Followers

Showing posts with label Yang Dizalimi?. Show all posts
Showing posts with label Yang Dizalimi?. Show all posts

Wednesday, August 19, 2020

Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 2)

Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 2)


Tarikh : 8hb Februari 2019
Lokasi : Restoran Royal Wadi Hadramawt

Umi Hafilda minta tolong aku selesaikan satu masalah. Aku tolong dia kerana kesian dengan masalah yang dia sedang hadapi

Dia beri aku satu cek untuk diberikan pada satu Dato' Seri berbangsa cina (bila aku periksa gelaran dato' seri ni rupanya takde dalam sistem)

Kalau nak ikutkan, kisah Umi Hafilda ni sampai part 30 pun tak habis...

Kalau korang nak tau lebih lanjut korang kena banyak bersabar...

Memang stail aku cenggini. Suka cerita separuh-separuh..😁

Korang pernah kena temberang tak? 



Uncleseekers
Seek The Truth

Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 3)
Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 4)


Tuesday, July 21, 2020

Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 1)

Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 1)

Pertemuan aku dengan Umi Hafilda adalah pada 31hb Januari 2020 di Restoran Royal Wadi Hadrmawt Jalan Ampang

Salam

Kali ni aku nak cerita sikit pasal Umi Hafilda

Siapa orang politik yang tak kenal dengan Umi Hafilda?

Umi Hafilda adalah orang yang telah menggemparkan Malaysia satu ketika dulu kerana berjaya menghumban Anwar Ibrahim ke Penjara Sungai Buluh

Umi Hafilda ni menyimpan banyak rahsia tentang Anwar Ibrahim. Pada aku cerita ni dah basi walaupun telah melakar satu sejarah...

Aku lebih berminat nak cerita pasal isu lain..

Mungkin ada diantara korang pikir aku ada skandal dengan Umi Hafilda kan?

Ko orang tunggu part seterusnya.

Ada cerita panas tentang Umi Hafilda ni sebab.....

Korang mesti tak sangka punya...

Aku tak kan cerita kalau aku takde bukti kukuh

Adakah pasal Azmin?
Adakah pasal Anwar Ibrahim lagi?
Atau....

Uncleseekers
Seek The Truth



Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 1)
Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 2)
Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 3)
Umi Hafilda Yang Aku Kenal (Part 4)







Wednesday, July 13, 2016

Benarkah Dato' Siti Zaleha 'makan' Duit Anak Yatim?

Benarkah Dato' Siti Zaleha 'makan' Duit Anak Yatim?





Dato' Siti Zaleha Abd Ghani

Pada 20 Jun 2016 (Isnin) malam ketika selesai berbuka puasa bersama hero-hero PERKAP di Wadi Hadramawt, Ampang , Uncle menerima panggilan telefon daripada kawan lamanya 'Abang Mat Komando'.

Panggilan untuk menjemput hero-hero PERKAP untuk berbuka puasa di Impian Golf & Country Resort Kajang pada 22 Jun 2016.

Dipendekkan citer, hero-hero ini dijemput untuk berbuka puasa dan membuat persembahan bersama dengan pemain gitar utama kumpulan AXL'S bro Fareez (nama dalam industri seni dikenali sebagai Fareez 'Undertaker') . Bro Fareez sekarang bergiat sepenuh masa dalam persembahan dakwah.


Bro Fareez (gambar tengah berkaca mata) bergambar bersama
hero-hero PERKAP di Impian Golf & Country Resort, Kajang


Hero PERKAP bersama Bro Fareez sedang membuat 'rehearsal' sebelum
persembahan dibuat. Klik untuk baca dan tonton persembahan hero PERKAP

Keesokan hari, sebelum hero-hero ni hadir ke majlis iftar Ramadhan ni, wakil penganjur datang ke tempat kami untuk membincangkan tentang perihal majlis. Ketika pertemuan tu, kami membincangkan persembahan yang bakal dibuat oleh hero PERKAP bersama dengan Bro Fareez.

Ketika perbincangan pihak penganjur BERSETUJU untuk memberi wang saguhati kepada Bro Fareez dan hero PERKAP juga akan mendapat sumbangan wang yang akan diberi nanti.

"Ada sepersalinan untuk raya, dan barang keperluan sekolah untuk anak-anak ni, berlebihan beb jangan risau..." kata pihak penganjur kepada kami sebagai jaminan.


Tentatif program 'Majlis Iftar Ramadhan' pada 22 Jun 2016

Kami membuat persediaan untuk persembahan ni dengan masa yang sangat suntuk kerana pihak penganjur berharap sangat hero-hero PERKAP ni boleh buat persembahan.


Perbualan 'Whatsapp' bersama wakil penganjur. Persembahan Rabbani
diganti dengan persembahan hero PERKAP. Nak dijelaskan hero PERKAP
bukan 'anak tahfiz' kak, diorang diberi jolokan
'Rumah PERKAP, Rumah Pendidikan' oleh RTM.

Klik untuk baca tentang hero PERKAP mendapat liputan RTM

Pada hari tersebut, hero PERKAP membaca terjemahan dwi-bahasa surah daripada juz Amma dan menyanyikan lagu nasyid. Klik disini untuk baca dan tonton persembahan hero PERKAP

Walaupun ini adalah kali pertama hero PERKAP membuat persembahan dikhalayak ramai, mereka dapat mempersembahkan dengan baik walaupun dengan masa yang sangat singkat.

Selesai majlis, pihak penganjur membayar wang saguhati sebanyak RM500 kepada Bro Fareez, dan HAK anak-anak ini katanya akan di-'transfer' ke dalam akaun bank.


Para Bloggers (pertama dari kiri, dan pertama dan kedua dari kanan)
yang hadir pada hari majlis berlansung bersama
pihak penganjur dan Dato' Siti Zaleha

Dari sehari ke sehari , wang dijanjikan takde juga. Apa sudah jadi?

Bro Fareez dengan rasa tanggungjawab sentiasa 'follow-up' Dato' Siti Zaleha berkenaan dengan HAK anak-anak yatim yang dijanjikan.

Kata Dato' Siti Zaleha pada Bro Fareez, "sumbangan akan ditransfer selewat-lewatnya pada hari Isnin (4 Julai 2016)"

Sehingga kini, genap TIGA minggu, HAK yang dijanjikan masih tak ada. Aduss..

Jangan berjanji kalau tak mampu tepati. Jangan sekadar 'menanam tebu ditepi bibir' , ini HAK anak yatim beb...Sendiri mau ingatlah..semua dah besor kan? Entahlah...cakap salah, tak cakap salah...

Malas nak citer banyak-banyak..


God’s justice is PERFECT – no one can escape it.

Tak boleh lari mana...

Betul ke Dato' Siti Zaleha 'makan' duit anak yatim? atau siapa sebenarnya yang munafiq?



Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin
"Dan Dialah Pemelihara SIRIUS"
Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?
Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....(part 1)
Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau.... (part 2)

Wednesday, March 5, 2014

Bahlol Dari JAIS?

Bahlol Dari JAIS??


Menyanyi kat karaoke pun boleh dituduh khalwat?

Pintu karaoke tu kan ada cermin? Semua orang lalu lalang nampak sesiapa saja yang menyanyi dalam bilik karaoke!

Pekebangang punyer perangai opiser tu.

Kalau itu macam..lu angkat satu bas kasi serbu semua olang nyanyi dalam kalaoke

Elo Shamsul Khair Bahlol! Lu Talak baca punya olang ka?

Lain kali lu tulis busat-busat lekat pintu kalaoke talak muleh nyanyi lua olang, lengchai dengan lenglau

Haktui!

Helo bro Khalid,
Selangor sulah talak wang ka?

Wednesday, February 12, 2014

Profesor Temberang (Part 4)

Profesor Temberang (Part 4)

 
Nano 5
Produk tiruan
Dengar citer produk ni dicampur dengan air! Betulke nak rasa manis perlu sampai lima enam titik? Kalau nak untung lebih pun tak baik aar buat cenggitu kat pengguna. Aku rasa mesti mangkuk ayun Sofi Marjuki tu jual mahal tak nak turunkan harga. Masa aku jadi pemerhati perniagaan ni, mahngkuk ayun ni jual RM27 sebotol! Lagi satu nak tanya, oleh kerana produk yang dijual oleh mangkuk ayun ni mahal sangat korang sanggup beli produk P3 dengan harga RM23 pastu letak label korang sendiri! 
Kalau betul kira tak aci lah, lagi hina kalau dicampur dengan air!

