Sunday, February 24, 2013

Siapakah Pompuan Tahi Hidung Masin Di Majlis Bandaraya Melaka (Part 1)

Siapakah Pompuan Tahi Hidung Masin Di Majlis Bandaraya Melaka (Part 1)

Salam Perkenalan Uncleseekers…

1. Terlebih dahulu saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya kedatangan surat ini mengganggu situasi Uncle…. Saya sebenarnya tidak tahu pada siapa harus saya mengadu masalah yang saya hadapi ini. Uncle adalah orang terakhir bagi saya untuk mencuba nasib untuk mengadu tentang masalah saya ini..Saya juga takut sekiranya masalah ini diketengahkan apakah consequences yang bakal saya hadapi nanti…

2. Adakah ianya melibatkan periuk nasi saya tertutup??? Adakah ibu bapa saya akan malu mempunyai anak seperti saya??? Adakah satu dunia akan tahu masalah saya??? Wallahualam… Hanya ALLAH sahaja yang tahu…

3. Sudah terlalu banyak email yang saya hantar kepada pemimpin-pemimpin politik untuk meminta bantuan tentang masalah yang saya hadapi… Namun semuanya tak dilayan…

 4. Adakah kerana saya orang biasa yang tak penting langsung dalam parti dan tak mendatangkan sebarang keuntungan dalam parti??? Yer memang betul saya orang biasa namun saya memegang seribu rahsia manusia2 yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain… Namun saya hanya mampu berdoa …ALLAH MAHA ADIL…

5. Uncle, sebagai seorang ahli UMNO, saya tinggalkan profesion saya sewaktu berusia 23 tahun sebagai seorang pegawai bank yang menjanjikan jaminan masa depan semata-mata ingin menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai bumiputera menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

6. Saya bukanlah orang berada ataupun mempunyai mana-mana kenalan orang atasan. Saya cumalah seorang bumiputera yang ingin membantu dan berkongsi kesenangan ramai bumiputera terutamany asiswazah yang menganggur untuk berjuang di dalam dunia perniagaan bersama-sama saya.

7. Saya mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan pada tahun 2004, dgn menjalanan perniagaan latihan, pembekalan dan pengurusacara bagi jabatan-jabatan kerajaan. Bermula dari hasi lsimpanan RM 10,000 pada tahun 2004 alhamdulillah sehingga tahun 2007 modal berbayar syarikat saya sudah pun menjadi RM 500,000.00. Sehingga kehari itu sayamempunyai hampir 30 orang pekerja yang kesemuanya kebanyakkan siswazah menganggur.

8. Mimpi ngeri saya bermula, apabila memenangi tender bagi menjadi operator sebuah rumah rehat milik kerajaan negeri di salah sebuah negeri di selatan tanah air. Ianya bermula apabila saya dipanggil pada mesyuarat pertama bersama setiausaha majlis. Beliau menyatakan seperti ini… Di XXXXXA ini, caranya win-win situation.U dapat hotel tapi you kena beli perabot dari kontrak pusat kita.

9. Oleh kerana terlampau teruja untuk mendapatkan hotel tersebut saya bersetuju. Walaubagaimanapun setelah kembali kerumah dah bertanya kepada suami. Saya tida kmendapat keizinan untuk membeli perabot tersebut. Justeru itu saya menulis sepucuk surat permohonan kepada setiausaha majlis tersebut untuk menolak pelawaan beliau untuk membeli dari kontrak pusat tersebut dan beberapa permohonan yang lain (seperti lampiran 1).

 Lampiran 1






10. Untuk pengetahuan uncle, rumah rehat berkenaan adalah bangunan kosong semata-mata tanpa sebarang perabot. Sebagai operator pertama saya dikehendaki mengeluarkan sendiri modal bagi membeli perabot rumah rehat berkenaan.

11. Melalui aliran tunai yang saya buat, modal pusingan yang saya ada adalah mencukupi untuk 6 bulan pertama perniagaan. Dan saya hanya perlu mengeluarkan modal RM 30,000.00 sahaja untuk membeli perabot dari kedai pilihan saya. Sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan rumah rehat berkenaan saya telah pun membeli dahulu perabot dari kedai pilihan saya tanpa menunggu surat balas dari pihak setiausaha majlis tersebut.

12. Tetapi permohonan saya di tolak..dan saya diwajibkan membeli melalui kontraktor yang dipilih oleh beliau. (lampiran 2)

 (Lampiran 2) 

 



13. Saya sekali lagi dipanggil oleh setiausaha majlis untuk memperkenalkan saya dengan kontraktor pusat berkenaan iaitu KLM Management. Perjumpaan bagi pembelian perabot diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh saya, setiausaha tersebut dan kontraktor perabot berkenaan.

14. Harga yang diberikan kepada saya tidak masuk akal kerana terlalu tinggi. Sebagai contoh sebuah bilik yang lengkap dengan perabot yang saya beli melalui kedai pilihan saya hanyalah berhargaRM 1,500 tetapi melalui beliau dan kontraktor tersebut sebuah bilik yang lengkap perabotberharga RM 3,000.00. Bayangkan pembelian perabot yang terpaksa saya tanggung untuk 32 bilik.

15. Dengan berat hati saya terpaksa menerima keseluruhan perabot tersebut yang mana saya tidak perlukan. Dengan menerima perabot tersebut..maka bermulalah liku-liku sengsara hidup saya. Modal permulaan bertambah… dan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan habis digunakan bagi pembelian perabot tersebut.

16. Bagi meneruskan keberlangsungan perniagaan, saya tidak mempunyai sebarang sumber kewangan lain kerana semua modal dan modal pusingan saya habis untuk membeli perabot dari kontraktor berkenaan. Bagaimana saya ingin memajukan rumah rehat berkenaan sekiranya sumber kewangan bagi pemasaran, promosi, gaji pekerja, sewaan bulanan tiada. Habis digunakan bagi membayar perabot-perabot yang saya tidak perlukan. Dan saya akhirnya mendapat tahu tidak ada wujud langsung kontrak pusat perabot bagi Majlis Perbandaran tersebut. Perkara ini diakui sendiri oleh pegawai – pegawai yang turut sama di dalam mesyuarat tersebut.

17. Memandangkan amat sukar mendapat pinjaman dari bank, saya meminjam dari rakan-rakan. Dan pinjaman bukanlah pinjam semata, perlulah ada interestnya. Saya terpaksa lakukan kerana hanya cara ini dapat menyambung perjalanan perniagaan saya disebabkan pembelian perabot tersebut.


Part 1
Part 2
Part 3
Part 4


9 comments:

  1. Salam, setiausaha yang tt surat MBMB tu, memang mempunyai rekod yang cemerlang di dalam hal2 yang tak nampak seperti bawah meja.

    Surat yang dipaparkan mungkin tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk membawa setiausaha tersebut ke SPRM

    ni nama motel tu kan.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_09.htm

    KLM Management, silap2 bukan jual perabut pun.. orang tengah jer kot..

    ReplyDelete
  2. itu le UMNO..sesame sendiri pon dikhianati, apa lagi rakyat jelata..

    sepatutnya dari awal lg puan tolak, kalau dah tahu harga yg diberi tak masuk akal, bila puan ssetuju, bererti seumpama menjerut leher sendiri..

    jika Nike femes dgn Just Do It,

    UMNO pula Just Duit, tak gitu uncle?

    apalah uncleseeker boleh buat?

    sekarang pon dah senyap sepi, tak berani seperti dulu..kan? kan? kan? kan? kan?

    keberanian untuk menegakkan kebenaran, menolong orang sudah tiada, kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  3. Apa nk heran , gomen n spara gomen sama je suka mkn rasuah... Aku pnh kerja satu institut kt tmn shamelin ... Cebok jamban yg rega seringgit bole jd sepuluh ringgit dek ramai sgt nk makan share ... Bygkn bape dorm ada... Tu belum bende lain ... Busungla korg makan rasuah...

    ReplyDelete
  4. Kalau kontrak dalam kem tentera lg la mengarut... Sebatang Pensel 2b dinilai hargakan sampai 10ringgit sebatang....bayangkan kau dapat kontrak supply pensel ni untuk 1 kem...kaya bro! Tu pasal aku percaya kalau sebut komisen jet fighter sukhoi tu sampai 500j.....

    ReplyDelete
  5. Kalau kontrak dalam kem tentera lg la mengarut... Sebatang Pensel 2b dinilai hargakan sampai 10ringgit sebatang....bayangkan kau dapat kontrak supply pensel ni untuk 1 kem...kaya bro! Tu pasal aku percaya kalau sebut komisen jet fighter sukhoi tu sampai 500j.....

    ReplyDelete
  6. Kalau kontrak dalam kem tentera lg la mengarut... Sebatang Pensel 2b dinilai hargakan sampai 10ringgit sebatang....bayangkan kau dapat kontrak supply pensel ni untuk 1 kem...kaya bro! Tu pasal aku percaya kalau sebut komisen jet fighter sukhoi tu sampai 500j.....

    ReplyDelete
  7. Pembaca blog5/28/13, 4:21 AM

    Salam Puan,

    Saya bukan lah nak memihak kepada mana-mana pihak..tapi dlm menjalankan perniagaan kita akan ada untung dan rugi. Dan kalu Puan sedar dari awal sebelum turunkan tandatangan tanda bersetuju, bukan kah pilihan itu di tangan Puan?? tetapi kenapa masih memilih untuk meneruskan perniagaan yang Puan sendiri dah tahu akan mengalami kerugian.. orang yang membuat tawaran pula, itu mungkin cara mereka berniaga dan kalau salah atau mereka menipu sekali pun itu urusan mereka dgn Allah S.W.T..

    Tetapi persoalannya di sini, kenapa Puan masih meneruskan perniagaan yang mana saya percaya Puan dan suami telah pun membuat beberapa penilaian and comparison sebelum menjalankan perniagaan yang merugikan. Adakah Puan sengaja atau in a way purposely untuk menjatuhkan pihak yang memberi tawaran.. dan saya rasa andai kata Puan tak terima projek ini mungkin Puan masih berada di kalangan peniaga yang tidak kerugian.. Wallahualam...

    Ini sekadar pandangan..Salam..

    ReplyDelete
  8. Apa2 hal...perkara aniaya org ini dah jadi tradisi Ameno..biasa la tu, Janji Ditepati

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.