Followers

Showing posts with label Kamal Hisham. Show all posts
Showing posts with label Kamal Hisham. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 3)

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 3)

Salam sore semua,

Kamal Hisham Jaafar
"Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya"
-James Allen-




Kamal Hisham,

Siapakah yang menulis email ini kepada ana kalau bukan anta sendiri. Tiga email yang anta berikan pada ana telah pun ana paparkan dalam blog lama ana, uncleseekers.blogspot.com dalam Part 60, Part 61, dan Part 62.


Para pembaca semua,

Adakah anda masih ingat lagi tentang video ini? Saya telah dimaklumkan oleh Siti Selamat bahawa dia kenal semua mereka yang di belakang tabir pembikinan video ini.



Rozana bte Shamsuddin
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula” - Pujangga

Masa aku kat Melaka, Siti Selamat telah call Kamal Hisham depan aku meminta beliau sediakan peguam dan membayar kos guaman dan bayaran ikat jamin aku sekiranya aku ditahan oleh pihak polis. Siti Selamat suruh Kamal Hisham buat persediaan awal sekitar RM15,000 untuk membayar wang jaminan kerana bebarapa individu telah pun membuat laporan polis di Johor Bahru. Kamal Hisyam telah bersetuju untuk menanggung kesemua kos dan menyediakan peguam.

Semasa aku bercuti 10 hari di Johor Bahru, beberapa orang sahabat-sahabat termasuklah mantan isteri aku telah menghulurkan bantuan kepada anak aku sebanyak RM13,000 untuk membayar kos guaman. Jumlah yuran guaman kesemuanya adalah RM15,000.

Kalau tak silap pada 24-7-2012, aku telefon Siti Selamat untuk memberikan alamat pejabat Kamal Hisham di Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 1.30 petang aku minta tolong menantu aku temankan aku sebab aku ni buta jalan! Siti Selamat maklumkan pada aku ofis Kamal Hisham di belakang Ampang Park tapi dia sendiri tak ingat lokasi sebenar. Dia suruh pergi kedai Tutti Fruiti depan Ampang Park tu dan bertanya dengan pekerja di situ dimanakah alamatnya. Selepas salah seorang pekerja disitu memberikan alamatnya, kami berdua terus ke unit D-3-2, Megan Avenue 1, No 189, Jalan Tun Razak, KL.

Megan Avenue 1, Jln Tun Razak, KL


Pendekkan cerita, aku sampai pejabat tersebut sekitar 2.20 petang kalau tak silap. Peguam Rozana Samsuddin menyambut aku dengan menantu dengan senyuman dan menjemput aku masuk ke biliknya (sebelum ini aku tidak pernah berjumpa mahu pun mengenali dirinya). Beliau ingin menutup pintu biliknya (mungkin beliau berbuat demikian kerana tidak mahu pekerja-pekerjanya didalam pejabat mendengar perbualan kami dan tahu perkara sebenar di antara aku dengan Kamal Hisham.) tetapi aku minta supaya pintu dibuka kerana pada pendapat aku tidak perlulah disembunyikan apa saja kebenaran.

Aku minta padanya supaya dapat maklumkan pada Kamal Hisham supaya dapat membantu menjelaskan yuran guaman (agar dapat dipulangkan semula pada semua sahabat yang membantu aku walaupun mereka tidak minta tapi demi menjaga maruah aku) seperti yang telah Kamal Hisham janjikan. Sebelum  beredar, aku sempat bergurau senda dengan para pekerjanya dan beberapa jam dinding yang rosak (kalau beli baru sekitar tak lebih RM30 satu unit) di atas meja, sempat aku minta satu unit untuk dijadikan kenangan dari pejabat Kamal Hisham.

Sehingga artikel ini ditulis, Kamal Hisham tidak menjelaskan satu sen pun yuran guaman aku, dan aku dimaklumkan oleh para sahabat, yang Rozana Samsuddin telah membuat fitnah dengan membuat laporan polis terhadap aku.

Buat Rozana binti Samsuddin,

Segala perbualan kita disaksikan oleh menantu aku dan juga mungkin seluruh pekerja anda di pejabat, dan saksi utama adalah TUHAN KITA YANG SATU. Anda mungkin terlepas di muka bumi ini atas fitnah dan report polis yang anda telah lakukan tapi tidak di Padang Mashar...

Sebelum aku start menulis artikel ini tadi, Siti Selamat telah meluahkan hasrat kepada aku untuk menulis pengalamnya bersama Kamal Hisham selama setahun. Kalau diizinkan tuhan, esok atau lusa saya atau Admin akan publish di blog ini.

Mungkin satu hari nanti dengan izinNYA, sebelum aku menghembuskan nafas terakhir, aku akan menulis buku tentang pengalaman semua isu ini, dari start mengenali Kamal Hisham, sampailah saya ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi, kes Morfin dan Akta Hasutan supaya menjadi pengajaran untuk anak cucu kita  . Tetapi buku itu hanya boleh dicetak selepas aku tiada di muka bumi ini lagi.  

Dengan ini, secara rasminya aku berhenti menulis artikel tentang "Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja" dalam blog uncleseekers-v2.blogspot.com.

“Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.” - Pujangga


Part 1
Part 2

Thursday, August 2, 2012

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 2)

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 2)

Salam...

Kamal Hisham Jaafar
"You can fool some people all of the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all of the people all of the time". - Abraham Lincoln
Cantek warna baju? Kaler perpel tu. Next.....

Selepas menikmati rezeki, Siti Selamat menghubungi Kamal Hisham dan menyuruh aku bercakap dengannya. Buat kali keduanya aku bercakap dengan Kamal Hisham. Aku bercakap tak lebih seminit dengannya dan topik utama yang diperkatakan, aku hanya nasihatkan dia supaya tutup akaun Facebook!

Untuk pengetahuan semua, kali pertama aku terima panggilan dari Kamal Hisham kalau tak siap hujung bulan Februari atau awal bulan Mac. Perkataan pertama yang aku dengar dari dia adalah “Kembalikan maruah kawan beb...”

Kamal Hisham,

Kenapa kau berbohong pada masyarakat yang mengatakan kau tak kenal aku? Apa motifnya? Sampai hati lu beb.?? Sampai bila kau harus hidup perangai macam ni ? Bohong dan fitnah orang sana-sini?

Faiq anak Siti Selamat di rumah Kamal Hisham kat Dubai

Kamal Hisham,

Aku tahu kau baca blog ini setiap hari. Masa aku lepak kat Melaka Chalet Siti Selamat, Faiq dah cerita kat aku tentang perangai kau. Kalau dia bohong kat aku, bermakna aku juga berbohong pada semua pembaca disini. Disini aku paparkan beberapa maklumat yang Faiq berikan pada aku selama dia bekerja dengan kau selama 3 bulan.

Benarkah dakwan Faiq yang mengatakan kau akan buka blog aku pada waktu dibawah.

1. Selepas solat Isyak?
2. Selepas solat Subuh?
3. Setiap kali sampai saja di pejabat ?


Maaf, memandangkan saya tidak boleh buka blog lama uncleseekers.blogspot, disini saya sertakan jumlah ‘Audience’ blog ini dalam seminggu. Sebagai bukti terdapat seramai 117 pelawat dari United Arab Emirates dalam masa seminggu. Adakah ianya datang dari Kamal Hisham kesemuanya? Entahlah....Bro Fairos..cepatlah pulangkan balik handphone aku. Susahlah aku nak buat kejer.

Agak-agak korang imej di bawah ni akaun palsu Facebook Kamal Hisham ke?

Ayoyo...

Aduss...

Masuk lif tekan sendiri
Tingkat 8... naik keatas..ting tong..

