Followers

Showing posts with label Buku Setan Syaitan Sultan. Show all posts
Showing posts with label Buku Setan Syaitan Sultan. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Setan, Syaitan, Sultan (Part 4)

Setan, Syaitan, Sultan (Part 4)


Uncle Zahid, kenapa dah lama tak datang Janda Baik.Saya dah minta maaf  kat Uncle Zahid pun macam abah suruh. Takkan abah sms macam tu pun Uncle Zahid nak merajuk sampai setahun! Tak gerek aar macam tu..
Kalau Uncle Zahid dah tak nak kawan dengan saya lagi, cuma satu jer lah saya boleh cakap. 'Blah lah lu..'
Sahabat akan sentiasa menegur dan mengingatkan ketika kita melakukan sebarang kesalahan tanpa diminta.

Bab 19 - PENYAMUN TARBUS: BENAR ATAU FITNAH? - (mukasurat 451 - 480) 

Antara isi kandungan 

(Mukasurat 452)

Tahniah mula-mula anda mengingatkan anggota polis. Tak ramai yang berani tegur polis, mungkin kerana itu polis kena dengar kata anda. Dan baru-baru ini, anda tegur pasukan Elit Kor Gerak Khas sedangkan Dato’ Seri Zahid Hamidi adalah kawan baik anda. Kalau tak silap, anda ada beri Menteri Pertahanan satu motor besar semasa dia datang ke istana tengok koleksi motor besar anda. Apa hadiah yang dia beri, dia dan anda serta Tuhan tahu.

(Mukasurat 453 - 454)

Wahai Sultan Ibrahim,

Benarkah saudara paksa Kamal Hisham transfer pesawat Almarhum Sultan Iskandar kepada nama saudara?

Benarkah bila peguam tak nak subahat, saudara suruh orang lain buat “Back Dated Agreement” ke tarikh 2 November 2009, kononnya Almarhum dah kasi 5 pesawat itu kepada saudara, sebelum meninggal dunia?


Benarkah saudara paksa PEGUAM Kamal Hisham tandatangan sebagai saksi, kalau tak…? Kenapa tak suruh polis tangkap dan soal siasat Kamal seperti yang polis lakukan terhadap Dato’ Seri Ir. Nizar Menteri Besar Perak dan UncleSeekers raja blogger Malaysia?

Benarkah peguam Kamal Hisham tandatangan hanya sebagai Pesuruhjaya Sumpah yang saksikan tandatangan orang lain?

Benarkah stamping agreement itu bertarikh 3 Mac 2010?

Benarkah Tunku Zanariah, Ku Majid dan semua adik-beradik saudara melopong? Kalau tuduhan Kamal Hisham ini satu fitnah menghina anda selaku Sultan, kenapa tak suruh dia disoal siasat oleh polis dan minta dia minta ampun kepada rakyat Johor?

Benarkah saudara rampas pesawat Alamarhum Sultan Iskandar? Ini satu tuduhan yang melampau tapi sampai hari ini anda diam, apa dah jadi?....


Wahai Editor Kosmo yang publish citer ni..Suka suki jer bagi tajuk camtu. Tak kan '...!#$%&..." punya pasal korang lupa segalanya.  Kerusi yang ko duduk tu bukan untuk selamanya kan? Waktunya akan sampai jua beb...

(Mukasurat 456 - 458)

Saudara, anda dipanggil “Tuanku” oleh mereka yang bertuankan anda sebagai Raja berpelembagaan, bukan seorang Sultan “absolute monarchy” di dalam sebuah negara merdeka.

Ini di antara berita yang tersiar di internet termasuk dalam blog UncleSeekers di mana Kamal Hisham minta tolong kepada UncleSeekers semasa saya jumpa dia bersama Boy di Bangkok. Dia minta telefon untuk bercakap dan saya berikan kerana kasihan tengok dia dalam kecemasan, dan sesudah itu ada orang lain yang jadi perantaraan. Tapi, pelik Peguam Kamal menafikan, seperti yang tersiar dalam Sinar, 10 Julai 2012.

