Followers

Wednesday, January 14, 2015

Misteri Jari Berapi

Misteri Jari Berapi






Sabtu...

Hari inilah kebiasaannya saya akan berehat lebih lama sikit berbeza daripada hari-hari lain. Hari-hari biasa, saya selalu akan duk depan laptop tengok kerenah market (Forex) 17-20 jam bersama dengan para admin yang lain dan Uncle.

Admin lain akan tukar-tukar shif; Mona daripada pukul 6 pagi - 6 petang, Roni 6 petang - 6 pagi, Adeek 2 petang - 2 pagi.

Saya akan lebih melihat daripada segi 'technical chart' dan admin lain akan menguruskan laporan keuntungan, pengagihan keuntungan dan sebagainya.

Nampak senang, tapi memang kena buat sangat teliti.


Laporan terkini 14 Januari 2015 sekitar 2.26 pagi sehingga 3 pagi. 4 akaun position ditutup untung 
sebanyak 5 kali. Laporan keuntungan sentiasa diberikan kepada penyewa EA GV6 Diamond.
(klik gambar untuk paparan lebih besar)


Dah menjadi rutin harian selama setahun lebih bersama GV6. Macam-macam ada. Pengalaman yang sangat berharga yang tak boleh dapat dimana-mana.

Hari Sabtu lepas, 10 Januari 2015 bro Anuar, Azri bersama ibu bapanya dan anak isteri datang melawat kami di Janda Baik.

Seminggu awal, bro Anuar dah call booking nak datang Janda Baik bawak keluarga datang mandi sungai.

Biasalah Uncle akan tanya, "Berapa orang nak datang?" Uncle berdarah Arab Yemen ni memang setiap kali tetamu datang, dia akan bagi makan cukup-cukup. Biasalah "arab..arab..arab".

Kalau korang datang, pastikan perut kosong dan makan kena sampai habis. Kalau tak, dengar lah ceramah dia nanti. "Membazir..bla..bla","Rezeki ni datang..bla..bla" dan macam-macam lagi dia akan bebel. Korang kena angguk kepala dan telan je makanan yang tengah makan tu sampai habis.

"6 dewasa, 2 orang budak.." bro Anuar memaklumkan kepada Uncle ketika bercakap didalam telefon. Ketika tu saya dan Uncle sedang dalam perjalanan ke NSK Selayang nak beli biskut untuk anak yatim di Janda Baik.



Badan Amal Nur-Zahrah, Janda Baik, Pahang


Menyerahkan kepada anak yatim
makanan ringan (biskut) 



5% daripada keuntungan penyewa adalah untuk
kebajikan

Duit Infak ni adalah daripada keuntungan penyewa robot EA GV6 Diamond. Setiap kali close 5% akan diasingkan untuk beli makanan anak yatim dan tahfiz.

Bro Anuar and family sampai kul 3 lebih. Tak tau la kalau sebenarnya diorang dah sampai awal, kitorang yang tak bangun-bangun lagi masa tu, maklumlah Sabtu dengan Ahad je yang boleh kami berehat lama sikit.

Sampai-sampai mereka sekeluarga menjamu makanan tengahari yang dah tersedia iaitu Nasi Ayam.

Nasi Ayam Kaksu memang menjadi kegemaran ramai. Sape saja yang rasa, pasti nak lagi dan lagi dan lagi.

Apa yang best sangat nasi ayam Kak Su ni? tu kena rasa sendiri. Nak cerita banyak pun tak guna. Kena rasa baru tau.

Disamping datang beristirehat di Janda Baik ni dengan cuaca yang dingin dan tenang mandi-manda ditepi sungai, bro Anuar bawa ibunya untuk dirawat oleh Uncle.

Sebelum ni, bro Anuar dah bawa, kali ni kira rawatan susulan untuk buang 'saki-baki' yang tinggal. Kata Uncle, "proses penyembuhan ni mengambil masa sekitar 6 bulan"

Dah menjadi syarat Uncle, jika merawat pesakit dia tidak mengambil apa-apa imbuhan. Malah ada juga yang dia akan bagi duit poket kepada pesakit.

