Followers

Monday, September 21, 2015

"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."

"Tulang Belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."




Nama : Mohamad Saufee bin Mohd Azmi
No K.P : 881214-35-5409
No. H/P : 017-3201282 / 018-9018406



Assalammualaikum w.b.t

Saya dengan rasa rendah hati menulis surat ini bertujuan ingin memohon bantuan sumbangan ikhlas daripada sesiapa yang sudi membantu supaya dapat menampung kos sara hidup saya, isteri dan anak-anak perempuan kami yang masih kecil berumur 5 tahun dan 2 tahun.

Saya sekarang telah hilang mata pencarian setelah mengalami kesakitan yang kerap selepas menjalani pembedahan di hospital swasta di bawah perlindungan insurans untuk memasukkan besi skru di tulang belakang pada 15 Februari 2014.



X-Ray Saufee menunjukkan kedudukan
skru pada L4-L5




Gambar Hiasan


Saya terpaksa menjalani pembedahan itu berpunca daripada saya telah jatuh terduduk selepas tergelincir dalam tandas dan menyebabkan disc tulang belakang di level L4-L5 hancur dan masalah saraf.

"Tulang belakang di level L4-L5 hancur dan masalah saraf."


Sejak itu saya terpaksa berhenti kerja dengan RHB Bank dan tak mampu untuk bekerja seperti biasa hingga sekarang. Sekarang masih lagi tengah berusaha cari jalan untuk menyembuhkan masalah tulang belakang dan saraf ini.


Surat Perubatan Saufee




Saufee terpaksa mengambil
Celebrex dan Oxynorm utk menahan sakit





Mengalami masalah menjalankan rutin harian.




Saufee terpaksa mengambil bius 
utk menahan sakit. Kos setiap kali bius
lebih kurang RM210


2. Satu demi satu ujian diberikan kepada saya dan baru-baru ini kereta saya juga telah ditarik pihak bank setelah gagal menjelaskan bayaran ansuran selama 5 bulan. Namun saya redha dengan takdir yang dah ditetapkan untuk saya. Saya bersyukur masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dan nikmat-nikmat Allah yang lain. Dan saya pasti ada individu yang jauh lebih susah daripada saya di luar sana.



Resit perubatan Saufee - RM180.00


3. Sekali lagi saya harap tuan-tuan dapat membantu meringankan beban sara hidup saya dan anak-anak yang sangat-sangat menghimpit sekarang. Kalau-kalau ada rezeki buat kami, saya mohon tuan salurkan bantuan ke akaun bank saya:


Maybank : 164490159074 (Mohamad Saufee bin Mohd Azmi) atau
RHB Bank : 11413800369714 (Mohamad Saufee bin Mohd Azmi)


4. Akhir sekali, dengan sedikit kemahiran dan saya pernah mengajar Al-Quran dan Tajwid sebelum ini, jika ada di kalangan ahli keluarga tuan-tuan dewasa/kanak-kanak memerlukan khidmat saya insyaAllah dengan senang hati saya mahu berkongsi ilmu Allah.


Sekian, terima kasih.

Jazakallahu Khairan Kathira..

-Saufee Azmi-


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."

Friday, September 11, 2015

Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)

Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)







Restoran Kelantan Delight di Subang Jaya untuk DIJUAL kepada yang berminat untuk menceburi industri F&B (Food & Beverages).

Sejarah awalnya bermula dibuka di KLCC pada tahun 1997. 

Kemudian 3 cawangan dibuka Di Subang Jaya , KL Sentral dan Citta Mall.

Restoran yang menjual masakan Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan ayam percik.

Pernah dijemput oleh pihak Harrods London untuk pameran makanan halal di London.

Kelantan Delight's pernah terpilih sebagai Restoran Melayu Halal terbaik 2005 hingga 2006 oleh Halal Journal.

Satu-satunya restoran masakan Melayu yang bertaraf 5 bintang.

60 peratus daripada pelanggan tetap di Kelantan Delight's terdiri daripada bangsa asing. Ini menunjukkan resipi Kelantan Delights berpotensi bukan sahaja bagi pasaran masyarakat ibu kota, bahkan masyarakat lain seperti India, Cina dan pelancong asing,

Kelantan Delights juga pernah mendapat liputan meluas daripada media massa luar termasuk Australia, Jepun, Rusia, dan Arab Saudi.




Kelantan Delight's - Subang Jaya





Sejarah awal mula di buka di KLCC pada tahun 1997





60% pelanggan terdiri daripada bangsa asing.




Restoran Melayu Halal TERBAIK tahun 2005 dan 2006.




Dekorasi menarik yang menggabungkan hiasan moden
dan ukiran tradisional Melayu




Faktor menu, lokasi, perkhidmatan, reka bentuk dan 
tatarias restoran menjadi faktor utama peningkatan jualan



Makanan Bertaraf 5 Bintang




Pernah mendapat liputan media luar negara seperti;
Australia, Jepun, Rusia, dan Arab Saudi.



Restoran ini bertempat di ;

Ground Floor, Wisma Consplant,
No. 2, Jalan SS 16/4,
Subang Jaya.




Klik PETA untuk ke Kelantan Delight's Subang Jaya




Harga ingin dijual oleh pemilik adalah RM800,000.00 (Lapan Ratus Ribu Ringgit Malaysia).

Jika berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi En.Azman (pemilik restoran) ditalian 012-6990626



Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)

Wednesday, September 2, 2015

ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!

ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!






"Jom kuar jalan-jalan..." Uncle bagitau kami semua. "Jomm.." Roni menyambut dengan riang. Haha..cam bebudak bila bapak ajak kuar gi jenjalan kemain semangat lagi.

Kami jenjalan kat area Janda Baik je. Duk belakang kereta 4X4, sambil menghirup udara segar Janda Baik. Memang sejuk, kat KL tak leh buat macam ni...

Kami dibawa jalan ke tanah-tanah Janda Baik,...



Tanah Luas lebih kurang 5 ekar. Ada satu rumah besar ni, dan satu lagi rumah penjaga. Besar giler

Rumah  berusia lebih kurang 18 tahun


Dah puas jalan tengok tanah, kitorang masuk pulak dalam hutan. Punyalah dalam tempatnya. Keta-keta yang 'melawa' nak masuk memang tak lepas la..jalan 'off-road'.

Uncle bawak macam kitorang takde kat belakang. Tonggang-langgang kami kat belakang. "Aku taknak lagi duk belakang.." Adeek bagitau aku. Aku gelak besar.

Satu jalan tu memang boleh tembus ke Bentong. "Kalau jalan utama terhalang, kita boleh guna jalan ni" Uncle bagitau semua.

"Tapi hari ni kita tak lalu jalan nak ke Bentong ni, sebab dah nak gelap. Aku takut tak nampak jalan..." ujar Uncle, maklum usia dah banyak, dia memang 'Al-Rabun Waktun Malamun' sape yang paham, paham lah. Hehe.

Kitorang hanya tengok jeram berdekatan. Dah selesai, seksa nak kuar pulak. Adoyai. Sakit muntut woo!


Aroi nak bergambar kat Jeram (aku lupa nama tempat)



Tengah-tengah jalan nak kuar tu aku dengar ada suara berbisik "Jalan terlompat-lompat ni..rasa lapar pulak perut aku" Roni berbisik.

Bisikan Roni dari belakang kereta seolah didengari oleh Uncle pulak. Uncle Terus ke Joey Corner. Kebetulan je kot tu..

Tapi intuisi Uncle memang kuat pun,tu aku akui. Adalah beberapa perkara apa yang dia rasa tu tepat.



ASAM PEDAS TERLARIS DIJANDA BAIK


Joey Corner di Kampung Sum-Sum

Asam pedas dihidang dalam claypot, harga berpatutan.


Kami pun duduk memesan makanan masing-masing. "Dzoul, ko kena rasa asam pedas dia..mabeles!" Adeek menyuruh aku order asam pedas, katanya memang sedap giler.

Asam pedas dia tak macam kat kedai makan lain, masakannya macam masak kat rumah, berasa!

"Asam pedas ari ni takde la dik" Akak , isteri kepada abang Joey memberitahu aku. Akak ni sentiasa tersenyum manis, keterampilan yang nampak cantik. Dialah yang masak di kedai ni.

Ketika kami datang dia menyambut kami dengan baik. Makin bertambah selera aku nak makan. Untung abang Joey dapat akak. "Butang baju aku mana pah!" haha saje gurau abang Joey.

"Alaaa..baru nak rasa" ujar aku yang baru pertama kali makan kat sini, Uncle dah 4 kali datang dah.





Uncle Order Laici Ais
Aku order sirap bandung

Roni Order Tembikai Laici

Mona order Air Limau Ais
"Takpelah kak, bagi saya Sizzling Mee" ujar aku. Ni memang makanan kegemaran aku.

Masing-masing memesan makanan masing-masing. Adeek dan Uncle pesan sup ekor.

Sup Ekor Joey Corner, berasa!


Sampai je makanan, Adeek terus bagi aku rasa sup ekor dia "Nah, cuba ko rasa". "Sedap!" kata aku. "Sup ekor dia rasanya cukup..tak malulah kalu kita ajak orang makan sini" Adeek menambah.


Mona sedang berangan sambil nunggu
Sizzing Mee dia. Jap lagi sampai la Mona.

Tak lama kemudian makanan aku pun sampai, Sizzling Mee. Kuahnya sedap, tapi agak manis. Lain orang, lain citarasanya. Aku bedal je, sebab dah lapar.


Sizzling Mee aku yang dah sampai. Kuahnya agak manis
sedikit.


"Punya la bersih sinki dia sebutir nasi pun takde, lantai pun bersih" ujar Uncle. Uncle kalau bab kebersihan ni mmg dia 'particular' sikit. Bukan sikit banyak.



Sinki bersih. Sebutir nasi pun takde.
Kedai bersih semua pun suka.



Habis makan semua 'tersandor' (kata orang Muar). Masing-masing kekenyangan. Kami bercerita politik semasa. Macam-macam hal. Apapun bagi aku, kita ada akal untuk menilai.




Setiap kali Uncle makan dapat 20% diskaun.



Jika kita berada diatas, tanggungjawab sangat besar. Jangan lupa, 'pakaian' kuasa yang dipakai bersifat sementara. Rakyat semakin bijak menilai.

"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan.." ?


NAMA...


Jangan sampai anak cucu cicit malu nak sebut nama kita...apatah lagi bila tercatat dalam sejarah..


Akhir kata, kalau sesapa yang sampai Janda Baik ngidam nak makan ASAM PEDAS, sila datang ke JOEY CORNER. Rugi kalau tak try.





Jalan ke Joey Corner



Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!