Followers

Friday, June 7, 2013

Marabbuka (Part 1)

Marabbuka 
 (Part 1)




“Marabbuka?.” tanya Awang pada si Abu. Abu dengan muka bangga dan tersenyum sinis menjawab soalan Awang. “Allah lah, kau ni malam-malam buta merapu tanya nama tuhan ni kenapa?” 

Tetiba Awang saja mengacah Abu. “Ek eleh, aku ingat bila tanya marabbuka kau akan jawab, pukul mana suka asal jangan luka, Takkan tanya macam tu pun kau nak marah! Tak boleh bergurau pergi surau aarr...rilek aarr bro..ermmph..Lagi satu aku nak tanya kalau sudi nak jawablah. Siapa yang beritau kau yang nama tuhan tu Allah” 

“Ayah aku lah. Kau jangan nak tanya siapa pula yang ajar ayah aku?” Si Abu dari awal sudah cuba check mate si Awang.


“Abu, aku memang tak sangka kau ni pandai tahap maksima. Syabas Inspektor Syahab. Kalau aku tanya siapa pulak yang ajar kau punya atuk punya atuk punya atuk pula macamana?” Kali ini giliran Awang pula nak perangkap Abu.

“Kita pendek kan cerita ni boleh tak?” Si Abu sudah mula malas nak layan kerenahnya kerana sikap Awang yang suka berjenaka tetapi dalam hatinya dia tahu yang si Awang penuh ilmu didada.

“He he..aku dah agak dah...mesti kau akan jawab macam tu punya. Hari ini aku bawa empat naskah AlQuran. Satu untuk kau dan satu untuk aku, dua untuk kau dan dua untuk aku...” Si Awang berjenaka lagi

“Awang, boleh tak satu hari kau cuba belajar jadi manusia yang serius. Sejak dari dulu aku kenal kau, tak pernah sekalipun aku tengok kau bersedih”


“Helo Abu, Tak kan kau tak tau yang aku ni dalam katogeri wali sepuluh. Sejarah terlupa nak letak nama aku. Mana ada wali bersedih?” 

10:62. Sesungguhnya wali-wali (sahabat-sahabat) Allah - tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih. 

“Tolonglah Awang jangan perasaan. Aku geli lah wei..Boleh tak kau terus berbalik pada persoalan tadi” bentak si Awang


“Wooo...itu kecik punya hal Abu. Cuba baca fahami ayat ini betul-betul. Tuhan sendiri yang beritahu yang nama dia Allah.”

20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku. 


“Amacam Abu?. Terkezut ke?. Samada kau terbabas atau terlupa ayat ini! Lain kali kalau baca quran jangan tergesa-tergesa. Cuba kau amati ayat ini pula”

75:16. Janganlah menggerakkan lidah kamu dengannya untuk menyegerakannya,

Abu terdiam dan bertanya pada Awang.

“Macamanan kau boleh terfikir benda-benda yang macamani?” 

Tu lah pasal Abu. Hari-hari kita tengok malam dan siang. Kita cuma tengok langit hanya nak tahu samada hari nak hujan atau tidak. Cuba kita pakai minda sikit.”



3:190. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan dalam pergantian malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang empunya minda,

“Abu, sekarang aku nak tanya kau soalan bonus. Kau nak masuk syurga atau duduk disisi Allah?”

 “Aku nak dua-dua”. Kali ini Abu pula cuba berseloroh dengan Awang.

“Aku tanya betul-betul lah Abu” 

“He he, Betul lah Awang, bukan ke orang tamak selalu untung dan yang orang haloba sahaja yang rugi”

“Suka hati mak abah tiri kau lah Abu. Aku balik dulu lah sebab mak aku suruh beli roti canai” Awang seakan seperti merajuk tapi dalam hatinya minta Abu memujuknya untuk meneruskan perbincangan tersebut.

“Mana ada roti canai malam-malam camni. Janganlah merajuk. Mana ada wali bersedih kan? Ok lah Awang, aku nak duduk disisi Allah. Hu hu”

“Siapa kata aku bersedih? Cuba kau tengok aku senyum lebar ni.” Awang cuba cover line

“Ok ok, camner nak duduk disisi Allah?” Abu cuba mengorek jawapan dari Awang

“Kacang Ngan Yin jer tu”

49:13....Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu..”.

