Tuesday, July 31, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)

Bersambung dari artikel (klik)

Memang aku dah agak dia mesti tak puas hati punya. Setiap kali aku mengagungkan ayat-ayat Allah mereka akan memandang sinis pada aku dan melabelkan aku sebagai Quranis lah, Quranik lah, sesat lah dan macam-macam

Takdehal lahbeb.. aku buat donno je sebab surah AlIsra ayat 46 memang selalu dalam kepala aku

  “…Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.” 17:46.

Macam-macam perangai atau reaksi aku tengok bila kita mengagungkan ayat-ayat Allah .

Ada satu kes tu sampai nak panggil JAIS suruh tangkap anak lelaki aku sendiri iaitu Habib ketika tu umur dia sekitar 14 tahun. Korang bayangkanlah sendiri...

Nanti aku story dimasa-masa akan datang. inyasyaAllahu

Ada empat kawan yang aku tak kan lupa sampai bila-bila (Tiga orang dah meninggal). Setiap kali aku baca ayat (apa yang terlintas dalam kepala dan sesuai dengan topik perbincangan tika tu) dia gerenti menangis terutama ayat tentang syurga

"Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar." (5:83)

Ada lah sorang dua gak yang muka agak gelabah dan pastu muka nampak steady balik

"Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal (mempercayakan)," (8:2)

Hanya sorang je satu hamba Allah (orang Gombak) yang pernah ziarah aku kat Janda Baik ni bila aku baca satu ayat tu (aku lupa ayat apa ntah) dia terus cium lantai simen. Pada hal simen tu kotor dengan macam-macam benda.

"Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis." (19:58)

"..... orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,'" (17:107)

Apa yang Ayahanda Mahathir cakap dalam video youtube tu 125% betul. Baca Quran adalah dengan memahami isi kandungannya, untuk mengetahui hitungannya.

Bukan setakat pandai membaca ataupun melagukan sahaja! Sebaliknya, jika fahami  haruslah dia membacakan pula, atau sampaikan, ayat-ayat al-Qur'an kepada orang lain.

Kekadang tu aku selalu terlupa gak praktikkan peraturan bila nak baca Quran

Pertama - memohon perlindungan Tuhan daripada gangguan syaitan dan yang kedua membaca dengan menyebut nama-Nya selaku yang mencipta

"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." (16:98) 

 "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)

Ketiga - membaca dengan bacaan sebenar

", ....... dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar." (73:4)

Keempat - Jangan tergesa-tergesa

"Janganlah menggerakkan lidah kamu dengannya untuk menyegerakannya"75:16.

Kita semua bila ada orang tengah baca Quran tolonglah dengar dan diam. Agak-agak aar

"Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani." (7:204)

Satu tika dulu, aku pun tak berapa jelas waktu fajar (dawn) tu pukul berapa. 

Waktu yang cun baca al-Qur'an pun Allah ada beritau iaitu pada waktu malam dan fajar:

"Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud." (3:113)

"Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit, Separuh daripadanya, atau mengurangkan sedikit, Atau menambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar. Sesungguhnya Kami akan lemparkan kepada kamu ucapan yang berat. (73:2-5)

"Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu ....... Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya ....... Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik ......." (73:20)

"....... dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan." (17:78)

Allah suruh kita baca supaya tidak lupa. Bukan setakat ingat padaNya tetapi kepada suruhan dan larangan-Nya.

"Kami akan buat kamu baca supaya tidak lupa," (87:6)

Satu lagi, agak penting. Famili yang ada dalam rumah dan juga tetamu, jangan pula lupa ingatkan dia orang suruh baca ayat-ayat Tuhan. Allah tu HALUS beb (tau semua benda)

"Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari." (33:34)

Tak kan kita baca Quran tak dapat sebarang imbuhan kan? DIA  janji orang-orang yang baca al-Qur'an dengan bacaan yang benar dapat untung besar beb..wang besar wang besar wang besar

"Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia," (35:29)

Berbalik cerita pasal mamat tu tadi (terlupa plak citer pasal dia) tetiba dia bersuara..

Anta ni dah macam Mahathir plak kan anti hadis?

