Sunday, November 25, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 13)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 13)


Sekapur Sireh…

Semoga belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ma’alHijrah 1434 kepada semua pembaca blog uncleseekers dan juga kepada semua yang mengikuti tulisan-tulisan saya.

Tidak lupa juga kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti tulisan-tulisan yang tak seberapa dari saya.Terima kasih jua kepada semua komen-komen yang di berikan. Baik yang positif mahupun yang negatif.

Semuanya saya terima dengan senang hati dan dengan pemikiran yang terbuka. Apa pun, jauh di sudut hati, saya mengharapkan kritikan dan komen yang membina.

Kritikan dan komen-komen inilah yang ingin saya jadikan cermin untuk menilik diri. Kritiklah pendapat dan pandangan saya. Kritik dengan hujah dan alasan.Dan lebih indah kalau punya sandaran sebagai pemanis bicara. Kritik dengan intelektualiti dan justifikasi. Bukan dengan emosi. Kritik pendapat saya bukan kritik diri saya. Saya bukan siapa-siapa.

Buat makluman semua, segala pendapat dan pandangan yang saya paparkan bukanlah sekadar untuk menikmati keseronokan menulis. Ianya adalah hasil dari pengamatan dan penelitian selama hampir 30 tahun.

Bukan sedikit ilmu dan pengalaman yang di timba. Bukan sembarangan pendapat dan pandangan yang di lontarkan. Terkandung makna yang tersurat dan tersirat. Memberi isyarat buat yang makrifat.

Namun atas kelemahan penyampaian saya, kebarangkalian pendapat dan pandangan tersebut sukar di terima adalah merupakan sesuatu yang wajar. Bukan mudah untuk menulis sesuatu topik yang panas dan berat dalam bentuk yang santai dan bersahaja. Apatahlagi yang menyentuh soal Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu.

Terimakasih yang tak terhingga juga saya tujukan khusus kepada Uncleseekers yang sudi memberikan saya ruang dan peluang untuk menulis didalam blog beliau.

Terima kasih kerana memberikan beberapa petua bagaimana untuk menjadi penulis blog yang berjaya dan terkenal seperti beliau. Alhamdulillah, nampak gaya petua beliau menjadi…

Kepada semua yang mengikuti tulisan saya, sebenarnya saya suka mengajak anda semua untuk melihat kembali, menilai dan menganalisa dasar dan asas-asas penubuhan negara bangsa yang kita kenali sebagai Malaysia ini.

Melihat kepada struktur dan institusi-institusi yang wujud di negara ini. Itu semua saya lakukan dengan cara yang agak santai agar ianya mudah difahami dan tidak membosankan. Ini kerana saya sedar blog ini bukanlah sebuah pelantar wacana akademik tetapi sekadarsebuah laman maya yang disinggahi buat melepas lelah disamping beramah mesra secara santai.

Masih ramai yang belum benar-benar memahami dan masih ramai juga yang tersalah anggap mengenai asas-asas dan institusi-institusi yang menjadi tonggak kepada negara ini. Tidak kurang juga yang terus-menerus berusaha untuk memesong dan mengelirukan pemikiran masyarakat demi kepentingan mereka.

Biarpun usaha dan sumbangan saya kearah memulihkan kembali pemikiran dan pandangan masyarakat terhadap asas-asas dan institusi-institusi yang ada di negara ini masih sangat kecil namun saya sentiasa berdoa kehadrat Allah SWT semoga usaha ini diberkati dan dirahmati olehNya.

Saya menyeru agar lebih ramail agi yang tampil untuk membetulkan segala kekeliruan ini. Khususnya kepada mereka-mereka yang lebih berkelayakkan.

Jangan biarkan masyarakat ini terus berada di dalam kekeliruan. Terus berada di dalam kegelapan. Ini bangsa yang di rahmati Allah SWT. Bangsa yang di rahmati dengan anugerah yang maha besar iaitu Islam. Bangsa yang mempunyai kemampuan dan potensi yang cukup besar dan luar biasa. Bangsa yang mampu memimpin dunia dengan kelembutan dan kasih sayang. Kedatangan tahun Hijrah 1434 sangat di nanti-nantikan. Adalah tarikh penting di mana bermulanya sebuah era baru.



Dunia akan menyaksikan satu perubahan besar. Perubahan dalam semua dimensi. Politik, ekonomi, kewangan, sosial, geografi mahu pun alam sekitar. Zaman kegemilangan Barat bakal berakhir.Kehebatan dan kemegahan mereka sudah sampai kepenghujung.

Dunia akan menyaksikan sebuah kebangkitan. Kebangkitan dari Timur. Kebangkitan yang akan membentuk sebuah peradaban baru. Peradaban yang lebih bersifat maknusiawi. Sesuai dengan fitrahnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.  Inilah kebangkitan yang di impikan. Kebangkitan yang di rindui. Kebangkitan yang telah di isyaratkan oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu. KEBANGKITAN ISLAM.

Islam akan bangkit dengan wajah baru. Dengan penampilan baru. Namun perubahan wajah tidak bermakna berubah dasar dan prinsipnya. Dasar, prinsip dan struktur tidak akan berubah. Tiada kompromi dari sudut itu.


Islam akan bangkit dengan kekuatan baru. Bangkit untuk menjadi sebuah sistem baru dalam kehidupan manusia. Mengantikan sistem sekular yang di laknat Allah SWT. Sistem yang terbukti gagal memakmur dan mensejahterakan warga dunia.

Sistem yang hanya mengeksploitasi hawa nafsu dan sifat kebinatangan manusia. Sistem yang menjadikan manusia sebagai haiwan peliharaan yang di cucuk hidung. Sistem Islamlah yang akan mengantikan sistem sekular yang bakal hancur tidak lama lagi.

Sistem yang sudah terbukti pernah bertahan lebih 1300 tahun. Sistem yang mendokong dan mempertahankan kepentingan umum. Sistem yang akan membentuk gaya hidup baru. Saksikanlah kebangkitan ini! Segalanya sudah bermula…

Kepada pembaca semua layari laman web ini www.wiccnetworks.com

Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World Islamic Chamber Of Commerce


Komen aku : Aik! sejak bila Pak Lan masuk Islam? hi..hi..

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem

2 comments:

  1. Islam akan BANGKIT!!! Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  2. Hehehe...pening la saya ni Pak Lan. Pak Lan cite psl kebangkitan bangsa ker kebangkitan islam Takkan melayu yang beraja melayu jer islam. Teruk la sakit Pak Lan nie.

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.