Salam semua,
Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata-katamu - Pujangga
Minta maaflah banyak-banyak kerana tidak menulis beberapa hari kerana sibuk melayan tetamu yang datang rumah dari petang sampailah ke pagi! Bila datang permasalahan sebegini barulah kita tahu siapa sebenar sahabat sejati atau hanya teman di kedai kopi.
Balik-balik soalan yang sama diajukan setiap kali tetamu jumpa aku ...
“Kenapa dah lama tak menulis?”
Suka hati mak abah tiri korang jer tanya soalan camtu. Baru beberapa hari jer tak tulis korang dah pikir macam-macam. Cubalah korang tanya aku bila Puteri Santubung nak ajak aku pergi karaoke ok lah gak! He he. ..
Beginikah gambaran sebenar dalam diri Si Kitol?
Kalau aku nak tulis pengalaman sejak kena tahan sampailah keluar lokap rasanya sampai part 100 pun tak habis. Cubalah korang semua bayangkan kalau korang berada di tempat aku. Pasti korang akan ingat peristiwa dan perangai semua pelakon-pelakon dalam FILEM ni sebab citer ni sebenarnya sangat best. Pertama sekali kita kena beri anugerah kepada Pengarah Terbaik Filem ini iaitu Si Kitol! Kalau dulu pengarah ini berjaya menjatuhkan Kerajaan Melaka, tapi jelmaan Si Kitol yang baru ini lebih merbahaya.
Kesian Orang Melayu di Johor... Achaner tu Johan?
Kesian Orang Melayu di Johor... Achaner tu Johan?
Artikel kali ini aku cuma nak tulis secara ringkas pengalaman kat lokap Air Molek
1. Pukul rata aku duduk satu bilik dengan OKT (Orang kena tuduh) yang lain sekitar 18 orang setiap hari.
2. Keluasan bilik sekitar 20 kaki x 14 kaki.
3. Satu jamban cangkung sekitar 3 kaki x 5 kaki tapi hanya dilindungi oleh tembok tinggibahagian depan dan kanannya sekitar 3 kaki . Kalau korang ‘termenung’ OKT yang lain akan nampak kepala jer dan ada satu baldi hitam yang besar dan gayung disediakan untuk korang beristinjak.
4. Tempat mandi sebelah jamban tu pun lebih kurang saiznya dan kalau mandi samada ‘ular’ atau ‘bumper’ korang gerenti OKT yang lain akan nampak! He..he..Korang silap aarr..aku mandi kat jamban.. Walaupun ada baldi merah dengan gayung kat situ korang tidak mampu nak cover ‘ular’ sebab takder kepala paip nak takung air dalam baldi. Walaupun kelihatan seperti membazir kerana air sentiasa mengalir keluar tapi aku terasa macam kat Janda Baik pulak sebab sentiasa dengar bunyi air.
5. Sarapan pagi selama 6 hari berturut-turut disana adalah roti bun macam kat KFC tu. Setiap seorang diberi 2 biji dengan sebungkus air teh o panas. Aku cuma makan sebiji jer dan bakinya aku kasi kat OKT yang lain.
6. Sepanjang aku ditahan dalam lokap kat sini, cuma dua kali saja aku nampak menu makanan tengahari (hari pertama aku masuk tapi aku tak makan) dan lagi satu iaitu nasi dengan sebiji telur berserta satu bungkus plastik besar semacam kari sebagai kuah untuk dikongsi bersama . Aku tak makan tengahari dan malam dalam lokap sebab waktu pagi sampailah petang aku makan kat luar (dalam bilik siasatan) bersama anggota ENAM JAHANAM yang suka sangat bertanya soalan yang sama berulang kali kat aku sebab menaip pakai satu jari pastu laptop jenama ‘CAP AYAM’ selalu buat hal! Beli yang barulah weii! Cakap mengong kang marah! Wakaka...Tapi yang beshnyer, apa yang dia orang makan aku makan tapi selalunya aku makan apa yang aku nak makan sebab mereka yang belanja. Terima kasih banyak-banyak pada semua anggota ENAM JAHANAM ni sebab belanja aku makan pakai duit poket sendiri. Pada pendapat peribadi aku, manalah tau kalau satu hari nanti korang para sahabat yang terdiri dari blogger dan pembaca sekelian, kalau kena tahan macam aku ni jugak, korang berilah kerjasama pada Polis dan berkata benarlah dan jangan sesekali berbohong supaya mudah mereka menjalankan tugas masing-masing. Anggota Polis pun manusia macam kita jugak ada perasaan. Kalau korang cakap berbelit-belit mestilah dia orang angin dan ditakdirkan hari tu bini dia ‘moon coming’ memang masak lah korang!
7. Kalau ada mood, selalunya bila waktu malam, samada aku jadi PENGLIPUR LARA atau seorang wartawan. Mereka para OKT akan duduk berkumpul mengelilingi aku dan bertanya pasal HANTU! Hadoii...bulu ketiak dah panjang pun minat lagi cerita-cerita sebegini. Ada yang mendengar dengan mulut melopong dan ada yang tertidur. Sebijik perangai macam budak-budak dia orang ni! Bila aku dah boring nak tido, OKT yang dah tido tu siap bangun balik merengek minta cerita lagi! Sememangnya didalam lokap memang sangat membosankan sekiranya anda tiada matlamat. Tapi sekiranya anda penuhkan masa dengan bertanya setiap seorang OKT pengalaman masing-masing, anda dapat rasakan masa bergerak terlalu pantas!
“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” - Pujangga
8. Kelemahan yang patut diperbaiki di Lokap Air Molek adalah pakaian yang dipakai oleh OKT semasa ke Mahkamah atau soal siasat hendaklah dibasuh terlebih dahulu.Wa cakap lu... segala macam bau melekat kat baju tu! Jangan kata bau Bangla jer, bau Myanmar, India dan pelbagai bau pun ada. Sendiri mau ingatlah kalau korang pakai bekas baju OKT yang ada penyakit kulit atau penyakit..... Kalau korang nak tahu, seluar yang aku pakai tu tak bertukar selama 7 hari dan baju glemer ungu yang korang nampak dalam TV atau sokabar tu aku terpaksa selitkan satu sudut celah-celah pakaian kat almari yang disediakan supaya OKT lain tak pakai. Satu perkara yang aku nak puji kat artikel ni ialah pakaian yang diberi kepada OKT kat Lokap Gelang Patah dibasuh bersih terlebih dahulu dan siap berlipat dalam plastik lagi dan boleh minta tukar yang baru setiap hari. Selain dari pakaian, kebersihan dalam lokap, menu makan pagi dan tengahari dan bilik airnya adalah terbaek diladang!
9. Dalam lokap tu ada satu CCTV dibahagian atas sudut bilik. Sepanjang pengalaman aku selama 7 hari disini, tak pernah sekali pun aku nampak kejadian liwat atau gaduh! Tapi yang pasti dalam rakaman cctv tu, kebanyakan OKT akan tidur dalam kesejukan. Bila waktu malam sekitar 1 pagi suhu dah mula sejuk...nasib baiklah ada lantai papan. Lokap tu punya tingkap punyalah besar, bila angin tiup..mak aaii..telo terus masuk kedalam. Untuk panaskan badan terpaksalah aku tutup kaki dengan tuala ‘good morning’ yang diberi.
10. Rupa-rupanya penagih dadah yang masuk lokap, tiga hari yang pertama aku nampak dia orang ni suka duduk memeluk kaki seperti menggigil kesejukan dan suka menggaruk tubuh terutama dibagian betis. Bila aku tanya, dia orang cakap seperti ada tikus bergerak dalam betis!
11. Pengalaman aku yang paling besh dalam lokap Air Molek adalah aku tak buang air besar langsung dan belajar 3 benda baru dalam hidup iaitu KAPAL, HABUK dan ROKET. Biarlah ianya menjadi rahsia dalam hidup aku. Kalau korang nak tahu juga, masuklah LOKAP! Ahakz..
Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad
Part 1
Jom selam citer Lion King ni...
soh diorg jgn sebok dtg kaco uncle nk mnulis blog ni..huhu pape pn,uncle besttt...!! :)
ReplyDeleteDer
ReplyDelete...sesungguhnya dugaan yg dihadapi membuatkan kite lebih tabah dan berjaya....azrul jari cantik kate lu bro...
Pergh..x berak ke uncle? Kakaka
ReplyDeleteapa salahnya kongsi rahsia uncle..haha..kan we are all uncle seekers...www.anakkedah.com
suka aku bila baca tulisan uncle ni..cukup rasa!
ReplyDeleteapa rahsia uncle seekers menahan berak begitu lama boleh bagitau rahsianya hehehe
ReplyDeleteuncle dalam lockup tu solat camna? selesa x?
ReplyDeleteNak yg lebih menarik,ganas.
ReplyDelete"suka sangat bertanya soalan yang sama berulang kali kat aku sebab menaip pakai satu jari pastu laptop jenama ‘CAP AYAM’ selalu buat hal!"
ReplyDeletewajib kena buat mcm tula US.. psyco
uncle tak berak 3 hari? belajar dari saiful ker? kemut tak sudah..
ReplyDeleteSuatu ahri nanti saya berdoa someone will us baju unggu itu. orang yg pada pemikiran manusia tak mungkin. tetapi kira rakyat boleh jadikan mungkin.
ReplyDeleteUncle roket tu jolok tembakau dalam jubur la bro. seorang akwan yg pernah amsuk penjara beberapa kali cakap kats aya. walau di luar ko taiko. atau bapak gangsater bila amsuk dalam silap silap ko jadi jambu hahahaha.
Saya pernah masuk lokaps emalam pasal kes belasah orang arab yg kuirang ajar. keadaan tandas seperti yg uncle cakap tu. tapi punyalah busuk Allah je yg tahu. kalau ginilag rupanya mampos saya tak mandi atau berak. jijik snagat.