Selepas itu kau akan buka Facebook sampailah petang dan balik rumah. Selain banyak akaun palsu dalam Facebook, kau sebenarnya belum ada lagi pernigaan yang utuh di Dubai. Apa yang kau buat semuanya tak menjadi. Kedua-dua firma guaman yang satunya di Kuala Lumpur dah setahun lebih langsung takder bisnes. Dari opis besar terpaksa berpindah yang lebih kecil dan di Johor Bahru pula nasib baik lawyer tu pandai cari duit untuk tampung overhead setiap bulan.

Kedua orang tua Kamal Hisham yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anaknya.

Kamal Hisham,

Kau harus terima kenyataan yang kemasyuhran dan kekayaan kau miliki satu ketika dulu bukan kerana kau pandai berniaga tetapi Almarhum Sultan Iskandar yang banyak membantu. Kau dari keluarga yang miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Johor bahru.

Adakah kau lupa yang ayah kau pernah bekerja menjual ais krim dan pemandu lori? Kau bukan dari darah raja dan kedua orang tua kau cuma berasal dari Kampung Temiang, Muar, Johor!

Isteri tercinta Kamal Hisham
Jadi wanita cantik kadang-kadang sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya. - Gina Lollobrigida

Kamal Hisham,

Isteri kau juga bukan dari keturunan anak raja, anak menteri, anak orang ternama atau anak orang kaya. Dia juga berasal dari keluarga yang susah.

Ramai di luar sana yang tahu kerjaya kau sebagai peguam tetapi pernahkah kau turun naik court seperti peguam-peguam yang lain?

Adakah kau tahu yang kau telah mengalami “Delusi Keperibadian”? Cara kau berfikir, bercakap dan bertindak mirip seperti seorang Sultan! Benarkah dakwaan yang mengatakan kau di percayai oleh Almarhum kerana kau pandai bodek, tutup lobang dan pakar mengenakan orang?

Semasa diambang kuasa petik jari semuanya bergerak. Banyak bisness diperolehi, limpahan wang ringgit datang mendadak, kuasa, angkuh, perempuan, tamak, percutian disana sini sehingga hilang keperibadian profesional! Tapi dimana semuanya itu sekarang?

Pernah ke kau terfikir kenapa Tuhan boleh rentap segalanya dengan sekelip mata?

Bersambung...

"Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: Dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau Adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya." -Saidina Abu Bakar r.a-



Part 1
Part 3

Wednesday, August 1, 2012

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 1)

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 1)


Kamal Hisham

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.” - Pujangga

Salam semua, 

Semasa aku sedang memberi kerjasama semasa disiasat di dalam bilik mesyuarat IPD Johor , ACP Mohd Akhir Ishak, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri Johor menunjukkan keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Julai 2012 kepada aku, dan dia pun berkata;

Uncle, cuba you baca ni…?” 


Bila aku baca saja ‘tajuk utama’ tu, terus terpacul di mulut aku..

“Kepala @#$%... Dia boleh tak kenal aku!”

Sememangnya aku hangen satu badan ketika tu! Aku lihat Tuan Mohd Akhir tersenyum panjang bila aku maki camtu. Beberapa orang anggota polis yang mendakwa mereka daripada Bukit Aman, yang terdiri daripada  Tokey Khinzir,  Mamat Spek, Tuan Haji Senyum, Shah Rukh Khan, Hero Tamil dan Supertakraw  tergelak besar dalam bilik mesyuarat tu melainkan Tuan Haji Senyum saja yang  tersenyum panjang sambil menutup mulutnya.

Sekadar selingan: Bro, lu orang kumpulan Enam Jahanam ni tak rindu kat aku ke? Minta maaf banyak-banyak sebab telah merosakkan minda korang semua dengan perkataan “TOLONGLAH…”... Wakaka! Kesempatan ini aku nak tujukan pesanan kepada semua dibawah:

Tokey Khinzir: Jangan lupa pesan aku jangan makan main belasah jer dan wa juga tak lupa pesanan lu... 

