOT..

Dah takde dialog kot .. sunyi lak tetiba ..

Aku pon tengok jam .. dah lebih 2 jam aku kat dalam opis PERKID ni rupanye ..tiba masanya untuk cabot ..

Ape mende pon .. layanan yang dorang bagi kat aku semasa aku ada kat opis tu .. boleh tahan .. dok kat sofa tu .. pastu dia kasinya aku air nescafe panas .. pergh ! my peberet .. tapi kak .. manis lah ..

"Baiklah .. saya pon dah sampai PERKID.. saya pon dah sampaikan amanat uncle .. jadi .. saya beransur dulu lah ye .."

"Haa .. ye laa .. baik lah .. terima kasih .. " kata ustat KEMETOT dan teros menyalam aku ..

Apa lagi dah salam .. blah lah ..

Sampai je aku kat parkir kereta .. ternampak kelibat anggota2 ustat ni kat area taman ni.

rilek la ustat. saya datang dengan cara baik .. siap datang tempat ustat lagi .. SEORANG .. takde bawak bas tau…Kelisa je ..

Tengah nak start kete .. datang 2 anggota Ustat kearah aku ..

Salah seorang anggota ni namanya MUIZ ..


Muiz


Di tengah ; Muiz


Muiz pon datang dan menegur aku .. “bang .. pa cita ? tadi jumpa ayah ke ? apa dia cakap ?

Aku hanya menjawab .. “biasa lah encik , dia kata saya yang bawak lari dorang .. saya pulak disuruhnya bertanggungjawab .. siap tinggi suara lagi ..

"Biasa lah encik , orang tua tu dah panas , dengan hal ni lagi ..tengok tadi pon terok dak pompuan tu .. sampai berdarah2..

Aku hanya menganggukkan kepala …..


Mohamad Shahdan Bin Norazizan
880510-05-5203

Perkid - Aku Hampir-Hampir Nak Kena Raba? (Part 4)

Perkid - Aku Hampir-Hampir Nak Kena Raba? (Part 4)



Di Janda Baik - Saya yang memakai baju berwarna merah harap maklum.


Saya masuk PERKID pada 06/11/2012.

Ini keluhan aku dan apa yang aku pernah rasa di PERKID..Ini semua betul dan benar bukan rekaan...Aku bersumpah atas nama ALLAH swt yang aku luahkan ni semua adalah benar.

Semasa aku ada di PERKID....Aku ibarat seperti hamba sewaktu berada disana....Siang malam berkerja, kalau tak buat keja mula la kata malas la dan macam-macam lagi...Kami jugak pernah digelar hamba oleh isteri persident PERKID (BONDA) dan anak-anak beliau.......

Ustaz MASRIZI jugak selalu mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada anak-anak bina (kami)...Dan beliau jugak pernah menghina ibu-bapa kami. Kalau la ada pita perakam masa yg ustaz tu kutuk ibu bapa aku, aku dah rakam semua percakapan dia...

Korang semua tak tahu apa yang aku rasa selama ni kalau korang kata aku tipu korang masuk la dok PERKID sendiri baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah...Terus terang aku cakap aku rela duduk merempat pada aku duduk dekat PERKID macam sial duduk dekat PERKID. 

Kata rumah kasih sayang tapi indah khabar dari rupa....Aku pernah demam panas 3 hari. Tahu tak dia orang buat apa kat aku? Diorang biarkan aku sampai dah menggigil baru la dia orang bawak pergi hospital...






Kata berkonsepkan ISLAM tapi habuk pun tak dak...

Zikir, wirid dan solat tonggang terbalik tapi perangai macam ape lagi...Kat sana kata semua sama adil family bayar on-time, dah sama adil tapi pilih kasih..apa cerita?

Makan kat sana pun macam makan nasi kucing ja..Bila buat salah sikit ja kena marah, mau tak mau sikit-sikit masuk DETOX...

DETOX tu ibaratkan bilik gelap, rasanya bilik gelap lagi best...Makan, minum, tido, solat semuanya dalam tu kadang-kadang tu sampai budak-budak terkencing dan terberak dalam DETOX gara-gara tak dak orang nak bukak pintu DETOX...

Dekat sana ada plan A dan B;

Plan A- duduk kat sana sampai kawin, dia orang yang tolong carikan jodoh.
Plan B- duduk sampai tamat tempoh rawatan (24 bulan bersamaan 2 tahun)

Air panas pun kena catu tahu tak, mak bapak aku bayar tau bukan duduk free...Dahla SPM pun tak boleh ambik. Kesian budak-budak yang tak boleh ambik SPM.....Adakah dengan apa yang belajar dekat sana boleh bawak keluar untuk dapatkan kerja?

