Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 1)
Salam semua...
Minta maaplah banyak-banyak sebab tiada sebarang kabaran dari aku sendiri. Untuk pengetahuan korang semua selepas saja aku dibebaskan pada 14-7-2012, peguam aku terus bawa lari aku keluar dari wilayah JOHOR. Pemandu peribadi yang bawa kereta jenama 3 bintang tu lari macam pelesit! Sekejap-kejap peguam aku Tanya pemandunya sama ada orang follow tak? Aku plak dok layan ipad dia sampailah Kuala Lumpur. Macam-macam berita dalam akhbar tentang penahanan aku tapi yang paling besh sekali pelbagai komen nakal dari pelbagai forum. Sejak dari dulu lagi aku berpegang kata-kata Imam Ali.“Manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang mereka tidak tahu”. Untuk mereka yang bersifat begitu, don’t worry, aku sentiasa memafkan anda semua.
Peguambela Mr T.Kumar
Berbalik cerita tentang peguam aku tadi, kalau tak silap aku tak kurang dua kali pemandunya mengingatkan beliau bahawa minyak kereta perlu di isi. “Try to find in Melaka”. Kalau kereta bawah 1000cc memang comform aku maki kaw-kaw punyer sebab bawa kereta tekan minyak macam mak abah tiri dia punya jalan!
“Berapa harga kereta masa you beli kereta ni?” Peguam aku menjawab secara acuh tak acuh sambil menulis sesuatu di computer ribanya jenama [(SONY VAIO)*edited] yang terbaru. Cun sioot! “Around eight hundred thousand”.
Aku pun berenti sekejap meneliti forum-forum yang aku baca tadi dan melihat sekeling dalaman kereta tersebut. Aku pun cakap dalam hati... “Good things cannot be cheap, cheap things cannot be good”. Sampai sahaja di stesen minyak, (aku tak ingat kat maner) aku pun turun terus cari tandas. Lepas melepaskan kelegaan, tetiba beberapa anak muda (kalau tak silap bakal guru) turun dari bas dan datang ke arah aku dan meminta izin untuk bergambar.
Yang paling pelik, punyalah banyak lalat kat stesen minyak itu sampaikan berpuluh lalat masuk dalam kereta. Selepas mengisi minyak, pemandu tersebut terus meluncur dengan laju terus ke Kuala Lumpur. Tak kurang 5 kali peguam aku Tanya pemandunya samada ada orang ‘follow’ tak? Aku pun tanya peguam aku tu kenapa asyik tanya benda yang sama. Dia pun cakap. “Nanti I cerita”.
Aku terpinga-pinga apa sebenarnya yang telah berlaku. Maklumlah aku bercuti sepuluh hari! Ho ho ho..
Tetiba- tetiba Kumar lawyer aku terima panggilan. “Your daughter wants to talk to you..”. “Abah kat maner..” Aku pun tengok kat luar tingkap rupa-rupanya dah nak sampai tol Sungai Besi. “Abah, dia orang dah masakkan ayam goreng kesukaan abah. Abah sampai pukul berapa?” Sememangnya aku tak tahu si Kumar ni nak bawa aku pergi mana! Aku pun terpinga-pinga. “Let me speak to your daughter”. Aku pun beri telefon tu kat dia “Maybe in half an hour. Call you back when I reach that area”. “Kita nak pergi mana ni bro? Pundek aarr lu”. Dia senyum jer bila aku hangen! Aku malas lagi nak layan dia yang tak habis-habis dari tadi berahsia! Kali ni aku cuba cari beberapa maklumat yang penting untuk..... Telefon Kumar bordering lagi! “Your son wants to talk to you”. “Abah, sampai Petronas nanti call balik tau!. Abah ok ke? He he..Nanti kita citer panjang ek. Ok abah, bye..”
Engkuyah, Aku, Habib
Macam tulah perangai anak lelaki aku Habib yang suka menghiburkan hati aku berbeza dengan kakaknya yang manja dan sangat prihatin terhadap diri aku. Sampai saja kat Petronas, satu lagi kereta jenama 3 bintang sedang menunggu aku. “Alhamdulillah, anta sampai jugak kat Kuala Lumpur. Semuanya ok ke beb? Ada orang follow ke?” Sesungguhnya aku sangat terkejut kerana sahabat aku masih bertanya benda yang sama! Korang semua ni pehal? Asyik tanya benda yang sama. Balik-balik tanya ada orang follow tak! “Kalau tak ok aku tak sampai sinilah”. Benda yang serupa sahabat aku buat macam perangai si Kumar iaitu SENYUM.
“Kumar, you follow I”. Tak sampai 5 minit aku sampai lah kat rumah dia. Penginapan yang tertinggi di Kuala Lumpur. Kalau di Janda Baik aku sentiasa mendengar suara sungai dan suhu yang nyaman tapi disini pemandangannya yang sangat indah, nyaman dan windy. Dalam perjalanan menuju kerumahnya aku bertanya, “Berapa lama aku kena lepak kat rumah anta ni beb?”. “Sukati anta lah berapa lama anta nak lepak. Anta berehatlah dulu.”
Dari jauh aku Nampak kedua-kedua anak aku bersama cucu dan rakan-rakan sudah menunggu di depan pintu rumah dengan senyuman yang paling manis yang belum pernah aku nampak sebelum ini.
Pendekkan cerita, kami pun bergurau senda macam besok nak kiamat sampai aku terlupa nak tanya pasal isu ‘ada orang follow’..
Pondok Pak Habib
Sebenarnya, aku baru jer menulis sekitar 9 malam tadi sebab banyak benda yang perlu aku settlekan. Pastu aku berenti kejap kejap layan merapu dengan kengkawan semua. Cipet aaaa diorang ni. Sorry lah, aku tak tepati janji untuk menyiapkan artikel untuk hari ni. Ala lambat sikit je, tak sampai satu jam pun..
Celak
Sampai Janda Baik semalam sekitar 2 pagi tadi.Paling aku rindu sekali kat kucing aku. Namanya CELAK, dia ni spesis bantut aka bonzai. Makan banyak camner pun saiz dia tetap cam tu. Sebenarnya CELAK ni adalah amanah dari abah aku supaya jaga dia. Masa aku kena tahan kat senawang dia tengah bunting. Setiap hari aku akan cium perut dia dan mengharapkan anak yang bakal dilahirkan cun-cun belaka sebab kucing-kucing jantan yang dah toron dia encem-encem belaka! Tapi yang sedih sekali sampailah aku menulis ni aku tak nampak anak-anak dia... Dapur, ruang tamu dan bilik bersepah! Minyak wangi dan beberapa barang penting pun hilang! Tak taulah siapa yang dah rembat. Sioot aar..
Dari kiri: Adan, Kak Fairuz, Mona, Liza, Aku (Tiada dalam gambar, Zelmey, Fida) on the way, Apek, Nurul, Kakak aku & Anak2 Sedara.
Terima kasih banyak-banyak pada Kak Fairuz sebab masak ayam masak lemak cili api dan juga Liza masak ikan merah masak asam pedas dengan kuih buah Melaka. Tidak lupa juga pada Mona yang membantu di dapur.
Untuk hari ini aku terpaksa undurkan diri dulu. Besok dan hari-hari berikutnya kalau dengan izinNYA, aku sambung balik dengan cerita pengalaman 10 hari aku ditahan.
Bersabar ye..
Berapa ramai anggota polis dan kenderaan yang menahan aku di Tol Senawang, benarkah dakwaan dalam forum yang mengatakan aku kena pukul dengan polis semasa aku di tahan, adakah pegawai SPRM yang memberi maklumat, siapa yang follow, dan lain-lain.
“Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.” - Pujangga
Part 1
60 comments:
Alhamdulillah. Welcome back! Good to hear from u bro! Lama dh aku tunggu berita dr bro...
salam bro..gua tunggu episod seterusnya..
Komputer riba jenama VIOS ke, VAIO? Gua konpius ni Uncle. Baru 10 hari masuk dalam, lu dah tak reti beza kereta VIOS dgn laptop VAIO?????
Kalau lama sikit je, consperm ting-tong...
Apa pun, itu cara saya say "welcome back" pada ANGKUL!!
Beb,
Apa maksud cipet? ... ahakzzz
Cipet?
Hanya sahabat handai UncleSeekers je yang tau....
One Happy Family....
Khabar yg di nanti2kn para peminat uncle
Welcome back uncle
Dear Uncle Seekers, I just want to say that it's good to know you love animal. Please educate our young generation to love them.
To make changes, we need to love them
The Izznogoud.
Hahaha.Jamie jit tajam sungguh penglihatan anda.hahaha
Uncle suka sangat kan pakai baju kaler perpel.. kan kan kan
Ngehhh3.... Bestkan makan ramai2.. Ehhh apeda laptop VIOS!! Hebat.
WELCOME BACK!!!
Ngehhh3.... Bestkan makan ramai2.. Ehhh apeda laptop VIOS!! Hebat.
WELCOME BACK!!!
uncle welcme back ..kn best kalo boleh msakkn utk uncle skali time tu..mlang skli xde ape2 brite dr uncle.hpe to c agn..:)
kn best kalo ade skali time tu n bleh msak utk uncle..tp xtw crte uncle pn..hpe 2 c u agn:)
uncle welcme back ..kn best kalo boleh msakkn utk uncle skali time tu..mlang skli xde ape2 brite dr uncle.hpe to c agn..:)
Looking forward to your next episode...Have a good weekend!
Welcome home dearest Uncleeee......:)
cipet tu mcm sial la... kalu uncle version mcm faraj bonda atau kimak pun ye gak kot... ssh nak explain la sbb x de dlm kamus...hehehe
cipet..... wow....
Welcome back uncle ! Berani kerana benar !
wahhh nak carilaaa lappy baru tuuu vios erh,.,.,.,
alhamdulillah uncle selamat keluar... saya tick 'marah uncle' sebab boring sungguh bila blog uncle tak diupdate!!!!
ok uncle moga sentiasa dilindungi dan teruskan berkarya... kami suka!!! hehe
Seek the truth bro...
All the bezt...
Seek the truth bro...
All the bezt..
Amin...
tahniah uncle...dari ambe
welcome back bro! x sabar nk baca episod yang selanjutnya..cerita dr King of Blogger....fuhhh!!
'uncleseekers', lebih hangat dari biasa
Welcome back abg.. i really miss you..can't wait for the story 10 hari dalam lokap..
welcome back uncle!!
sila update dan bongkar kebenaran seperti biasa!!
kalo x baca blog uncle paling kurang sekali sehari mcm x sah ...adoiii...wa dah kena ilmu guna2 "jenglot" kot...sehinggakan nak kena baca gak blog ko uncle...ho ho ho...wa ternanti2 pembongkaran selanjutnya.....dah x sabar ni...
UNCLESEEKERS is BACK.....
Uncle Seeker . Saya cuma ingin bertanya adakah Uncle di apa-apa kan secara zahir dan batin ,mental atau fizikal dalam 10 hari itu ? harap moga tidak apa - apa kan .
Salam beb..... Ana kwn adik anta s.fuad.... Selamat menulis kembali.... Tapi beb ana rasa kan Halia dgn Mengkarung tu takde apa lah sgt.....tapi yg macai2 ni yg lebih2..... Apa2 pon selamat semuanya..... Bani Jawi..
heh, selamat kembali ke arena penulisan.
harap lepas ni dapat bongkarkan lagi pasal semua nya..
oh, aku bace ko cakap kereta bintang tiga. kereta komunis mane tu??
kalau kerete bintang tiga bucu (3 pointed star) aku tau la. ;)
Welcome back uncle....
cipet tu org johor jer suka sebut...
Alhamdulillah..semoga Allah kekuatan dah sentiasa dalam lindunganNya
assalam bro!selamat kembali berjuang melawan kemukaran dialam maya.lawan tetap lawan!bravo.wassalam.
semoga Allah mengrahmati mu syed al attas..
'Im coming home,im coming home, let the world know that u're coming home' jyeahh.uncle cant wait to see you.. haha
semoga Allah mengrahmati mu syed al attas
welkam back bro..
lupa lak..diorg ada jamu kambing x dlm sana?haha
Salam bro. gua memang tunggu lu punya kabar. 10 hr lu rest buat gua gelisah. masa lu xde mcm2 org kutuk lu kt facebook. gua walaupun x dibayar lu. gua fire balik mangkuk2 yg kutuk lu.. dia org x kenal lu bro. lu mesti ingat kt gua bro. Gua anak murid pak raden jln kebun. gua pernah jumpa lu kt lu punya pot kt taman tar ampang. ingat tak bro. lu paksa gua makan sekali dgn lu.. lu betul2 jaga hati gua sebagai tetamu lu.. gua respek dgn lu bro.. teruskan membongkar lagi bro... ingat takut kita hanya pada Allah bukan pada manusia apatah lagi dgn jenglot2 modern tu.. hahahaha...
Hebat..sebat...kasi telanjang itu olangggg
Salam Uncle...
Kalau ada free, nak mintak resepi Briyani Kambing ala Uncle Seekers..
Assalamualaikum...tak bestla "triller" ... kita nak the "proven truth" ...
Alhamdulillah Rabbbul Alamin...Semoga Allah SWT berserta dengan para malaikatNYA melindungi bro walau dimana sja bro berada. Amin.
Semoga Allah SWT berserta dengan para malaikatNYA melindungi bro walau dimana sja bro berada. Amin.
Uncle... 'Halia' ada visit Uncle dalam lockup tak? Cepat continue cerita uncle...tak sabar-sabar ni...
Welcome back Uncleseekers
selamat kembali!!! sejak kena tangkap saya tercari2 dimana uncle seekers..rupa2nya dah selamat keluar dari lubuk tu..cepat2 uncle update cite terbaru..tak sabar nak baca cite seterusnya..selamat berpuasa..
Wellcome back bro.dont forget to write about what happen when u get inside there.
What u give u give back.hehehhehehehehhe
Ampun dan maaf kepada pembaca yang dihormati sekalian, Uncle akan menjawab segala komen apabila tiba masanya nanti. Teruskan mengkomen, Uncle sayang anda semua dan terima kasih atas sokongan. [Admin]
uncle sayang kita semua ke? terima kasih kerana menyayangi kami semua. ada masa balaslah komen kami
FaddeiKiryl.
Salam bro, slmt kembali. kami amat merindui bro. sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan bro seklrga. kami sentiasa berada dibelakang bro uncle menyokong segala tindakan pembongkaran segala kepincangan dan kezaliman salah laku pemimpin2 kita demi kebaikan kita bersama rakyat Malaysia keseluruhanya. Semuga Allah merahmati kamu InsyaAllah. selamat berjuang...!
salam bro,selamat kembali still tggu cerita2 lu
salam bro selamat kembali,suka dgn fakta lu
gua syg lu brooooo seyessss
Uncle aka Kirk hammet.. sejibik.
Post a Comment