Mamat Spek: Simpan baik-baik rokok Gudang Garam aku tu. Huhu…

Tuan Haji: Mana keratan akhbar yang lu nak kasi kat aku. Dah 3 minggu takder pun.  Beb, senyum kat lelaki takpe jangan kat pompuan takut orang rumah tak senang hati kang kalau ada mana-mana awek sangkut.

Shah Rukh Khan: Bro, lu jangan gelabah sangat nanti yang dikejar dikendong berciciran.

Hero Tamil:  Lu manyak rajin tapi kadang-kadang kengkawan terkecik hati.

Supertakraw: Lipat gunting ke lipat pari bro?

Mereka berenam ini lah yang menyiasat aku dari pagi hingga petang kekadang sampai terlajak ke Maghrib dari hari Jumaat sampailah hari Rabu. (6-7-2012 sehingga 11-7-2012). Aku memang tabik spring pada mereka berenam ini sebab mereka tahu cara nak handle aku camner. Tidak pernah sekali pun berkasar, menengking apatah lagi menggunakan kekerasan. Pendek kata Pasukan Enam Jahanam ini aku katogerikan sebagai satu pasukan yang sangat profesional! Wa caya lu orang semua lah beb. Tabik spring!

Masih kah korang ingat, Roti Bakar White Coffee, Nasi Padang, Ayam Masak Lemak Cili Api, Coke, Gudang Garam...? Mekasiiih... Lalalala…

OK, sambung balik...

Memandangkan kedua-dua telefon aku masih dalam siasatan polis, aku tak dapat berikan bukti secara bergambar, tarikh dan masa dengan tepat. Jadi, kalau maklumat dalam penulisan ini tidak tepat, aku minta maaf banyak-banyak dunia akhirat.

Sekitar penghujung bulan Februari 2012, ada seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Siti Selamat menghubungi aku melalui email, meminta tolong tentang kes Kamal Hisham. Aku membalas semula supaya dia berhubung dengan pengurus peribadi aku Zelmey. Pendekkan cerita, Si Siti Selamat berhubung dan berjumpa dengan aku di Janda Baik bersama keluarganya sekitar 9 malam.

Kira-kira setengah jam kemudian Ariff, Siti Nadhirah bersama teman-teman yang lain tiba. Mereka beramai-ramai di ruang tamu yang lagi satu tanpa mencampuri urusan aku dengan Siti Selamat. Memandangkan takder orang masak kat rumah, aku menjemput Siti Selamat dan rakan-rakan yang lain makan malam di sebuah restoran masakan Thai sekitar 5 kilometer dari rumah.

Sedang menunggu hidangan, rakan-rakan yang lain dari Kuala Lumpur dengan muka tak malu rindu nak jumpa dengan aku maka aku jemputlah mereka semua sekali makan malam bersama di restoran tersebut. Kami semua berbual kosong dan Ariff yang suka buat lawak bodoh mula buat cerita merapu sambil kami makan bersama.

Seperti biasa, aku lebih suka belanja orang makan dari orang belanja aku melainkan kalau orang tu lebih lebat dari aku lain ceritalah. Aku suruh Ariff jelaskan bil makan malam tu tetapi Siti Selamat juga berebut untuk membayarnya...

Bersambung...

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
Albert Camus


SEARCH - Manusia Reptilia
Penulis/Pencipta: Aceh / S. Amin Shahab
Di mana engkau berada 
Disitu engkau berubah
Mengikut suasananya
Kerana mencari mangsa
Semua ingin kau sapu
Asalkan puas hatimu
Ooohoo..
Bergulung lidah helah
Yang memukau
Cari mangsa siang malam
Yang tergoda teraniaya
Tubuh dan wajah
Boleh berubah 
Mengikut menu santapanmu
Oh... Manusia
Oh... Reptilia
Oh... Reptilia
Buaya!