Followers

Monday, December 29, 2014

Pintu Rezeki

Pintu Rezeki


AsSalam…

12 November 2014, tengah duduk relaks-relaks kat ofis smbl sambil berangan dan dok pikir ape nak buat untuk tambah pendapatan…

memandangkan pendapatan bulanan sekarang memang tak cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan harian dan hutang yang berlambak… Tiba2 ada bunyi whatsapp  masuk… tertera nama abg nuar(abg aku) tertulis ayat

Klau hang join forex, yg ni boleh.. hang tengok kat http://uncleseekers-v2.blogspot.com..."

Tanpa buang masa lg aku terus la buka blog tu… Inilah kali pertama dalam hidup aku baca blog uncle.. hehehe….

Esokkan nya abg aku bertanya lagi samada dah baca blog tersebut atau tak. Mujur lah aku dah sekali imbas tengok walaupun masih blur pasal robot yang diceritakan.

Baca mengenai blog uncle seekers yang banyak isinya mengenai pertukaran mata wang @ lebih dikenali sebagai forex, buatkan aku yang takde ilmu ekonomi ni terkapai-kapai.

Selepas membaca blog  ini, aku berminat untuk follow abang aku untuk berjumpa dengan owner blog ni di Janda Baik 28hb November 2014.

Hari yang dinantikan telah tiba, bermulalah perjalananku ke Janda Baik, risau jugak aku dibuatnya, sebab x tau ape2 pasal forex… yang taunye member2 yang trade forex pasti karam…

Lebih kurang pukul 4 petang aku tiba di tempat Uncle bersama abg aku anuar dan rakan sekerjanya hafiz.. Aku memang teruja giler tgk kawasan tu… dengan senibina rumah yang sgt  menarik, suasana nyaman seperti berada dalam taman daa membuatkan aku rasa tenang sangat.

Tp yang paling syok ada sungai..hehehe.. Aku tak pernah berjumpa Uncle, Dzoul, Roni, Mona dan Adeek…walaupun begitu layanan mesra dari mereka memang terbaek menyebabkan kami sangat selesa.

Kami diberi penerangan sedikit sebanyak oleh Dzoul malah Uncle sendiri banyak memberi penerangan dan keyakinan berkenaan robot diamond kepada kami. Dari pemerhatianku mereka sangat yakin kebolehan robot tersebut…

Inilah yang membuatkan aku bertambah yakin untuk join…

Tarikh keramat 1 Disember 2014, kapal aku telah memulakan pelayarannya yang pertama… X dek langsung rasa risau… sebab smuanya diuruskan oleh admin…

Aku hanya tgk akaun menggunakan software Metatrader4 yang di-install pada handphone…yang pastinya admin sgt cekap , komited dan terbaik… Sentiasa update perkembangan dan info terkini…


 Keuntungan Azri (sebelum ditolak pembahagian) Minggu ke-2 sebanyak USD1,686.22 Cent (USD16.86)



 Keuntungan Azri (sebelum ditolak pembahagian) Minggu ke-3 sebanyak USD1,871.60 Cent (USD18.72)





Keuntungan Azri (sebelum ditolak pembahagian) Minggu ke-4 sebanyak USD528.17 Cent (USD5.28). Keuntungan keseluruhan setakat 26 Disember 2014 pukul 6 petang sebanyak USD4,085.99 Cent (USD40.86)


Yang paling best dan menariknya, jaminan wang modal diganti jika berlaku sebarang kerugian/ kecelakaan/kesulitan teknikal yang tidak disangka-sangka…

Disamping itu juga keuntungan yang diperolehi diambil sedikit untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim…  boleh jgk buat amal jariah…


Roni menyerahkan amanah infak Warga Diamond 
kepada Badan Amal Nur-Zaharah Janda Baik Pahang



5% daripada keuntungan warga Diamond untuk
tujuan kebajikan

 Badan Amal Nur Zaharah
Kg Janda Baik, Bentong, Pahang


Akhir kata… Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk admin dan rakan-rakan seperjuangan… Smoga apa yang diceburi ini dapat memberi kebaikan kepada kita smua dan orang lain… InsayaAllah…

Aku Sudah
Anda Bila lagi…

Azri

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi

Thursday, December 25, 2014

Alhamdulillah Masyuk!