Pelik kenapa perkara macam ini tiba-tiba senyap. Apakah di Malaysia kerajaan sudah mati? Polis, Menteri dalam Negeri, mahkamah sudah tidak berfungsi lagi. Kamal tidak ditangkap oleh Interpol, Uncleseekers tidak dibicarakan. Kalau betul dia mengambil dadah, kenapa tak dihukum dan disimpan di kem tahanan penagih dadah (Pusat Serenti)?

Kamal Hisham, bagaimanapun tidak mendedahkan sifat ugutan yang diterimanya. Pelik dengan manusia yang cintakan dunia, takut mati. Berani buat, berani tanggung. Jangan tangan berani mencincang, bahu tak berani memikul.

Beliau yang juga seorang Pengarah di Southern Ads Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga diraja Johor juga didakwa oleh syarikat berkenaan melakukan penipuan dan pecah amanah (CBT). Kalau Sultan didapati salah, kenapa Sultan tak dibicarakan dalam Mahkamah Khas untuk raja-raja? Apakah kita lupa ayahandanya dulu, Sultan Mahmud Iskandar pernah dilucut jawatan dari Tengku Mahkota, digantikan oleh adiknya. Apa sudah jadi dengan kerajaan kita? Takut raja murka hingga rakyat jadi bingung siapa sebenarnya yang berkuasa dalam negeri ini? Sultan suruh siasat rasuah yang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan, senyap. Kes Sultan terlibat salahguna kuasa tak membagi harta faraid, senyap juga.




(Mukasurat 469 - 470)

...Seperti apa yang berlaku di Perak, Nizar mengingatkan kamu jangan membazir. Patut ‘awak’ ucap terima kasih, bukan dengan angkuh hina dia dan suruh pula siasat, disuruh minta maaf oleh rakyat Johor. Kasihan bila Sultan terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang ulil amri. Mungkin dia tak tahu apa itu “hukum karma”. Tak ada orang yang boleh terlepas dari apa juga yang dilakukannya. Tahukah saudara apa yang terjadi pada Shah Iran, raja segala raja, bagaimana boleh hilang takhta dan akhirnya jadi pelarian? Ingat doa mereka yang teraniaya dimakbulkan Tuhan...


(Mukasurat 473) 

...Kita kini berada di era spiritual, sudah sampai masa anda mencari Tuhan sebelum terlambat. Allah Maha Mengetahui, kita tak dapat tengok Tuhan, Tuhan nampak diri kita, ada malaikat yang macam CCTV, Tuhan tahu segala-gala tentang diri, termasuk ‘niat’ kita. Tentu ada sebab kenapa Tuhan gerakan hati kawan untuk menulis surat kepada awak. Tok awak berkawan dengan Tok kawan. Sepatutnya, kita guna bahasa “ana ente”. Sultan Abu Bakar yang jemput Tok kawan, Dato’ Syed Hassan Alattas untuk bantu dia buka negeri Johor, selain memanggil Syed Ahmad Al-Sagoff dari Singapura. Ceritanya ada dalam Jurnal Sejarah 
Johor, bil 2, 1983.... 

 
Matlamatnya sama cuma penyampaiannya berbeza

 (Mukasurat 477) 

....Rasuah tidak akan dapat dihapus bila ianya menjadi rasuah berjemaah. Jika pemimpinnya kejam, zalim, angkuh dan bakhil, ulama berlidah syaitan, wanita lebih berkuasa daripada lelaki, penduduknya jadi rakyat yang jahat, maka yang terjahat dan terpandai dalam putar belitlah yang akan naik. Rakyat adalah cermin pemimpin dan raja mereka. Apakah negara kita akan dirahmati Allah bila kerabat diraja, isteri dan anak para menteri hidup mewah giler, rakyar hidup berminda subsidi. Untuk tempahan melalui pos, sila beri maklumat seperti dibawah...

(Mukasurat 478) 

....Selagi penduduk negara itu tidak bertukar menjadi baik, maka pemimpin yang naik juga tidak akan datang dari kalangan yang baik. Tokoh korporat dan undang-undang yang ketat macam mana sekalipun mereka yang tak takut pada Allah akan melakukan kerosakan. Hukum umumnya, “Allah tidak akan benarkan pemimpin yang baik memerintah orang yang jahat dan orang yang jahat memerintah orang yang baik-baik.”...


Untuk tempahan melalui pos, sila beri maklumat seperti dibawah...

1. Nama penuh
2. Nombor telefon
3. Alamat
4. Bukti pembayaran melalui bank (RM60) dan email kepada

a) azmiapa@gmail.com (klik) (Maybank : 164155570335 Raihan Izati bte Azmi)
b) kerajaarakyat@gmail.com (klik)
c) alhusseyn471@yahoo.com.my (klik) (CIMB: 0816-0075101-52-0 Mohamed Ali Hussain)
d) manjungmari@gmail.com (klik) (Maybank : 158097625245 - Mohmad Afandi Ahmad)


Setan, Syaitan, Sultan (Part 1) - Di Pasaran
Setan, Syaitan, Sultan (Part 2) - Peguam Di Buru Oleh Raja
Setan, Syaitan, Sultan (Part 3) - Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim
Setan, Syaitan, Sultan (Part 4) - Penyamun Tarbus: Benar Atau Fitnah?

Wednesday, October 17, 2012

Setan, Syaitan, Sultan (Part 3)

Setan, Syaitan, Sultan (Part 3)

Sultan Muhammad V
(mukasurat 84)

Wartawan: Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan

Sultan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya. 
 (Sumber: mstar.com.my)


Bab 3 - Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim - (mukasurat 85 - 107)

Antara isi kandungan

SURAT TERBUKA UNTUK SULTAN IBRAHIM (YEM)

Bismillahirohmanirohim,

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Ad-Dzariyat: 56)

Saudara,

Sorrylah, kalau saya tak panggil saudara dengan panggilan yang ‘Duli Maha Mulia Tuanku’ atau ‘Tunku’. Saya kenal diri dan Tuhan saya. Saya tahu asal tok nenek saudara dan asal usul saya, lagipun kita umat Islam hanya Allah saja yang layak menggunakan perkataan “Maha”, hanya Allah subhana wa taala dengan sifat dan zatNya yang berhak menggunakan perkataan “Maha”, kerana Dia Raja Sekalian Alam. Tun Dr.Mahathir memang nama dia macam tu, Mahathir begitu juga dengan motor Yamaha. Dia Yang Maha Kuasa, itu pun kita bercakap dengan Tuhan kita guna perkataan “Aku” dalam niat solat. “Sahaja aku sembahyang Subuh dua rakaat kerana Allah taala”. Tak ada pun berpatik-patik dengan Tuhan yang disembah. Aku aje. So, no big deal Bro. Saya guna perkataan kawan, awak, I, me dengan you.

Awak bukannya ‘Tuan kawan’. ‘Kawan’ dan awak selaku makhluk yang diciptakanNya hanya bertuhankan Allah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan kita perlu takut hanya pada Allah yang menjadikan kita. Kerana Dia, kita berada di dunia ini dan kepada Dia kita akan kembali. Hanya Allah yang Maha Agung, tak ada manusia agung melainkan dia sudah sampai ke peringkat insanul kamil, bertaraf ‘ahsanu taqwim’ seindah-indah dan semulia-mulia kejadian.

La illa ha illaha illallah Muhammad Rasulullah. Itulah syahadat yang kita ucapkan sebagai hamba Allah, maka kawan hanya takut pada Allah. Hanya Allah yang Maha Kuasa. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak Allah. Awak tak boleh marah “aku” guna perkataan “kawan” sebagai ganti nama ‘aku’, suka hati akulah kerana aku orang Johor, dan awak pun orang Johor juga. Bahasa “kawan awak” ini, bahasa orang Johor. Kalau Tok awak dulu, “Wak Neyeh Sultan Ismail menggunakan bahasa “me, you” bahasa elit Johor.

Saudara,

Allah Tuhan kita. Nabi Muhammad Rasul dan Nabi kita, Al Quran imam kita, Kaabah kiblat kita dan orang Islam adalah saudara kita. Sejak bila dalam Islam ada kasta? Ada manusia yang dipuji macam dewa? Berada di atas undang-undang.


Apakah saudara sudah lupa bahawa Saidina Bilal bin Raba muazzin terbilang asalnya seorang hamba abdi berkulit hitam, akhirnya dia menjadi sahabat. Tahu kenapa?

Ingat saudara, Allah murka pada manusia yang angkuh, kejam dan tidak adil. Kalau tak dengar cakap Tuhan, itu tanda nak meredum. Tugas Nabi Muhammad s.a.w ialah meruntuhkan berhala yang disembah oleh Arab Jahiliyah, baginda menyambung tugas Nabi Ibrahim a.s. selaku pesuruh Allah, akhirnya hiduplah Daulah Islamiah. Selain membebaskan hamba abdi dan menghidupkan keadilan, kita perlu menentang kekejaman, kezaliman dan keangkuhan dan kembalikan manusia ke fitrah asalnya. Baginda Rasulullah s.a.w seorang yang zuhud. Ingat! Selagi tidak ada keadilan selama itu tidak akan ada kedamaian. Islam itu peace, mahukan kedamaian perlu bersikap toleransi. Loving, giving, caring, sharing and forgiving.

Sifat inilah mahmudah. Sifat terpuji, bukan kekal dengan sifat mazmumah, sifat terkeji, riak, takabur, pemarah, dendam, hasad dengki, gila harta, bakhil, penakut, gila pangkat dan gelaran.

Negara kita hari ini dalam keadaan yang tidak aman dan tenteram terutama dalam jiwa rakyat yang merasakan demokrasi sudah mati, dimatikan oleh mereka yang ‘berbaju kebal’ dengan sifat mazmumah mereka. Boleh melanggar undang-undang suka hati mak bapak dia aje. dan ramai yang terpengaruh dengan dongeng falsafah Nietzsche Tuhan sudah mati yang dipopularkan oleh Kassim Ahmad dalam sajaknya Sidang Roh.

Bila mereka fikir TUHAN sudah mati mereka pun jadi FIRAUN merasakan diri Tuhan. Akhirnya jadi macam Firaun Moden di Timur Tengah.


Negara kita sudah merdeka hampir 55 tahun, nampaknya yang betul-betul merdeka di negeri Johor adalah saudara dan kerabat diraja Johor boleh bermaharajalela di atas jalan raya, ada askar sendiri, apa polis yang ikut saja perintah kerabat diraja. Perangai macam itu amat tidak disenangi oleh penduduk negeri Johor. Awak jangan lupa bahawa sudah tidak ada lagi status “rakyat Johor” seperti di zaman Tok awak, Sultan Ibrahim ketika menjadi sultan. Akibat mengkritik Sultan dalam Sunday Mirror, Dato’ Onn dibuang negeri ke Singapura. Onn Jaafar dan keluarga terpaksa hidup sebagai nelayan di Singapura. Sedangkan Dato’ Onn bin Jaafar adalah adik ipar sultan. Cik Dara, kakak Dato’ Onn adalah isteri Sultan Ibrahim.

Kawan tulis surat terbuka pada awak ini bukan semata-mata kerana yang teraniya dan dizalimi Syed Abdullah bin Hussien Al-Attas, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers itu anak kawan yang ditangkap dengan macam-macam tuduhan oleh polis Johor di Senawang mengikut cerita kerana kehendak awak juga. Betul ke? Kalau betul cerita ini, awak telah merosakkan nama baik polis dan kerajaan BN. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau yang memang suka bermain lumpur jadi tambah kotor.