Produk P3 yang Asli (klik)


 Pelbagai perasa yang dihasilkan untuk pilihan pengguna (klik)
Aku sendiri sebegai saksi melihat produk P3 ini maju sedikit demi sedikit bermula dari bawah

Buat bro yang menjadi tokey produk tiruan Nano 5,

Lu pernah datang umah wa kat Janda Baik buat launching produk P3 (video kat bawah ni sebagai bukti - klik). Kecik punya hal lu sudah tak ngam sama partner-partner yang lain.






Lu pun tau wa satu sen pun tak amik untung atau jual produk seumpama ni. Hari tu rakan kongsi lu minta tolong sangat2 kat wa & the group masak untuk 150 orang dua malam satu hari. 

Bukan nak ungkit laa..bajet yang lu orang beri setakat lepas beli barang-barang dengan bayar gaji pekerja je. Wa sendiri pergi beli barang kat Selayang pastu balik tolong orang dapur siang dan tolong apa yang patut. 

Wa sendiri layan semua ahli-ahli lu jadi waiter angkat pinggan! Semua yang hadir menjadi saksi.

Lu tau apesal aku tolong kaw-kaw company lu orang (klik)? Sebabnya aku seronok tengok korang bertungkus lumus bersatu untuk memajukan produk lu (klik) (klik)

Melayu Beb!

Memang aar produk lu bukan terbaik dalam dunia tapi kira ok aar dapat membantu meringankan pesakit kencing manis yang ketagih gula pasir. Nyamuk-nyamuk yang buat bising ti standard aar sbb dah spesis loser. Kerja asyik cari salah orang jer. Diri sendiri asyik gagal sajer apa yang dibuat



Mangkuk Ayun Sofi Marjuki

Memang aaarr kadang2 aku panas tengok bangsa sendiri yang tamak haloba untuk kepentingan sendiri tapi janganlah kerana isu kecik pun lu sanggup bersekongkol dengan mangkuk ayun Sofi Marjuki kaki temberang tu

Cuba lu tengok lapuran makmal yang mangkuk ayun ni jaja kehulur kehilir satu Malaya? Akhirnya makan diri sendiri! KKM yang dia GEBANG tu empat tahun yang lepas punyer. Dah expired beb! Yang tu kan Manis Global yang punyer! Haiyaa..

Mangkuk ayun yang aku kenal ni memang MUKA TEMBOK. Ko cakap lah aper pun pasal dia, dia buat tak tau jer dan tanpa ada rasa bersalah.


klik imej untuk lebih besar


1.  Gula - 99.9 - Giler aper?
2. Kabohidrat - 99.9 - Formulasi Dr Sofie Marzuki Taeek Kucing!
3. Kalori - 400 - Giler babun!

Citer mangkuk ayun mabuk kat Desire Club dengan kemaruk 5 Gro blom aku story lagi.  Hu hu


Raja P3
Mohd Aidi Senin

Bro Aidi, dah masuk artikel keempat aku tulis pasal mangkuk ayun ni tapi takder sorang pun pegawai ko atau ko sendiri contact aku. Buang bahasalah sikit. Bukannya ko yang terhegeh2 minta aku tulis benda alah ni dan juga bukan aku terima satu sen pun dari ko untuk artikel ni tapi apa salahnya ko contact aku say elo. Cipet aar lu.

Aku berani kerat 10 jari tangan aku kalau ko tak baca artikel aku ni! Kalau ko tak contact aku pun takderhal, janji ko sukses dalam perniagaan P3. Selagi ko jujur aku akan bersama tapi kalau temberang... aku orang yang pertama akan bantai!

Uncleseekers
Seek The Truth

Monday, January 27, 2014

Profesor Temberang (Part 2)

Profesor Temberang (Part 2)


Sofi marjuki
Mangkuk ayun Profesor temberang didepan kilang yang buat produk untuk Manis Global.
 
Kilang ni bukan BAPAK dia punyer tapi dia jaja satu Malaya yang dia ni share terbesar. PODAH! Satu sen habuk pun dia xder aper. 

Kilang shampoo Ah Chong ni ko buat produk makanan. Adusss..

Umur dah bau kapur barus pun masih nak menipu!

Pembaca sekelian, saya tak suka memfitnah orang. Selagi takder bukti kukuh ditangan saya tak akan bongkar penipuan

Bukan setakat ziarah tapi Mangkuk ayun pernah tidor kat rumah saya. Sampai hari ni saya masih simpan lagi kasut dia yang dia tak sempat nak amik balik bila dia dapat tahu tembelangnya pecah. He he


Sweet Nano


Saya juga sengaja simpan selama hampir 3 tahun produk sweet nano keluaran syarikat sweetlife bionetwork sdn bhd yang mangkuk ayun ni buat kat belakang rumah sebagai bukti produk ni rosak tak sampai sebulan bertukar warna dari jernih ke warna coklat! Dan yang paling menyedihkan syarikat ini sudah pun bangkrap angkara penipuan beliau.

Saya tiada masalah peribadi dengan mangkuk ayun ni. Saya takder utang dia dan dia juga takder utang saya. Cuma saya tidak mahu peniaga-peniaga diluar sana tertipu dengan temberangnya dan duit anda akan lesap. Part 3 saya akan sertakan kesemua syarikat yang mengalami kerugian ratusan ribu kerana terpedaya dengannya

Berhati hati dengan modus operandinya. "Licin macam belut, belit macam ular"

Part 4

Uncleseekers
Seek The Truth 


Sunday, January 26, 2014

Profesor Temberang (Part 1)

Profesor Temberang (Part 1)

Mangkuk Ayun Sofi Marjuki

Mangkuk ayun ni belajar kat universiti mana sampai boleh dapat profeser?

Tunggu pembongkaran saya selepas ini. Dia dah start nak memomokkan orang ramai. Semalam di Terengganu dan esok dengar cerita keutara.

Jangan sesekali terpedaya dengan mangkuk ayun ni sebab dia memang ultra pandai mempengaruhi orang.

Duit anda yang disimpan dalam mangkuk tandas pun dia boleh kebas!

Part 4

Uncleseekers
Seek The Truth

Wednesday, August 7, 2013

Ada Sesapa Yang Kenal Ayahnda Mohamed Azhan Ni? (Part 1)

Ada Sesapa Yang Kenal Ayahnda Mohamed Azhan Ni? (Part 1)


 
Ayahanda Mohamed Azhan Bin Mohamed Noor



Tuesday, August 6, 2013

Bodoh, Bangang dan Tolol? Ipoh Mali Talak Sombong...

Bodoh, Bangang dan Tolol? Ipoh Mali Talak Sombong...


 
miliunsoftware@gmail.com

Tan Sri Dr Ali bin Hamsa 
Ketua Setiausaha Negara (klik)

 
Ketua Pengarah 
Dato’ Norani binti Hj. Mohd Hashim 

Aku terima maklumat seperti dibawah ini. Adakah ini benar? (Tulisan merah aku punya ayat)

1. Semenjak menjadi KP JKM beliau sangat cerewet dalam semua aspek antara contohnya

a) Apabila mesyuarat, memang makan/minum disediakan. Jika cawan/pinggan yang bukan kaca beliau tidak akan makan/minum. Ada beberapa kali perkara ini berlaku dan beliau tak akan makan dan minum.

b) Semuanya perlu dihidang/ada tempat khas untuk beliau makan. Tidak kira lah apa dalam apa jua program sama ada berbentuk kecil/besar. PA beliau Puan Ainon juga merungut, kalau hendak hidang air setiap pagi kepada beliau, perlulah gelas yg berlapik. Dulang juga perlu berlapik.

2. Beliau bujang dan tidak pernah berkahwin. Jadi beliau tidak concern dengan nilai masa bersama keluarga terhadap pegawai dan kakitangan. Yang paling terasa Puan Ainon (PA) serta Puan Reza Solibun (Pegawai Khas). Kesannya, ada yang bergaduh dengan suami/isteri. Tiada masa yang berkualiti bersama keluarga dan hanya mengutamakan kerja. Sebagai KP JKM, seharusnya beliau perlu mengimbangi di antara menjaga kebajikan masyarakat dan kebajikan pegawai dan kakitangan beliau sendiri. Jangan terlalu berlebih lebih dengan kerja, kelak musibah akan datang kepada organisasi mahupon individu di dalam JKM.

3. Tiada lagi panggilan “Kak Ani” oleh sahabat sahabat rapat/kenalan. Perlu memanggil Dato’ Norani. Semasa menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), beliau tidak kisah jika dioanggil “Kak Ani”

4. Sepanjang menjadi KP JKM, beliau tidak pernah turun ke setiap Bahagian (aras 6-18) untuk beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan. Sekarang ini, semua pegawai dan kakitangan berasa jauh dan terasa jurang di antara KP dengan org bawahan.

Beliau perlu mendalami dan selami kembali apa itu maksud “ KEPIMPINAN MELALUI TELADAN”

KSU
Dato’ Seri Noorul Ainur binti Mohd Noor

Ada lagi satu kes! KSU jugak tak terkecuali. Adakah dakwaan dibawah ini juga benar atau fitnah? Ceciter...

1. Beliau tidak nampak seorang yang mesra rakyat.

2. Kalau beliau marah, sentiasa keluar perkataan yang kesat : bodoh, bangang, tolol kepada pegawai.

3. Apa salahnya untuk tegur secara berhemah, kerana ianya melambangkan keperibadiaan.

4. Sangat suka akan program-program yang bersifat glamour. Setakat ini program2 kementerian wanita, keluarga dan masyarakat mahupon agensi-agensi di bawahnya semuanya berbelanja besar. Setakat ini yang paling mahal (kalau tak salah) Hari warga Emas 2012 di Palace of The Golden Horses sebanyak RM1.2 juta.

5. Kementerian Kewangan pernah menggelarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Kementerian yang larvish.

6. Orang kesayangan beliau ialah Puan Shifa dan Puan Elis. Walaupon mereka memberi nasihat yang salah terhadap sesuatu perkara mereka tidak akan menerima kesan. Baru-baru ini Program Berbuka Puasa Bersama Media di Dewan Perdana Felda, Menteri hanya mahu dalam 500-600 orang shj. Tetapi atas desakan Unit Komunikasi Korporat di mana pada tahun lepas2, 1000 orang media dijemput. Kesannya: separuh dewan kosong dan mungkin membazir dari segi makanan.

7. Ramai orang di kementerian mendoakan beliau keluar dari kementerian dan digantikan dengan orang benar2 dekat dengan jiwa masyarakat. Kerana beliau sudah terlalu lama di kementerian wanita, keluarga dan masyarakat dan berada dalam zon yang sangat selesa. 

8. Mohon KSN (klik) jenguk2 lah...

9. Program1Azam perlulah dinilai semula. Sejauh mana keberkesanan program tersebut. Banyak pihak merungut, barang2 yang dihantar tidak berkualiti dan mahal pulak pakejnya. Kalau dilihat pada barang2 tersebut tak sampai dengan harga yang dikatakan.

10. Selain daripada itu, sejauh mana program ini mampu untuk para peserta keluar daripada kepompong kemiskinan? Jika tidak, wajar program ini dinilai semula oleh KSU, Kementerian Kewangan, PM serta KSN....

 KSU (kiri sekali) dan KP (kanan sekali)

Kak Ani, enjin kalau dah lama tak start kena overhall balik. Orang dah tak suka tu sendiri mau ingat lah!. Kalau nak order kek lapis, saya bleh supply. Tak kan balik-balik orang tu jer. Agak-agak aarr.

Saturday, June 1, 2013

Mangsa Penipuan Forex

Mangsa Penipuan Forex



miliunsoftware@gmail.com

Mangsa Penipuan Forex

Salam uncle, biarlah saya perkenalkan diri saya dahulu, saya pn xxxxxxxxxxxxx berasal dr dungun terengganu,dan bertugas sebagai xxxxxxx, tujuan saya email kpd uncle ini ialah utk berkongsi pengalaman pahit saya dlm dunia forex.

Ceritanya begini, awal bln april baru batu ni ank sedara telah mendpt kerja di real ingenious bangunan uoa bangsar sebagai admin excutive, slepas itu beliau menelefon saya utk melabur dlm forex ni,

Penerangan pjg lebar diberikan ttg keuntungan yg boleh dijana dgn pelaburan ini, akibat terpikat dgn ganjarannya sementelahan dia tu kan ank sedara ,takkan dia cuba bohongi saya, tanpa berfikir pjg lagi saya pun labur dlm rm200 ribu utk dptkan tiga lot, keluarkan semua duit dlm asb,kemudian ank sedara saya buat telegraf tranfer tt ke akaun hsbc hongkong utk dilaburkan di world fokus limited int, di new zeland,maka bolehlah saya password utk akaun bg urusniaga forex dan urusan buy or sell ,enter ,locking dsn withdraw semua dilakukan dlm world fokus berpandu graf dlm netdania.

Saya mula masuk pelaburan tunpd 16hb apr, maka tidak berapa lama kemudian adalah profit ,masuk akhir bulan april ,saya dipujuk agi utk tmbh lot bg merancakkan lagi urusniaga, saya berkesempatan berjumpa dgn shazlin sebagai senior manager ank sedara di menara uoa itu pd awal mei,setelah diterang dan dipujuk, saya tmbh lagi rm50 ribu,dptlah lagi profit, tapi masalahnya, equity x kuat katanya kena tmbh agi rm30 ribu menjadikannya semua rm280 ribu,,selepas itu cuma dpt sekali je profit,sbb selepas itu jadi margin call sbb equity low dan diberi masa tiga hari utk top up rm120 ribu jika tidak akaun saya akn close serta .

manalah saya nak cari duit tu dlm masa tiga hari,saya biarkan akaun tu close dan saya hilang segala galanya pd 31 mei, dlm masa sebln setengah ianya lesap sekelip mata sahaja,

Menangis pun tak berguna, maka saya pun cuba dptkan maklumat mengenai real ingenious ni tapi dah terlmbt, byk info negatif ttg nya, cuba uncle google blog aina adnan,dr situ saya dpt no mangsa yg telah ditipu. Saya telah hubungi mrk dan ceritanya hampir sama dgn saya, Saya mtk uncle siasat dan war war ttg kegiatan haram mrk utk pengetahuan umum bg mengelak ramai mangsa yg ditipu oleh mrk, yg kesiannya ramai pekerja kat situ adalah org melayu,big boss dia nama byran bangsa china,

Terpulanglah pd uncle utk mempercayainya atau tidak,tapi saya benar berharap agar uncle dpt pemcerahan dlm kes ini, sbb dah cuba berpakat dgn mangsa lain,tapi tak tahu apa yg perlu dilakukan,

Ini saya sertakan no tel mangsa or waris mrk

xxxxxxxxxxx tinggal di dengkil selangor org kelantan rugi rm200 ribu

xxxxx bekerja di kota damansara xxxxxxxx rugi rm600 ribu

xxxxxxx bekerja kat kajang xxxxxxxxx kerugian rm200 ribu

Jika uncle habis baca email saya ni ,saya ucapkan ribuan terimakasih ats perhatian uncle.

Terimakasih byk kpd uncle sekali lagi, no telefon saya xxxxxxxxxxxxx

Sent from my iPad


Friday, March 1, 2013

Siapakah Pompuan Tahi Hidung Masin Di Majlis Bandaraya Melaka (Part 2)

Siapakah Pompuan Tahi Hidung Masin Di Majlis Bandaraya Melaka (Part 2)

Azlinda binti Zubir 
Biro Hal Ehwal Wanita Muda / Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (klik)
No. 28, Bukit Peringgit, 75400 Melaka 

Adakah ini pompuan tahi hidung masin seperti yang diluahkan oleh sorang ahli perniagaan wanita yang kena goreng hangus dalam (Part 1)?

Buat penghantar email tersebut, lu pun ngok gak! Kenapa tak periksa dulu samada syarikat KLM Management ni betul ke kontraktor pusat?

Nak buat camner, nasi pun dah jadi bubur ayam!

Kerana 'rela dalam paksa' tandatangan  tawaran tersebut, sekarang ni lu terpkasa berhadapan dengan beberapa ALONG! Pokok dah beberapa tahun tak bayar-bayar, bunga plak selalu terbabas!

Buat Azlinda, kalau betul lah anda yang dimaksudkan, anda dalam katogeri wanita 'Kong Kali Kong'! 

Seasama jantina dan seagama pun lu nak klentong. Tak baek aarr...Busuk punyer olang. Lu punya pasal, dia punyer laki terpaksa kutip botol kosong hujung minggu untuk sara hidup! Gaji setiap bulan habis kena sedut dengan ALONG!






Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Sunday, February 24, 2013

Siapakah Pompuan Tahi Hidung Masin Di Majlis Bandaraya Melaka (Part 1)

Siapakah Pompuan Tahi Hidung Masin Di Majlis Bandaraya Melaka (Part 1)

Salam Perkenalan Uncleseekers…

1. Terlebih dahulu saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya kedatangan surat ini mengganggu situasi Uncle…. Saya sebenarnya tidak tahu pada siapa harus saya mengadu masalah yang saya hadapi ini. Uncle adalah orang terakhir bagi saya untuk mencuba nasib untuk mengadu tentang masalah saya ini..Saya juga takut sekiranya masalah ini diketengahkan apakah consequences yang bakal saya hadapi nanti…

2. Adakah ianya melibatkan periuk nasi saya tertutup??? Adakah ibu bapa saya akan malu mempunyai anak seperti saya??? Adakah satu dunia akan tahu masalah saya??? Wallahualam… Hanya ALLAH sahaja yang tahu…

3. Sudah terlalu banyak email yang saya hantar kepada pemimpin-pemimpin politik untuk meminta bantuan tentang masalah yang saya hadapi… Namun semuanya tak dilayan…

 4. Adakah kerana saya orang biasa yang tak penting langsung dalam parti dan tak mendatangkan sebarang keuntungan dalam parti??? Yer memang betul saya orang biasa namun saya memegang seribu rahsia manusia2 yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain… Namun saya hanya mampu berdoa …ALLAH MAHA ADIL…

5. Uncle, sebagai seorang ahli UMNO, saya tinggalkan profesion saya sewaktu berusia 23 tahun sebagai seorang pegawai bank yang menjanjikan jaminan masa depan semata-mata ingin menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai bumiputera menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

6. Saya bukanlah orang berada ataupun mempunyai mana-mana kenalan orang atasan. Saya cumalah seorang bumiputera yang ingin membantu dan berkongsi kesenangan ramai bumiputera terutamany asiswazah yang menganggur untuk berjuang di dalam dunia perniagaan bersama-sama saya.

7. Saya mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan pada tahun 2004, dgn menjalanan perniagaan latihan, pembekalan dan pengurusacara bagi jabatan-jabatan kerajaan. Bermula dari hasi lsimpanan RM 10,000 pada tahun 2004 alhamdulillah sehingga tahun 2007 modal berbayar syarikat saya sudah pun menjadi RM 500,000.00. Sehingga kehari itu sayamempunyai hampir 30 orang pekerja yang kesemuanya kebanyakkan siswazah menganggur.

8. Mimpi ngeri saya bermula, apabila memenangi tender bagi menjadi operator sebuah rumah rehat milik kerajaan negeri di salah sebuah negeri di selatan tanah air. Ianya bermula apabila saya dipanggil pada mesyuarat pertama bersama setiausaha majlis. Beliau menyatakan seperti ini… Di XXXXXA ini, caranya win-win situation.U dapat hotel tapi you kena beli perabot dari kontrak pusat kita.

9. Oleh kerana terlampau teruja untuk mendapatkan hotel tersebut saya bersetuju. Walaubagaimanapun setelah kembali kerumah dah bertanya kepada suami. Saya tida kmendapat keizinan untuk membeli perabot tersebut. Justeru itu saya menulis sepucuk surat permohonan kepada setiausaha majlis tersebut untuk menolak pelawaan beliau untuk membeli dari kontrak pusat tersebut dan beberapa permohonan yang lain (seperti lampiran 1).

 Lampiran 1






10. Untuk pengetahuan uncle, rumah rehat berkenaan adalah bangunan kosong semata-mata tanpa sebarang perabot. Sebagai operator pertama saya dikehendaki mengeluarkan sendiri modal bagi membeli perabot rumah rehat berkenaan.

11. Melalui aliran tunai yang saya buat, modal pusingan yang saya ada adalah mencukupi untuk 6 bulan pertama perniagaan. Dan saya hanya perlu mengeluarkan modal RM 30,000.00 sahaja untuk membeli perabot dari kedai pilihan saya. Sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan rumah rehat berkenaan saya telah pun membeli dahulu perabot dari kedai pilihan saya tanpa menunggu surat balas dari pihak setiausaha majlis tersebut.

12. Tetapi permohonan saya di tolak..dan saya diwajibkan membeli melalui kontraktor yang dipilih oleh beliau. (lampiran 2)

 (Lampiran 2) 

 



13. Saya sekali lagi dipanggil oleh setiausaha majlis untuk memperkenalkan saya dengan kontraktor pusat berkenaan iaitu KLM Management. Perjumpaan bagi pembelian perabot diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh saya, setiausaha tersebut dan kontraktor perabot berkenaan.

14. Harga yang diberikan kepada saya tidak masuk akal kerana terlalu tinggi. Sebagai contoh sebuah bilik yang lengkap dengan perabot yang saya beli melalui kedai pilihan saya hanyalah berhargaRM 1,500 tetapi melalui beliau dan kontraktor tersebut sebuah bilik yang lengkap perabotberharga RM 3,000.00. Bayangkan pembelian perabot yang terpaksa saya tanggung untuk 32 bilik.

15. Dengan berat hati saya terpaksa menerima keseluruhan perabot tersebut yang mana saya tidak perlukan. Dengan menerima perabot tersebut..maka bermulalah liku-liku sengsara hidup saya. Modal permulaan bertambah… dan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan habis digunakan bagi pembelian perabot tersebut.

16. Bagi meneruskan keberlangsungan perniagaan, saya tidak mempunyai sebarang sumber kewangan lain kerana semua modal dan modal pusingan saya habis untuk membeli perabot dari kontraktor berkenaan. Bagaimana saya ingin memajukan rumah rehat berkenaan sekiranya sumber kewangan bagi pemasaran, promosi, gaji pekerja, sewaan bulanan tiada. Habis digunakan bagi membayar perabot-perabot yang saya tidak perlukan. Dan saya akhirnya mendapat tahu tidak ada wujud langsung kontrak pusat perabot bagi Majlis Perbandaran tersebut. Perkara ini diakui sendiri oleh pegawai – pegawai yang turut sama di dalam mesyuarat tersebut.

17. Memandangkan amat sukar mendapat pinjaman dari bank, saya meminjam dari rakan-rakan. Dan pinjaman bukanlah pinjam semata, perlulah ada interestnya. Saya terpaksa lakukan kerana hanya cara ini dapat menyambung perjalanan perniagaan saya disebabkan pembelian perabot tersebut.


Part 1
Part 2
Part 3
Part 4


Friday, November 30, 2012

Teori Domino Sudah Bermula...

Teori Domino Sudah Bermula...

Mereka buat muslihat dengan tipu muslihat, Dan Aku buat muslihat dengan tipu muslihat. Maka berilah tangguh kepada orang-orang yang tidak percaya; tangguhkanlah mereka sebentar. (86:15-17)


Dan apabila orang-orang yang tidak percaya buat tipu daya terhadap kamu, untuk menahan kamu, atau membunuh kamu, atau mengusir kamu, dan buat tipu daya, dan Allah buat tipu daya; dan Allah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya. (8:30)


Syed Hussein Alattas ditahan di PWTC…(klik) - Agenda Daily
Penulis Buku Syed Hussein Al-Attas Dibebaskan Dengan Ikat Jamin (klik) - Mstar
Penulis buku Syed Hussein dibebas dengan ikat jamin (klik) - Sinar harian
Writer detained for selling book allegedly insulting Johor ruler (klik) - Thestar

Friday, November 2, 2012

Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)

Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)

 As in any Banking transaction, the MT760 signifies and tells us of the availability of the funds. It confirms that the Issuing Bank has transmitted such funds into the account of the Recieving Bank. It would give us the recepients a sense of comfort and surety. Now we are VERY doubtful.

 
Sample MT 760
Bro, mana dia MT 760 (Bank Operational Instrument) dari HSBC ke CIMB? Tolong mintak kat boss. Kalau dia tak bagi memang saheh lu kena korban. Nasib la lu beb! Satu jer nak pesan, kalau lu nak amik sample MT 760 kat atas ni aku izinkan tapi setiap bank formatnya berbeza-beza. :)


Tan Sri Elyas Omar, the best of luck to you Sir... this is Mission Impossible...

Bro, Iran is under embargo by The United States, and ALL money transactions are almost, if not impossible to procure for Iran unless the banking systems is by-passed... what have you guys promised Tan Sri Elyas and give him false hope...

Pubel Kong Kali Kong? (Part 1)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 2)
Pubel Kong Kali Kong? (Part 3)