Followers

Wednesday, September 19, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 6)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 6)

 Balai Polis Gelang Patah

Yeaaa....ramadhan, rayer dan semua open house yang dijemput dikira settle. Mana-mana jemputan yang aku tak dapat pergi rumah korang aku minta maap banyak-banyak. Sori ek.

Wokay, kita sambung balik citer.

Kat lokap Gelang Patah, aku lepak 3 hari 2 malam. Check in khamis petang dan check out Sabtu pagi.

Dalam tu ada 2 bilik, satu ruang kecil, sederhana dan bilik air yang berdinding tapi takder pintu. Masa masuk tu tak sampai 7 orang kalau tak silap. Yang menarik perhatian aku adalah mengenai 3 orang yang dituduh bawah LLKP (langkah-langkah pencegahan khas), seorang rakyat Bangladesh dan seorang berbangsa India yang bekerja sebagai jurutera. Yang lain-lain tu aku tak amik port sangat. Mungkin masa aku tulis ni samada mereka bertiga ni samada mereka di buang daerah atau kat simpang renggam atau pun dibebaskan terus aku pun tak pasti! Dia orang masuk dalam pasal kes jual dadah.

Bro, kalau lu terbaca artkikel ni dan ada tersilap fakta tolong maklum kat peti komen. Maklumlah umur aku dah banyak.

 Yang salah seorang dari mereka bertiga ni (LLKP)citer kat aku (tak taulah samada betul atau tidak) dulu memang jual dadah (ice). Pada mulanya dia hanya guna untuk kegunaan sendiri tetapi memandangkan benda alah tu mahal, dia menjual dan isap sekali. Dua dalam satu. Lama-lama dia berhenti isap dan hanya menjual sahaja. Dia ada target untuk kumpul duit sebanyak yang mungkin untuk membeli rumah, kenderaan dan buka perniagaan. Bila impian tercapai dia pun berhenti menjual dan memberi tumpuan pada perniagaannya. Tapi selepas setahun atau 2 tahun kemudiannya dia ditahan selama 60 hari dalam lokap.

Penjara Simpang Renggam

Dia orang ni pun ada gak buat lawak cakap yang maksud LLKP tu boleh juga digunapakai sebagai lama lama punya kes atau lambat laun pun kena atau lagi lambat pun kena

Aku ada maklum padanya kalau semuanya dah ok balik cari modal dari sumber yang halal. Lagipun duit dari hasil titik peluh yang kita cari pun susah kita nak simpan apatah lagi dengan duit panas sebegini.

Walaupun umur aku hampir separuh abad, aku dah nampak depan mata sendiri, orang yang suka makan duit ‘panas’ ni secara luarannya samada kita nampak ok tapi sebenarnya banyak sangat penyakit yang mereka hadapi (luaran dan dalaman) ataupun famili mereka mesti ada sedikit ‘serabut’ (samada anak atau bini dia orang mesti murabbal!) sebab makanan yang dimasuk dalam perut mereka akan menjadi darah daging.

Selepas sekitar 2 jam aku check in, semasa aku duduk interview beberapa OKT dalam tu, tetiba aku dengar suara orang memanggil nama aku. Bila aku toleh jer rupa-rupanya pegawai polis yang menahan aku kat Tol Senawang, Supritendent Noor Hashim Mohammad bertanya pada aku dengan nada yang lembut.

Supritendent Noor Hashim Mohamad
OCPD Nusajaya
Pendapat peribadi aku sendiri (perhatikan jarak antara dua belah mata dan bentuk mulutnya), kalau mamat ni diberi tanggungjawab tanpa tekanan dari mana-mana pihak, dia boleh pergi jauh dalam kerjayanya. Dia ni jenis manusia yang tak suka buat kerja kelam-kabut! Dia ni muka dia jer ganaz tapi sangat berhati-hati membuat keputusan. 
Kesempatan ini, saya nak pesan sikit kat abang, tiada kuasa dalam dunia ni yang boleh mengatasiNYA. Jalankan tugas dengan adil kerana kita akan dipersoalkan diSANA nanti.

 “Syed dah makan?” 

Aku pun menjawab sambil mencari siapakah makhluk yang memanggil nama aku

“Dah bang...”

Dalam hati aku berkata.

“Macamana mamat ni boleh ada kat sini?” 

Masa tu kalau tak silap ada macam sedikit majlis yang dia buat. Masa aku baru sampai tu aku nampak macam ada beberapa basikal lumba kat luar balai tu.

Pendekkan cerita, bila aku dah keluar baru aku tahu mamat ni rupa-rupanya OCPD Nusajaya. Orangnya sukar untuk senyum tapi sekali senyum macam Jamal Abdillah! He he. Dont worry bang, saya tak kecil hati sebab semua perkara yang dilakukan kerana menurut arahan cuma tangkapan yang dibuat terhadap saya dan ada dua tiga perkara tidak mengikut spesifikasi dalam Akta Polis (kalau ada jodoh kita jumpa nanti saya citer). Tapi..standard arr bang...bila kita buat kerja kena tekan kaw kaw dengan si Kitol dan tangan ghaib, banyak benda yang terbarai. Hu..hu...camner pun, ianya telah menjadi SEJARAH untuk anak cucu kita baca dan buat kajian nanti.

Bersambung...(Part 7 - tutup kedai)

Part 1


:(

9 comments:

budak kokubu said...

lama menunggu.. baru ada berita baru.. iskkkkk

Prince of Noob said...

pakcik seekers lepas sebulan baru kuar update baru... pakcik seekers gi mana ada projek baru tangkap hantu ke? pakcik seekers tak nak letak ke pengalaman2 pakcik tangkap hantu kat blog ni?

Ahmad Seekers said...

bising laa haang noob..hantu lah mende lahh..asal ada komen box jaa mesti ada hg..hahaha..aku ingat aku yg 1st..haha nice uncle...

6803man sarawak said...

Yes..uncle da kembali.

md akhir@ezral said...

MasyaAllah. Lam giler to bro....terubat la sket...jzk

md akhir@ezral said...

MasyaAllah...lamanya bro..terubat la

Anonymous said...

uncle...best baca blog ni... blog lama tu sempat la baca sampai habis sebelum di tutup. Haritu sempat copy lagi dokumen2 yg ade dalam blog tu sebab nak baca je... tapi gmbar tu blur. tak nampak tulisan.. mungkin sebab pakai notebook 1 malaysia.. bila dengar uncle kena tahan polis terus delete semua copy dokumen tu.. takut gk kene anta lokap lagi..hehehe.. apa-apa pun uncle teruskan perjuangan..
kami tetap suport uncle dari segala sudut.. kalau dari belakang je buat ape ek.. heheh

(Kudo.Y Anakjohorasli)

Anonymous said...

uncle part 7 bila nak sambung. tgh best baca ni...

Muhamad Tajudin said...

Uncle , bila mau bike citer part 7 , tengah syok layan citer lubro ..