Wednesday, October 17, 2012

Setan, Syaitan, Sultan (Part 3)

Setan, Syaitan, Sultan (Part 3)

Sultan Muhammad V
(mukasurat 84)

Wartawan: Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan

Sultan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya. 
 (Sumber: mstar.com.my)


Bab 3 - Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim - (mukasurat 85 - 107)

Antara isi kandungan

SURAT TERBUKA UNTUK SULTAN IBRAHIM (YEM)

Bismillahirohmanirohim,

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Ad-Dzariyat: 56)

Saudara,

Sorrylah, kalau saya tak panggil saudara dengan panggilan yang ‘Duli Maha Mulia Tuanku’ atau ‘Tunku’. Saya kenal diri dan Tuhan saya. Saya tahu asal tok nenek saudara dan asal usul saya, lagipun kita umat Islam hanya Allah saja yang layak menggunakan perkataan “Maha”, hanya Allah subhana wa taala dengan sifat dan zatNya yang berhak menggunakan perkataan “Maha”, kerana Dia Raja Sekalian Alam. Tun Dr.Mahathir memang nama dia macam tu, Mahathir begitu juga dengan motor Yamaha. Dia Yang Maha Kuasa, itu pun kita bercakap dengan Tuhan kita guna perkataan “Aku” dalam niat solat. “Sahaja aku sembahyang Subuh dua rakaat kerana Allah taala”. Tak ada pun berpatik-patik dengan Tuhan yang disembah. Aku aje. So, no big deal Bro. Saya guna perkataan kawan, awak, I, me dengan you.

Awak bukannya ‘Tuan kawan’. ‘Kawan’ dan awak selaku makhluk yang diciptakanNya hanya bertuhankan Allah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan kita perlu takut hanya pada Allah yang menjadikan kita. Kerana Dia, kita berada di dunia ini dan kepada Dia kita akan kembali. Hanya Allah yang Maha Agung, tak ada manusia agung melainkan dia sudah sampai ke peringkat insanul kamil, bertaraf ‘ahsanu taqwim’ seindah-indah dan semulia-mulia kejadian.

La illa ha illaha illallah Muhammad Rasulullah. Itulah syahadat yang kita ucapkan sebagai hamba Allah, maka kawan hanya takut pada Allah. Hanya Allah yang Maha Kuasa. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak Allah. Awak tak boleh marah “aku” guna perkataan “kawan” sebagai ganti nama ‘aku’, suka hati akulah kerana aku orang Johor, dan awak pun orang Johor juga. Bahasa “kawan awak” ini, bahasa orang Johor. Kalau Tok awak dulu, “Wak Neyeh Sultan Ismail menggunakan bahasa “me, you” bahasa elit Johor.

Saudara,

Allah Tuhan kita. Nabi Muhammad Rasul dan Nabi kita, Al Quran imam kita, Kaabah kiblat kita dan orang Islam adalah saudara kita. Sejak bila dalam Islam ada kasta? Ada manusia yang dipuji macam dewa? Berada di atas undang-undang.


Apakah saudara sudah lupa bahawa Saidina Bilal bin Raba muazzin terbilang asalnya seorang hamba abdi berkulit hitam, akhirnya dia menjadi sahabat. Tahu kenapa?

Ingat saudara, Allah murka pada manusia yang angkuh, kejam dan tidak adil. Kalau tak dengar cakap Tuhan, itu tanda nak meredum. Tugas Nabi Muhammad s.a.w ialah meruntuhkan berhala yang disembah oleh Arab Jahiliyah, baginda menyambung tugas Nabi Ibrahim a.s. selaku pesuruh Allah, akhirnya hiduplah Daulah Islamiah. Selain membebaskan hamba abdi dan menghidupkan keadilan, kita perlu menentang kekejaman, kezaliman dan keangkuhan dan kembalikan manusia ke fitrah asalnya. Baginda Rasulullah s.a.w seorang yang zuhud. Ingat! Selagi tidak ada keadilan selama itu tidak akan ada kedamaian. Islam itu peace, mahukan kedamaian perlu bersikap toleransi. Loving, giving, caring, sharing and forgiving.