Alhamdulillah Masyuk!


Assalamualaikum n selamat sejahtera...

Selalu aku cukup suka baca artikel uncle n sapa sapa jelah yg tulis artikel dlm blog uncle...tp sekali uncle suruh aku tulis artikel pening jugak kepala aku...

bermacam macam alasan aku bg(hehe) dari sehari ke sehari sampailah dapat warning dr bro Dzoul Uncle nak artikel segera katanya...hahaha..terus kecut perut..(sorry uncle lambat hehehe)

Faisal 2(dua) dari kiri bersama anak-anak yang comel


Aku merupakan antara geng2 terawal group diamond bersama beberapa otai yg hebat lg hensen (abg nuar, bro azri n bro hafiz- bro hafiz lu bile lg... Hehe gurau je)

Aku mula terperangkap dgn blog uncle masa ada satu kes yg satu malaya pun dah tau n x payah aku bg tau...selepas pd tu boleh dikatakan 2 ke 3 hari sekali baca blog dia...sampailah kena gam n bukak pulak blog baru...lama jugak tunggu blog baru .....Bak kata abg nuar...aku terjebak..lebih kuranglah dgn aku pun..

Benda kalau hari-hari disogok depan kita terpengaruh jugak akhirnya..masa mula baca tak mampu nak join, coz tinggi wooo uwangnya..

hanya mampu tgk sahaja tangkapan demi tangkapan diorang yg lumayan (rezeki masing2) bak kata uncle nak tangkapan beso modalnya pun kena beso...aku x mampu lg masa tu...

panjang pulak dah aku pendekkan..akhirnya aku terbaca satu hari tu ada promosi serendah usd500..biar betul....baca lg ...aaa... Betullah...terus mesej no n tetapkan tarikh...

Keuntungan Minggu Kedua Faisal sebanyak USD8,352.37 Cent (USD83.52)




Keuntungan Minggu Ketiga Faisal sebanyak USD10,667.77 (USD106.68) 


Keuntungan Minggu Keempat Faisal sebanyak USD4,031.78(USD40.32). Keuntungan keseluruhan Faisal setakat 25/12/2014 pukul 1:40am adalah USD230.52.


First urusan dgn miss mona..sampailah pd hari bengkel aku bergerak dr rumah bersama isteri n anak2..dlm perjalanan miss mona dah mesej tanya sampai mana? jumpa tak jalannya?...

sampailah waze miss mona yg tunjukkan aku jlnnya...isteri aku pulak katanya dia ingat, tp mcm lupa...yg dia tahu tempat tu pelik(dia dtg pun tahun 1997 ada program kat umah uncle)

Akhirnya jumpalah kami dgn tempat yg dicari..masuk je dlm kwsn rumah anak aku dah excited...ternampak pulak uncle tgh borak dan melambai kami mcm dah kenal lama...isteri aku cakap diorang nie jenis yg friendly dgn tetamu..

Kedatangan aku di sambut oleh miss mona n terus dibawa untuk dgr penerangan dr bro Dzoul (masa tu otai2 3 org yg hensem dah ada )

Maka disinilah bermulanya perjalanan aku bersama group gv6 berlian...(penatlah tgn)...

apa yg aku boleh cakap pertama kali jumpa korang korang sangat friendly (uncle, miss mona, bro dzoul, adeek n bro roni korang semua sangat cekap)

Bermula dr pendaftaran Payoner oleh adeek, maklumat terkini oleh bro dzoul , bro roni n miss mona sehingalah penerangan operasi oleh Uncle.

Semuanya berjalan sangat mudah...Alhamdulilah...

Semoga group GV6 Berlian dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan n kekayaan n selamat tahun 2015....berapa banyak  'n'  daa ...ini n betul2 The End...

Mohd Faisal

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi

Sunday, December 21, 2014

Kisah Bermula….

Kisah Bermula….

Ku mulakan dengan salam penuh keceriaan semua. Bagaimana nak mulakan pun aku tidak pasti, cuma terfikir nak guna gaya penyampaian Uncle atau gaya “my own style” bila menulis artikel untuk paparan di blog Uncle.

Baiklah setelah 2,3 hari memikirkan apa pengisian yang nak dimuntahkan di sini ( bukan uweks lain yer….hihihi jangan salah tangkap …), maklumlah dari sisi lain aku ni seorang ibu.

Ya ibu berkerjaya yang kadang-kadang ada masanya sesak nafas bila hujung bulan dah cecah. Namun begitu , aku percaya tentang rezeki akan setiap anak Allah telah tetapkan.

Tinggal cuma bagaimana kedua ibubapa berfikir jauh sedikit mencari idea untuk mencari punca supaya rezeki dalam bentuk kewangan itu sentiasa ada sehingga ke hujung bulan. Tidak kering kantung poket kata orang. Tak gitu.

Tak tahulah kot poket korang penuh aje dari awal sampai ke hujung bulan. Kalau benar sangkaanku itu harapnya bolehlah korang kongsi rahsia besar itu…..untuk kita praktikkan ramai-ramai.

Kenapa aku menulis sebegini, hahaha … adalah sebabnya…. Korang nak tahu… ok lah nak tahu ke tidak jawapannya ada jika korang rajin baca coretan aku ini sehingga ke hujung garisanlah.

Bak kata orang sekali membaca , bacalah sampai habis , bukan habis ajer tau sampai korang faham apa yang nak disampaikan supaya tidak tersalah anggapan. Uiks… panjang pula menceceh yer, oklah lah jangan korang boring pulak..

Kisahnya bermula cam gini..29hb Novermber lepas, aku jenguk la blog Uncle ni sambil sambil berfikir, apa caralah boleh dibuat, tahun depan GST akan dilaksanakan… gaji cam gitu juga.

Maklumlah hero-hero ku ni ramai ehem…tambah heroin seorang semuanya setengah dozen. Hari-hari memang dah jadi  SuperMak tapi belum sampai tahap Mak yang Superb…

Jadi tengah-tengah berfikir tu , otak berfikir, tangan mula gatal ….ishhh.. apa kata asyik dipertontonkan artikel Robot…robot..robot.. sampai aku “pause” lama ler juga dari mengikuti blog Uncle ni, kurang berminat sudah…tapi masih jenguk sekali-sekala.

Sebab apa kurang minat , satunya,  malas nak menjerut leher sendiri, kena cari modal besar, sedangkan bulanan punya modal pun tersengguk-sengguk.

Tanganku pun mula menekan papan kekunci bukan untuk bagi komen pada Uncle tau, aku nak kirim emel nak tanya pasal bengkel tentang Forex …cet…ah dah terlanjur hantar la pulak….hihi setelah tulis baris-baris ayat pada Uncle, masih sempat bagi nombor untuk Whatapps, Telegram pada Uncle.

Maka aku pun menyibukkan diri dengan aktiviti harian biasa tanpa mengharapkan Uncle yang punya ramai ‘followers’ ambil kisah tentang emelku.

Tak disangka , 30 November dapat mesej Wasap dari Adeek tentang pertanyaanku sehari sebelum itu. Rupanya juga Uncle pun balas emelku, aku yang terlepas pandang.

Dipendekkan cerita maka ditetapkan hujung minggu hari Jumaat ( Adeek Wasap beritahu )  kami diminta bertandang ke Janda Baik.

Setelah berbincang dengan kekasih hati yang sorang kat rumah, suruh dia ambil cuti sehari dan cerita sedikit apa isu yang menyebabkan kami sekeluarga perlu ke sana maka Jumaat pagi 6 Disember awal-awal ku kejutkan anak-anak siapkan diri sebab nak pergi mandi sungai..

Wah macam-macam soalan keluar dari mulut dia orang, dan seperti biasa namanya pun mak dah siaplah aku beri jawapan yang sesuai.

Bertambahlah girang mereka, maklumlah nak mandi sungai, jarang berlaku dalam hidup mereka mutakhir ini hihi..kecuali kat tab mandi kat hotel kalau kebetulan mak pak pergi kursus..

Berpandukan Miss Waze maka kami yang belum pernah sampai ke Chemperoh ni menyusur lebuhraya Karak selepas sarapan. Emm Miss Waze dah bagitau destinasinya dah sampai, suami Tanya aiks takkan loji ni rumah Uncle hahaha..

Gelak aku memang kami tak nampak rumah dan pintu pagar untuk ke rumah Uncle, cuma nampak loji je... Dalam pada berbincang kat kereta tu, kami pun cuba undur kereta …erk…

Sambil undur tu tetiba mata ternampak batu tertulis WadiHana di celah  pokok bunga kertas yang lebat merimbun, wah ada rumah rupanya kat dalam. Uhuuhuuu nasib terpandang...

Maka dengan hati yang agak suspen, kami masuk ke laman, aku cuak juga,  ya la..janji nak jumpa jam 2 petang , aku pulak jam 11.45 dah terpacak kat laman rumah. Puas fikir, “eh… pergilah jumpa Uncle,”, suami dah sound,  jap yer… jawab ku. Kang tak pasal aku kena sembur kat Uncle , kot dia masih zzzzzz, maklumlah orang Forex biasa cam gitu, pada fikirankulah. Hihih..

Dalam pada tu dok mengendap sambil bagi salam.. sempat meninjau juga sampai belakang. Kelibat orang pun tak Nampak, hantar mesej pada Adeek kat Wasap pun tidak ada respon. Dalam fikir punya fikir tu tetiba ternampak seorang jejaka berbaju kuning, hehehe ada peluang nak bertanya tu..

Dipendekkan citer, Adeek respon setelah itu dan menjemput kami ke laman Jepun untuk santai dan makan-makan. Sambil tunggu nak jumpa Uncle, dan setelah  minta kebenaran untuk anak-anak mandi sungai aku pun menengok keadaan sekitar yang tenang dan damai sambil fikir...







Sesi mandi-manda dan Laman Jepun tempat kami sekeluarga melepak 
santai-santai sambil menjamu selera….

Alamak camner yer nak masuk tak der modal (dalam hati berkata-kata)..takpalah itu kemudian fikir.Inshaallah ada tu…

Setelah selesai makan aku pun berjumpalah dengan Dzoul dan mendengar penerangan para admin kita termasuk Uncle . Ku panggil sekali suami untuk mendengar, heheh sebab apa… kan dah cakap modalku dah habis, jadi tengah melentok kat anjea ler…hehehe.

Ala bukan untukku sorang untuk anak-anak dan keluarga juga. Hari tu kami balik kekenyangan, anak-anak biasalah suka makan berulang-ulang, Uncle siap pesan.. jangan bazir, Uncle uncle….

Inshaa Allah tak membazir gerenti beres, hero-heroku mandi sungai sampai dua kali lepas mandi, makan dan makan lagi sampai licin..Terima kasih yer Uncle. Sedap makanan dan tempatnya nyaman tenang.

Yang kelakarnya, bila Uncle turun jumpa kami kat laman Jepun tu, rupanya suami terperanjat …hihihi . Dia sebenarnya tak berapa gemar membaca blog .

Dalam perjalanan balik tu, katanya, “ Ler ingat Uncle dah tua… alahai bang, yang dah tua tu bapak Uncle,…Pak Habib..jawabku, kelakar betul suamiku…

Ok lah sampai situ..Tamatlah citer tentang kunjungan kami pada hari tu, kekenyangan dan keletihan maka dalam perjalanan balik  kereta pun sepi.