Takwa tu macamana pula tu Awang?”

Abu, kau ni gelojoh aarr..”

 

39:33. Dan orang yang datang dengan kebenaran dan mengesahkannya, mereka itu, merekalah orang-orang yang takwa. 

“Ada faham Abu?. Sekarang ni kalau dapat beri jawapan ini dengan tepat aku belanja kau makan sate ayam tiga puluh cucuk dan sate daging dua puluh cucuk. Dah berapa tahun kau tinggal kat bumi ni” 

Abu mengira-ngira sesuatu dijarinya. “Diam tak diam dah lama juga aku tinggal kat bumi ni. Lebih kurang dua puluh sembilan tahun 2 bulan 10 hari termasuk hari ini.”


“Sebenarnya aku, kau dan manusia lain hanya tinggal sekejap saja dibumi ini. Ini lah jawapan dari Allah kalau kau nak tahu.” 

23:112. Berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal di bumi, dengan bilangan tahun?" 
23:113. Mereka berkata, "Kami telah tinggal sehari, atau sebahagian hari; tanyalah orang-orang yang menghitung!" 
23:114. Berkata, "Tidaklah kamu tinggal melainkan sebentar, sekiranya kamu tahu. 

“Abu, aku cuma ada lima lagi soalan untuk kau malam ni. Siapa yang mengumpul quran sebenarnya?

“Kalau tak silap aku masa kat sekolah dulu, ustaz cakap Saidina Usman. Entahlah Awang sebab aku tak pasti dan aku jamin jawapan aku mesti salah punya” 

“Cuba kau baca ayat ini betul-betul dan renungkan. Abu, renungkan tau bukan termenung!” 

75:17. Atas Kamilah untuk kumpulkannya, dan untuk membacakannya. 
75:18. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya. 

“Betul aaarr...Awang kau ni memang hebat. Banyak benda kau tahu kan? Siapa yang ajar kau” 


“Abu, kan Allah dah pesan kat kita bila baca quran jangan tergesa-gesa. Lagi satu kau jangan lupa pesan Allah. Dia suruh kita baca bukannya dengar orang cakap! Cuba kau faham kan surah Al-Alaq ni. DIA dah bagitahu suruh baca dan DIA sendiri yang mengajar manusia apa yang kita tak tahu” 

96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta, 
96:2. Dia cipta manusia daripada dadih darah. 
96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia, 
96:4. Yang mengajar dengan pena, 
96:5. Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu. 

Abu cuba membodek Awang. “Memandangkan kau ni wali kan...yu hu...Dimana, bagaimana dan bilakah waktu yang paling sesuai untuk kita mengingati Alllah?”


“Abu, aku bergurau aja lah. Jauh api dari panggang untuk aku menjadi para wali. Kadawali boleh aaarr...Dalam ayat 7:205 dia minta kita ingat dia dalam hati, rasa takut dan waktu pagi dan petang.

7:205. Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa kamu, dengan rendah diri, dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang... 


“Kalau ayat 3:191 pula dia ajar mengingatinya samada duduk, berdiri atau baring”

3:191. Yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi...


Bersambung...

4 comments:

-phateh leqiu- said...

assalamualaium..terima kasih...ceita yang ringkas...tpi padat 1001 makna- sungguh ad maksud ayat yang pertama kali saya memahaminya...(satu kerugian bagi saya).dan ini membenarkan lagi hadis nabi...bila nak kiamat..waktu terasa pantas-menunjukkan kita makin menghampiri alam akhirat- 1000 tahun manusia = 1 hari akhirat.thanx uncle ats ilmu ini...Syukur ALLAh ats anugerah penegetahuan ini

Unknown said...

SEGALA puji bagiMU Tuhan seru sekian Alam...menunggu dengan cemas bab seterusnya...

Anonymous said...

Terima kasih uncle.. di atas ilmu ini..

ku2 said...

salam beb.
good stuff!
untuk pencerahan jiwa,
& revision bg diri yg lupa.