Katanya, "orang tu datang mintak tolong kita, sakit-sakit, takkan kita nak ambil duit kat dia". Hal ni memang wa bagi tabik dua tangan kat Uncle.

Uncle memang dah lama tak merawat sebab sibuk dengan GV6 Gold & Diamond. Memang takde masa.

Ibu bro Anuar kira yang pertama dalam tahun ni. Ada lagi satu family lagi yang hadir, salah seorang daripada warga GV6 juga bawak ibu untuk merawat.

Lepas Uncle merawat ibu bro Anuar, barulah dia sempat makan tengahari. Lepas je makan, Uncle tanya "Korang nak makan apa untuk makan petang ni?" . "Uncle, petang ni kita makan masakan 'air tangan' isteri Azri". Saya dah terbayang mee kari dah masa tu.

Azri bawak dua beg plastik didalamnya ada memacam jenis kuih. "Oh kuih, ingat mee kari tadi" hatiku berbicara.

"Apa kuih yang kaler hijau tu?" Uncle bertanya pada Azri. "Pau mawar Uncle" Yanie mencelah, isteri kepada Azri yang dikurniakan 2 cahaya mata, sorang laki sorang lagi pompuan.

Isterinya berkerja dipejabat diwaktu siang, malam baru dia buat kuih yang ditempah oleh pelanggan.

Zaman sekarang ni memang kena cari duit lebih. Nak harapkan gaji, memang tak cukup. Bayar tu, bayar ni. Kadang tu dah habis berjimat pun, tak cukup juga.



Roti sarang lebah



Pau Mawar



Izan's Cuppies 
Hubungi Sekarang 019-7746898


Roti Sarang lebah menjadi kegemaran saya. Kuih-kuihnya nampak gebu. Budak-budak suka makan kuih pau mawar, inti kelapa. Sekejap sahaja dah habis. Sedap katanya.

Kalau siapa yang berminat nak ode kuih, nak buat kuih untuk hantaran perkahwinan atau untuk sajian makan beradab boleh contact no ni 019-7746898 (Yanie) . Mintak kuih je, jangan mintak benda bukan-bukan. Bini orang ni.

Mana tau ada nak mintak urut pulak, nak urut pegi sini http://amalanbonda.blogspot.com .

Bonda boleh servis mana-mana yang longgar. Makan ubat je, nak tahan lama tak boleh bang. Urat saraf yang terbelit tu kena betulkan. Januari ni tengah ada PROMOSI. Pi la jenguk.

Cerita pasal urut, bro Anuar, Azri dengan bapaknya habis kena urut dengan Uncle masa diorang datang aritu. Semuanya kena 'Misteri Jari Berapi'. Apa yang misteri sangat jari berapi Uncle ni? Siapa pernah kena urut je yang tahu, termasuklah aku dengan Roni.

Masa kena urut tu memang sakit, walhal Uncle tak tekan kuat pun. Gayanya seperti takde tekanan, macam dileretkan saje jari dia. Tapi dia punya sakit, tanya bro Anuar dengan Azri. Aduii..

Ilmu ni kena tanya Uncle sendiri. Aku pun tak tau camne dia urut. Memang misteri sampai sekarang.

Masa urut tu memang sakit giler, tapi kesan lepas tu. Sendiri mau ingat. Urat simpul dah tak simpul, darah dah lancar. Lu bayang lah sendiri. Ibarat kata pepatah Melayu 'Harihari-Mau'.

Lepas ni jangan pulak ada yang contact Uncle mintak urut. Kompem kena maki nanti haha. Kawan-kawan yang sewa robot EA GV6 mintak tolong, boleh la dia tolong apa yang dia mampu.

Lepas Maghrib, bro Anuar & Azri sekeluarga pulang. Bapa Anuar peluk Uncle dengan erat mengucapkan berbanyak terima kasih atas layanan dan atas rawatan Uncle kepada isterinya.

Segalanya atas kehendak Allah. Kita hanya sebagai 'alat' sahaja.

Wallahualam.

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi

No comments: