Wednesday, May 15, 2019

Kenapa Kita Masih Lagi Tidak Bertaqwa Selepas Sebulan Berpuasa?

Kenapa Kita Masih Lagi Tidak Bertaqwa Selepas Sebulan Berpuasa?

Allah suruh kita berpuasa supaya jadi orang bertaqwa?

"Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa" Surah Al-Baqarah (Lembu) ayat 183 (2:183)

Taqwa itu apa?

"Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benarSurah Al-Baqarah (Lembu) ayat 177 (2:177)

Adakah kita golongan orang yang bertakwa?

1. Percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi - YANG INI OK

2. Memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba - MEMBERI HARTA WALAUPUN DICINTAINYA? - FAIL!

3. Lakukan solat - OKLAH

4. Beri zakat - OK

5. Mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian - BANYAK YANG FAIL!

6. Orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana - SABAR KE?

Sendiri mau ingatlah...


No comments:

Post a Comment

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.