Aku coolkan diri bila dia ckp cenggitu. Dalam hati aku, comfirm mamat ni pencinta hadis! Dengan slow je aku mencelah

Pelik bin ajaib betul lah anta ni beb. Bila baca Quran dapat pahala tapi bila mengamalkan ayatnya dituduh anti hadis. Beginilah beb.., ana nak tanya anta 4 soalan dan tolong jawab sejujurnya..

Bersambung...

Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Part 9 - Siapa TOP GUN yang akan sangkut selepas ini?
Intuisi UncleSeekers - Part 10 - Ayahanda Mahathir Jawab 9 Soalan Tentang Hadis
Intuisi UncleSeekers - Part 15 - Anwar Ibrahim - Berhati-Hati...

Intuisi UncleSeekers - Part 16 - Lihat Sendiri Tindakan KJ Sebelum 2 Januari 2019!
Intuisi UncleSeekers - Part 17 - Pertempuran Antara Muhyiddin Dengan Anwar. Siapa Yang bakal Menggantikan Posisi Mereka Sebelum September 2019? - Jangan terkucil!
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 2)
Intuisi UncleSeekers - Part 19 - Gobind Singh Salah Seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Intuisi UncleSeekers - Part 20 - Singgahsana Bergoyang...Siapa yang akan masuk perigi dulu? (Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?

UncleSeekers
Seek The Truth
uncleseekers2@gmail.com

Monday, July 30, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)

Salam semua,

Hari ni ana nak story sikit antara pencinta AlQuran dengan pencinta Hadis

Bila seseorang tu dah jatuh cinta, taik gigi pun rasa coklat!

Cakaplah, kutuklah dan saiko lah macamana pun, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau mengangguk pun hanya wayang je.

Pencinta AlQuran - Pencinta Allah - (2:165)
 "...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.."(2:165)

Aku berani potong jari atau sunat 10 kali lagi yang Ayahanda Mahathir sememangnya pencinta Kitab AlQuran (Pencinta Allah) iaitu Kitab Hikmat/ Bijaksana(10:1)

"Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang bijaksana."(10:1)  

Beliau bukannya pencinta Bible!! yang kita semua hangen satu badan apahal?

Memang diakui Ayahanda Mahathir seorang

i) Penulis,
ii) Pengkaji,
iii) Pemikir,
iv) Pemimpin

Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang disegani oleh kawan dan musuh, luar dan dalam negara. Mungkin kerana ayahanda mencintai AlQuran dari segala-segalanya maka Allah letak beliau ditempat yang ada sekarang.

Kita yang selalu duk hina, kutuk dan fitnah beliau berada dimana sekarang?

i) Penulis
Allah mengajar, mendidik, memberi petunjuk, memberi amaran dan lain-lain manusia melalui penulisan (Al-'Alaq 96:4)

Buku 'Malay Dilema' setebal 188 muka surat ini ditulis pada 1970 iaitu 11 tahun sebelum ayahanda Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat

Ayahanda Mahathir pernah menulis sebuah buku yang kontroversi (Dilema Melayu) untuk mendidik bangsa Melayu supaya berubah

Pernah kah kita menulis sebuah buku ilmiah seperti beliau?

Kesian plak aku tengok ayahanda dalam video ni. Takde insan ke yang sudi membantu beliau

ii) Pengkaji

Sebagai seorang pengkaji sudah pasti ayahanda Mahathir mengkaji lebih dalam tentang intipati Alquran dan menemukan jawapannya yang Quran itu complete atau jelas

1. Allah jelaskan (7:52)
2. Kitab yang cukup jelas (6:114),
3. Penjelasan bagi segala sesuatu, petunjuk dan pengasihan (12:111), .
4. Takde apa yang tertinggal dalam quran (6:38).

Beliau juga telah pusing hampir 50% planet ni dan bertemu dengan pelbagai cendikiawan yang selalu berbeza pendapat tentang sesuatu dalam hal agama sebab itu ayahanda hanya memilih Quran kerana tiada persilihan..

  "Tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Sebelum membebel lebih panjang lagi aku nak story satu benda.