Brother,

Mak awak orang Inggeris, awak bukanlah anak raja yang pertama berasal dari England. Helen Bartholomewa adalah wanita Inggeris pertama yang menjadi Permaisuri Johor, isteri Sultan Ibrahim yang ditabalkan sebagai permaisuri bergelar Sultanah Helen. Apakah salah kawan panggil awak ‘Brother’? Ini panggilan popular hari ini. Lagipun kita orang Islam ini bersaudara. Tak salah gua panggil lu Bro kan, baru sama frequency dan wave length. Bila bercakap dengan bahasa rakyat ini kita lebih mesra, tak ada ‘shoulder length’, baru hidup silaturrahim, macam kita bercakap dengan Tuhan semasa solat yang mustahak ‘niat’.

Semua amal bermula dengan niat. Tak ada bezanya orang Ajam dan orang Arab atau Sultan dengan Rakyat. Sultan itu pun rakyat juga, tidak akan ada sultan tanpa rakyat. Kenapa bila jadi sultan, ibarat orang yang sudah menyeberang jambatan, buang tongkat? Tak elok buat perangai kaduk naik junjung. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa. Pesan orang tua-tua, “biar mati anak, jangan mati adat”. Orang Melayu ada adat istiadatnya.

Datuk awak dulu pun rakyat biasa aje, bermula dengan gelaran “Temenggong”. Kemudian Che Tun Abu Bakar Maharaja Johor. Semulia-mulia manusia ialah yang paling taqwa (Al-Quran). Bukan manusia yang diagung-agungkan oleh manusia kerana pangkat, kemasyhuran, kuasa dan kekayaan. Beristighfar minta keampunan dari Tuhan.

Waktu saya menulis, saya berada di dalam dunia saya sendiri, anda juga berada didalam dunia anda namun jika kita berani melihat dengan ‘mata hati’ kita tidak akan kata yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam. Soalan pertama yang mesti dijawab nanti ‘marabukka?’ siapa Tuhan kamu? Apakah kita perjuangkan hari ini sama seperti janji kita bahawa Allah Tuhan kita, dan kita tidak akan menyembah selain Allah?

Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adakah kita nak jawab dengan diri kita sendiri? Apakah kita telah mengikut Al-Quran dan Sunnah? Atau kita ikut agama tok nenek kita? Saya tahu bukan mudah hendak berjumpa dengan saudara kerana terlalu banyak hulubalang-hulubalang di keliling. Sebelum meneruskan tulisan kepada anda, cuba baca yang tersirat di sebalik surat Abdullah Munshi. Uncle Seekers pun namanya Abdullah. Abdullah itu ertinya hamba Allah. Hamba Allah tak bertuankan manusia, tak takut dengan manusia bila berkata benar.


“Ingat-ingat Tengku, yang akan ditanya oleh Allah Ta’ala segala hal rakyat kepada rajanya pada hari kemudian. Dan siapa lagi kalau bukan Tengku yang mula sekali masuk neraka adalah segala raja-raja yang zalim ke atas rakyatnya... Maka janganlah Tengku kira orang yang menjadi raja itu terlebih besar dan terlebih mulia daripada rakyatnya melainkan orang yang terkecil lagi hina adanya. Iaitu hamba segala hamba Allah.
Kisah Pelayaran Abdullah Munshi 

Kafir Quraisy takut dengan dakwah yang dibawa Rasulullah berkembang pesat dan pengikut Rasulullah bertambah ramai. Mereka kemudian mengutus Utban bin Rabi’ah berjumpa Rasulullah dan menawarkan beberapa tawaran supaya baginda dapat bekerjasama dengan mereka. Namun Rasulullah tetap tegas dengan pendiriannya menolak tawaran itu dan tidak akan meninggalkan perjuangannya berdakwah menegakkan syiar Islam. Walaupun dijanjikan dengan harta kekayaan, pangkat dan kuasa baginda tetap menolak segala tawaran yang diberikan itu.

Saudara,

Rakyat di Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya telah menempuhi banyak daerah perubahan di sepanjang sejarahnya. Peri laku dan cara berfikir saudara patut turut berubah sama, kalau tak berubah nanti rebah. Dulu rakyat tak ada pilihan melainkan percaya bulat-bulat apa yang tersiar di media massa arus perdana yang di miliki oleh mereka yang berkuasa. Itu dulu, dulu lain sekarang lain nyanyian Tan Sri SM.Salim. Anak-anak zaman dulu, takut dengan ibu bapa, takut dengan guru, dengan perkataan derhaka. Itu dulu. Sebab itu jangan kerana awak bergelar Sultan awak fikir awak boleh bersultan di mata beraja di hati.

Kita kini berada di era milenium, anak murid tak takut guru, anak tak pedulikan ibu bapa, rakyat tidak takut kerajaan. Inikan pula Raja-Raja, anda perlu dikejutkan supaya tak terus terlena. Di dunia tanpa sempadan di mana media baru yang tak memerlukan percitakan beritanya tersebar diseluruh dunia dimana ikan kecik boleh makan ikan besar. Jika anda tak sedar, demi masa sesungguhnya anda hidup dalam kerugian.

 Do Deigo De Sequera

Saudara selaku seorang sultan yang menjadi Ketua Agama, saudara sepatutnya mengkaji sejarah. Tahukah saudara punca kenapa Portugis ‘Benggali Putih’ menyerang dan menawan Melaka pada bulan Ogos 1511? Jika tidak kerana perangai Sultan Mahmud Shah yang dikenali dengan sikapnya yang terburu-buru, termakan hasutan para batu api di keliling raja yang mengatakan Panglima Do Deigo De Sequera datang untuk menyerang Melaka, sedangkan mereka datang untuk berniaga pada tahun 1409. Ingat apa yang terjadi pada Sultan Mahmud Shah II (1699) nama Mahmud juga akhirnya mati dijulang. Raja Adil, Raja disembah, Raja zalim, Raja disanggah akibat menyalahgunakan kuasa. Sebab itu bapak saudara menukar nama kepada Sultan Iskandar. Antara sebab Sultan Mahmud dibunuh oleh Laksamana Bentan kerana sikap terburu-buru tak dapat kawal nafsu, mudah terpengaruh dengan hasutan. Akhirnya membelah isteri Laksamana kerana termakan seulas nangka. Itu pun perempuan mengandung mengidam. Kuasa adalah amanah. Allah boleh menarik balik dalam sekelip mata. Sejarah Kesultanan Johor tamat bila Sultan Mahmud dibunuh ketika mahu pergi menunaikan solat Jumaat. Dia seorang homosexual dan bisexual, makamnya di Kampung Marhom Kota Tinggi.


Dalam surah An-Naml: Allah s.w.t menyentuh tentang Ratu Saba’ dengan ayat yang bermaksud:

Raja perempuan itu berkata; “ Sesungguhnya raja-raja apabila masuk ke sebuah negara, mereka akan merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina dina, dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.” 

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang telah mereka kerjakan dari jenis amal yang mereka pandang baik, lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. 
(Al-Furqan, ayat 23) 

Ayat-ayat Allah ini menerangkan hakikat amalan-amalan yang dilakukan oleh sesetengah manusia bagi tujuan dunia semata-mata. Akibatnya semua amalan itu menjadi sia-sia. Inilah yang telah terjadi kepada sebuah kerajaan yang tidak taat kepada perintah Allah. Jika sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Sakit berubat, berdosa bertaubat. Sifat Tuhan Maha Pengampun.

Saudara kena ingat, kuasa yang ada setakat ‘amanah’. Sepatutnya Johor sudah tak ada raja lagi. Sultan Mahmud tak ada keturunan, digantikan oleh Sultan Abdul Jalil anak Tun Habib, tiba-tiba muncul Raja Kechil yang menjadi anak gundik berperang dengan Sultan Abdul Jalil, akhirnya anak Bendahara Tun Habib yang lari dibunuh di Pekan mati dan kuburnya di Kampung Marhom Pekan.


Perbuatan awak yang angkuh dan sombong menunjuk-nunjuk kuasa dan kekayaan boleh memporak perandakan institusi Raja-Raja, akibatnya ramai saudara kerabat di negeri yang boleh sakit jiwa dibuatnya nanti, bila tersedar yang rakyat hari ini ramai yang tak suka pada raja tetapi suka mahu jadi anak raja, apa lagi boleh jadi Tengku Mahkota atau Raja Muda macam anak awak, Ismail yang merasakan dirinya Prince Charles. Orang kampung tahu kerabat diraja Johor buat kesalahan apa saja dengan mudah terlepas dari undang-undang mereka yang ada kuasa boleh tutup sebelah mata. Ingat, patience has its limit. Jangan sampai cacing naik ke mata. Kucing bila terdesak dipersok boleh bertukar menjadi harimau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya, apa jadi kepada Institusi Raja jika BN kecundang PRU ke-13 nanti?.....

Untuk tempahan melalui pos, sila beri maklumat seperti dibawah...

1. Nama penuh
2. Nombor telefon
3. Alamat
4. Bukti pembayaran melalui bank (RM60) dan email kepada

a) azmiapa@gmail.com (klik) (Maybank : 164155570335 Raihan Izati bte Azmi)
b) kerajaarakyat@gmail.com (klik)
c) alhusseyn471@yahoo.com.my (klik) (CIMB: 0816-0075101-52-0 Mohamed Ali Hussain)
d) manjungmari@gmail.com (klik) (Maybank : 158097625245 - Mohmad Afandi Ahmad)
e) otaimanjung@gmail.com (klik) (Maybank : 1580 9762 5245 - Mohmad Afandi Ahmad)
f) kitasemuauncleseekers@gmail.com (klik) (Maybank : 1580 9762 5245 - Mohmad Afandi Ahmad)

 

Setan, Syaitan, Sultan (Part 1) - Di Pasaran
Setan, Syaitan, Sultan (Part 2) - Peguam Di Buru Oleh Raja
Setan, Syaitan, Sultan (Part 3) - Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim
Setan, Syaitan, Sultan (Part 4) - Penyamun Tarbus: Benar Atau Fitnah?

Tuesday, October 16, 2012

Setan, Syaitan, Sultan (Part 2)

Setan, Syaitan, Sultan (Part 2)

 KDN mari kalu..susah aarrr...

Belum diharamkan lagi, kedai buku tak berani nak jual! Ayoyo Macha...apeda jadi?  Tak baek tuduh KDN kacau! Hu hu


 
Dari Blog APA (klik)

Hari ini dalam sejarah beb!

Pebenderlah agaknya yang Abah conteng-conteng dalam buku tu ek (klik)?


Bab 6 - Peguam Diburu Oleh Raja - (mukasurat 155 - 166)

Antara isi kandungan

....Firaun berlawan dengan Nabi Musa a.s. adalah sebaik-baik teladan yang boleh kitapelajari dari AlQuran kepada raja yang kejam, angkuh dan zalim. Apa jadi pada mereka yang membuat Allah SWT murka? Imam Ayatullah Rohullah Khomeni, pemimpin agung islam (Syiah) berjaya menjatuhkan raja segala raja Shah Iran yang dibantu oleh kuasa-kuasa besar dunia tanpa mengadakan revolusi berdarah menggunakan kaset dari Paris. Kini Iran menjadi Negara Islam yang maju biarpun lapan tahun Iraq memerangi Iran, yang kalah teruk dan yang mati kena gantung ialah Saddam Hussien, mati dalam kehinaan, jadi padang jarak padang terkukur. Siapa yang cuba memerangi 'wali Allah', Allah akan memerangi mereka.