Sifat inilah mahmudah. Sifat terpuji, bukan kekal dengan sifat mazmumah, sifat terkeji, riak, takabur, pemarah, dendam, hasad dengki, gila harta, bakhil, penakut, gila pangkat dan gelaran.

Negara kita hari ini dalam keadaan yang tidak aman dan tenteram terutama dalam jiwa rakyat yang merasakan demokrasi sudah mati, dimatikan oleh mereka yang ‘berbaju kebal’ dengan sifat mazmumah mereka. Boleh melanggar undang-undang suka hati mak bapak dia aje. dan ramai yang terpengaruh dengan dongeng falsafah Nietzsche Tuhan sudah mati yang dipopularkan oleh Kassim Ahmad dalam sajaknya Sidang Roh.

Bila mereka fikir TUHAN sudah mati mereka pun jadi FIRAUN merasakan diri Tuhan. Akhirnya jadi macam Firaun Moden di Timur Tengah.


Negara kita sudah merdeka hampir 55 tahun, nampaknya yang betul-betul merdeka di negeri Johor adalah saudara dan kerabat diraja Johor boleh bermaharajalela di atas jalan raya, ada askar sendiri, apa polis yang ikut saja perintah kerabat diraja. Perangai macam itu amat tidak disenangi oleh penduduk negeri Johor. Awak jangan lupa bahawa sudah tidak ada lagi status “rakyat Johor” seperti di zaman Tok awak, Sultan Ibrahim ketika menjadi sultan. Akibat mengkritik Sultan dalam Sunday Mirror, Dato’ Onn dibuang negeri ke Singapura. Onn Jaafar dan keluarga terpaksa hidup sebagai nelayan di Singapura. Sedangkan Dato’ Onn bin Jaafar adalah adik ipar sultan. Cik Dara, kakak Dato’ Onn adalah isteri Sultan Ibrahim.

Kawan tulis surat terbuka pada awak ini bukan semata-mata kerana yang teraniya dan dizalimi Syed Abdullah bin Hussien Al-Attas, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers itu anak kawan yang ditangkap dengan macam-macam tuduhan oleh polis Johor di Senawang mengikut cerita kerana kehendak awak juga. Betul ke? Kalau betul cerita ini, awak telah merosakkan nama baik polis dan kerajaan BN. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau yang memang suka bermain lumpur jadi tambah kotor.





Brother,

Mak awak orang Inggeris, awak bukanlah anak raja yang pertama berasal dari England. Helen Bartholomewa adalah wanita Inggeris pertama yang menjadi Permaisuri Johor, isteri Sultan Ibrahim yang ditabalkan sebagai permaisuri bergelar Sultanah Helen. Apakah salah kawan panggil awak ‘Brother’? Ini panggilan popular hari ini. Lagipun kita orang Islam ini bersaudara. Tak salah gua panggil lu Bro kan, baru sama frequency dan wave length. Bila bercakap dengan bahasa rakyat ini kita lebih mesra, tak ada ‘shoulder length’, baru hidup silaturrahim, macam kita bercakap dengan Tuhan semasa solat yang mustahak ‘niat’.

Semua amal bermula dengan niat. Tak ada bezanya orang Ajam dan orang Arab atau Sultan dengan Rakyat. Sultan itu pun rakyat juga, tidak akan ada sultan tanpa rakyat. Kenapa bila jadi sultan, ibarat orang yang sudah menyeberang jambatan, buang tongkat? Tak elok buat perangai kaduk naik junjung. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa. Pesan orang tua-tua, “biar mati anak, jangan mati adat”. Orang Melayu ada adat istiadatnya.

Datuk awak dulu pun rakyat biasa aje, bermula dengan gelaran “Temenggong”. Kemudian Che Tun Abu Bakar Maharaja Johor. Semulia-mulia manusia ialah yang paling taqwa (Al-Quran). Bukan manusia yang diagung-agungkan oleh manusia kerana pangkat, kemasyhuran, kuasa dan kekayaan. Beristighfar minta keampunan dari Tuhan.

Waktu saya menulis, saya berada di dalam dunia saya sendiri, anda juga berada didalam dunia anda namun jika kita berani melihat dengan ‘mata hati’ kita tidak akan kata yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam. Soalan pertama yang mesti dijawab nanti ‘marabukka?’ siapa Tuhan kamu? Apakah kita perjuangkan hari ini sama seperti janji kita bahawa Allah Tuhan kita, dan kita tidak akan menyembah selain Allah?

Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adakah kita nak jawab dengan diri kita sendiri? Apakah kita telah mengikut Al-Quran dan Sunnah? Atau kita ikut agama tok nenek kita? Saya tahu bukan mudah hendak berjumpa dengan saudara kerana terlalu banyak hulubalang-hulubalang di keliling. Sebelum meneruskan tulisan kepada anda, cuba baca yang tersirat di sebalik surat Abdullah Munshi. Uncle Seekers pun namanya Abdullah. Abdullah itu ertinya hamba Allah. Hamba Allah tak bertuankan manusia, tak takut dengan manusia bila berkata benar.


“Ingat-ingat Tengku, yang akan ditanya oleh Allah Ta’ala segala hal rakyat kepada rajanya pada hari kemudian. Dan siapa lagi kalau bukan Tengku yang mula sekali masuk neraka adalah segala raja-raja yang zalim ke atas rakyatnya... Maka janganlah Tengku kira orang yang menjadi raja itu terlebih besar dan terlebih mulia daripada rakyatnya melainkan orang yang terkecil lagi hina adanya. Iaitu hamba segala hamba Allah.
Kisah Pelayaran Abdullah Munshi 

Kafir Quraisy takut dengan dakwah yang dibawa Rasulullah berkembang pesat dan pengikut Rasulullah bertambah ramai. Mereka kemudian mengutus Utban bin Rabi’ah berjumpa Rasulullah dan menawarkan beberapa tawaran supaya baginda dapat bekerjasama dengan mereka. Namun Rasulullah tetap tegas dengan pendiriannya menolak tawaran itu dan tidak akan meninggalkan perjuangannya berdakwah menegakkan syiar Islam. Walaupun dijanjikan dengan harta kekayaan, pangkat dan kuasa baginda tetap menolak segala tawaran yang diberikan itu.

Saudara,

Rakyat di Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya telah menempuhi banyak daerah perubahan di sepanjang sejarahnya. Peri laku dan cara berfikir saudara patut turut berubah sama, kalau tak berubah nanti rebah. Dulu rakyat tak ada pilihan melainkan percaya bulat-bulat apa yang tersiar di media massa arus perdana yang di miliki oleh mereka yang berkuasa. Itu dulu, dulu lain sekarang lain nyanyian Tan Sri SM.Salim. Anak-anak zaman dulu, takut dengan ibu bapa, takut dengan guru, dengan perkataan derhaka. Itu dulu. Sebab itu jangan kerana awak bergelar Sultan awak fikir awak boleh bersultan di mata beraja di hati.

Kita kini berada di era milenium, anak murid tak takut guru, anak tak pedulikan ibu bapa, rakyat tidak takut kerajaan. Inikan pula Raja-Raja, anda perlu dikejutkan supaya tak terus terlena. Di dunia tanpa sempadan di mana media baru yang tak memerlukan percitakan beritanya tersebar diseluruh dunia dimana ikan kecik boleh makan ikan besar. Jika anda tak sedar, demi masa sesungguhnya anda hidup dalam kerugian.

 Do Deigo De Sequera

Saudara selaku seorang sultan yang menjadi Ketua Agama, saudara sepatutnya mengkaji sejarah. Tahukah saudara punca kenapa Portugis ‘Benggali Putih’ menyerang dan menawan Melaka pada bulan Ogos 1511? Jika tidak kerana perangai Sultan Mahmud Shah yang dikenali dengan sikapnya yang terburu-buru, termakan hasutan para batu api di keliling raja yang mengatakan Panglima Do Deigo De Sequera datang untuk menyerang Melaka, sedangkan mereka datang untuk berniaga pada tahun 1409. Ingat apa yang terjadi pada Sultan Mahmud Shah II (1699) nama Mahmud juga akhirnya mati dijulang. Raja Adil, Raja disembah, Raja zalim, Raja disanggah akibat menyalahgunakan kuasa. Sebab itu bapak saudara menukar nama kepada Sultan Iskandar. Antara sebab Sultan Mahmud dibunuh oleh Laksamana Bentan kerana sikap terburu-buru tak dapat kawal nafsu, mudah terpengaruh dengan hasutan. Akhirnya membelah isteri Laksamana kerana termakan seulas nangka. Itu pun perempuan mengandung mengidam. Kuasa adalah amanah. Allah boleh menarik balik dalam sekelip mata. Sejarah Kesultanan Johor tamat bila Sultan Mahmud dibunuh ketika mahu pergi menunaikan solat Jumaat. Dia seorang homosexual dan bisexual, makamnya di Kampung Marhom Kota Tinggi.