Sekitar tiga bulan yang lepas, ada tetamu berpangkat Dato dan kaya dari kelompor datang rumah main redah je. Nak je aku halau sebab tak buat temujanji tapi memandangkan dia tetamu,  terpaksalah aku layan gak walaupun aku tengah sibuk dengan sedang buat kajian Ayam Bokashi (ayam, itik burung puyuh dll) aku

"Beb, apa yang anta cakap tu betul tapi sekurang2nya Mahathir bergurulah dengan mufti kalau nak mengkaji AlQuran. Al Quran bukan mudah kita nak faham sepenuhnya kalau takde guru" 

Tetamu aku menguatkan hujahnya

Memandangkan hangen aku tak habis lagi kat mamat ni, walaupun aku dah sound tepek pasal datang tak beritau, aku terus sound direct sekali lagi kat dia yang ayahanda Mahathir gerenti dah baca surah yassin ayat 21

"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar." (36:21)

Mungkin pendapat aku sama dengan ayahanda Mahathir, tak kira siapalah samada ustaz, syeikh, pakar motivasi atau sesiapa saja yang terima upah atau gaji untuk berceramah yang nak sekolahkan aku, aku yakin bukan sahaja Allah tidak memberinya petunjuk, tetapi juga, tidak boleh diikuti.

Lantaran itu, satu daripada kelulusan penting untuk sampaikan agama Allah ialah dengan tidak digaji atau upah untuknya! Rasullullah tak diberi upah, elaun, duit poket atau diberi gaji bulanan untuk menyampaikan agama!

"Anta lebih hebat dari tuhan ke atau nak melawan kata2 DIA?Anta pernah baca ke terjemahan atau mungkin terlupa ayat dalam surah AlQamar yang ada 50 ayat dalam Kitab Bijaksana ni (AlQuran). EMPAT KALI beb Allah beritau. EMPAT KALI anta faham tak? Memang spesis bingai aar anta ni!"

Dia agak tersentak! Memang aku akui mulut aku macam longkang. Sori

"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:17).

"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:22).

"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:32).

"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:40).

"Tang tu ana setuju tapi ada juga ayat yang kita tak faham. Betultak?"

Cakap salah tak cakap salah. Kepala hotak aku memang kat kajian tentang unggas bokashi aku  yang dia ni plak citer pasal Quran. Dia ingat aku ni hapal semua ayat Quran! Aku masuk dalam rumah amik 3 naskah Quran (dua melayu satu omputih) suruh dia pilih. Nanti kalau aku pilih macam2 alasan dia boleh bagi.

"Sekarang anta buka surah AlAlaq ayat 5 dan surah AlQiamah ayat 19. Naskah Omputih dengan melayu tu. Baca terjemahannya"

Dia belek ketiga-tiga naskah AlQuran tersebut

Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu.(96:5) 

Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya..(75:16-19) 

Dia seperti tidak puas hati..

Bersambung...

Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Part 9 - Siapa TOP GUN yang akan sangkut selepas ini?
Intuisi UncleSeekers - Part 10 - Ayahanda Mahathir Jawab 9 Soalan Tentang Hadis
Intuisi UncleSeekers - Part 14 - Hi Nazri...Hi Nedim...
Intuisi UncleSeekers - Part 15 - Anwar Ibrahim - Berhati-Hati...

Intuisi UncleSeekers - Part 16 - Lihat Sendiri Tindakan KJ Sebelum 2 Januari 2019!
Intuisi UncleSeekers - Part 17 - Pertempuran Antara Muhyiddin Dengan Anwar. Siapa Yang bakal Menggantikan Posisi Mereka Sebelum September 2019? - Jangan terkucil!
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 2)
Intuisi UncleSeekers - Part 19 - Gobind Singh Salah Seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Intuisi UncleSeekers - Part 20 - Singgahsana Bergoyang...Siapa yang akan masuk perigi dulu? (Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?

UncleSeekers
Seek The Truth

Saturday, July 28, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 4 - Siapa Perdana Menteri Malaysia Selepas Mahathir?

Intuisi UncleSeekers - Part 4 - Siapa Perdana Menteri Malaysia Selepas Mahathir?

Baca dan lihat betul2 wajah kesemua mereka serta caption yang diberikan. 
Hayati dalam2 sedutan filem TIGA ABDUL dibawah sekali

Ayahanda

 Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Bukan rezeki Saudara Anwar. Ada beberapa faktor...

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Kalau Abang Din beri peluang pada bro Mohd Rafizi Ramli memang terbaek..

Mohd Rafizi Ramli 
Perdana Menteri Malaysia yang termuda
(Inyasyaa Allahu - Al-Kahfi 18:24)
Intuisi Uncleseekers dengan Ramalan mimpi UncleSeekers adalah dua perkara yang berbeza

Ayahanda belum lagi mati..Jangan banyak cerewet

Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Part 9 - Siapa TOP GUN yang akan sangkut selepas ini?
Intuisi UncleSeekers - Part 10 - Ayahanda Mahathir Jawab 9 Soalan Tentang Hadis
Intuisi UncleSeekers - Part 15 - Anwar Ibrahim - Berhati-Hati...

Intuisi UncleSeekers - Part 16 - Lihat Sendiri Tindakan KJ Sebelum 2 Januari 2019!
Intuisi UncleSeekers - Part 17 - Pertempuran Antara Muhyiddin Dengan Anwar. Siapa Yang bakal Menggantikan Posisi Mereka Sebelum September 2019? - Jangan terkucil!
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 2)
Intuisi UncleSeekers - Part 19 - Gobind Singh Salah Seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Intuisi UncleSeekers - Part 20 - Singgahsana Bergoyang...Siapa yang akan masuk perigi dulu? (Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?

UncleSeekers
Seek The Truth
uncleseekers2@gmail.com

Friday, July 27, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 3 - Mohd Rafizi Ramli - Jangan Nampak Macam sOToNg Sangat...

Intuisi UncleSeekers - Part 3 - Mohd Rafizi Ramli - Jangan Nampak Macam sOToNg Sangat...

Salam Mohd Rafizi Ramli (MRR),

Pagi ni gwa nak tulis panjang sikit pasal lu, 3 atau 4 minit kot

Lepas pekena nescafe dan rokok (kretek surya 16) sebatang, gwa buka Malaysiakini dengan Freemalaysiatoday, berita yang lu nak bertanding jawatan Timbalan Presiden...

Waaaah...pagi semalam gwa tulis dalam blog gwa, petang semalam gak wartawan dah interview..kebetulan atau...camner pun torbaik aar korang

Elo Mohd Rafizi Ramli (MRR), makhluk macam lu ni dapat sokongan padu dan yang paling penting DOA miliun-miliun dari rakyat Malaysia tak kira profesion, bangsa, agama, jantina dan semua peringkat usia.

Miliun-milun yang terluka hati bila lu tak dapat apa2 jawatan. Ada yang faham dan ada yang menyampah bila lu MEROYAN masa lu tengah bersedih dan frust

Lu tak payah GEBANG atau TEMBERANG  yang lu tak nak apa2 jawatan dalam kerajaan!! Gwa geli aarr..Lu tak boleh tipu diri lu sendiri. Kita orang paham beb bila Ayahanda tak bagi lu apa2 jawatan.

Lu ingat orang tua tu bingai? Lu tak boleh baca apa strategi dia. Dia ni suka test orang! Kan gwa dah minta tolong lu SENYAP dalam artikel yang lepas. Lepas ni tak payahlah lu meraban dan merapu lagi ok.

Kes mahkamah yang ada saki baki tu Allah akan bantu (Inyasyaa Allahu - Al-Kahfi 18:24)

Elo Mohd Rafizi Ramli (MRR), lu  manusia yang HEBATkan?

Orang yang benci lu akan selalu benci lu walaupun lu benar...

Satu ketika dulu...

LOKAP-LOKAP POLIS yang ada kat malaya ni dah macam HOTEL untuk lu. Kalau pegawai polis tu pandai..(kalau boleh..mesti boleh lah sebab undang2 manusia yang buat.) GARI dan BAJU LOKAP yang Mohd Rafizi Ramli (MRR) pernah pakai, sila simpan baik2 (Setakat sepasang sepersalinan dan sebiji gari je) untuk dipamerkan satu hari nanti dalam muzium. Bukan setakat Mohd Rafizi Ramli (MRR) saja tapi untuk semua ahli politik dan pejuang yang kerap keluar masuk lokap.

Kenapa? Satu hari nanti lu orang akan faham sebab masa tu gwa dah takde lagi.

Elo Mohd Rafizi Ramli (MRR), boleh tak perangai tu nampak MACHO sikit? sOToNg lu lebih sangat aar..tolonglah buang jauh-jauh tapi sifat 'Man with smiley face' atau 'wajah yang kaya dengan senyuman' memang gwa bagi 10 bintang. 

