Followers

Monday, July 30, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 2)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 2)

Salam ...




Sebenarnya, pada 3-7-2012, hari Selasa, aku masih lagi kat Melaka melepak kat Chalet milik abang angkat aku yang dikenali sebagai Siti Selamat. (Nanti aku citer lebih lanjut kenapa nama dia buruk camtu). Chalet dia ni tak lah cantik sangat sekitar 1 bintang berhadapan dengan laut tapi keikhlasanya keluarganya yang aku paling kagum.


Petang Selasa kalau tak silap lah, aku ada contact Rusni kawan sekelas aku masa form 5 tahun 1983 kat Sekolah Aminuddin Baki, Johor Bahru. Kengkawan lama beritahu yang dia ni dah jadi pegawai besar kat SPRM Johor. Sejak habis jer sekolah aku langsung tak pernah jumpa atau tengok muka dia sampailah aku kena tahan kat tol Senawang. Aku call dia sebab nak minta nasihat sebab aku ada dokumen penting nak serahkan kat pejabat SPRM di Putrajaya.

Masa tu kalau tak silap dia kata on the way nak balik rumah second wife dia kat N9. Aku cakap kat dia singgahlah kat Melaka jumpa aku dulu tapi dia beri alasan dah sampai Seremban. Pendekkan cerita, kami bersetuju untuk berjumpa keesokan harinya di Kuala Lumpur untuk makan malam bersama. Aku juga sempat maklum kat dia yang aku nak bawa sekali awekz aku.

Siti Nadhirah

Tanpa buang masa selepas aku makan malam bersama keluarga Siti Selamat, malam tu jugak aku bertolak ke Janda Baik. Sebelum aku terlupa, aku nak ucap terima kasih banyak kat kat Kak Rahimah dan keluarganya (yang aku ingat Cuma Faiq saja yang lain aku lupa. Memang kelemahan yang paling ketara pada diri aku adalah mengingati nama orang dan nombor) sebab memberi layanan yang baik pada aku dan kengkawan semua serta keluarga kerana beri kami lepak secara percuma termasuk makan-minum selama 3 hari 2 malam.

(Kak Rahimah, lauk daging lembu masak lada hitam (kalau tak silap lah) adalah yang paling sedap saya rasa selama ni. Kak, kalau datang Janda Baik boleh tak masakkan saya lauk macam tu jugak tapi tukar daging kambing yer.)

Telefon aku

Seperti biasa rutin hidup berpuluh tahun, aku hanya akan melelapkan mata selepas waktu FAJAR. Kalau tak silap aku, sekitar pukul 8 pagi samada aku ada SMS atau call nak tanya dia camner dengan temujanji tapi tiada sebarang balasan. Waktu petang sekali lagi aku call tapi dia tak angkat. Aku dah mula hangen! Aku SMS dia adakah dia ni JUJUR dan AMANAH menggalas jawatan membanteras RASUAH. Dia masih tak jawab SMS aku. Beberapa minit kemudia aku call dia dan dia MENJAWAB panggilan aku 

Beb, jangan cakap camtu..

Nada suaranya agak kurang selesa selepas kena sound tepek sms tadi!

Yelah, aku tepon ko tak angkat! Camner appoiment hari ini?” 

Dia minta aku jumpa kat Jaya Jusco Seremban 2 selepas pukul 7 malam sebab dia nak shopping dulu.


Seperti biasa yang kita maklum ada lelaki jenis ‘tubeless’ (tak selesa pakai spender/underwear) dan ada juga yang suka pakai spender yang seksi . Aku katogeri yang nombor dua tu lah. Ho ho ho..Kalau kat dalam rumah aku ‘tubeless’ sebab dengar nasihat orang tua-tua supaya ‘si punai’ tu dapat bernafas dengan lega dan tidak melecet!

Entah kenapa petang Rabu tu, seperti ada ‘petanda dan getaran tubuh yang sangat kuat’ yang menyuruh aku keluar rumah tanpa pakai spender! Sepanjang hidup selepas bersunat, ini adalah kali kedua aku keluar tak pakai spender. Seperti ada suara kecil dalam hati berkata.

Dalam lokap nanti tak payahlah pakai spender..


Aku bersama awekz aku Siti Nadhirah sampai Seremban sekitar 9.00 malam kalau tak silap. Sememangnya kami berdua tidak tahu dimana Jusco yang dimaksudkan. Berpusing aku mencari tapi tak jumpa. Siti Nadhirah berhubung dengan Rusni pegawai SPRM dimana lokasi yang sebenarnya. Selepas itu Siti Nadhirah hubungi pula sahabatnya yang pernah menetap di Seremban untuk membantunya memberi tunjuk arah. Kemudian Rusni telefon semula supaya berjumpa di Tol Senawang. Sekali lagi Siti Nadhirah hubungi sahabat aku pula menunjukkan arah jalan ke Tol Senawang. 

Sebaik saja sampai di Tandas Tol Senawang, aku lihat ada 11 missed call dari Rusni. Aku keluar dari kereta dan menelefonnya. Aku bertanya.

Beb lu kat maner?” sambil mata aku melilau mencarinya.

Pandang kanan beb.” 

Aku nampak dia bersama seorang wanita dalam kereta Toyota Harier (kalau tak silap). Tak sempat aku nak berjalan ke arahnya tiba-tiba tak kurang 20 orang kerumun aku dan tidak kurang 10 biji kereta mengepung aku. Dah macam kat dalam filem omputih wa cakap lu...

Tetiba ada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Supritendent Noor Hashim dan meminta kad pengenalan aku. Fikiran aku masih lagi memikirkan Rusni SPRM sambil memberi kad pengenalan kepada pegawai polis tersebut. 

Aku cuba mencari kawan aku tadi tapi keretanya disebelah hujung sana. Beberapa anggota polis yang terdiri daripada jurugambar mengambil gambar aku dan ada seorang cameraman merakam semua detik peristiwa tika itu. Tetiba aku terdengar satu suara...

Uncle, tengok apa yang kami buat yer..

Mereka buka pintu belakang dan mengambil gambar dokumen yang hendak saya serahkan pada kawan saya Rusni SPRM. 

Saya cuba mencari kawan saya tapi beliau sudah tiada...

Hati kecil aku berkata..

Padanlah dia missed call aku sampai 11 kali...

Dan kata-katanya “Beb, dia sultan kita...” masih terngiang-ngiang di telinga aku...

(Bersambung...)


Mohon maaf banyak-banyak sebab tak dapat beri maklumat yang tepat tentang masa, tarikh dan bukti SMS aku dengan Rusni sebab kedua-dua telefon aku masih dalam simpanan dan siasatan pihak polis.

“Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.” - Pujangga

Part 1

28 comments:

OKT Nusa Bestari said...

Beb...lu ni potong stim la uncle..wa baru nak layan dah abis part 2..sap kok tang pun x abis lagi..aiyakkkkkk

Joe said...

Pelajaran pertama,kawan makan kawan,aku dah mula rasa nak angkat jari tengah kat watak luncai nama rusni tu,tp tak pa,lek lu..baca lagi part seterusnya lu..

ezral said...
This comment has been removed by the author.
C++ said...

Bhai US...

Teruskan usaha.. tangga kejayaan....

Untuk pengetahuan lu... semua line tepon lu and even line tepon rumah lu pon sudah kena pintas on the day one lu tulis artikel tue la bhai... member gua yang kerja XXXX bagitau....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

ezral said...

Makin best nie....

lurvella7 said...

blog lama lu bole di akses di alamat http://uncleseekers.blogspot.co.uk.Nanti lu btol kan hyperlink pasal dokumen lu tu

Anonymous said...

Maksud uncle kwn uncle yg prank uncke ke?....Bani Jawi

cacamarba said...

pergh..bes tu dpt kambing masak lada itam..gua jumpa nasi goreng kambing kt shah alam.terbaek bro..

6803man sarawak said...

Pasti hebat kali ni citernye.layan..

6803man sarawak said...

xsabar menanti episod tbaru.

Kerajaan Rakyat said...

Beb,

Lepas ni si rusni tu boleh kawin bini no tiga la pulak...

Unknown said...

tak sabaq nak tunggu cerita seterusnya... bongkar lagi abg..!!!
seek the truth.. selamat berpuasa..

Wak tempe said...

Tak sabo nak tengok muke rusni tu mcm mano...hensem ko
Atau tengok muke je dah tau jenis mkn kwn kui kui kui

Unknown said...

Dah agak dah line tel Uncle mesti kena pintas dan dirakam.

Unknown said...

Rusni cilakak!!

norjb said...

Rusni?..tak mungkin..dgr dulu cite lom abis ni..

JAMILKUCING said...

Salam uncle a rindu lu la.,maksud wa rindu penulisan dan pembongkaran lu. teruskan. ramai rakyat malaysia menyokong uncle membuat pendedahan.

uncleseekers said...

Ampun dan maaf kepada pembaca yang dihormati sekalian, Uncle akan menjawab segala komen apabila tiba masanya nanti. Teruskan mengkomen, Uncle sayang anda semua dan terima kasih atas sokongan. [Admin]

Hermit said...

chantek boxer tu... mana beli? kehkeh

Al Ikhlas said...

gua ikut perayauan lu... salute la .. teruskan .. berani kerana benar.

ros said...

patotla wa sms lu x de delivery report...huhu wa lindu sama lu...

Unknown said...

salute la bro.......dgr je uncle kna tgkp hati kecil saya trs brdoa agr kebenaran terus terserlah........
sronot bca blog uncle...........

melayu said...

cibai punya rusni...geram aku..niaya uncle seekers!

Prince of Noob said...

best ke duduk dalam lokap uncle seekers paranormal? awek uncle seekers yg comel lote tu dah keluar sekali ke?

akmar said...

kalo betul la si rusni tu yg pedajal uncle....ape lh yg kite boleh harapkn lagi ngan SPRM ni, pegawai besar sndiri yg wat camtu...org nk serah bukti, tapi lain plak yg jadi. pasni, sesape yg ade maklumat pasal rasuah jerung2 ni, harusla pikir seribu kali nk dedahkn...

angah said...

Bolih kasi laporan kepada sprm, cumanya harus lah ada back up yg mana salinan mesti disimpan, andai kata terjadi mcm uncleseekers, masih ada bukti untuk diketengahkan.

angah said...

Bolih kasi laporan kepada sprm, cumanya harus lah ada back up yg mana salinan mesti disimpan, andai kata terjadi mcm uncleseekers, masih ada bukti untuk diketengahkan.

KepalaAngin said...

Awekz lu lawa la uncle...cian dia dok lokap...