Anak sendiri pun tak terjaga...Aku hampir-hampir nak kena raba dengan anak dia orang (ISA HAKIMI @ KIMI). Tapi dia orang menafikan semua tu....Benda tu bukan fitnah bukan rekaan benda kenyataan dan aku pernah alami sendiri dan ramai lagi yang budak kena....




Dah la buat crochet (benang yang di kait) bagaikan nak gila tapi hasilnya bukan dapat kat kita orang pun.....setahun 6 bulan aku duduk kat sana tapi aku tak dapat apa-apa pun....Hanyalah berpura-pura semata-mata....

Dah la kalau nak keluar dari PERKID tak tamat tempoh kena bayar RM40 ribu, bulanan saje RM500 memang cekek darah betul la...Dah la pilih kasih rapat dengan budak yang berada ja.

Dah la mintak tolong beli barang keperluan pun susah, mintak hari nie 2 bulan yang akan datang baru dapat...Janji dengan mak bapak manis....

Memang aku lari dari PERKID. Aku lari sebab aku dah tak tahan dengan apa yang dia orang wat kat aku dan kawan-kawan aku...Dia orang buat kami dekat sana macam hamba.....

Hari pertama aku jumpa uncleseekers aku takut sangat-sangat tapi setelah aku kenal uncle dan rakan-rakan uncle baru aku tahu uncle ni macam mana orangnya..Aku duduk dekat sini amat la tenang berbanding dekat PERKID...Dekat sini aku belajar banyak perkara yang baru dan aku belajar tentang erti kehidupan sebenar, hidup seperti family bukan seperti hamba..Aku dekat sini bukan digelar seorang HAMBA tapi aku dekat sini di layan seperti family...

Pada dua hari yang lepas bos besar JKM datang dekat sini dan aku telah cerita apa yang dah belaku dekat kami dan dia cakap memang patut pun ambik tindakan dekat PERKID...

Disini jugak aku dijaga dengan rapi dan baik...Makan,minum,pakaian semuanya cukup....Bukannya macam dekat sana, tidur pun berhimpit-himpit....

Dekat sini tiada sebarang paksaan atau menjadi hamba....Sembahyang tunggang terbalik pun tapi tak ikhlas nak wat apa...

Aku rasa lebih baik aku duduk sini pada aku duduk PERKID menjadi sebagai seorang HAMBA dekat sana...Kat sini free kat sana kena bayar mahal pulak tu...Makan kat sini sangat mewah kerana sifat uncle seekers suka menjamu makan



Link 


Aku happy duduk dekat sini dan aku rasa tenang. Aku berjanji aku akan menegakkan kebenaran apa yang terjadi sebenarnya dekat PERKID....Aku sayang dekat kawan-kawan aku KAK NAD, NURI DAN MIRA...Aku akan buktikan apa yang aku cakap ni benar bukan rekaan semata-mata....

Kalau mak dan ayah baca apa yang aku tulis ni mak dan ayah akan tahu apa perasaan aku...mak dan ayah tak perlu la bimbang aku selamat saja...Kalau mak dan ayah nak datang dekat sini pun boleh silakan...Ira sentiasa menanti....Atau tunggu ira pulang...Ira akan pulang bila masanya dah tiba....Aku duduk sini selamat saja....


Yang benar
(NURSHAHIRAH)
17/06/2014-2.40 A.M..

Monday, June 16, 2014

Perkid - Anak Pelakon Terkenal Dipukul? (Part 3)

Perkid - Anak Pelakon Terkenal Dipukul? (Part 3)

Rozie Rashid

Nurul (kiri sekali) Nadhirah (anak Rozie Rashid) dan Mira yang telah dipukul sehingga berdarah!


Mohon pihak berkuasa ambil tindakan kat Perkid terutama DETOX (bilik tahanan pelajar yang buat silap contohnya curi makanan dalam asrama). Ada kes sorang pelajar ini dikurung sampai 8 bulan.

Dengar cerita banyak kong kali kong telah berlaku pada penuntut disana....

Mohon Jabatan Kebajikan Masyarakat siasat tentang pelajar2 disini tidak diberi peluang amik SPM.

Kalau pegawai JKM nak datang jangan buat temujanji sebab dia orang ni akan prepare apa yang patut untuk cover line

Lagi satu, duit bulanan dari ibubapa sebanyak RM500 sebulan dan duit pendaftaran masuk sekitar RM2,000 pihak Perkid buat apa?


Makanan yang dihidangkan tak setimpal dengan duit yang ibubapa mereka beri setiap bulan

Ada juga segelintir penduduk kawasan perumahan Perkid yang menyampah dengan Presiden Poyo. 

Pakai kopiah, jubah dan selempang tapi perangai macam gampang! 



Perkid - Pukul 3 Pelajar Sampai Berdarah? (Part 2)

Perkid - Pukul 3 Pelajar Sampai Berdarah? (Part 2)

Masrizi bin Sat
Presiden Perkid / Presiden Poyo

Benarkah berita 3 orang pelajar dibawah ini telah dipukul sehingga berdarah!

1. Nurul Izzati Bt Zaharudin - 981124-01-7578 - 16 tahun
2. Sharifah Nadhirah Bt Tuan Norhan - 911211-14-5224 - 23 tahun
3. Nurul Amirah Bt Zahari - 971027-14-6432 - 17 tahun

Dan yang paling best sekali Presiden Poyo ni kata nak hantar tentera Fisabillah dia kat Janda Baik bantai aku! Eeeee...takutnya aku.  Jemputlah datang bro...

Siap cakap besar lagi yang dia ni dulu bekas tentera AlMaunah. Hak tuih!

Perkid - Indah Khabar Dari Rupa? (Part1)

Perkid - Indah Khabar Dari Rupa? (Part1)

Masrizi bin Sat
Presiden Perkid / Presiden Poyo


Setelah aku mencari maklumat selama 3 minggu, aku telah dapat maklumat secukupnya apa yang telah terjadi didalam asrama Perkid di Ulu Langat Batu 16

1. Benarkah Presiden Poyo ni menzalimi pelajar-pelajar diasrama tersebut?

2. Benarkah asrama ini menyiksa dan mengurung pelajar didalam DETOX yang telah buat kesilapan ? Adakah pelajar ini berstatus haiwan? (tidur, makan, minum, berak dan kencing dalam bilik yang sangat kecik)

3. Kenapa ibu-bapa harus bayar gantirugi RM40,000 kepada Presiden Poyo kalau ibu-bapa pelajar tersebut hendak keluarkan anak mereka dari asrama itu?

4. Benarkah adek Presiden Poyo ni (GEDUNG) hisap ganja?. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Dan banyak lagi isu panas....

Habib Rizieq Shihab

Friday, June 13, 2014

Talian STREAMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM

Talian STREAMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM




Alhamdulillah semenjak daripada 10 Jun 2014 tempohari sehingga ke hari ini, talian internet stabil tanpa sebarang gangguan.

Terima kasih kepada Abang Omar yang memberikan kerjasama sepenuhnya. Telefon sahaja dalam masa beberapa minit sampai. Beberapa jam sahaja keadaan pulih sediakala.

Sememangnya kami sangat bergantung kepada talian internet yang stabil. Sebab kami mempunyai banyak PC dan TAB yang menggunakan talian internet untuk menjalankan perniagaan kami.

Sebelum Abang Omar melangkah pulang, sempat juga saya bertanya kepada beliau, "Bang bila UNIFI nak masuk sini?", "paling lama dua bulan lagi, paling cepat sebulan lagi insyaallah".

Agak lega juga bila dengar berita UNIFI dah nak masuk sini. "Area bukit tinggi belah sana dah ada dah, ELETRIKSOLA pun dah ada" Abang Omar menambah.

"Kalau Eletriksola dah ada, tak lama lagi la tu. Bang tayar van abang tu kurang angin" ujar saya kepada Abang Omar sebelum dia pulang ke rumahnya.

Semenjak daripada beliau datang 'repair' internet kami sehingga ke hari ini 'connection' menjadi lebih baik. Alhamdulillah.

Terima kasih Abang Omar, Terima kasih TM.

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

Thursday, June 5, 2014

Talian STREAMYX Mendukacitakan

Talian STREAMYX Mendukacitakan




Salam,

Semalam dan hari ini, talian internet di Janda Baik sangat mendukacitakan. Dah la slow terputus-putus pulak tu. Harap ada tindakan susulan daripada 'service provider'. Sedikit sebanyak ia mengganggu perjalanan perniagaan kami yang bergantung 100% dengan internet.

Sudah berkali membuat laporan kepada pihak Streamyx, tapi kualiti talian tetap sama (talian terputus-putus). Rasanya pihak TM dah boleh masukkan UniFi dikawasan ini.

Sekarang ni pun terpaksa menggunakan mobile internet MAXIS dan 'Tethering' ke laptop untuk pantau keuntungan menggunakan 'multi terminal'.