Bila balik, setelah aku dah menyertai  grup WA Diamond ku perhatikan jer la apa citer forex kat situ.. sambil Uncle mencelah bertanya  bila nak join, jawabku “”tunggu modal on the way” …

11 Disember pada hari keputeraan Sultan Selangor aku dan rombongan Cik Kiahku setengah dozen ini bergerak ke bank di Kepong untuk urusan mendapatkan modal dan setelah sesi tanya itu dan ini dengan admin adeek dan mona maka selamatlah aku bank-in modal ke dalam akaun broker…

Maka dengan itu rasmilah pelayaran kapalku pun bermula.

Hari pertama belayar satu pukat dapat tangkap hasil agak baik…hari hari seterusnya aku hanya melihat paparan menggunakan MetaTrader 4 kat hphoneku, setiap minggu Sabtu  Admin Roni update akaun peserta hantar kat kat Wasap Grup.


Keuntungan Kak Ros Minggu 2 USD 600.26 Cent


Keuntungan Kak Ros Minggu 3 - USD 12,028.81 Cent . Jumlah keseluruhan 6 kali trade bermula 12 Disember 2014 sehingga 20 Disember 2014 setakat pukul 5.45 pagi adalah USD12,629.07 Cent. Ditukar kepada nilai USD menjadi USD126.29 


Nak tahu hal-hal terperinci , korang hubungi Dzoul lah…yer

Bukan iklan tapi itulah kenyataan, hatiku sudah mula ceria….tangkapan inshaallah sentiasa ada dengan lukah yang berbagai hasil saranan admin sekelian. Aku pun takut juga mulanya tapi ada jaminan, kalau kapal karam, akan ada topupnya… maklumlah sudahlah modal aku ni bukan sendiri punya ….

Apa-apa pun tahniah dan terima kasih atas bimbingan admin yang penuh komited. Jom kita sama-sama mencari rezeki sambil beramal… 5% keuntungan kita, diberikan kepada anak-anak yatim.

Antara admin dengan kitapun ada bahagian masing-masing yang penting kita tidak tamak. InshaAllah rezeki ada, Allah sentiasa memberi, kita ni jangan kedekut…

Bila Allah menguji kita dengan untung yang lebar…Kena ingat duit yang kita dapat, bukan semua nya bahagian kita… Ambillah peluang beramal selagi hayat dikandung badan.  Jom sama-sama beramal.

Akhir kata terima kasih sekali lagi kepada Uncle dan Pak Habib kami berkunjung semula ke Janda Baik pada minggu berikutnya sempena “Sajak sampai Suboh” anjuran bersama Pak Habib dan DBP…


Baca Sajak Sampai Suboh pada 13 Disember 2014
Kredit Gambar : Yassin Salleh


Sempat merasa khemah ala-ala camping bersama family. Rugi korang tak ikut…hihihihi..Terpanjang pulak kalau dah mula, baiklah aku tekan brek sampai sini dulu yer..

Maaf kalau artikel ni macam entah apa-apa pada korang. Opss sebelum join pun aku research juga pasal hokum-hakam.. so Alhamdulillah khilaf…para ulamak. Lampu hijau bagiku…

Kalau korang timbul keinginan yang sama macam diriku tu, usahlah tunggu lama-lama.. yer… petik butang handphone tu sama-sama kita berjemaah..mencari rezeki.

Bagi tahulah Dzoul, apabila timbul keinginan setelah membaca artikel tajuk…"Kisah bermula"…

Siapa diaku…mmm boleh kenal sebagai Ros a.k.a Kak Ros. Segan nak bagitau nama…..yang penting aku memang wujud yer, bukan makhluk khayalan semata .

