Followers

Monday, February 20, 2017

50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...

50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...

Gambar Hiasan


'BOKASHI' berasal daripada perkataan bahasa Jepun membawa maksud penapaian atau fermentasi bahan makanan melalui proses penapaian bakteria anerobik, baik untuk membantu tumbesaran hidupan.


Kami sedang memproses makanan dan minuman ayam probiotik
menggunakan enzim buah-buahan dan bahan-bahan semulajadi.
TIADA bahan kimia , antibiotik
dan hormon tumbesaran digunakan!

EM-1 (Effective Microorganism) yang dibuat sendiri digunakan didalam
proses fermentasi makanan ayam probiotik


Ayam Bokashi peliharaan kami adalah ayam istimewa kerana makanan dan minuman probiotik yang diberi adalah daripada bahan dirumus khas melalui proses 'bokashi' untuk tumbesaran dan kesihatan ayam yang memberi manfaat kepada ayam dan juga kepada penggemar ayam daging probiotik apabila dimakan.

Nenas digunakan untuk mengambil khasiat enzim Bromelin baik
untuk sistem imunisasi haiwan,

Sayur bayam , antara bahan untuk dibuat
enzim kalsium

Buah-buahan , antara bahan untuk dibuat
enzim vitamin



Lengkuas, temulawak, daun Moringga antara bahan
untuk membuat pati herba ayam


Tugas kami bukan hanya memberi makanan dan minuman probiotik yang sihat kepada ayam-ayam ini, tetapi kami juga menjaga rapi kebersihan reban dan 'brooder' tempat tinggal ayam-ayam ini supaya sentiasa bersih dan selamat.

Memandikan anak ayam untuk
membersihkan kotoran untuk hindar daripada
sebarang penyakit

Anak ayam dilap dan dijemur seketika setelah dimandikan

Proses pembersihan dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan persekitaran tempat tinggal ayam ini bersih bebas daripada serangan penyakit.

Sekam padi yang disembur EM digunakan untuk memastikan tinja ayam
tidak menghasilkan bau busuk

Tujuan utama kami memelihara ayam ini bukanlah untuk jualan komersial secara besar-besaran.

Kami memelihara ayam-ayam ini adalah kerana kami sangat mementingkan agar apa yang kami makan adalah yang terbaik daripada segi kesihatan dan sumber makanan ayam ini tiada unsur-unsur yang mendatangkan was-was kepada kami, baik daripada kesihatan atau bahan-bahan yang diragui kebersihannya.

'GOOD things can not be cheap, cheap things can not be good'

Kos untuk pelihara ayam-ayam ini sememangnya lebih tinggi daripada ayam biasa.  Kos bahan mentah makan & minum ayam adalah seperti berikut (tidak termasuk kos operasi seperti elektrik, penggunaan sekam dan lain-lain) :

Kos Bahan Mentah Makan Minum Untuk Seekor Ayam Bokashi

Kos (sehari)

1. Bokashi
2. EM (Effective Micro Organism)
3. Pati Ikan
4. EM Ikan
5. Pati Herba
6. Enzim Herba
7. Enzim Protin
8. Enzim Kalsium
9. Enzim Vitamin
10. Enzim Vitamin C
11. Enzim Nenas

JUMLAH KOS (sehari) - RM0.36/ekor

1. Kos (sebulan) : RM10.80/ekor
2. Kos (75 hari - usia matang ayam bokashi) : RM27.00/ekor


Apa istimewa Ayam Bokashi?

Ayam Bokashi kami :

1. Ayam diberi makan makanan probiotik yang diperam.
2. Minuman probiotik ayam Bokashi daripada enzim buah-buahan , sayuran dan herba.
3. Ayam Bokashi kami tidak hanyir.
4. Ayam Bokashi kami tidak memberi mudarat kesihatan atau alahan apabila dimakan.
5. Daging Ayam Bokashi kami lebih lembut dan berkhasiat


Ayam Bokashi ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah:

1. Darah Tinggi
2. Kencing Manis
3. Sakit Jantung
4. Buah Pinggang
5. Kolestrol tinggi


Apa kata mereka setelah merasa ayam bokashi kami?




Sabor kak lek lu..huhu


"Bila makan, isinya lembut..."


"Nak kata ayam tapi lebih sedap daripada ayam..."
klik untuk tonton video


"rasa macam di syurga..." klik untuk tonton video



Berita Baik Untuk Anda Semua

Kami ingin memberi 50 ekor ayam bokashi percuma kepada anda semua. Tapi bukanlah sorang dapat 50 ekor ayam..sian orang lain tak dapat rasa nanti.

Setiap seorang hanya dapat seekor ayam sahaja. Dengan syarat anda mempunyai 5 jenis penyakit ini :

1. Darah Tinggi
2. Kencing Manis
3. Sakit Jantung
4. Buah Pinggang
5. Kolestrol tinggi

Anda dikehendaki datang membawa salinan surat doktor mengesahkan anda mempunyai salah satu penyakit diatas atau kesemuanya sekali.

Ayam PERCUMA ini diberi mulai 27 Februari 2017 sehingga  10 Mac 2017 (Hari Isnin hingga Jumaat SAHAJA). Anda boleh datang antara pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Sekiranya berminat, anda boleh datang ketempat kami di Kampung Janda Baik, Pahang. Anda dikehendaki menghantar whatsapp (whatsapp sahaja tak boleh call) ke +60108102943 atau hubungi ditalian (call sahaja, whatsapp takde) 0172648451 (Dzoul) untuk memaklumkan kehadiran anda.

Sila hantar gambar salinan surat pengesahan penyakit anda ke no whatsapp diatas dengan nyatakan tarikh anda akan hadir.



Artikel Kelolaan Saya:

Dzoul
+60172648451 (Call sahaja)
+60108102943 (Whatsapp sahaja)

Adakah Sijil Malaysia Book Of Record Milik Perkap? - Formula 5T ciptaan Uncleseekers bakal menggegarkan pertanian Malaysia? (part 2)
50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...