Friday, March 15, 2013

Seks, Buah, Sayur & Kesihatan? (Part 1)

Seks, Buah, Sayur & Kesihatan? (Part 1)


Pokok Ara (Ficus)

Buah Ara/Tin
Demi tin dan zaitun, Dan Gunung Sinai, Dan tanah (negeri) ini yang aman! Sesungguhnya Kami cipta manusia dalam bentuk yang paling baik, Kemudian Kami kembalikan dia yang paling rendah daripada yang rendah, Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja yang baik; mereka akan dapati upah yang tidak putus-putus. Maka apakah pula yang mendustakan kamu mengenai Agama (Pengadilan)? Bukankah Allah yang paling adil antara para hakim? Surah AT-TIN (Pahon Tin)

Aku terbaca satu artikel tentang buah ara adalah buah yang dipenuhi biji dan tumbuh berpasangan buah (sama seperti buah zakar laki-laki). Dikatakan juga buah ara bermanfaat meningkatkan kelincahan dan mobilitas dari sperma dan juga bermanfaat untuk meningkatkan jumlah sperma serta mencegah kemandulan pada laki-laki.

Komen aku - Bagi mereka yang suka buang merata-merata dan sebelum terkantoi, sebaiknya pergilah makan buah ni secepat mungkin. Kat Janda ni ada dua pokok dan sentiasa berbuah. Sedap gak buah ara ni kalau makan time musim panas ni! Petang tadi Halim tunjuk kat aku ada satu pokok ara baru tumbuh secara liar tepi sungai. Daun dan buah nya agak sikit berbeza.


Buah Zaitun (Olive)
"...daripada pokok yang diberkati, zaitun..." Surah An-Nur (Cahaya) ayat 35
 
 (Klik)

Dikatakan buah zaitun bentuknya seperti sel telur wanita. Buah zaitun berkhasiat untuk meningkatkan kesihatan dan dipercayai meningkatkan fungsi dari sel telur wanita.

Komen aku - Aku lelaki dan bukannya wanita. Tuhan jadikan dua telo ni pun susah nak jaga!

No comments:

Post a Comment

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.