Harap ada tindakan susulan yang SEGERA daripada pihak TM kerana gangguan talian internet ini mengganggu prestasi perniagaan kami.


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


Monday, June 2, 2014

Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur

Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur





Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah, segala puji bagi Mu ya Allah, Tuhan yg mencipta, memplanning &  menggerak segala alam yg tak terbatas termasuk alam diri ini. Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya serta keturunannya.

Assalamualaikum & slmt berbahagia, sahabat2 GV6 terutamanya, khasnya kpd uncle, Tuan Mizi, Master Dzoul, & gang2 admin yg lainnya serta para pembaca blog yg inshaAllah sentiasa dlm curahan rahmatNya.

Entah...tak tau kwn nk tulis apa ni,,,ikut je le jari ni nak ketik apa pn,,harap2 selalu dlm bimbinganNya.
kwn cuma nk sharing berkenaan forex yg di kelolakan oleh uncle & geng milliunnya... so far  ..sejak kwn join group ni bermula start trading bulan 11 2013 yg menggunakan robot silver , kemudian  upgrading robot  hingga menjadi Gv6, tarantula & macam2 lg lah....




Jan 2014 - 55.97%, Feb 2014 - 118.11%, Mar 2014 - 44.85%, Apr 2014 - 32.64%
May 2014 - 81.85%, Jun 2014 setakat 3 Jun 2014 - 25.44%


daripada laut forex yg kadang bergelombang kuat, kadang steady, kadang nak pecah perut & jantung pun ada...tp Alhamdulillah, kwn sangat2 bersyukur ke hadrat Allah kerana sehingga sekarang ia masih terus belayar...dan masih lagi memperoleh profit...harap kita semua berdoa agar trading ini terus belayar dgn jayanya, dan muga Tuhan akan sentiasa mengalirkan ilham2 & idea2 yg hebat2 terhadap uncle, tuan mizi & yg terlibat dlm pengurusan trading  forex ini....mudah-mudahan profit yg lebiiiih masyuuuk juga dpt dikongsi bersama pelabor....

dari segi komitmen, nampaknya Alhamdulillah, Allah masih mengalirkan sikap amanah terhadap pihak pengurusan & nampaknya ketika gelombang lautan forex terutama pd Mac & April 2014, mereka bertungkus lumus utk menjaga akaun peserta agar tidak MC( margin Call), bahkan dapat pulak idea2 yg baru utk mengupgrade robot disebabkan tsunami itu. Muga Allah sentiasa menitipkan sifat hebat seperti ini kpd pengurusan bahkan ditambah lagi dgn kebaikan2 yg lainnya.

Berikut adalah catatan tangan mengenai profit2 yg dihasilkan utk akaun kwn dgn modal asal USD 5000.
...jumlah terkumpul sejak mula trade ......usd 12,606  bermakna  252.128 %
...ini yg kawan dapat setelah pembahagian dgn pengurusan.....usd 4210.68
bermakna 84 %, katalah kali 3 ( 1 usd = 3 rm)......bersamaan  Rm 12,632.034....dlm masa 6 bulan...

bagi kwn ini antara usahasama perniagaan yg sgt berbaloi ,syukuuuurr... ya Allah....tak pernah dari mana2 perniagaan  kwn dpt sebanyak 84% 6 bulan......maklumlah dgn ilmu forex yg tak ada ni....tp kalau utk master2 forex yg manual trade, mungkin akan dpt lebih lagi cumanya kena sentiasa pantau graf gelombang lautan....kwn lak walaupun tak boleh & tak tau nak buat manual trade, tp dpt gak merasa kedahsyatan gelombang lautan tu, tengok jer, tak boleh usik apa2...masih boleh lg goyang2 kaki & masih lena tiduuur...hu hu..

setakat ni, duit beli robot rm 3,700....dah settle....tinggal nak tunggu balik modal lak (usd 5k = rm 18,500)....harap berjaya dgn cemerlang & kalau dpt  kasi lagi masyuuuk serta selamat...lagi le canteek....dan sekarang projek2 amal jariah membantu sek tahfiz & anak yatim juga telah dimasukkan dlm program forex ini....so dptlah rakan2 pelabur berinfaq walau sedikit....

ok lah...diharap, agar projek ini bertambah baik dan baik dan baik & masyyuukk lagi...semua dgn izinNya melalui  hamba Allah, uncle & the geng....terima kasih kpd semua....bg para pembaca yg nk join, boleh roger ngan uncle & pengurusan...kalau masih open lg lah....k, jumpa di lain masa..kalau tak best pn sharing kwn ni...baca je ler, muntah2 pn tak apa..


WAK


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...