Followers

Monday, July 30, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)

Salam semua,

Hari ni ana nak story sikit antara pencinta AlQuran dengan pencinta Hadis

Bila seseorang tu dah jatuh cinta, taik gigi pun rasa coklat!

Cakaplah, kutuklah dan saiko lah macamana pun, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau mengangguk pun hanya wayang je.

Pencinta AlQuran - Pencinta Allah - (2:165)
 "...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.."(2:165)

Aku berani potong jari atau sunat 10 kali lagi yang Ayahanda Mahathir sememangnya pencinta Kitab AlQuran (Pencinta Allah) iaitu Kitab Hikmat/ Bijaksana(10:1)

"Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang bijaksana."(10:1)  

Beliau bukannya pencinta Bible!! yang kita semua hangen satu badan apahal?

Memang diakui Ayahanda Mahathir seorang

i) Penulis,
ii) Pengkaji,
iii) Pemikir,
iv) Pemimpin

Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang disegani oleh kawan dan musuh, luar dan dalam negara. Mungkin kerana ayahanda mencintai AlQuran dari segala-segalanya maka Allah letak beliau ditempat yang ada sekarang.

Kita yang selalu duk hina, kutuk dan fitnah beliau berada dimana sekarang?

i) Penulis
Allah mengajar, mendidik, memberi petunjuk, memberi amaran dan lain-lain manusia melalui penulisan (Al-'Alaq 96:4)

Buku 'Malay Dilema' setebal 188 muka surat ini ditulis pada 1970 iaitu 11 tahun sebelum ayahanda Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat

Ayahanda Mahathir pernah menulis sebuah buku yang kontroversi (Dilema Melayu) untuk mendidik bangsa Melayu supaya berubah

Pernah kah kita menulis sebuah buku ilmiah seperti beliau?


Kesian plak aku tengok ayahanda dalam video ni. Takde insan ke yang sudi membantu beliau

ii) Pengkaji

Sebagai seorang pengkaji sudah pasti ayahanda Mahathir mengkaji lebih dalam tentang intipati Alquran dan menemukan jawapannya yang Quran itu complete atau jelas

1. Allah jelaskan (7:52)
2. Kitab yang cukup jelas (6:114),
3. Penjelasan bagi segala sesuatu, petunjuk dan pengasihan (12:111), .
4. Takde apa yang tertinggal dalam quran (6:38).

Beliau juga telah pusing hampir 50% planet ni dan bertemu dengan pelbagai cendikiawan yang selalu berbeza pendapat tentang sesuatu dalam hal agama sebab itu ayahanda hanya memilih Quran kerana tiada persilihan..

  "Tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Sebelum membebel lebih panjang lagi aku nak story satu benda.

Sekitar tiga bulan yang lepas, ada tetamu berpangkat Dato dan kaya dari kelompor datang rumah main redah je. Nak je aku halau sebab tak buat temujanji tapi memandangkan dia tetamu,  terpaksalah aku layan gak walaupun aku tengah sibuk dengan sedang buat kajian Ayam Bokashi (ayam, itik burung puyuh dll) aku

"Beb, apa yang anta cakap tu betul tapi sekurang2nya Mahathir bergurulah dengan mufti kalau nak mengkaji AlQuran. Al Quran bukan mudah kita nak faham sepenuhnya kalau takde guru" 

Tetamu aku menguatkan hujahnya

Memandangkan hangen aku tak habis lagi kat mamat ni, walaupun aku dah sound tepek pasal datang tak beritau, aku terus sound direct sekali lagi kat dia yang ayahanda Mahathir gerenti dah baca surah yassin ayat 21

"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar." (36:21)

Mungkin pendapat aku sama dengan ayahanda Mahathir, tak kira siapalah samada ustaz, syeikh, pakar motivasi atau sesiapa saja yang terima upah atau gaji untuk berceramah yang nak sekolahkan aku, aku yakin bukan sahaja Allah tidak memberinya petunjuk, tetapi juga, tidak boleh diikuti.

Lantaran itu, satu daripada kelulusan penting untuk sampaikan agama Allah ialah dengan tidak digaji atau upah untuknya! Rasullullah tak diberi upah, elaun, duit poket atau diberi gaji bulanan untuk menyampaikan agama!

"Anta lebih hebat dari tuhan ke atau nak melawan kata2 DIA?Anta pernah baca ke terjemahan atau mungkin terlupa ayat dalam surah AlQamar yang ada 50 ayat dalam Kitab Bijaksana ni (AlQuran). EMPAT KALI beb Allah beritau. EMPAT KALI anta faham tak? Memang spesis bingai aar anta ni!"

Dia agak tersentak! Memang aku akui mulut aku macam longkang. Sori

"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:17).

"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:22).


"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:32).


"Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:40).

"Tang tu ana setuju tapi ada juga ayat yang kita tak faham. Betultak?"

Cakap salah tak cakap salah. Kepala hotak aku memang kat kajian tentang unggas bokashi aku  yang dia ni plak citer pasal Quran. Dia ingat aku ni hapal semua ayat Quran! Aku masuk dalam rumah amik 3 naskah Quran (dua melayu satu omputih) suruh dia pilih. Nanti kalau aku pilih macam2 alasan dia boleh bagi.

"Sekarang anta buka surah AlAlaq ayat 5 dan surah AlQiamah ayat 19. Naskah Omputih dengan melayu tu. Baca terjemahannya"

Dia belek ketiga-tiga naskah AlQuran tersebut

Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu.(96:5) 

Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya..(75:16-19) 


Dia seperti tidak puas hati..

Bersambung...



Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Part 9 - Siapa TOP GUN yang akan sangkut selepas ini?
Intuisi UncleSeekers - Part 10 - Ayahanda Mahathir Jawab 9 Soalan Tentang Hadis
Intuisi UncleSeekers - Part 14 - Hi Nazri...Hi Nedim...
Intuisi UncleSeekers - Part 15 - Anwar Ibrahim - Berhati-Hati...

Intuisi UncleSeekers - Part 16 - Lihat Sendiri Tindakan KJ Sebelum 2 Januari 2019!
Intuisi UncleSeekers - Part 17 - Pertempuran Antara Muhyiddin Dengan Anwar. Siapa Yang bakal Menggantikan Posisi Mereka Sebelum September 2019? - Jangan terkucil!
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 2)
Intuisi UncleSeekers - Part 19 - Gobind Singh Salah Seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Intuisi UncleSeekers - Part 20 - Singgahsana Bergoyang...Siapa yang akan masuk perigi dulu? (Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?


UncleSeekers
Seek The Truth

No comments: