Followers

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 6)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 6)

 Balai Polis Gelang Patah

Yeaaa....ramadhan, rayer dan semua open house yang dijemput dikira settle. Mana-mana jemputan yang aku tak dapat pergi rumah korang aku minta maap banyak-banyak. Sori ek.

Wokay, kita sambung balik citer.

Kat lokap Gelang Patah, aku lepak 3 hari 2 malam. Check in khamis petang dan check out Sabtu pagi.

Dalam tu ada 2 bilik, satu ruang kecil, sederhana dan bilik air yang berdinding tapi takder pintu. Masa masuk tu tak sampai 7 orang kalau tak silap. Yang menarik perhatian aku adalah mengenai 3 orang yang dituduh bawah LLKP (langkah-langkah pencegahan khas), seorang rakyat Bangladesh dan seorang berbangsa India yang bekerja sebagai jurutera. Yang lain-lain tu aku tak amik port sangat. Mungkin masa aku tulis ni samada mereka bertiga ni samada mereka di buang daerah atau kat simpang renggam atau pun dibebaskan terus aku pun tak pasti! Dia orang masuk dalam pasal kes jual dadah.

Bro, kalau lu terbaca artkikel ni dan ada tersilap fakta tolong maklum kat peti komen. Maklumlah umur aku dah banyak.

 Yang salah seorang dari mereka bertiga ni (LLKP)citer kat aku (tak taulah samada betul atau tidak) dulu memang jual dadah (ice). Pada mulanya dia hanya guna untuk kegunaan sendiri tetapi memandangkan benda alah tu mahal, dia menjual dan isap sekali. Dua dalam satu. Lama-lama dia berhenti isap dan hanya menjual sahaja. Dia ada target untuk kumpul duit sebanyak yang mungkin untuk membeli rumah, kenderaan dan buka perniagaan. Bila impian tercapai dia pun berhenti menjual dan memberi tumpuan pada perniagaannya. Tapi selepas setahun atau 2 tahun kemudiannya dia ditahan selama 60 hari dalam lokap.

Penjara Simpang Renggam

Dia orang ni pun ada gak buat lawak cakap yang maksud LLKP tu boleh juga digunapakai sebagai lama lama punya kes atau lambat laun pun kena atau lagi lambat pun kena

Aku ada maklum padanya kalau semuanya dah ok balik cari modal dari sumber yang halal. Lagipun duit dari hasil titik peluh yang kita cari pun susah kita nak simpan apatah lagi dengan duit panas sebegini.

Walaupun umur aku hampir separuh abad, aku dah nampak depan mata sendiri, orang yang suka makan duit ‘panas’ ni secara luarannya samada kita nampak ok tapi sebenarnya banyak sangat penyakit yang mereka hadapi (luaran dan dalaman) ataupun famili mereka mesti ada sedikit ‘serabut’ (samada anak atau bini dia orang mesti murabbal!) sebab makanan yang dimasuk dalam perut mereka akan menjadi darah daging.

Selepas sekitar 2 jam aku check in, semasa aku duduk interview beberapa OKT dalam tu, tetiba aku dengar suara orang memanggil nama aku. Bila aku toleh jer rupa-rupanya pegawai polis yang menahan aku kat Tol Senawang, Supritendent Noor Hashim Mohammad bertanya pada aku dengan nada yang lembut.

Supritendent Noor Hashim Mohamad
OCPD Nusajaya
Pendapat peribadi aku sendiri (perhatikan jarak antara dua belah mata dan bentuk mulutnya), kalau mamat ni diberi tanggungjawab tanpa tekanan dari mana-mana pihak, dia boleh pergi jauh dalam kerjayanya. Dia ni jenis manusia yang tak suka buat kerja kelam-kabut! Dia ni muka dia jer ganaz tapi sangat berhati-hati membuat keputusan. 
Kesempatan ini, saya nak pesan sikit kat abang, tiada kuasa dalam dunia ni yang boleh mengatasiNYA. Jalankan tugas dengan adil kerana kita akan dipersoalkan diSANA nanti.

 “Syed dah makan?” 

Aku pun menjawab sambil mencari siapakah makhluk yang memanggil nama aku

“Dah bang...”

Dalam hati aku berkata.

“Macamana mamat ni boleh ada kat sini?” 

Masa tu kalau tak silap ada macam sedikit majlis yang dia buat. Masa aku baru sampai tu aku nampak macam ada beberapa basikal lumba kat luar balai tu.

Pendekkan cerita, bila aku dah keluar baru aku tahu mamat ni rupa-rupanya OCPD Nusajaya. Orangnya sukar untuk senyum tapi sekali senyum macam Jamal Abdillah! He he. Dont worry bang, saya tak kecil hati sebab semua perkara yang dilakukan kerana menurut arahan cuma tangkapan yang dibuat terhadap saya dan ada dua tiga perkara tidak mengikut spesifikasi dalam Akta Polis (kalau ada jodoh kita jumpa nanti saya citer). Tapi..standard arr bang...bila kita buat kerja kena tekan kaw kaw dengan si Kitol dan tangan ghaib, banyak benda yang terbarai. Hu..hu...camner pun, ianya telah menjadi SEJARAH untuk anak cucu kita baca dan buat kajian nanti.

Bersambung...(Part 7 - tutup kedai)

Part 1


:(

Thursday, August 9, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 5)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 5)

Salam semua,

Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata-katamu - Pujangga


Minta maaflah banyak-banyak kerana tidak menulis beberapa hari kerana sibuk melayan tetamu yang datang rumah dari petang sampailah ke pagi! Bila datang permasalahan sebegini barulah kita tahu siapa sebenar sahabat sejati atau hanya teman di kedai kopi.

Balik-balik soalan yang sama diajukan setiap kali tetamu jumpa aku ...

“Kenapa dah lama tak menulis?”

Suka hati mak abah tiri korang jer tanya soalan camtu. Baru beberapa hari jer tak tulis korang dah pikir macam-macam. Cubalah korang tanya aku bila Puteri Santubung  nak ajak aku pergi karaoke ok lah gak! He he. ..

Beginikah gambaran sebenar dalam diri Si Kitol?

Kalau aku nak tulis pengalaman sejak kena tahan sampailah keluar lokap rasanya sampai part 100 pun tak habis. Cubalah korang semua bayangkan kalau korang berada di tempat aku. Pasti korang akan ingat  peristiwa dan perangai semua pelakon-pelakon dalam FILEM ni sebab citer ni sebenarnya sangat best. Pertama sekali kita kena beri anugerah kepada Pengarah Terbaik Filem ini iaitu Si Kitol! Kalau dulu pengarah ini berjaya menjatuhkan Kerajaan Melaka, tapi jelmaan Si Kitol yang baru ini lebih merbahaya.

Kesian Orang Melayu di Johor... Achaner tu Johan?

Artikel kali ini aku cuma nak tulis secara ringkas pengalaman kat lokap Air Molek


1. Pukul rata aku duduk satu bilik dengan OKT (Orang kena tuduh) yang lain sekitar 18 orang setiap hari.

2. Keluasan bilik sekitar 20 kaki x 14 kaki.

3. Satu jamban cangkung sekitar 3 kaki x 5 kaki tapi hanya dilindungi oleh tembok tinggibahagian depan dan kanannya sekitar 3 kaki . Kalau korang ‘termenung’ OKT yang lain akan nampak kepala jer dan ada satu baldi hitam yang besar dan gayung disediakan untuk korang beristinjak.

4. Tempat mandi sebelah jamban tu pun lebih kurang saiznya dan kalau mandi samada ‘ular’ atau ‘bumper’ korang gerenti OKT yang lain akan nampak! He..he..Korang silap aarr..aku mandi kat jamban.. Walaupun ada baldi merah dengan gayung kat situ korang tidak mampu nak cover ‘ular’ sebab takder kepala paip nak takung air dalam baldi. Walaupun kelihatan seperti membazir kerana air sentiasa mengalir keluar tapi aku terasa macam kat Janda Baik pulak sebab sentiasa dengar bunyi air.

5. Sarapan pagi selama 6 hari berturut-turut disana adalah roti bun macam kat KFC tu. Setiap seorang diberi 2 biji dengan sebungkus air teh o panas. Aku cuma makan sebiji jer dan bakinya aku kasi kat OKT yang lain.

6. Sepanjang aku ditahan dalam lokap kat sini, cuma dua kali saja aku nampak menu makanan tengahari (hari pertama aku masuk tapi aku tak makan) dan lagi satu iaitu nasi dengan sebiji telur berserta satu bungkus plastik besar semacam kari sebagai kuah untuk dikongsi bersama . Aku tak makan tengahari dan malam dalam lokap sebab waktu pagi sampailah petang aku makan kat luar (dalam bilik siasatan) bersama anggota ENAM JAHANAM yang suka sangat bertanya soalan yang sama berulang kali kat aku sebab menaip pakai satu jari pastu laptop jenama ‘CAP AYAM’ selalu buat hal! Beli yang barulah weii! Cakap mengong kang marah! Wakaka...Tapi yang beshnyer, apa yang dia orang makan aku makan tapi selalunya aku makan apa yang aku nak makan sebab mereka yang belanja. Terima kasih banyak-banyak pada semua anggota ENAM JAHANAM ni sebab belanja aku makan pakai duit poket sendiri. Pada pendapat peribadi aku, manalah tau kalau satu hari nanti korang para sahabat yang terdiri dari blogger dan pembaca sekelian, kalau kena tahan macam aku ni jugak, korang berilah kerjasama pada Polis dan berkata benarlah dan jangan sesekali berbohong supaya mudah mereka menjalankan tugas masing-masing. Anggota Polis pun manusia macam kita jugak ada perasaan. Kalau korang cakap berbelit-belit mestilah dia orang angin dan ditakdirkan hari tu bini dia ‘moon coming’ memang masak lah korang!

7. Kalau ada mood, selalunya bila waktu malam, samada aku jadi PENGLIPUR LARA atau seorang wartawan. Mereka para OKT akan duduk berkumpul mengelilingi aku dan bertanya pasal HANTU! Hadoii...bulu ketiak dah panjang pun minat lagi cerita-cerita sebegini. Ada yang mendengar dengan mulut melopong dan ada yang tertidur. Sebijik perangai macam budak-budak dia orang ni! Bila aku dah boring nak tido, OKT yang dah tido tu siap bangun balik merengek minta cerita lagi! Sememangnya didalam lokap memang sangat membosankan sekiranya anda tiada matlamat. Tapi sekiranya anda penuhkan masa dengan bertanya setiap seorang OKT pengalaman masing-masing, anda dapat rasakan masa bergerak terlalu pantas!

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” - Pujangga

8. Kelemahan yang patut diperbaiki di Lokap Air Molek adalah pakaian yang dipakai oleh OKT semasa ke Mahkamah atau soal siasat hendaklah dibasuh terlebih dahulu.Wa cakap lu... segala macam bau melekat kat baju tu! Jangan kata bau Bangla jer, bau Myanmar, India dan pelbagai bau pun ada. Sendiri mau ingatlah kalau korang pakai bekas baju OKT yang ada penyakit kulit atau penyakit..... Kalau korang nak tahu, seluar yang aku pakai tu tak bertukar selama 7 hari dan baju glemer ungu yang korang nampak dalam TV atau sokabar tu aku terpaksa selitkan satu sudut celah-celah pakaian kat almari yang disediakan supaya OKT lain tak pakai. Satu perkara yang aku nak puji kat artikel ni ialah pakaian yang diberi kepada OKT kat Lokap Gelang Patah  dibasuh bersih terlebih dahulu dan siap berlipat dalam plastik lagi dan boleh minta tukar yang baru setiap hari. Selain dari pakaian, kebersihan dalam lokap, menu makan pagi dan tengahari dan bilik airnya adalah terbaek diladang!

9. Dalam lokap tu ada satu CCTV dibahagian atas sudut bilik. Sepanjang pengalaman aku selama 7 hari disini, tak pernah sekali pun aku nampak kejadian liwat atau gaduh! Tapi yang pasti dalam rakaman cctv tu, kebanyakan OKT akan tidur dalam kesejukan. Bila waktu malam sekitar 1 pagi suhu dah mula sejuk...nasib baiklah ada lantai papan. Lokap tu punya tingkap punyalah besar, bila angin tiup..mak aaii..telo terus masuk kedalam. Untuk panaskan badan terpaksalah aku tutup kaki dengan tuala ‘good morning’ yang diberi. 

10. Rupa-rupanya penagih dadah yang masuk lokap, tiga hari yang pertama aku nampak dia orang ni suka duduk memeluk kaki seperti menggigil kesejukan dan suka menggaruk tubuh terutama dibagian betis. Bila aku tanya, dia orang cakap seperti ada tikus bergerak dalam betis! 

11. Pengalaman aku yang paling besh dalam lokap Air Molek adalah aku tak buang air besar langsung dan belajar 3 benda baru dalam hidup iaitu KAPAL, HABUK dan ROKET. Biarlah ianya menjadi rahsia dalam hidup aku. Kalau korang nak tahu juga, masuklah LOKAP! Ahakz..

Bersambung...

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad

Part 1


Jom selam citer Lion King ni...

Wednesday, August 1, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 4)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 4)

Salam....

Gambar Hiasan (Pudu Jail)



Sebaik saja aku melangkah masuk dan melihat keadaan sekeliling... auranya sangat negatif. Sedih, kecewa, kesal, stress dan pelbagai emosi yang tercetus oleh para “Orang Kena Tangkap (OKT)” di dalam sana tetapi hatiku rasa gembira entah kenapa aku pun tak tau! Dengan tangan yang bergari, aku terpaksa berjalan lebih kurang  10 meter lagi untuk sampai ke pintu besi yang kedua.

Borang Hak-Hak Orang Ditangkap

Sebaik saja pintu besi tersebut dibuka, maka ternampaklah beberapa sel yang sudah uzur dan ada suara yang menjerit dan melambai ke arah aku.

“UNCLESEEKERS...!  UNCLESEEKERS...!”

“YO BEB!”

Aku pun membalas semula sahutan seorang remaja lelaki berkulit gelap, kurus dan mata kirinya mengalami masalah penglihatan yang berdiri di hadapan pintu bersama OKT yang lain.

Lebih kurang 10 meter dari pintu besi kedua itu, terdapat sebuah pejabat yang di dalamnya terdapat  beberapa anggota polis sedang menjalankan tugas. Selepas gari dibuka, aku berceloteh sedikit bersama mereka. Selepas itu, aku dibawa ke bilik persalinan yang berada di hadapan pejabat tersebut.

Lebih kurang camni tapi hujung pemegangnya straight jer

Baju, seluar jeans, rantai leher, gelang, dompet  dan kesemua ubat sakit gigi diserahkan kepada anggota tersebut. Aku diberi seluar pendek bewarna ungu, 2 helai tuala ‘Good Morning’ (sepatutnya sehelai sahaja tapi aku minta lagi sehelai sebab darah dalam gusi aku masih keluar), ubat gigi dan sabun mandi kalau tak silap jenama MAY bersaiz kecil dan berus gigi kontot.

Selepas bergurau senda dengan anggota yang bertugas di situ, aku dibawa ke lokap remaja tadi. Di hadapan lokap itu ada senarai nama semua OKT yang ditahan. Pintu selnya agak besar dan berbunyi tak besh bila dibuka.

Sesungguhnya, inilah saat yang ku nantikan! Selepas bersalaman dengan semua OKT di dalam sel yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara, aku pun duduk macam BOSS dalam tu. Kalau tak silap ada 10 orang kot! Pelbagai kesilapan yang telah mereka lakukan. Hisap dadah, takde permit, gaduh dan macam-macam lagi. Selepas aku interview diorang lebih kurang, aku lelapkan mata sekejap sebab terlalu mengantuk.
Aku terjaga dari tidur apabila terdengar seseorang menjerit.

“KAWASAN..! KAWASAN..!”

Aku tak amik port apa yang dia buat dan tido balik. Selepas itu, budak remaja berkulit hitam tu mengejutkan aku tido...

“Uncle, jom makan..”

Aku bangun dan hanya melihat sebungkus plastik berisi nasi ngan lauk serta sebungkus minuman. Aku lupa air apa. Aku hanya memerhatikan saja perangai diorang. Makanan dan minuman yang diberikan aku beri pada mereka sebab aku mamai baru bangun tido.

Untuk pengetahuan semua, aku langsung tak ingat kesemua nama OKT yang ada dalam sel itu sebab seperti yang aku maklumkan dalam artikel yang lepas, aku sukar mengingati nama orang dan nombor. Aku hanya ingat nama orang yang terpeta dihati aku saja. Itulah antara perangai aku yang tak senonoh!

“Macamaner percintaan Uncle dengan Siti Aishah?”

Remaja berkulit hitam bersungguh-sungguh untuk mengorek rahsia dari aku. Aku hanya senyum dan menjawab.

“Nantilah aku cerita nanti. Rileks lu bro. Kasi aku tido ek”

Lebih kurang pukul 2 petang kalau tak silap aku lah, aku dikejutkan kerana terpaksa ke mahkamah. Aku dibawa sekali lagi ke bilik persalinan untuk memilih selipar dan ke satu sudut untuk mengambil baju ungu. Selepas itu, ke pejabat bersebelahan untuk digari semula dan dibawa keluar dari lokap.

Ditemuramah wartawan

Sebaik saja pintu dibuka, aku lihat satu trak sedang menunggu. Sebaik saja melangkah masuk kedalam trak tersebut aku nampak Siti Nadhirah duduk dengan tangan bergari memakai baju bewarna unggu sama macam aku duduk di kerusi hadapan bersebelahan dengan pemandu dan disebelah kirinya pula seorang anggota polis wanita.

Beliau tersenyum riang bila ternampak wajah aku dan memanggil aku..

“Abang...”

Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu...Bagaimana harus aku terangkan pada ayahnya nanti yang sudah tua, berusia 84 tahun serta mengalami pelbagai penyakit, dan ibunya pula mengalami masalah sakit jantung?

(Klik untuk video Liputan aku ditahan: TV3)

Lebih kurang setengah jam kemudian, kami semua sampai di mahkamah. Punyalah ramai wartawan yang sedang menunggu. Sebaik saja aku melangkah turun dari trak, tu diaaa...aku terdengar beberapa suara wartawan memanggil nama aku sambil bertanya pelbagai soalan.

Dengan rambut tak bersikat, tak mandi, muka sembab tak cukup tido, aku pun menjawab yang perlu sahaja tapi aku tetap memberi senyuman sekadar yang termampu, siap angkat tangan tunjuk isyarat bagus lagi. Korang nak cakap apapun terpulang lah sebab pembongkaran yang aku buat tak disiasat tapi aku pulak yang kena cekup.

STANDARD  AARRR...

(Klik untuk video Liputan aku ditahan: NTV7)

Inilah kali kedua dalam hidup aku masuk mahkamah untuk di REMAN kerana mencari kebenaran. Punyalah ramai orang dalam mahkamah. Macam-macam bangsa dan agama serta pelbagai kesalahan. Bila tiba giliran aku, pihak pendakwaraya iaitu ASP Mohd Fairos Bin Ithnin, penyiasat kanan (J) NKRA4 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya memohon supaya aku di reman 4 hari. Sejujurnya aku memang takder hal sebab aku akan beri kerjasama sepenuhnya pada beliau nanti, tapi bila giliran Siti Nadhirah direman empat hari aku terus membantah tapi bantahan aku tidak terima. Sedih siot, dia tak salah apa-apa dahlah kena gari, pakai baju ungu pastu nak kena reman lagi 4 hari.

Katakanlah hari aku ditahan kat Tol Senawang tu aku bawa mak aku, adakah dia juga akan ditahan dan direman?

Selepas aku keluar dari lokap, aku telah dimaklumkan oleh keluarga bahawa tiada seorang pun peguam berbangsa Melayu yang berani amik kes ni. Pelbagai alasan dan helah yang mereka berikan, tapi hakikatnya mereka TAKUT periuk nasi tergugat. Kalau yang ada pun, suka bertangguh untuk beri keputusan. 

Pertama kali ditahan pada 2006 kerana membongkar penipuan Cakra Alam. Allah Maha Kaya, selepas beberapa tahun kemudian, pusat rawatan Cakra Alam telahpun ditutup kerana suka menipu Orang Melayu.

Selepas itu aku dihantar semula ke Penjara Reman Ayer Molek dan buat kali kedua secara rasminya, aku masuk dalam LOKAP untuk “Seek The Truth”!  Yabedabedoo..!

(Bersambung...)

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat alam yang besar” - Saidina Ali

  

Tuesday, July 31, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 3)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 3)

Kabare wak...

Balai Polis Senawang


Selepas semua dokumen diambil, aku bersama dengan Siti Nadhirah duduk di tempat belakang kerusi dan dibawa oleh dua anggota ke balai Polis Senawang. Sampai disana aku ditanya oleh Supritendent Noor Hashim samada sudah makan atau belum. Aku minta mee goreng dan Teh O Ais. Dalam hati aku sempat berkata, “Waaahh.. Malam Nisfu Sha'aban aku di tahan polisi.. Menarik tuu..


Aku telah dimaklumkan oleh Siti Nadhirah bahawa beliau sudah pun menghubungi pengurus peribadi dan anak aku untuk memaklumkan pada keluarga tentang penahanan ini. Abah aku ialah seorang yang sangat tegas waktu tidurnya kerana waktu tidurnya sekitar 9.30 malam dan akan bangkit awal sekitar 4.00 pagi untuk menulis. Selepas membuat panggilan, Siti Nadhirah diminta menyerahkan handphone kepada salah seorang anggota. Beberapa kali beliau bertanya adakah dia juga akan di tahan dalam lokap. Aku hanya menyuruh beliau menerima apa saja keputusan dan menyuruhnya membaca doa ketika Nabi Yunus dalam perut ikan sebanyak yang mungkin.

Sementara menunggu rezeki sampai, aku sempat berbual-bual dengan beberapa anggota polis yang menahan aku. Salah seorang dari mereka wajahnya saling tak tumpah macam Petchatai Wongkamlo, salah seorang pelakon dalam filem Ong Bak. Nak tergelak pun ada sebab cara dia berjalan dan bercakap memang seiras.

Gambar Hiasan (Sumber)

Selepas bergambar kenangan dengan beberapa anggota polis yang rupanya mengikuti perkembangan karier aku, aku pun cuba bertanya dengan salah seorang anggota yang bercakap dialek “ana anta”, tentang kenapa aku ditahan. Beliau suruh aku bersabar... Pelbagai perangai anggota polis yang terlibat menahan aku di dalam balai tersebut. Ada yang peramah, pendiam, ikhlas, yang baik dan ada juga yang pandai bermuka-muka tapi  dua orang sajalah.


Selepas aku dihidangkan makanan yang aku pesan tadi, aku makan ubat sakit gigi jenama Hurix’s yang dibeli kat stesen Patron sebelum Tol  Sungai Besi semasa on the way ke Seremban 2.

Rumah di Janda Baik

Kalau tak silap aku sekitar  jam 1 atau  2 pagi, tiba-tiba aku diminta ke Janda Baik dan Siti Nadhirah menunggu di Balai Senawang. Aku dibawa naik kereta Proton Waja bersama empat anggota termasuk yang wajahnya mirip Petchatai Wongkamlo tadi. Dia duduk di bahagian depan sebelah pemandu.

Tidak kurang 7 buah kenderaan yang bergerak dari Balai Polis Senawang ke Janda Baik malam itu. Sampai sahaja di stesen minyak BHP selepas plaza tol Gombak, ada sebuah lagi kenderaan sedang menunggu. Sebaik saja sampai ke rumah, aku minta mereka meletakkan kenderaan di luar kawasan rumah. Aku jemput kesemuanya masuk ke taman orang tua aku.

Sebaik saja sampai ke rumah, aku tengok pintu rumah terkunci. Tombol tu baru ditukar tapi aku tak sempat ambil dari Ariff. (Semasa aku on the ke Seremban 2, aku ada hubungi Ayin untuk bertanya dimana beliau berada kerana aku hendak memandu kereta Wish yang sedang digunakannya, lebih besar sedikit dari kereta Viva kepunyaan anak aku. Beliau memaklumkan yang mereka sedang bermain golf dan tak dapat berbuat demikian). Aku terpaksa ke pintu belakang untuk mengejutkan Salim untuk membuka pintu. Aku masih tidak dapat masuk ke ruang tamu yang lagi satu sebab pintunya terkunci. Terpaksalah aku masuk melalui tingkap yang kebetulan tidak berkunci dan kemudian membuka pintu dapur untuk membenarkan anggota polis masuk ke rumah.

Liputan media tentang Salim August 2006

Salim ialah salah seorang anggota team kami secara sukarela sejak tahun 2005. Nasibnya agak malang apabila beliau terjatuh dari tingkat satu sebuah bangunan dan koma selama 3 bulan ketika kami sedang melakukan aktiviti  ‘Ghost Tour” pada 27-8-2006.

Sehingga hari ini aku menjaga makan minum dan sakit peningnya  kerana kedua ibu-bapanya telah meninggal dunia sejak beliau kecil lagi dan beliau telah disahkan “Orang Kurang Upaya” oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ingatannya juga sudah banyak ‘lari’ sejak dari peristiwa tersebut. 

Sehingga hari ini beliau tidak tahu nama sebenar ibunya. Kesian. Salim ni taklah menjadi beban kat aku. Cuma satu sikap dia yang paling aku tak suka adalah dia suka mencuri apa saja barang dalam rumah. Tak kira apa pun janji dia boleh ‘tukar barang’ dengan yang boleh digantikan seperti makanan atau minuman kesukaannya, iaitu roti dan air soya.

Danzen & Synflex

Aku bawa beberapa anggota polis round satu rumah. Rumah yang bapak aku bina ni banyak pintu. Aku nampak dia orang pun macam pening sikit. Selepas mereka berpuas hati, aku masuk semula ke bilik tetamu untuk mengambil ubat sakit gigi Synflex 550mg (painkiller) dan Danzen 5mg (susut bengkak) yang aku beli di Jaya Iss Farmasi dialamat 51D, Podium Zikay, Jalan Raja Alang, Kampung Baru kalau tak silap pada 30-6-2012 sekitar 9 malam. Aku pun bedal sebiji Synflex dan sebiji Danzen.

Lepas tu kami meluncur laju terus ke Balai Polis Senawang. Sebaik sampai saja di sana aku melihat Siti Nadhirah berwajah sugul. Selang setengah jam kemudian aku dimaklumkan bahawa aku terpaksa dibawa ke Johor Bahru kerana ditahan bawah Akta Rahsia Rasmi.  Sekali lagi aku bersama Siti Nadhirah dibawa ke Johor Bahru menaiki kereta Waja tetapi kali ini dibawa oleh Inspektor Siri yang berasal dari Sabah. Untuk menahan sakit gigi, dalam kereta aku bedal sebiji lagi Synflex dan Danzen.


Semua di dalam team kami dan keluarga tahu yang aku tak ada penyakit selain SAKIT GIGI setiap 2 bulan sekali. Aku start kena sakit gigi ni sejak tahun 2004. Sebenarnya dulu (dan sekarang pun...) aku ni kaki melantak COKE. Semua staff aku di Syarikat Manja (http://produkrindu.blogspot.com/) tahu dalam bilik kerja aku ada satu peti ais penuh dengan COKE. Dalam rumah aku pun satu tray dalam peti sejuk tu penuh dengan COKE. Ini lah akibatnya kalau suka minum COKE! Walaupun gigi tidak berlubang tapi akan longgar dengan sendirinya lama kelamaan.


Kalau tak silap, kami sampai sekitar 7 atau 8 pagi Rabu di Balai Polis Nusajaya. Aku pun berbual dengan seorang anggota polis berpangkat ASP tapi aku tak ingat namanya kerana aku dah mula mengantuk sebab sememangnya waktu itu sudah sampai masa untuk aku tido. Aku sempat ambik satu biji lagi Synflex dengan Danzen. Lebih kurang setengah jam pastu tetiba aku rasa air liur bercampur darah dan nanah. Siti Nadhirah menegur aku sebab gigi aku sudah dipenuhi dengan darah. Alhamdulillah, gusi aku yang bengkak tu dah pecah! Lega rasanya. Selagi tak pecah selagi tu gusi berdenyut.


Sekitar jam 10 pagi kalau aku tak silap lah, seorang anggota polis lelaki memohon keizinan untuk menggari tangan aku. Aku takder hal sebab ni kali kedua tangan aku digari selepas aku membongkar penipuan Cakra Alam dan seorang anggota polis wanita pula meminta Siti Nadhirah menghulur tangannya untuk digari. Aku lihat air mata Siti Nadhirah berlinang... 

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa PILUnya hati aku ketika itu. Aku yakin sepenuh hati  bahawa perbuatan SI KITOL dan kuncu-kuncunya  ini akan dibalas juga satu hari nanti akibat salah laku kuasa dan rasuah.Aku minta Siti Nadhirah supaya berdoa dan yakin bahawa doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan doanya. 

Apa dosa Siti Nadhirah sampai digari? Dia hanya menemani aku untuk berjumpa dengan Rusni SPRM!

Lokasi Penjara Reman Ayer Molek, Johor Bharu

Dengan tangan bergari, aku sekali lagi menaiki kereta Waja ke destinasi yang belum pasti. Aku lihat keadaan sekeliling dan hati aku sangat lega apabila aku dibawa ke Lokap Air Molek. Aku pernah masuk penjara ini kalau tidak silap 17 tahun yang lalu apabila membawa anak-anak Abu Talib menziarahi ayahnya kerana berkahwin dengan 10 orang isteri. 

Syed Hasan Al-Attas (1832-1932)

Lokap Air Molek ni terletak bersebelahan dengan jalan yang dinamakan bersempena dengan nama moyang aku iaitu Syed Hassan Alattas (lihat di bahagian utara peta di atas). Aku difahamkan bahawa lokap ini adalah lokap yang paling tak besh kat Johor Bharu. Sampai sahaja di pintu besi pertama lokap tu aku teringat kata-kata hikmah Mahatma Ghandi;

“Apabila anda benar, anda tak perlu marah. Apabila anda salah, anda tak boleh marah.”

Monday, July 30, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 2)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 2)

Salam ...




Sebenarnya, pada 3-7-2012, hari Selasa, aku masih lagi kat Melaka melepak kat Chalet milik abang angkat aku yang dikenali sebagai Siti Selamat. (Nanti aku citer lebih lanjut kenapa nama dia buruk camtu). Chalet dia ni tak lah cantik sangat sekitar 1 bintang berhadapan dengan laut tapi keikhlasanya keluarganya yang aku paling kagum.


Petang Selasa kalau tak silap lah, aku ada contact Rusni kawan sekelas aku masa form 5 tahun 1983 kat Sekolah Aminuddin Baki, Johor Bahru. Kengkawan lama beritahu yang dia ni dah jadi pegawai besar kat SPRM Johor. Sejak habis jer sekolah aku langsung tak pernah jumpa atau tengok muka dia sampailah aku kena tahan kat tol Senawang. Aku call dia sebab nak minta nasihat sebab aku ada dokumen penting nak serahkan kat pejabat SPRM di Putrajaya.

Masa tu kalau tak silap dia kata on the way nak balik rumah second wife dia kat N9. Aku cakap kat dia singgahlah kat Melaka jumpa aku dulu tapi dia beri alasan dah sampai Seremban. Pendekkan cerita, kami bersetuju untuk berjumpa keesokan harinya di Kuala Lumpur untuk makan malam bersama. Aku juga sempat maklum kat dia yang aku nak bawa sekali awekz aku.

Siti Nadhirah

Tanpa buang masa selepas aku makan malam bersama keluarga Siti Selamat, malam tu jugak aku bertolak ke Janda Baik. Sebelum aku terlupa, aku nak ucap terima kasih banyak kat kat Kak Rahimah dan keluarganya (yang aku ingat Cuma Faiq saja yang lain aku lupa. Memang kelemahan yang paling ketara pada diri aku adalah mengingati nama orang dan nombor) sebab memberi layanan yang baik pada aku dan kengkawan semua serta keluarga kerana beri kami lepak secara percuma termasuk makan-minum selama 3 hari 2 malam.

(Kak Rahimah, lauk daging lembu masak lada hitam (kalau tak silap lah) adalah yang paling sedap saya rasa selama ni. Kak, kalau datang Janda Baik boleh tak masakkan saya lauk macam tu jugak tapi tukar daging kambing yer.)

Telefon aku

Seperti biasa rutin hidup berpuluh tahun, aku hanya akan melelapkan mata selepas waktu FAJAR. Kalau tak silap aku, sekitar pukul 8 pagi samada aku ada SMS atau call nak tanya dia camner dengan temujanji tapi tiada sebarang balasan. Waktu petang sekali lagi aku call tapi dia tak angkat. Aku dah mula hangen! Aku SMS dia adakah dia ni JUJUR dan AMANAH menggalas jawatan membanteras RASUAH. Dia masih tak jawab SMS aku. Beberapa minit kemudia aku call dia dan dia MENJAWAB panggilan aku 

Beb, jangan cakap camtu..

Nada suaranya agak kurang selesa selepas kena sound tepek sms tadi!

