Followers

Tuesday, July 31, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)

Bersambung dari artikel (klik)

Memang aku dah agak dia mesti tak puas hati punya. Setiap kali aku mengagungkan ayat-ayat Allah mereka akan memandang sinis pada aku dan melabelkan aku sebagai Quranis lah, Quranik lah, sesat lah dan macam-macam

Takdehal lahbeb.. aku buat donno je sebab surah AlIsra ayat 46 memang selalu dalam kepala aku

  “…Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.” 17:46.

Macam-macam perangai atau reaksi aku tengok bila kita mengagungkan ayat-ayat Allah .

Ada satu kes tu sampai nak panggil JAIS suruh tangkap anak lelaki aku sendiri iaitu Habib ketika tu umur dia sekitar 14 tahun. Korang bayangkanlah sendiri...

Nanti aku story dimasa-masa akan datang. inyasyaAllahu




Ada empat kawan yang aku tak kan lupa sampai bila-bila (Tiga orang dah meninggal). Setiap kali aku baca ayat (apa yang terlintas dalam kepala dan sesuai dengan topik perbincangan tika tu) dia gerenti menangis terutama ayat tentang syurga

"Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar." (5:83)

Ada lah sorang dua gak yang muka agak gelabah dan pastu muka nampak steady balik

"Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal (mempercayakan)," (8:2)

Hanya sorang je satu hamba Allah (orang Gombak) yang pernah ziarah aku kat Janda Baik ni bila aku baca satu ayat tu (aku lupa ayat apa ntah) dia terus cium lantai simen. Pada hal simen tu kotor dengan macam-macam benda.

"Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis." (19:58)

"..... orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,'" (17:107)



Apa yang Ayahanda Mahathir cakap dalam video youtube tu 125% betul. Baca Quran adalah dengan memahami isi kandungannya, untuk mengetahui hitungannya.

Bukan setakat pandai membaca ataupun melagukan sahaja! Sebaliknya, jika fahami  haruslah dia membacakan pula, atau sampaikan, ayat-ayat al-Qur'an kepada orang lain.

Kekadang tu aku selalu terlupa gak praktikkan peraturan bila nak baca Quran

Pertama - memohon perlindungan Tuhan daripada gangguan syaitan dan yang kedua membaca dengan menyebut nama-Nya selaku yang mencipta

"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." (16:98) 

 "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)

Ketiga - membaca dengan bacaan sebenar

", ....... dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar." (73:4)

Keempat - Jangan tergesa-tergesa

"Janganlah menggerakkan lidah kamu dengannya untuk menyegerakannya"75:16.

Kita semua bila ada orang tengah baca Quran tolonglah dengar dan diam. Agak-agak aar

"Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani." (7:204)

Satu tika dulu, aku pun tak berapa jelas waktu fajar (dawn) tu pukul berapa. 


Waktu yang cun baca al-Qur'an pun Allah ada beritau iaitu pada waktu malam dan fajar:

"Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud." (3:113)

"Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit, Separuh daripadanya, atau mengurangkan sedikit, Atau menambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar. Sesungguhnya Kami akan lemparkan kepada kamu ucapan yang berat. (73:2-5)

"Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu ....... Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya ....... Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik ......." (73:20)

"....... dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan." (17:78)




Allah suruh kita baca supaya tidak lupa. Bukan setakat ingat padaNya tetapi kepada suruhan dan larangan-Nya.

"Kami akan buat kamu baca supaya tidak lupa," (87:6)

Satu lagi, agak penting. Famili yang ada dalam rumah dan juga tetamu, jangan pula lupa ingatkan dia orang suruh baca ayat-ayat Tuhan. Allah tu HALUS beb (tau semua benda)

"Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari." (33:34)

Tak kan kita baca Quran tak dapat sebarang imbuhan kan? DIA  janji orang-orang yang baca al-Qur'an dengan bacaan yang benar dapat untung besar beb..wang besar wang besar wang besar

"Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia," (35:29)

Berbalik cerita pasal mamat tu tadi (terlupa plak citer pasal dia) tetiba dia bersuara..

Anta ni dah macam Mahathir plak kan anti hadis?

Aku coolkan diri bila dia ckp cenggitu. Dalam hati aku, comfirm mamat ni pencinta hadis! Dengan slow je aku mencelah

Pelik bin ajaib betul lah anta ni beb. Bila baca Quran dapat pahala tapi bila mengamalkan ayatnya dituduh anti hadis. Beginilah beb.., ana nak tanya anta 4 soalan dan tolong jawab sejujurnya..

Bersambung...



Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Part 9 - Siapa TOP GUN yang akan sangkut selepas ini?
Intuisi UncleSeekers - Part 10 - Ayahanda Mahathir Jawab 9 Soalan Tentang Hadis


UncleSeekers
Seek The Truth

No comments: