Cherengin Hills Convention and Spa Resort (Part 1)
Salam pembaca semua,
Beberapa hari yang lalu aku terdengar cerita yang Cherengin Hills Convention and Spa Resort (klik) kat Janda Baik sedang mencari pelabur atau rakan kongsi untuk menaik taraf hotel ni. Samaada benar atau tidak aku pun tak pasti.
Jadi aku pergilah kesana nak makan tengahari dan tengok-tengok kalau ada maklumat.
Nasib tak baik sebab buffet makan tengahari dah habis. Tetiba datang
pengurus hotelnya Encik Azman Osman menyapa aku dan mencadangkan
Alacarte.
Aku pun order mee kantonis dengan teh o ais.
Encik Azman beri aku mencuba kuih apam gula hangus, jemput-jemput,
french pastries dan bubur cha-cha, kari ayam dan sambal telur.
Pendekkan cerita yang paling sedap kuih french pastries dan bubur cha-cha. Kari ayam plak memang berasa.
Encik Azman yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang hotel terus bercerita 'rancangan' beliau bagaimana mahu memajukan hotel tersebut berperingkat-peringkat.
Beliau membawa aku 'round' hotel tersebut. Bila sampai saja ruangan kolam mandi, beliau berkata,
"Uncle, kolam mandi ni tak pakai klorin tapi pakai garam kasar"
Bersambung...
No comments:
Post a Comment
Salam!
Semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.