Dalam surah An-Naml: Allah s.w.t menyentuh tentang Ratu Saba’ dengan ayat yang bermaksud:

Raja perempuan itu berkata; “ Sesungguhnya raja-raja apabila masuk ke sebuah negara, mereka akan merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina dina, dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.” 

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang telah mereka kerjakan dari jenis amal yang mereka pandang baik, lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. 
(Al-Furqan, ayat 23) 

Ayat-ayat Allah ini menerangkan hakikat amalan-amalan yang dilakukan oleh sesetengah manusia bagi tujuan dunia semata-mata. Akibatnya semua amalan itu menjadi sia-sia. Inilah yang telah terjadi kepada sebuah kerajaan yang tidak taat kepada perintah Allah. Jika sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Sakit berubat, berdosa bertaubat. Sifat Tuhan Maha Pengampun.

Saudara kena ingat, kuasa yang ada setakat ‘amanah’. Sepatutnya Johor sudah tak ada raja lagi. Sultan Mahmud tak ada keturunan, digantikan oleh Sultan Abdul Jalil anak Tun Habib, tiba-tiba muncul Raja Kechil yang menjadi anak gundik berperang dengan Sultan Abdul Jalil, akhirnya anak Bendahara Tun Habib yang lari dibunuh di Pekan mati dan kuburnya di Kampung Marhom Pekan.


Perbuatan awak yang angkuh dan sombong menunjuk-nunjuk kuasa dan kekayaan boleh memporak perandakan institusi Raja-Raja, akibatnya ramai saudara kerabat di negeri yang boleh sakit jiwa dibuatnya nanti, bila tersedar yang rakyat hari ini ramai yang tak suka pada raja tetapi suka mahu jadi anak raja, apa lagi boleh jadi Tengku Mahkota atau Raja Muda macam anak awak, Ismail yang merasakan dirinya Prince Charles. Orang kampung tahu kerabat diraja Johor buat kesalahan apa saja dengan mudah terlepas dari undang-undang mereka yang ada kuasa boleh tutup sebelah mata. Ingat, patience has its limit. Jangan sampai cacing naik ke mata. Kucing bila terdesak dipersok boleh bertukar menjadi harimau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya, apa jadi kepada Institusi Raja jika BN kecundang PRU ke-13 nanti?.....

Untuk tempahan melalui pos, sila beri maklumat seperti dibawah...

1. Nama penuh
2. Nombor telefon
3. Alamat
4. Bukti pembayaran melalui bank (RM60) dan email kepada

a) azmiapa@gmail.com (klik) (Maybank : 164155570335 Raihan Izati bte Azmi)
b) kerajaarakyat@gmail.com (klik)
c) alhusseyn471@yahoo.com.my (klik) (CIMB: 0816-0075101-52-0 Mohamed Ali Hussain)
d) manjungmari@gmail.com (klik) (Maybank : 158097625245 - Mohmad Afandi Ahmad)
e) otaimanjung@gmail.com (klik) (Maybank : 1580 9762 5245 - Mohmad Afandi Ahmad)
f) kitasemuauncleseekers@gmail.com (klik) (Maybank : 1580 9762 5245 - Mohmad Afandi Ahmad)

 

Setan, Syaitan, Sultan (Part 1) - Di Pasaran
Setan, Syaitan, Sultan (Part 2) - Peguam Di Buru Oleh Raja
Setan, Syaitan, Sultan (Part 3) - Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim
Setan, Syaitan, Sultan (Part 4) - Penyamun Tarbus: Benar Atau Fitnah?

17 comments:

  1. memang mantap kupasan ayat2 nya...mudah-mudahan akan sedar dari lamunan terhenti...terus kan dengan lebih terang dan nyata lagi tuan...syabas tuan..

    ReplyDelete
  2. syabas tuan...memang kupasan ayat2 yg terbaek dan membuka minda sesiapa yg membaca nya..teruskan tuan...

    ReplyDelete
  3. Tiap tahun melebihi 200 diberi gelaran dato' (dsb), ramai diantara mereka tidak layak - gangster, kaki penipu, dibeli ... Tiap ketua jabatan diberi gaji menjalankan tugas dapat dato'. Memang tugas mereka membawa perubahan dan kemajuan.

    Kalau dikirakan dari dulu entah berapa ribu orang jadi dato'. Kasta dato' mewujudkan sistem sosial non-egalitarian dan ketidakadilan dalam masyarakat. Selain dpd dato' itu sendiri anak bini sehingga cucu dapat kemudahan lebih seperti projek, jawatan, pinjaman, persekolahan dsb.

    Persoalannya, siapa yang membiakan sistem hindu berkasta ini? Kalau di UK hanya satu orang rajanya dan mereka yang diberi anugerah tidak ramai dan berpatutan dengan jasa kapada negara. Di Saudi tidak ada pula anugerah hari jadi tiap tahun!

    ReplyDelete
  4. Bhai UncleSeekers...

    Hahaha... Sultan pon terlibat LGBT.... hahahaha.... unsangkarable lar.... hahaha.... memang patut pon mampus dijulang dulu.... hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Bila la nk dpt sultan cam sultan kelantan!!

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas pencerahan yg sgt membuka minda. saya masih tak sabar menunggu 5 tahun lagi di mana Sultan Kelantan akan ditabalkan sebagai YDP Agong, insya Allah...

    ReplyDelete
  7. Mat Karong Guni10/18/12, 9:34 AM

    hahahaha...followers @persatuan bangsa johor n @kesultanan johor taknak berbunyik ke dengan tulisan kat atas tu?kan korang declare "jangan ganggu sultan kami"...ape lagi??? g la report polis pasal pak habib cakap ngan sultan korang "kau aku"...derhaka tu...berdosa besar disisi Sultan bukan Tuhan...hahaha

    ReplyDelete
  8. Syabas tuan,kupasan anda sangat menarik semoga dapat menyedarkan mereka mereka yang berkenaan.

    ReplyDelete
  9. SURAT YANG HEBAT, HARAP2 LELAKI ITU AKAN MEMBACA,MEMAHAMI DAN MENGINSAFI.

    ReplyDelete
  10. Saya ank jati johor pakcik sya brpuluh thn khidmt dgn sutan jhor dri iskndar la ni ibrahim...xpi uncle I ni xpnh ckp sutan ni zalim..coz dia xkot kot nk jga piuk nsi.xpi I rsa dia tau skit sbyk prbuatan krbat jhor yg x brpa elok cuma dia jnis silent mood...hehe...kalu kepoh dh lma kot kena kick sgn sutan

    ReplyDelete
  11. x suke tgk sesame islam bgaduh..10/19/12, 4:14 PM

    sungguh kesian dan pilu rase hati melihat perbuatan terdesak manusia2 yg dahagakn pangkat dan glamer di dunia.jgn la cri mkn mcm ni sian keturunan tu nti..klu nk jd sultan sgt pon jgn la npak sgttt mcmni..korang cuma menambah dosa aje asyik hebahkan aib org,.klu btl korang.fhm agama islam tu mcmmana korang xkn bukak aib org..klu dia yg korang.benci sgt tu jht xperlu buat bgini,face to face jer nasihatkn bru gentle ank jantan..ape brg hina org dlm blog....bru kena thn polis da meroyan hina org bagai nk rak xpe plak kan..ape pon lantak korang la dosa masing2kan...aku pegang satu jer Allah Maha Melihat Maha Mengetahui...pandai2 korang la kat padang mashyar nti...

