Kalau Surya 16 kegemaran aku, Mohd Sofi plak Samperna Hijau. Kalau dia sempat bawa ke spital aku plak terus 'jalan'. Hu..hu...
Itulah perkataan pertama yang terpacul keluar dari Mohd Sofi Mohd Yassin pengendali blog Kerajaan Rakyat bila aku peluk dan cium pipi dia sekitar 6.50 pm.
Muka dia bersih wa cakap lu! Mungkin tak merokok 3 hari kot!
Korang boleh melawat dia kat Hospital Serdang Wad CHDW tingkat 4 Katil 1. Dengar cerita Khamis dia keluar.
Waktu lawatan pukul '12.30pm - 2.00 pm' dan '4.30 pm - 6.30 pm'. Kalau korang datang bukan waktu yang ditetapkan jangan harap korang boleh masuk.
Kalau terlewat 5 minit sekalipun dan sekuriti tanggaci yang kasi pas masuk tu kasi lepas aku belanja korang rokok 2 kotak! Ditakdirkan datang jauh-jauh pastu sekuriti tu tak bagi can langsung, korang kena jumpa boss dia kat tingkat 2. Cakap baik-baik macam aku (he he), barulah dia orang tolong adjust. Tapi korang kena jawab sendiri dengan Doktor kalau kantoi!
Mohd Sofi juga ada puji sorang nurse ni (kalau tak silap nama dia Zahida Jailani) seorang yang peramah, berdidakasi dan tidak lokek dengan senyuman. Korang tak payah menggatal lah sebab dia bini orang daaa....
Tak payahlah bawa sebarang makanan atau minuman untuknya nanti sebab tidak dibenarkan langsung. Sebaiknya korang bawa rokok sekotak dan hulur kat dia diam-diam jangan sampai nurse dan pesakit lain nampak dan cakap kat dia yang aku suruh bagi...he he he
Bro ikutsukaaku, jangan plak ko baca YASIN depan Sofi! Baik-baik dia boleh balik beraya jumaat ni, terus kempunan bersanding sekali lagi!
1. Member kita sorang masuk spital!
Salam Uncle
ReplyDeleteEloklah kalau Kerajaan Rakyat berenti merokok.. harap uncle pun berenti juga la.. hehe
Merokok merbahayakan kesihatan - Amaran Kerajaan Malaysia :)
Bro;
ReplyDeleteKhamis wa pau Sampoerna dia sebatang... Jumaat dia tumbang... adussss...
Bhai UncleSeekers...
ReplyDeleteNasib baik gua bukan smoker... hahaha... aper pon... gua doakan dia selamat.. cepat sembuh... semoga dengan kesembuhannya... cepat skit bangkai-bangkai dapat dimuziumkan...
hahahaha