 
Sultan Sir Abu Bakar ibni Daing Ibrahim (klik)
(1833 – 1895)

Segala-galanya di dunia ini adalah pinjam-pinjaman belaka. Kita manusia, tidak lebih dari seorang pelakun di pentas sandiwara. Apakah yang Yem hendak tamak sangat dalam hal keduaniian seperti ini? Mati semua tinggal. Bapa dia mati ada bawa apa-apa dalam kubur ke? Dia tak payah buat apa kerja atau berniaga untuk memiliki kapal laut, kapal terbang, berpuluh biji kereta mewah, ratusan juta kekayaan dan ribuan ekar tanah selain beberapa istana dan askar yang tidak dimiliki oleh lain-lain Sultan di Malaysia. Ada ke ulama yang mengingatkan dia, bila lagi nak pulang hak Allah yang ada di dalam simpanannya. 20% harta kekayaan, milik anak yatim, mereka yang menuntut ilmu, orang berhutang tak mampu bayar hutang. Sultan Mahmud Iskandar ada 'foundation', ramai rakyat Johor yang miskin, susah nak dapat rumah PPRT, kalau tak ada rasuah. Bila nak jadi seperti Sultan Harun Amirul Rashid naik motor kapcai ke kampung tanpa bodyguard guna motor besar.

1832 - 1932 

Alangkah baiknya jika mati seperti Almarhum Sir Sultan Abu Bakar yang meninggalkan Masjid dan legasi. Sultan Ismail raja yang lemah lembut disayangi rakyat, suka membuat taman dan cinta pada binatang. Sampai bila pun siapa yang buka sejarah tak akan lupa jasa Sultan Abu Bakar membuka dan membangunkan Johor. Sultan Abu Bakar mempelawa datuk saya Dato Syed Hassan bin Ahmad Alattas membuka Johor, buka kebun gambir, nenas dan akhirnya membuka Madrasah Alattas.Manusia disuruh memilih jalan ke syurga namun terserahlah....

Untuk tempahan melalui pos, sila beri maklumat seperti dibawah...

1. Nama penuh
2. Nombor telefon
3. Alamat
4. Bukti pembayaran melalui bank (RM60) dan email kepada

a) azmiapa@gmail.com (klik) (Maybank : 164155570335 Raihan Izati bte Azmi)
b) kerajaarakyat@gmail.com (klik)
c) alhusseyn471@yahoo.com.my (klik) (CIMB: 0816-0075101-52-0 Mohamed Ali Hussain)
d) manjungmari@gmail.com (klik) (Maybank : 158097625245 - Mohmad Afandi Ahmad)

kerajaanrakyat@gmail.com


 alhusseyn471@yahoo.com.my

 manjungmari@gmail.com



Jom layan karaoke lagu ni
'Kita Menulis Bukan Kerna Nama'

  
Kenapa tetiba suara aku jadi tak sedap ni! Semalam ok jer.....he he

Setan, Syaitan, Sultan (Part 1) - Di Pasaran
Setan, Syaitan, Sultan (Part 2) - Peguam Di Buru Oleh Raja
Setan, Syaitan, Sultan (Part 3) - Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim
Setan, Syaitan, Sultan (Part 4) - Penyamun Tarbus: Benar Atau Fitnah?

Sunday, October 14, 2012

Setan, Syaitan, Sultan (Part 1)

Setan, Syaitan, Sultan (Part 1)


Sekitar 1.30 petang tadi Abah beri aku buku ni untuk baca pastu suruh komen sikit kat blog ni. Kasilah aku tiga empat hari untuk komen.

Aku pun tak pasti berapa hengget harga buku ni tapi dah ada jual kat

Pustaka Mukmin
No. 143, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
03-2693 5155

Setan, Syaitan, Sultan (Part 1) - Di Pasaran
Setan, Syaitan, Sultan (Part 2) - Peguam Di Buru Oleh Raja
Setan, Syaitan, Sultan (Part 3) - Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim
Setan, Syaitan, Sultan (Part 4) - Penyamun Tarbus: Benar Atau Fitnah?