Yelah, aku tepon ko tak angkat! Camner appoiment hari ini?” 

Dia minta aku jumpa kat Jaya Jusco Seremban 2 selepas pukul 7 malam sebab dia nak shopping dulu.


Seperti biasa yang kita maklum ada lelaki jenis ‘tubeless’ (tak selesa pakai spender/underwear) dan ada juga yang suka pakai spender yang seksi . Aku katogeri yang nombor dua tu lah. Ho ho ho..Kalau kat dalam rumah aku ‘tubeless’ sebab dengar nasihat orang tua-tua supaya ‘si punai’ tu dapat bernafas dengan lega dan tidak melecet!

Entah kenapa petang Rabu tu, seperti ada ‘petanda dan getaran tubuh yang sangat kuat’ yang menyuruh aku keluar rumah tanpa pakai spender! Sepanjang hidup selepas bersunat, ini adalah kali kedua aku keluar tak pakai spender. Seperti ada suara kecil dalam hati berkata.

Dalam lokap nanti tak payahlah pakai spender..


Aku bersama awekz aku Siti Nadhirah sampai Seremban sekitar 9.00 malam kalau tak silap. Sememangnya kami berdua tidak tahu dimana Jusco yang dimaksudkan. Berpusing aku mencari tapi tak jumpa. Siti Nadhirah berhubung dengan Rusni pegawai SPRM dimana lokasi yang sebenarnya. Selepas itu Siti Nadhirah hubungi pula sahabatnya yang pernah menetap di Seremban untuk membantunya memberi tunjuk arah. Kemudian Rusni telefon semula supaya berjumpa di Tol Senawang. Sekali lagi Siti Nadhirah hubungi sahabat aku pula menunjukkan arah jalan ke Tol Senawang. 

Sebaik saja sampai di Tandas Tol Senawang, aku lihat ada 11 missed call dari Rusni. Aku keluar dari kereta dan menelefonnya. Aku bertanya.

Beb lu kat maner?” sambil mata aku melilau mencarinya.

Pandang kanan beb.” 

Aku nampak dia bersama seorang wanita dalam kereta Toyota Harier (kalau tak silap). Tak sempat aku nak berjalan ke arahnya tiba-tiba tak kurang 20 orang kerumun aku dan tidak kurang 10 biji kereta mengepung aku. Dah macam kat dalam filem omputih wa cakap lu...

Tetiba ada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Supritendent Noor Hashim dan meminta kad pengenalan aku. Fikiran aku masih lagi memikirkan Rusni SPRM sambil memberi kad pengenalan kepada pegawai polis tersebut. 

Aku cuba mencari kawan aku tadi tapi keretanya disebelah hujung sana. Beberapa anggota polis yang terdiri daripada jurugambar mengambil gambar aku dan ada seorang cameraman merakam semua detik peristiwa tika itu. Tetiba aku terdengar satu suara...

Uncle, tengok apa yang kami buat yer..

Mereka buka pintu belakang dan mengambil gambar dokumen yang hendak saya serahkan pada kawan saya Rusni SPRM. 

Saya cuba mencari kawan saya tapi beliau sudah tiada...

Hati kecil aku berkata..

Padanlah dia missed call aku sampai 11 kali...

Dan kata-katanya “Beb, dia sultan kita...” masih terngiang-ngiang di telinga aku...

(Bersambung...)


Mohon maaf banyak-banyak sebab tak dapat beri maklumat yang tepat tentang masa, tarikh dan bukti SMS aku dengan Rusni sebab kedua-dua telefon aku masih dalam simpanan dan siasatan pihak polis.

“Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.” - Pujangga

Part 1

Saturday, July 28, 2012

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 1)

Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 1)

Salam semua...


Minta maaplah banyak-banyak sebab tiada sebarang kabaran dari aku sendiri. Untuk pengetahuan korang semua selepas saja aku dibebaskan pada 14-7-2012, peguam aku terus bawa lari aku keluar dari wilayah JOHOR. Pemandu peribadi yang bawa kereta jenama 3 bintang tu lari macam pelesit! Sekejap-kejap peguam aku Tanya pemandunya sama ada orang follow tak? Aku plak dok layan ipad dia sampailah Kuala Lumpur. Macam-macam berita dalam akhbar tentang penahanan aku tapi yang paling besh sekali pelbagai komen nakal dari pelbagai forum. Sejak dari dulu lagi aku berpegang kata-kata Imam Ali.“Manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang mereka tidak tahu”. Untuk mereka yang bersifat begitu, don’t worry, aku sentiasa memafkan anda semua.

Peguambela Mr T.Kumar


Berbalik cerita tentang peguam aku tadi, kalau tak silap aku tak kurang dua kali pemandunya mengingatkan beliau bahawa minyak kereta perlu di isi. “Try to find in Melaka”. Kalau kereta bawah 1000cc memang comform aku maki kaw-kaw punyer sebab bawa kereta tekan minyak macam mak abah tiri dia punya jalan!
“Berapa harga kereta masa you beli kereta ni?” Peguam aku menjawab secara acuh tak acuh sambil menulis sesuatu di computer ribanya jenama [(SONY VAIO)*edited] yang terbaru. Cun sioot! “Around eight hundred thousand”.

Aku pun berenti sekejap meneliti forum-forum yang aku baca tadi dan melihat sekeling dalaman kereta tersebut. Aku pun cakap dalam hati... “Good things cannot be cheap, cheap things cannot be good”. Sampai sahaja di stesen minyak, (aku tak ingat kat maner) aku pun turun terus cari tandas. Lepas melepaskan kelegaan, tetiba beberapa anak muda (kalau tak silap bakal guru) turun dari bas dan datang ke arah aku dan meminta izin untuk bergambar.