Gwa ingat masa lu tido, dalam jamban atau projek pun lu senyum gak ek? Anak dan mak andeh lu pun suka senyum macam lu gak ke? Belanja gambo terbaru mereka sikit kat public

Buat peminat dan penyokong Mohd Rafizi Ramli (MRR), lu orang pun sedia maklum yang Mohd Rafizi Ramli (MRR)

1. Berani
2. Pintar
3. Ada karisma
4. PR yang sangat bagus
5. Harungi banyak rintangan
6. Dan banyak lagi aar lagi kehebatan dia

Kalau dibandingkan dengan yang lain-lain

Pada pandangan peribadi gwa plak, manusia yang bernama Mohd Rafizi Ramli (MRR) tak sehensem dan tinggi macam Syed Saddiq tapi beliau adalah manusia yang BAIK! (Esok lusa tak pasti sebab manusia boleh berubah apatah lagi kalau ada kuasa tapi kita harus bersangka baik - 49:12) Mungkin Mak andeh mamat ni pun orang baik kot. Sikit2 kurang tu biasa aar dah namanya manusia bukannya malaikat. Macamlah kita ni baik sangat...

("...Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka inilah yang terlepas daripada apa mereka kata; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia) An Nur:26

Kalau pasangan kita jenis haramzadu atau fakimak...tolong hadam banyak kali firman yang gwa baru je tampal kenapa pasangan jadi cenggitu.

Pesal termenung? Jom kita jadi manusia yang suka buat kebaikan. Masih belum terlambat. Syurga itu milik orang yang banyak buat kebaikan

Gwa jumpa 21 ayat jaminan SYURGA  (2:25, 2:82, 4:57, 4:122, 4:124, 7:42,10:9, 11:23, 14:23, 18:107, 19:60, 22:14, 22:56, 29:58, 31:8, 32:19, 42:22, 47:12, 64:9, 65:11, 85:11) dari Allah untuk manusia yang suka buat kebaikan.

Bukat setakat tu je, balasan rezeki yang tak putus2, ampunan dan macam2 lagi lah. Korang cari sendiri kat Sifu google

Ingat ikon smiley face ingat Mohd Rafizi Ramli (MRR)

Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Part 15 - Anwar Ibrahim - Berhati-Hati...

Intuisi UncleSeekers - Part 16 - Lihat Sendiri Tindakan KJ Sebelum 2 Januari 2019!
Intuisi UncleSeekers - Part 17 - Pertempuran Antara Muhyiddin Dengan Anwar. Siapa Yang bakal Menggantikan Posisi Mereka Sebelum September 2019? - Jangan terkucil!
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 2)
Intuisi UncleSeekers - Part 19 - Gobind Singh Salah Seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Intuisi UncleSeekers - Part 20 - Singgahsana Bergoyang...Siapa yang akan masuk perigi dulu? (Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?

UncleSeekers
Seek The Truth
uncleseekers2@gmail.com

Thursday, July 26, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 2 - Mohd Rafizi Ramli - Gwa Nak Minta Tolong...

Intuisi UncleSeekers - Part 2 - Mohd Rafizi Ramli - Gwa Nak Minta Tolong Satu Je...

Salam bro Mohd Rafizi Ramli (MRR)

Lu tak pernah jumpa gwa dan gwa pun tak pernah jumpa lu..pedehal

Gwa tak pernah pun cerita pasal lu sebelum ni.

Walaupun sebelum ni lu katogeri fofular tapi keadaan masih malam gelap gelita

Tapi sekarang FAJAR sudah menjelma..jeng..jeng..jeng

Kali ni gwa nak minta tolong lu Mohd Rafili Ramli (MRR) satu je 

Kalau lu nak dengar aar..kalau tak nak sila meninggal..

'Lu tolong senyap kejap je buat tika ni' sebab..

'Dah pun tersedia tempat yang selesa untuk lu Mohd Rafizi Ramli (MRR) ..Jangan terkezut..Inyasyaa Allahu (Al-Kahfi 18:24)

Sekarang ni lu buat keje macam biasa ok

Camne pun.. Mohd Rafizi Ramli (MRR) ..lu memang steady! 👍👍👍

Buat peminat dan penyokong Mohd Rafizi Ramli (MRR), daripada sekarang ni, korang tau apa nak kena buat kan? Lu orang pun steady gak 😆