ReplyDeletekapal.habuk ngan roket tu ayat dah lama lah uncle weii..tetingaln zaman lah lu ni
ReplyDeleteaku juga mengharapkn perkara yg sama spt harapan Jamil Kucing akan terjadi. jgn fikir dok kondo, banglow, istana atau apa kejadah pn nama tempatnya x blh masuk dalam. klu org x salah blh pn kena sumbat,inikn plak yg terang2 lg nyata buat salah.
ReplyDeletetq uncle sambung menulis. wlupn bru bbrapa hari xde kabar berita tp rasanya terlalu lama menunggu beru kini dikau menjelma... huhu. teruskan menulis dan berkongsi malumat dan pengalaman. mekasih...
Faddei Kiryl.
kapal bawa habuk kat roket...terus cerita bro..x puas ..kalu x baca blog lu rasa macam ada tikus merayap dalam otak aku...ahaks
ReplyDeletePotong stim btol lah uncle neh ... hehe .. tengah syok layan bersambung plak!
ReplyDeleteDah macam drama bersiri Melayu kat TV3 plak. Kalo camni, uncle kasi bikin drama TV jer lah senang. Tiap2 hari Khamis masuk dalam slot seram Tv3 ... hehe
tiap2 ari bukak blog US, puas dpt baca update terkini dari US..
ReplyDeletekapal..roket...haha...mlm tu pegawai mana yang roket? first time aku dengar rokok roket dulu..
ReplyDeleteSalam Uncle
ReplyDeleteApa dah jadi dgn ente ni, potong stim tol la. jap ada jap xde. ana ghasa ente ni dh kena gasak ngn SI n menghkarung masa kt dlm kot. kluar je lokap teloq da hilang. sbb tu da xde lg nk cite pasal maha halia n mengkarung.
Uncle... come on la bro... kita org teringin sgt nk tahu kisah maha halia SI selanjutnya. cuma ente je yg punya maklumat dan berani mendedahkan kpd umum. wlu pn mgkin ada lg blogger yg punya maklumat, cerita or pengalaman berkaitan Istana Johor mahu pn negeri2 lain dlm Malaysia ni, tp mereka x seberani ente. Harap ente x menghampakan kami semua. Please uncle...
Disini juga ana mengambil kesempatan mengucapkn jutaan terima kasih buat ente diatas pendedahan, pembongkaran isu kezaliman pihak Istana terhadap rakyat yg lps. Harap isu tersebut dpt terus dibongkar dan didedahkan kpd umum, spya rakyat mengenali siapa sbnrnya sultan dan ketua agama Islam mereka selama ini. Wassalam...
Faddei Kiryl.
Kapal,habuk,roket
ReplyDeleteKertas surat khabar, tembakau dengan lighter kot.. ada satu lagi istilah chi..aku pun dah lupa..kena reman seminggu je..belum sempat belajar cukur misai ngan janggut pakai benang...kena reman benda yg korang tak buat/salah..memang bengkek..
Tapi kalau duk dalam..ada duit suma boleh jadi..hset,Dunhill,KFC pun bole dapat..yang pesalah2 junior mcm kes curi buah mempelam bila masuk lokap jumpa hardcore kes rompakan bersenjata,bunuh...memang la susah nak jadi baik..silap2 jadi makin jahat..ada byk sifu2 lama dalam tu
Kesimpulanya..dunia ni hanya tempat bergurau senda dan bermimpi..kita hanya tersedar kita bermimpi bila dah dibangkit di Alam Akhirat, setakat masuk lokap,kena tangkap masalah kecik je..masalah sebenar dan besar adalah di Padang Mahsyar kelak
- Hamba Al-Haq -
Mana plak uncle menghilang ni..? Tak best arrr .. Tunggu lama2..benci tapi rindu..
ReplyDeletecara nak bukak blog uncle yang kena blok oleh TM..gantikan dotcom dengan dotjp..insyALLAH......
ReplyDeleteUS terbaik!
ReplyDeleteperasan bagus la ko uncle....cubela berubah
ReplyDeletebila nak update lagi ni uncle lambat la update
ReplyDeletesemenjak masuk lokap, telur dh masuk ke dlm ke..takut nk citer psl maha halia?
ReplyDeleteUNCELSEEKERSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
ReplyDeleteSelamat hariraya maaf zahirrrrrr tetapi tidak batin ok. sonang jompuit la bertandang ke rumah saya. makan kuih dengan berokkkk
rahsia menahan berak hanya menggunakan akal fikiran korang.
ReplyDeleteHABUK tu saya tau.. hehehe..
Roket ngan Kapal saya tak pasti.
Salam US. Slmt hari raya.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Uncle..........
ReplyDeleteMana part 6...raya x abis lg ke uncle....rindu ni...
ReplyDeleteuncle memang gempak r...
ReplyDeleteUncle kite sama sama kat lokap Gelang Patah. Gua ni kes gaduh.... ingat tak gua Indian guy baru seminggu dari USA masuk lokap.
ReplyDelete