Yang paling pelik, punyalah banyak lalat kat stesen minyak itu sampaikan berpuluh lalat masuk dalam kereta. Selepas mengisi minyak, pemandu tersebut terus meluncur dengan laju terus ke Kuala Lumpur. Tak kurang 5 kali peguam aku Tanya pemandunya samada ada orang ‘follow’ tak? Aku pun tanya peguam aku tu kenapa asyik tanya benda yang sama. Dia pun cakap. “Nanti I cerita”.

Aku terpinga-pinga apa sebenarnya yang telah berlaku. Maklumlah aku bercuti sepuluh hari! Ho ho ho..
Tetiba- tetiba Kumar lawyer aku terima panggilan. “Your daughter wants to talk to you..”. “Abah kat maner..” Aku pun tengok kat luar tingkap rupa-rupanya dah nak sampai tol Sungai Besi. “Abah, dia orang dah masakkan ayam goreng kesukaan abah. Abah sampai pukul berapa?” Sememangnya aku tak tahu si Kumar ni nak bawa aku pergi mana! Aku pun terpinga-pinga. “Let me speak to your daughter”. Aku pun beri telefon tu kat dia “Maybe in half an hour. Call you back when I reach that area”. “Kita nak pergi mana ni bro? Pundek aarr lu”. Dia senyum jer bila aku hangen! Aku malas lagi nak layan dia yang tak habis-habis dari tadi berahsia! Kali ni aku cuba cari beberapa maklumat yang penting untuk..... Telefon Kumar bordering lagi! “Your son wants to talk to you”. “Abah, sampai Petronas nanti call balik tau!. Abah ok ke? He he..Nanti kita citer panjang ek. Ok abah, bye..”

Engkuyah, Aku, Habib


Macam tulah perangai anak lelaki aku Habib yang suka menghiburkan hati aku berbeza dengan kakaknya yang manja dan sangat prihatin terhadap diri aku. Sampai saja kat Petronas, satu lagi kereta jenama 3 bintang sedang menunggu aku. “Alhamdulillah, anta sampai jugak kat Kuala Lumpur. Semuanya ok ke beb? Ada orang follow ke?” Sesungguhnya aku sangat terkejut kerana sahabat aku masih bertanya benda yang sama! Korang semua ni pehal? Asyik tanya benda yang sama. Balik-balik tanya ada orang follow tak! “Kalau tak ok aku tak sampai sinilah”. Benda yang serupa sahabat aku buat macam perangai si Kumar iaitu SENYUM.

“Kumar, you follow I”. Tak sampai 5 minit aku sampai lah kat rumah dia. Penginapan yang tertinggi di Kuala Lumpur. Kalau di Janda Baik aku sentiasa mendengar suara sungai dan suhu yang nyaman tapi disini pemandangannya yang sangat indah, nyaman dan windy. Dalam perjalanan menuju kerumahnya aku bertanya, “Berapa lama aku kena lepak kat rumah anta ni beb?”. “Sukati anta lah berapa lama anta nak lepak. Anta berehatlah dulu.”

Dari jauh aku Nampak kedua-kedua anak aku bersama cucu dan rakan-rakan sudah menunggu di depan pintu rumah dengan senyuman yang paling manis yang belum pernah aku nampak sebelum ini.
Pendekkan cerita, kami pun bergurau senda macam besok nak kiamat sampai aku terlupa nak tanya pasal isu ‘ada orang follow’..

Pondok Pak Habib


Sebenarnya, aku baru jer menulis sekitar 9 malam tadi sebab banyak benda yang perlu aku settlekan. Pastu aku berenti kejap kejap layan merapu dengan kengkawan semua. Cipet aaaa diorang ni. Sorry lah, aku tak tepati janji untuk menyiapkan artikel untuk hari ni. Ala lambat sikit je, tak sampai satu jam pun..

Celak


Sampai Janda Baik semalam sekitar 2 pagi tadi.Paling aku rindu sekali kat kucing aku. Namanya CELAK, dia ni spesis bantut aka bonzai. Makan banyak camner pun saiz dia tetap cam tu. Sebenarnya CELAK ni adalah amanah dari abah aku supaya jaga dia. Masa aku kena tahan kat senawang dia tengah bunting. Setiap hari aku akan cium perut dia dan mengharapkan anak yang bakal dilahirkan cun-cun belaka sebab kucing-kucing jantan yang dah toron dia encem-encem belaka! Tapi yang sedih sekali sampailah aku menulis ni aku tak nampak anak-anak dia... Dapur, ruang tamu dan bilik bersepah! Minyak wangi dan beberapa barang penting pun hilang! Tak taulah siapa yang dah rembat. Sioot aar..

Dari kiri: Adan, Kak Fairuz, Mona, Liza, Aku (Tiada dalam gambar, Zelmey, Fida) on the way, Apek, Nurul, Kakak aku & Anak2 Sedara.


Terima kasih banyak-banyak pada Kak Fairuz sebab masak ayam masak lemak cili api dan juga Liza masak ikan merah masak asam pedas dengan kuih buah Melaka. Tidak lupa juga pada Mona yang membantu di dapur.

Untuk hari ini aku terpaksa undurkan diri dulu. Besok dan hari-hari berikutnya kalau dengan izinNYA, aku sambung balik dengan cerita pengalaman 10 hari aku ditahan.

Bersabar ye..

Berapa ramai anggota polis dan kenderaan yang menahan aku di Tol Senawang, benarkah dakwaan dalam forum yang mengatakan aku kena pukul dengan polis semasa aku di tahan, adakah pegawai SPRM yang memberi maklumat, siapa yang follow, dan lain-lain.

“Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.” - Pujangga

Part 1