Followers

Wednesday, July 9, 2014

Apa STEVE JOBS MALAYSIA, MAIN TOMOI, Mati Kena Kencing Tikus Amat Memalukan

Apa STEVE JOBS MALAYSIA, MAIN TOMOI, Mati Kena Kencing Tikus Amat Memalukan



Salam sejahtera pembaca sekalian,


Habib Al Attas - Steve Job Malaysia
“Apa STEVE JOBS MALAYSIA, MAIN TOMOI, mati kena kencing tikus..amat memalukan”


Habib Al Attas - Di Mejakerja SOHO
Pembangun Perisian Permainan/Aplikasi Apple & Android


1)Pada 08/07/2014 jam 6:04PM, saya ke Hospital Columbia Asia (Setapak) bersama ibunda untuk membuat ujian darah memandangkan sudah 5 hari demam tidak sembuh. Hati saya terdetik berkemungkinan saya terkena virus DENGGI, malangnya,selepas keputusan ujian darah keluar, saya dijangkiti virus KENCING TIKUS. (Sepatutnya saya di tahan, oleh kerana WAD penuh saya terpaksa cari wad lain atas arahan doctor).



  Leptospirosis POSITIVE

Resit - Columbia Asia


Surat Penahanan Wad daripada
doktor Columbia Asia


2) Sebaik sahaja saya tau yang saya dijangkiti virus tersebut, saya terus menelefon ABAH, tidak angkat. Kemudian saya memberitahu perkara ini kepada group whatsapp family.

3) Lebih kurang 20 minit selepas itu bapa saya menelefon saya.

4) Kami (ibu, kak kuyah, abg din,dan saya) terus ke Hospital Selayang. Disebabkan beberapa faktor, kami pindah lokasi ke Hospital Pusrawi.




Hospital PUSRAWI, Kuala Lumpur

5) Sementara menunggu giliran, saya keluar dari hospital dan mengambil angin sambil bermain handphone, saya lihat seolah-olah menjadi trending di twitter #prayforhabib . Terharu membacanya.

6) Kemudian saya dipanggil untuk masuk ke dalam bilik doctor, doctor memberi cadangan agar ambil darah sekali lagi untuk kepastian. Semua bersetuju.

7) Saya masuk ke bilik satu lagi untuk diambil darah, secara tiba-tiba ABAH masuk dengan cara cool dia. Jarum yang pertama di masukkan ke dalam urat saya, agak ajaib. Saya melihat ABAH tenung ke arah jarum tersebut dan darah tidak keluar.

8) Nurse kelihatan pelik, dan memanggil seorang lagi nurse. Cucuk tangan sebelah kiri pulak. Kali yang kedua, bapa saya alihkan pandangan, barulah darah saya keluar. Semuanya dengan keizinan ALLAH swt.

9) Selesai sahaja proses mengambil darah, kami ( saya, abah, dan abg adan) lepak di luar hospital berbual-bual sementara menunggu keputusan darah saya. Sedang seronok berbual, abah menyuruh abg Adan ambil AIR KOSONG untuk beri saya minum, selepas saya minum hampir setengah botol, saya minta Abah pegang leher dan dahi saya. Dia taknak, akan tetapi. tanpa saya sedar, dia memegang bahagian dada kanan saya terlebih dahulu, kemudian baru sentuh dahi saya.

10) Untuk meredakan keadaan, Abah sindir saya. “Apa STEVE JOBS MALAYSIA, MAIN TOMOI, mati kena kencing tikus amat memalukan” Kami bertiga ketawa.

11) Selepas itu kami ke Chow Kit untuk memakan malam. Kemudian dalam perjalanan kami untuk balik ke hospital, bapa saya tepuk peha saya dan berkata “Takde apalah.. Abah perawat, abah kalau rawat orang cuma sentuh dan dengan izinNya semua settle” kemudian senyum ke arah muka saya. Tambahnya lagi, “kalau habib tak percaya, kita tengok kejap lagi, semuanya akan berubah


Ajaib - Leptospirosis NEGATIF


Resit - Pemeriksaan & Ubat-Ubatan di Pusrawi


12) Sampai je di hospital, kami masuk ke dalam bilik doctor. Doctor kelihatan pelik, kerana keputusan darah saya berubah menjadi NEGATIVE LEPTOSPIROSIS.

13) Saya gembira mendengarnya, bapa saya tidak henti mengucapkan Alhamdulillah dan senyum memandang saya.

14) Ibu, kakak, dan abg ipar saya kelihatan gembira mendengar keputusannya telah berubah menjadi NEGATIF.

15) Alhamdulillah, semuanya datang dari ALLAH swt. Bapa saya bukan doktor, dia juga bukan bomoh, tetapi dia seorang PERAWAT dengan izinNya. Kata-kata dia sentiasa segar dan berlegar di fikiran saya. “Habib, zaman dulu-dulu mana ada hospital, dengan air kosong sahaja boleh sembuh segala penyakit, dengan izin Allah”.

Sekian.

Habib Al-Attas

website: www.habibalattas.com
twitter: @djhabib96
email: habibsapplefamily@yahoo.com
instagram: @djhabib96

Tuesday, July 1, 2014

Selamat Hari Raya - Part 1

Selamat Hari Raya - Part 1