Monday, June 17, 2013

Berhati-Hati! Anak & Isteri Adalah Musuh Kita?

Berhati-Hati! Anak & Isteri Adalah Musuh Kita?




Semalam aku dengan kedua anak aku bersama menantu tersayang lepak-lepak dengan makan sekali kat Saufiville, Janda Baik. Saper tak sayangkan anak-anak?

3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik. 

Sebenarnya dia orang ni dah plan dan tempah kat Nellis sebab nak belanja aku makan sempena Hari Bapa tetapi dia tak tahu aku ada plan sendiri! Wakaka...

"Salam bah, selamat hari bapa. Hbb ngn kak kyh plan nk klua makan ngan abah...besok malam...ok ke? :) pls..."


Macam tu lah anak aku Habib sms kat aku lebih kurang pukul 1:44 pagi 16-6-2013.

Aku pun balas balik sms dia pukul 2:09 pagi

"Kalau syg abah, dtglah janda."

Dia tak jawab sms aku. Dalam hati aku fikir budak ni dah tido kot.

Bila aku bangun pagi buka fon ada message dari Habib pukul 11:19 pagi

"abh, kenapa tak jwp msg hbb smlm?

 Aku pun call dia balik 1:32 petang

"Sayang kat ne. Tak baca sms abah ke semalam?" Aku juga tertanya-tanya kenapa dia tak jawab sms aku

"Kl bah. baru nak tepon abah. habib pun baru buka tepon lagi satu.  Abah turun kl tak hari ni? Jom aarrr" Suara memujuk ala ala pujuk awekz! Dia ingat aku tak tau agaknya. Anak kita beb! Kita yang kencing kan dia sampai dia boleh tengok dunia ni tak akan kita tak kenal!

2:146.... mereka mengenalinya seperti mereka mengenali anak-anak lelaki mereka...

Ko orang ingat senang ke nak buat anak? Sampai sakit pinggang weeiii...!

4:23.... anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu,"

"Pehal?" Macam tu lah cara aku berkomunikasi dengan anak-anak. Aku lebih suka menggunakan bahasa pasar dan mudah difahami. Pendek kata straight to the point.

"Kami dah plan nak belanja abah makan. Jom aaarrr" Aku tahu dia sedih sebab jarang jumpa bapak dia. Kami sering berbual dalam tepon jer. Prinsip aku senang.jer.

Biar jauh dimata tapi dekat dihati

 "Sayang naiklah Janda" Satu arahan yang lembut tapi tegas. Dan selalunya anak-anak aku tak akan membangkang. (semua anak dan cucu aku panggil sayang tapi dengan menantu jer panggil nama. Din, ko nak ke abah panggil ko sayang ke?)

"Makan kat sana ke bah? Aku tahu yang dia ni masih terkial-kial apa yang aku plan. Muahahaa..

"Siapa yang naik" Aku bertanya supaya berharap kedua cucu kesayangan aku ikut sekali.

 "Semua bah"

Pendekkan cerita dia orang semua sampai kat Saufiville sekitar 4.54 petang. Aku sembunyi dibelakang celah-celah pokok untuk memerhatikan gelagat semua zuriat aku. Aku sangat gembira apabila melihat kesemuanya namun ayatNYA sentiasa dalam degupan jantung ni!

63:9. Wahai orang-orang yang percaya, jangan harta-harta kamu dan jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada mengingati Allah; sesiapa berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.

Habib tepon pun aku tak jawab. Sajer jer. Masa dia tercari-cari aku, tetiba dia ternampak muka aku tengah sembunyi.

Kami pun bersalaman dan berpelukan. Berbual mesra dan berjenaka.

Ketika aku memerhatikan mereka berdua, tetiba ayatNYA berdesing ditelinga ku!

 64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu maafkan, dan ketepikan, dan jika kamu ampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih"


 Bila-bila saja adalah waktu terbaik untuk memulakan sesuatu teroka niaga, terutamanya yang tidak dianggap menarik oleh orang lain - Tan Sri Lim Goh Tong

Memandangkan aku cuma ada dua orang anak, hati kecil aku berkata..

"Yang mana satu agaknya yang perlu aku berhati-hati? Setakat hari ni aku masih belum nampak lagi petandanya. Tapi mungkin beberapa tahun lagi kot atau zuriat yang baru nanti?"

Kalau setakat merajuk-merajuk sayang tu adalah.Biasalah tuu..Anak-anak kita memang selalu uji kita. Cobaann...dua ayat kat bawah ni adalah sebagai contoh. Kalau dia orang suka buat hal, korang tirulah dialog citer Pendekar Bujang Lapuk ni..

Cobaaannn..

 

64:15. Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar.

8:28. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anak kamu adalah cubaan, dan sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar. 

Lepas kami semua merapu,kita orang pun turun balik persinggahan yang aku tumpang teduh tanah ayah aku ni. Kalau Allah izinkan, sebelum hujung tahun ni aku pindah dari sini. Dah lama sangat aku menumpang.

Banyak pengalaman pahit dan manis di sini....Nantilah aku cerita lain kali.

Pastu kami semua masuk bilik kerja aku dan nyanyi sama-sama lagu ENTAH nyanyian Afgan. Bila tang ayat ENTAH  jer kami gelak sama-sama! Kenapa? ENTAH?



Kedua cucuku layan tablet masing-masing. Ajak dia orang masuk bilik tido aku sebab aku dah sediakan gula-gula dan cokelat untuk mereka. Bila aku renungkan keduanya bila dia orang melompat-lompat atas katil tido aku. Aku teringat ayatNYA. Semuanya datang dari tubuh aku yang kerdil ini....Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku zuriat-zuriat yang comel ini...

 16:72. Allah membuatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia membuatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu,

Aku sempat tunjukkan artikel Marabukka Part 3 yang belum siap pada ketiga-tiganya. Tetiba Din, menantu aku menyampuk. Artikel macam ni baru besh Abah. Senang nak paham. Aku senyum saja tapi bersyukur sebab bukan mudah untuk menarik hati keluarga menyukai apa saja artikel yang kita tulis dan akur dengan nasihatNYA sebaik mungkin

Korang semua adalah biji mataku kerana sentiasa buat aku gembira.

25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa."

 Sememang kita sudah sedia maklum bahawa anak-anak adalah kegembiraan dan keindahana dunia semata. Yang penting kita semua harus membuat kebaikan sebanyak mungkin...

18:46. Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia, tetapi yang kekal, kerja-kerja kebaikan - adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan.

Kita juga tahu kalau ada anak-anak kita yang tak senonoh mereka tidak akan membantu kita untuk mendekatkan diri padaNYA. Jadi...sendirilah mau ingatlah macamana nak repair anak-anak kita yang enjinnya dah rosak.

34:37. Bukan harta kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; mereka itu, bagi mereka, balasan dua kali ganda kerana apa yang mereka buat, dan mereka berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa.

Masih blom terlambat beb..Apa yang keluar dari mulut kita sebagai orang tua adalah doa.

Kalau ada masalah selesaikan bukannya ditambah.

Dunia ini sebenarnya takder, ianya satu permainan, hiburan, nak berlagak sesama sendiri, bersaing cari harta serta anak dan semuanya kesenangan ini adalah DUSTA!

Renungkan ayat dibawah ini sedalam-dalamnya.

57:20. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang yang tidak percaya; kemudian ia menjadi kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian ia menjadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan keampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan.

Tak percaya? Perhatikan kawan-kawan kita dan juga lain-lain yang sudah mati...

Betulkan?

Artikel lain
Marabbuka 2  
Marabbuka 3

1 comment:

  1. salam kpd uncle yg cool dan macho..

    terima kasih atas perkongsian ilmu ni.. saya suka bila uncle relatekan ayat2 suci alquran dgn keadaan kehidupan seharian..

    untuk menjadi renungan..semoga dpt memberi semangat kpd saya untuk khatam membaca terjemahan alquran dan memahami isi kandungannya..insyaAllah..walaupun sebenarnya alquran terjemahan tu menjadi perhiasan di rak buku jer selama ni..

    xsabar nak tunggu ilmu2 mcm ni yang nak uncle kongsi lg dlm artikel yg akan dtg e.g. Marabukka.

    p:s/ boleh tak uncle kongsi ilmu2 hal rumah tangga, cara nak handle sang isteri, hehe sbb saya nak kawen hjg thn ni insyaAllah.

    thanks.

    Ahmad
    Miri, Sarawak.

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.