    ReplyDelete
  12. Rendah rupanya si Mael tu kan

    ReplyDelete
  13. Aku berdosa pd Allah10/24/12, 3:34 AM

    Maaf tumpang brsuara...aku dah duduk JB sejak 1991 lagi...aku duduk area bandar...tiap2 ari aku akan merayap sekitar JB maklumlah kawan ramai...tapi aku selaku rakyat JB ni x pernah pulak rasa teraniaya dgn kerenah Sultan @ kerabat2nya...hampir 21 tahun aku kat sini x pernah pulak aku atau kawan2 aku teraniaya dgn Sultan @ kerabatnya...hidup aku kat sini ok je..anak2 nak ke sekolah xde masalah..nak kerja xde masalah...nak buat kenduri kendara xde masalah...jadi aku pelik la apa masalah yg Sultan da buat kat rakyat johor ni...x pernah pulak aku dgr ada kawan2 aku ke famili aku ke kena pukul dgn Sultan...x pernah pulak aku dgr ada org yg Sultan rampas tanah dia ke...x pernah pulak aku dgr apa2 penganiayaan Sultan pd rakyat dia...aku sbg rakyat JB ni mmg agak muskil jugak la kenapa ada pihak2 tertentu yg dok sebok nak hentam Sultan dan gunakan alasan Sultan kejam/aniaya rakyat...pd aku la...kalau sapa2 ada personal problem dgn Sultan atau ada apa2 x puas ati dgn Sultan...itu personal...itu antara dia dgn Sultan...jgn babitkan kitorang rakyat JB ni...aku betul2 x faham la...aku rasa ok je duduk JB ni....ada x ada time Sultan lalu naik kereta dia aku kena ketepi...tapi itu biasa la semua VVIP mcm tu...xde unsur2 penganiayaan pun pd aku rakyat JB ni....kalau Sultan tu kejam...selalu menyusahkan rakyat....yes...aku pun x respek...tp Sultan Johor aku ni x pernah pun kacau hidup aku,famili aku,kawan2 aku....ni la masalahnya bila kita ada personal problem dgn org dan kita cuba nak seret org2 lain yg xde kena mengena utk support kita....utk apa???...utk kepentingan diri sendiri....maaf cakap la ye...

    **kalau x percaya cuba buat kajian dr rumah ke rumah di JB ni...tanya org JB sdri...adakah Sultan menzalimi mereka...

    ReplyDelete
  14. Maaf saya mencelah.

    Pak Habib sangat marah nampaknya. kenapa? kerana Pak Habib terlalu sayangkan anak pak Habib Uncle Seekers tu sampai terlucut segala adap dan tata susila.

    Melayu (pak arab) begini lah yang sebenarnya yang merosakkan bangsa, memberi peluang kepada bangsa asing untuk mengikut jejak langkah yang Pak Habib dan mulakan.

    kalau Sultan kejam atau apapun, biarlah beliau pasti akan menerima balasan nanti. Pak Habib bagaimana? Adakah anak Pak Habib terlalu baik ...sampai begitu sekali perilaku Pak Habib terhadap Sultan? Pak Habib tau benar ke perangai sebenar Uncle Seekers anak kesayangan Pak Habib tu. Kasihan saya pada Pak Habib yang sangat saya hormati....suatu waktu dulu. Sekarang rasanya...tidak lagi.

    Nasihat saya, Pak Habib selidik betul2 perilaku dan perangai anak Pak Habib ni, anak Pak Habib pun manusia juga ... macam Sultan Ibrahim.

    So, sama-sama lah kita beringat...sebab "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU"....

    ReplyDelete
  15. Kasihan saya pada Pak Habib ... kerana membela anak kesayangan, hilang rasa hormat dan tata susila.

    Pak Habib patut selidik dulu aktiviti dan perangai sebenar anak Pak Habib tu. Saya pun sayang anak juga, tapi tadak lah sampai buta mata dan hati.

    Apa matlamat Pak Habib sebenarnya apabila bersikap seperti itu? Ada apa-apa yang tidak puas di hati? Cita-cita dan matlamat tidak tercapai?

    Sama-samalah kita beringat kerana "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU".

    ReplyDelete
  16. الله أكبر
    Berani kerana benar...benar kerana Allah.
    Semoga Allah memberkati Pak Habib.


    ReplyDelete
  17. nak tanya??apa peranan sultan??

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.