Terima kasih kerana memberi peluang menitip artikel yang tak seberapa ni yer Uncle  dan terima kasih kepada yang terhibur dengan artikel ini dan sudi membacanya juga sampai tamat…

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

KAK ROS

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi

Wednesday, December 17, 2014

AKU TERJEBAK JUA

AKU TERJEBAK JUA


Salam..

Lama dah aku dok ikut blog uncleseekers ni, macammana boleh terikut tu aku pun tak ingat sangat. Macam-macam cerita yang menarik untuk dibaca kat blog ni, ada yang aku “macam percaya” ada yang aku rasa ‘uncle ni tah apa-apa’.

Tapi yang pasti blog ni aku buka hampir setiap hari dan aku memang rasa kecewa bila aku buka tapi blog tak update.

Satu ketika setahun lebih yang lalu, aku terkejut bila buka blog ni.. ‘ehh..buang tebiat ke orang tua ni, main forex plak”, kata hatiku.

Aku ikuti cerita forex ni..daripada robot pertama, perjumpaan penuh meriah peserta forex yang terpengaruh dengan uncle (kih3), main bola berapi dan macam-macam lagi.

Seronok mengikuti cerita robot yang belayar dan membawa hasil tangkapan dan ada juga cerita kapal yang karam. Aku minat nak join tapi masa tu kemampuan terhad dan aku nak tgk rentak dahulu.

Kata orang tua-tua, kalau dah jodoh tak kemana. Kalau tak silap awal bulan November yang lalu, ada tawaran 60 robot percuma dengan modal serendah USD500. Wow!! Peluang untuk aku...

Tanpa melengahkan masa aku terus wassup no 013-3057802 / 013-3089602 dan buat temujanji.

Anuar sebelah kiri Uncle yang tengah tergelak tu..



Tak sangka aku, adik aku dan sorang teman sepejabat serta seorang cikgu dari Johor merupakan kumpulan pertama melapor diri (byk faedah jadi kumpulan pertama ni) pada 28 Nov 2014.

Aku sampai kat tempat uncle tempat kul 4 ptg (jam aku ler).

Sungguh!!! Aku tak penah jumpa Uncle,Dzoul,Adeek,Mona dan Roni. Pertemuan pertama aku dapat rasa seolah kami semua dah kenal lama, tambahan pula dengan mulut uncle yang hmmmmmmmmm!

Layanan,makanan, kemesraan.....terbaikkkk. Aku bukan puji sbb dorang jaga akaun aku, tapi itu hakikat..keikhlasan itu sangat terserlah..

Sedang Mengisi Borang

Dzoul beri taklimat serba sedikit, uncle tambah serba banyak...aku yakin dan percaya bahawa robot diamond ini sangat hebat. Aku dapat merasai betapa tingginya keyakinan mereka berempat terhadap robot ini.

Akhirnya 9 Dis 2014, kapal aku memulakan pelayaran. Takde apa nak risau, admin bertindak dengan sangat cekap. Maklumat sentiasa di update (sampaikan aku tgh tidur pun,maklumat tetap update).

Admin sentiasa membuat pencerahan atas apa sahaja kekaburan yang kita hadapi. Kapal aku boleh belayar tanpa mendatangkan apa-apa kerisauan kat aku (admin jaga semua).

Jaminan wang modal diganti, lagilah buat aku tidur diulit mimpi forex...

Baru TUJUH hari kapal aku belayar, hasilnya dah banyak yang kelihatan dan dibawa pulang..heheheh.. hati ada senang.Alhamdulillah dengan IzinNya.






Keuntungan selama TUJUH hari trade bermula 9 Disember 2014 Hingga 17 Disember 2014 setakat pukul (12.30pm 18/12/2014) adalah sebanyak  USD 18,140.94 CENT (ditukar kepada nilai USD menjadi USD181.41)


Aku mendoakan Admin dan semua rakan-rakan yang terlibat diberi kekuatan,kesihatan,rahmat dan limpahan rezki olehNya..

ANUAR


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi