Followers

Showing posts with label Tempat makan yang best. Show all posts
Showing posts with label Tempat makan yang best. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!

ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!






"Jom kuar jalan-jalan..." Uncle bagitau kami semua. "Jomm.." Roni menyambut dengan riang. Haha..cam bebudak bila bapak ajak kuar gi jenjalan kemain semangat lagi.

Kami jenjalan kat area Janda Baik je. Duk belakang kereta 4X4, sambil menghirup udara segar Janda Baik. Memang sejuk, kat KL tak leh buat macam ni...

Kami dibawa jalan ke tanah-tanah Janda Baik,...



Tanah Luas lebih kurang 5 ekar. Ada satu rumah besar ni, dan satu lagi rumah penjaga. Besar giler

Rumah  berusia lebih kurang 18 tahun


Dah puas jalan tengok tanah, kitorang masuk pulak dalam hutan. Punyalah dalam tempatnya. Keta-keta yang 'melawa' nak masuk memang tak lepas la..jalan 'off-road'.

Uncle bawak macam kitorang takde kat belakang. Tonggang-langgang kami kat belakang. "Aku taknak lagi duk belakang.." Adeek bagitau aku. Aku gelak besar.

Satu jalan tu memang boleh tembus ke Bentong. "Kalau jalan utama terhalang, kita boleh guna jalan ni" Uncle bagitau semua.

"Tapi hari ni kita tak lalu jalan nak ke Bentong ni, sebab dah nak gelap. Aku takut tak nampak jalan..." ujar Uncle, maklum usia dah banyak, dia memang 'Al-Rabun Waktun Malamun' sape yang paham, paham lah. Hehe.

Kitorang hanya tengok jeram berdekatan. Dah selesai, seksa nak kuar pulak. Adoyai. Sakit muntut woo!


Aroi nak bergambar kat Jeram (aku lupa nama tempat)



Tengah-tengah jalan nak kuar tu aku dengar ada suara berbisik "Jalan terlompat-lompat ni..rasa lapar pulak perut aku" Roni berbisik.

Bisikan Roni dari belakang kereta seolah didengari oleh Uncle pulak. Uncle Terus ke Joey Corner. Kebetulan je kot tu..

Tapi intuisi Uncle memang kuat pun,tu aku akui. Adalah beberapa perkara apa yang dia rasa tu tepat.



ASAM PEDAS TERLARIS DIJANDA BAIK


Joey Corner di Kampung Sum-Sum

Asam pedas dihidang dalam claypot, harga berpatutan.


Kami pun duduk memesan makanan masing-masing. "Dzoul, ko kena rasa asam pedas dia..mabeles!" Adeek menyuruh aku order asam pedas, katanya memang sedap giler.

Asam pedas dia tak macam kat kedai makan lain, masakannya macam masak kat rumah, berasa!

"Asam pedas ari ni takde la dik" Akak , isteri kepada abang Joey memberitahu aku. Akak ni sentiasa tersenyum manis, keterampilan yang nampak cantik. Dialah yang masak di kedai ni.

Ketika kami datang dia menyambut kami dengan baik. Makin bertambah selera aku nak makan. Untung abang Joey dapat akak. "Butang baju aku mana pah!" haha saje gurau abang Joey.

"Alaaa..baru nak rasa" ujar aku yang baru pertama kali makan kat sini, Uncle dah 4 kali datang dah.





Uncle Order Laici Ais
Aku order sirap bandung

Roni Order Tembikai Laici

Mona order Air Limau Ais
"Takpelah kak, bagi saya Sizzling Mee" ujar aku. Ni memang makanan kegemaran aku.

Masing-masing memesan makanan masing-masing. Adeek dan Uncle pesan sup ekor.

Sup Ekor Joey Corner, berasa!


Sampai je makanan, Adeek terus bagi aku rasa sup ekor dia "Nah, cuba ko rasa". "Sedap!" kata aku. "Sup ekor dia rasanya cukup..tak malulah kalu kita ajak orang makan sini" Adeek menambah.


Mona sedang berangan sambil nunggu
Sizzing Mee dia. Jap lagi sampai la Mona.

Tak lama kemudian makanan aku pun sampai, Sizzling Mee. Kuahnya sedap, tapi agak manis. Lain orang, lain citarasanya. Aku bedal je, sebab dah lapar.


Sizzling Mee aku yang dah sampai. Kuahnya agak manis
sedikit.


"Punya la bersih sinki dia sebutir nasi pun takde, lantai pun bersih" ujar Uncle. Uncle kalau bab kebersihan ni mmg dia 'particular' sikit. Bukan sikit banyak.



Sinki bersih. Sebutir nasi pun takde.
Kedai bersih semua pun suka.



Habis makan semua 'tersandor' (kata orang Muar). Masing-masing kekenyangan. Kami bercerita politik semasa. Macam-macam hal. Apapun bagi aku, kita ada akal untuk menilai.




Setiap kali Uncle makan dapat 20% diskaun.



Jika kita berada diatas, tanggungjawab sangat besar. Jangan lupa, 'pakaian' kuasa yang dipakai bersifat sementara. Rakyat semakin bijak menilai.

"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan.." ?


NAMA...


Jangan sampai anak cucu cicit malu nak sebut nama kita...apatah lagi bila tercatat dalam sejarah..


Akhir kata, kalau sesapa yang sampai Janda Baik ngidam nak makan ASAM PEDAS, sila datang ke JOEY CORNER. Rugi kalau tak try.





Jalan ke Joey Corner



Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!

Monday, June 10, 2013

Sizzling Lamb Chops - Coliseum Cafe Vs Saufiville Resort

Sizzling Lamb Chops - Colisuem Cafe Vs Saufiville


miliunsoftware@gmail.com 


Semalam, lebih kurang 6.45 petang, masa aku tengah sibuk buat artikel, tetiba abang angkat aku Bro Sufi, boss Saufiville Resort (klik) (klik) call.

"Beb, kenapa tak naik lagi"  suaranya agak kecewa

"Malas aarr..kerja aku banyak tak siap lagi ni.." Aku cuba memujuknya

"Jom aaarrr...Mem dah masak untuk ko tu...datang aarr" Nadanya begitu mendesak

"Oklah, aku datang setengah jam lagi"

Aku menghela nafas panjang..dalam hati aku membebel, kalau tak kerana mereka berdua sememangnya aku tak nak pergi! Dia orang memang suka aku ajak aku makan kat tempatnya pastu suruh aku komen. Memang silap aarr..aku sememangnya kalau tak sedap aku sound tepek! Kalau nak kecik hati tak payah ajak aku makan. Buat apa nak bohong kalau tak sedap nak kata sedap!

Tapi bila masakan dia sedap, aku akan promote kaw kaw. Bukan tempat dia saja tapi semua.

Pendek kan cerita, bila sampai jer kat sana aku nampak Ku Shah tengah main piano.

Ku Shah, bila ko main piano, jiwa aku rasa melayang. Ko memang terbaek diladang!


Dah alang-alang aku tengah menulis ni, aku saja nak beritahu satu planet yang ko ni suka makan benda-benda merepek (jajan). Ko dah tahu jantung ko ni cuma berfungsi 35%, kencing manis, darah tinggi pastu tiap minggu dua kali pergi dialysis cuba jaga pemakanan tu sikit! Pembaca semua tolonglah nasihat anak raja perak ni sikit! Degil nak mampus! Kalau tetiba ko padam camner? Aku juga akan dipersalahkan!



Bila sizzling Lamb Chop sampai jer, aku dah tak tahan! Bau dia mirip macam kat Coliseum Cafe punya. Tak cerita banyak, aku baca bismillah jer pastu terus bedal. 


lebih kurang camni aarr

Wow! lebih sedap dari  Coliseum Cafe! Dalam pinggan belum habis, aku pergi dapur minta satu lagi. Sedap siot. Akhirnya dua pinggan aku balun.



Tang harga berapa dia jual aku tak pasti, tapi kalau kat Coliseum lebih kurang RM42.90.


Bro Fini & Mem, mekasih banyak-banyak. Sizzling Lamb Chops lu aku boleh beri 7 bintang!

Oh Jungle People!

Sizzling Lamb  Chops - Coliseum Cafe Vs Saufiville Resort
Restoran En Tan - Koptiam Muslim Restoran Mak Tim
Beriani Gam Asli Johor 
Ikan Bakar Selera Utara - Dengkil VS Selera Janda




Thursday, April 4, 2013

Selera Utara - Dengkil

Ikan Bakar Selera Utara - Dengkil VS Selera Janda

"Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul." (6:119)


Hangpa pernah alami tak, masaalah mempunyai kawan atau sedara-mara yg ada penyakit sawan jalan... sawan jalan: penyakit ini berpunca dari "flow" darah ke otak terlalu laju.. (rasa2 aku la..)
sintom: seseorang yg mengalami penyakit ini akan rasa sat kiri, sat kanan... kejap depan,
              kejap belakang... punggahhhhh!!! (hangpa faham? aku pon x faham..)

Dari kl ke dengkil amek masa tiga jam wehhhhh!!!! (sawan jalan punya pasal.. arghhh.. sampai taktau aku nak crita apa kali ni...) gilo nate ni... rajah diatas menunjukan (ini ja rezki korang ... kata tuhan..) aduhhhh... anyway, dapat jugak aku cuit sket sambal ikan bakaq kat situ.. memang terangkattt..(wajib pi lagi). dah lama aku x minum sirap bandung + biji selasih.. RM1.50 kalau x salah aku la.. (sowy, owg belanja n xda resit utk rujukan..) :)besh besh


 last2, pukul 3pagi kat umah (janda) jugak aku balik melantakkk... alhamdullillah... terima kasih adik(sup ayam), terima kasih tuan syed senawang(satay n nasi goreng), terima kasih kak tiara(ikan kerapu sambai)... terima kasih Allah(keberkatan...) RM priceless

memandangkan aku pon dah rasa cam kena merangkak naik katil nihhh.. apa kata, hangpa yg stay kat area dengkil @ putrajaya atau pada yg saja g jejalan kat area situ ngan awek, bini @ scandel, boleh la g cari ikan bakaq Selera Utara...ada dua kedai tuh!!!.... lokasi, betoi2 kat sebelah kedai perabot cavenzi dengkil.. waktu niaga dari kul 11a.m hingga 6p.m.. utk mlm plak lokasi di kawasan bangunan yg ada restoran madina.. (cari ja kot area tu.. mesti jumpa punya..) start dari petang sampai mlm.. (bergantung pada stock ikan)..

p/s:.. nasib baik uncle x ikot... aku x pecaya kat #### dah bab tunjuk jln!!!!
cik maimun.. tak lengkap idop aku tanpa dia!!  hahaha

Aku yang menulis
Ayin Tono ala sms

Komen aku (uncleseekers) - Ayin, hang ada masalah percintaan ke?

Sizzling Lamb  Chops - Coliseum Cafe Vs Saufiville Resort
Restoran En Tan - Koptiam Muslim
Restoran Mak Tim - Beriani Gam Asli Johor
Ikan Bakar Selera Utara - Dengkil VS Selera Janda

 

Wednesday, April 3, 2013

Restoran Mak Tim - Sajian Asli Warisan Johor

Restoran Mak Tim - Sajian Asli Warisan Johor

"Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan wahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang menyekutukan." (6:121) 


hangpa kata, hangpa terra... uji sejenak kemampuan hangpa... tarik nafas panjang2... dok depan cermin, then cuba buat kelaku seperti diatas... hahahahaha

   cukup2... sket2 sudah.. ayin tono 'ala sms' nak sharing pasal mamam.. mamam lagi!!
2-3 artikel lagi, sure aku kena g slimming centre... x gitu cik maimun... hikk

 arini, just aku ngan uncle ja yg tuwun padang.. kebetulan uncle ada urusan rasmi bertemu dr gigi (SEBAB: cuma aku yg tau... huahua).. on d way balik, aku terdengaq satu bisikan suara halus.. bro, aku dah kosong nihh... (bukan uncle).. sekali perot aku daaa...

aku:    bang, mamam jom.. 
uncle:    jom.. aku rekemen satu tempat..
'maka sampai la kami ke restoren seperti dalam gambar dibawah...'

Restoren Mak Tim Sajian Asli Warisan Johor...lokasi agak tersorok..
   tapi x susah sgt pon nak cari.. dari MRR2, masuk ja simpang AU keramat, pastu jumpa round-about, pastu xpayah pusing banyak kali, pastu nampak lori juai buah, pastu nampak retoren mak tim blakang lori tu, pastu cari paking keta, pastu park keta, pastu kalau aku tulis skali lagi pastu, konfom aku kena lempang ngan uncle...hahahhh

skali awek cun la yg serve... baju pink lagi.. jgn marah ye cik maimun!!
makanan yg diserved kat sini memang semua stock meleleh punya... aku nak ni.. aku nak tu.. aku nak semua.. sambil jari tunjuk2 kat katalog (menu).. uncle x terkata apa... just sekadar te-nganga..

cita banyak2 pon x guna seduit.. antara menu spesial yg depa sajikan.. Mee Rebus Baidali..apa itu baidali?.. maby hangpa yg asai johor tau kot no... ini uncle oder..
RM 4.50 MURAH DO!!!

BAIK PUNYA!!! kalau dah mai sini, ini mesti order.. Briyani Gam.. nampak mcm sama, tapi rasa lain wehh dari penang punya briyani.. sungguh memberansangkan... yg aku oder ni lauk dagin.. nak tau sedap ka tidak... kita tungguuuu....
RM10.00  .. sapsap-sui la harga.. bagi aku.. cheap thing cannot be gud.. kan arip anak latip kan..
HIGHLY RECOMMENDED!!! betoi ka aku eja...dlm bahasa kita, teramatlah disyorkan anda oder mendalah ni.. Coconut Jelly Drink.. skali kena, perghhhhh..
balik mesti ingat kat awek baju pink tu punya lahhh... mcm aku.. jeng jeng...
RM 3.00 je...gerek sehhh!!!

perah sehingga titisan terakhir!!! hangpa buleh? 

yg atas, bapak jin punya keja... yg bawah... ehemm ehemmm..  jin punya sarjan la yg bedai... HAHAHAHA!!
so mcm ni punya merelit pinggan, maka terjawablah persoalan tadi...SEDAPPPP!!
sungguh adik & cik maimun... seriousss sedapppp!!!

hangpa bayangkan aku tunjuk sana, tunjuk sini.. nak semua tadi.. nafsu.. nafsu.. brrpppp.. xcuse-me.. (trima kasih Allah)... 

cuba hangpa bukak mata luas2.. ada yg F.O.C tuhhhh... mamak bley?? panggil dia ayah pon belum tentu dia bagi... haha.. murah rezki Mak Tim...

NI PON KAMI BAYAR TAU... 2 owg mamam nih.. murah @ mahal.. hangpa sendiri nilai k..              p/s.. baiklah uncle.. saya punya mahalll lagi...

alamat premis perniagaan:  no2, jln AU2C/9 Tmn Desa Keramat, 54200 Kola Lumpo.
KAMI SUDAH... HANGPA BILA LAGI!!!

Aku yang menulis
Ayin Tono ala sms

Komen aku (uncleseekers) - awek yang pakai baju warna pink tadi tu cun kan? Hu hu

Sizzling Lamb  Chops - Coliseum Cafe Vs Saufiville Resort 
Restoran En Tan - Koptiam Muslim
Restoran Mak Tim - Beriani Gam Asli Johor
Ikan Bakar Selera Utara - Dengkil VS Selera Janda


Monday, April 1, 2013

Restoran En Tan - Koptiam Muslim

Restoran En Tan - Koptiam Muslim

"Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya." (6:118) 

 Semalam, pada tanggal 31hb mac 2013 jam kurang lebih 11 malam waktu Kuala Lumpur. aku (ayin tono ala sms) bersama uncle, adik, & mona gangster merayau-rayau di area Medan Niaga Rampai untuk mencari sesuap makanan ringan (berat-berat uncle taknak memandangkan kesakitan gusi yang dialaminya). oppppsssss... SKEMA... BUKAN TRADEMARK AKU NIHHH!!! ala sms.. ala sms..

  pusing punya pusing, ushar punya ushar.. jumpa dgn satu kedai mamam chinese muslim.. signboard ijau tulis kat situ En. Tan Kopitiam Muslim.. mula masuk uncle bunyi.. betoi ka kedai chinese muslim? oooo.. pasai pekerja dia bangla.. hik.. nampak cam kedai mamak.. tapi dont worry.. pekerja & kedai amat bersih... kalau x caya pi la ushar sendiri.. 

 pastu tetiba ada satu hamba Allah mai tegoq uncle.. abg ni uncleseekers kan? saya pembaca setia blog abg.. rupanya mamat yg tegoq uncle tu, toke kedai... konfom kedai chinese muslim...  y? sebab dia chinese look la.. hahaha

bermula lah sesi order mengorder... uncle nak toke masak... DEAL!!! en. tan kata.. Tapi.... untuk uncle ja... aku, adik & mona gengster... tukang masak dia yg masak... fair ka? fair ka?...  what ever... even tukang masak yg masak, taste memang terbaikkk!!!!

beaf steak
RM 16.20
rasa standard hotel 5 bintang.. harga warong sehh!!! utk adik: tlg jgn tanya bayak kali.. abg kata sedap, sedaplah...

 Grilled Chicken Chop
RM 11.90
kat penang mahai nihhh... kat cafe2 besaq ja bleh jumpa. rasa, ya'rabbi.. SEMPOI!!!
 Hainan Toast
RM 2.70
aku punya favret... tak dan nak snap pic.. aku dah bedai tinggai suku.. sorry uncle!!
tips: kalau hangpa pi mana2 kedai makan chinese muslim, order bendalah ni dulu. kalau dia hantaq guna roti yg still berkerak ditepi, maka bukan ori hainan lah beb.. ori hainan, depa akan sentiasa serve roti potong kerak.. PEACE!!
 Muka depan katalog a.k.a menu weh.. jgn main2.. penah masuk tv kedai ni.. jalan2 cari makan lagi tu.. hangpa buleh.. x bleh punyaaa!!! 

 Uncleseekers minum yang no D13 (tropical plum). Dia kata SEDAP.. sungguh ka.. last kopek baru aku try sedut sepancut... mmmm dapppnyaaaaa...

 Milo King!!! Minuman hanya untuk gengster.. hahaha RM 4.50..
Float Coke.. adek manja punya fevret... RM 5.90..
Mocha: Pastinya untuk lelaki MACHO.. aku la tu.. pehhh

 Fried Dumpling.. taste sama cam kat BALI HAI GURNEY DRIVE PENANG,  beza harga.. amat ketara..
RM 4.50 (3PCS) en. tan
RM 6.90- RM8.90 (3-5PCS) tempat lain
Amacammm???

 En Tan kata... makanan yang paling sedap di restoran dia adalah IKAN BAKAQ.. dia kata lagi kat kami.. time nak bayaq, letak tangan kat hati, then kata x sedap... dia bagi free... sungguh ni En. Tan...

 Char kuey Teow sangat speasial. kat mana spesial? dia kata AROMA yg amat MENGANCAMMM... apa kata survey???  DASYATTTT SANGATTT!!!

 En Tan (baju hijau) hanya bercakap dengan Uncle jer (MOTIF: BELUM DIKENALPASTI..). Dengan kami hanya senyum-senyum siap aku sua muka depan idong untuk tarik perhatian beliau.. x emsem ka saya ni En. Tan? Menu uncle dia sendiri yang masak, menu kami bertiga, belum dikenalpasti jugak sape yg masak.. Ini tak adil! Bleh camtu.. jgn mara rrr...

iklan sket.. SEKIRANYA ADA DIANTARA SESIAPA YG INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN, ATAS NAMA EN. TAN KOPITIAM MUSLIM (FRANCHISED).. CUMA AKAN DIKENAKAN BAYARAN DIANTARA RM1000-2000 SEBAGAI TANDA PERSAHABATAN.. BELIAU AKAN MENGAJAR BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN TANPA PERLU MODAL YG BESAR..

 KAMI BAYAR TAU... niat kami nak tolong ja sesama manusia.. tips lagi: kalau hangpa jumpa or terserempak ngan uncleseekers, cuba kata di emsem... hahaha (tegoq ja beliau... muka ja nampak ganazzz.. dalam hati kebun bunga sehhh!!!) sure beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu selesaikan probs yg hangpa sedang alami.. fitrah sesama manusia kan..

TPM pun pernah makan kat sini. Lunch empat hengget jer! (klik)

Aku yang menulis
Ayin Tono ala sms

Komen aku (uncleseekers) - suka hati mak abah tiri kau jer tulis merapu!

Sizzling Lamb  Chops - Coliseum Cafe Vs Saufiville Resort 
Restoran En Tan - Koptiam Muslim
Restoran Mak Tim - Beriani Gam Asli Johor
Ikan Bakar Selera Utara - Dengkil VS Selera Janda