Followers

Sunday, December 29, 2013

Siapa Uncleseekers Yang Sebenarnya?

Siapa Uncleseekers Yang Sebenarnya?


Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas itulah nama yang telah diberi. Kalangan keluarga beliau lebih mesra dengan panggilan Habiblah, singkatan kepada nama ‘Habib Abdullah’

Ada yang mengenali beliau sebagai pengkaji paranormal, ada yang mengenalinya dengan kontroversi penulisan beliau di blog suatu ketika dahulu tentang seorang VVIP.

 
Uncleseekers mendapat liputan akhbar tempatan. Isu
ini juga mendapat perhatian meluas akhbar luar negara


Beliau telah menulis 64 artikel terhadap VVIP berkenaan, sehingga ditahan lokap selama 10 hari dan difitnah mengambil morfin, walhal dalam tubuhnya tidak pernah masuk sebarang dadah melainkan panadol dan ubat tahan sakit gigi dan sangat pantang anak buahnya menghisap dadah.


Buku yang mendedahkan rahsia
yang terdapat pada diri kita sendiri

Jika dulu ayahnya orang pertama dalam Malaysia menulis tentang ilmu firasat (rahsia mengenal diri sendiri) pada tahun 1969 dan penulis buku politik pertama yang menegur ahli politik pada tahun 1972. Kini giliran anaknya pula. Sehingga diberi nama jolokan “Hang Jebat Moden”.

Sejarah tetap sejarah. Setiap apa yang kita lakukan akan tercatat dalam sejarah yang menjadi rujukan generasi akan datang” begitulah beliau selalu mengingatkan aku supaya sentiasa menyampaikan kebenaran.

Begitulah ‘Habiblah’ atau Uncleseekers yang aku kenal, aku lebih mesra memanggilnya “abang”. Seorang yang berani kerana benar dan memperjuangkan kebenaran seperti bapanya Syed Hussein Al-Attas yang aku lebih mesra memanggilnya “abah”.

“Seek The Truth” begitulah moto hidupnya, dan juga telah menjadi motto blognya yang telah menerima kunjungan pelawat seramai 2,410,372 pada ketika aku menulis.

Blog pertama Uncle yang pernah di block kerana mendedahkan artikel kontroversi tentang VVIP


Blog beliau juga adalah blog PERTAMA dalam Malaysia yang pernah menerima kunjungan pelawat seramai 
1 JUTA dalam SEHARI. Kini blog tersebut tidak boleh dilawati lagi

Menjadi hukum alam, apabila kita membuat sesuatu akan ada orang suka, dan ada yang tidak suka. Si tukang cemuh akan terus mencemuh, sampai mereka mati. Kita tidak mampu menutup mulut mereka.

Bagi, Uncle “Biarkan mereka terus hina aku, aku sentiasa maafkan mereka sebab Saidina Ali berkata ; manusia sentiasa bermusuhan dengan perkara yang mereka tidak tahu”.

Begitulah perjuangan hidupnya dalam memperjuangkan kebenaran. Beliau tetap terus berdiri walaupun hanya seorang diri.

Inilah juga perjuangan grand-moyang nya dahulu iaitu Nabi Muhammad. Memperjuangkan kebenaran. Darah seorang pejuang, tetap seorang pejuang. Cuma zaman dan keadaan yang berbeza.

Dahulu ingin berjuang, terpaksa keluar rumah ke rumah untuk menyampaikan risalah kebenaran. Tetapi kini ‘Zaman di hujung jari’ ,kita menerima risalah kebenaran, dimana sahaja kita berada.

Bergantung kepada kita untuk menilai samada suatu itu benar atau palsu.

Apabila yang Benar muncul, yang batil akan hancur

Prinsip hidup beliau “Dalam dunia ini tiada ruang untuk orang yang malas, bodoh dan tidak jujur

Seorang yang detail-oriented. Kalau buat cincai-cincai kerja. Tahan telinga je la kena maki dengan dia. Beliau sudah dididik menjadi seorang yang berdisiplin oleh ibunya sejak daripada kecil lagi.

Seekers

Rancangan Seekers Mendapat Rating 
Tertinggi Suatu Ketika Dahulu

Aku mengenali Uncle pada tahun 2005. Ketika itu beliau sedang mengendali rancangan Seekers NTV7. Buat pengetahuan korang, nama SEEKERS itu beliau yang beri, dan kini nama itu telah dipakai oleh syarikat penyiaran NTV7.

Rancangan SEEKERS pada ketika itu sangat popular , mendapat rating tertinggi. Ianya merupakan Rancangan PERTAMA yang berkonsepkan ‘Paranormal Research’ di Malaysia.

Kemudian, konsep yang beliau perkenalkan, diikuti oleh producer filem tahan air seperti ‘Highland Tower’.

Buku

99 Jelmaan Makhluk Halus 
Dengan Antropologi Melayu

Pernah menulis buku berkaitan paranormal yang pertama di Malaysia setebal 1066 muka surat bertajuk “ 99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu” . 57 buah buku telah dirujuk untuk menghasilkan buku setebal ini.

Kajian beliau ini sudah layak digelar ‘professor paranormal’, tetapi bukan gelaran yang beliau mahukan.


“He Is So Brilliant In Branding”

Begitulah kata-kata aku pada artikel sebelum ini.(klik)


Malaysia Book Of Record

Beliau sememangnya seorang yang mempunyai kepakaran membina Branding dan pemasaran produk.



Beliau pernah membina brand sehingga tercatat didalam Malaysia Book Of Record, memiliki 6 produk terlaris dipasaran. Brand yang dimaksudkan adalah MANJA.






Beliaulah orang pertama yang membuat pembersih harian wanita yang berasaskan manjakani. dan produk pertama di Malaysia yang telah duji secara klinikal

 klik

Kalau pompuan pakai ni, 3 jam haruman ini akan melekat” ujar Uncle ketika menceritakan pengalaman beliau membina produk sehingga menjadi produk terkenal satu Malaysia.

“Bukan mudah ingin membina sebuah produk yang baik, ia perlukan masa dan banyak kajian” ujar Uncle kepada aku.


Senario

Pada tahun 1999, pihak TV3 datang berjumpa dengan beliau untuk hasilkan satu produk untuk kumpulan Senario, kumpulan lawak terkenal seluruh tanah air.



Minumuan Kurma Dengan 
Manjakani Senario

Hasil sepakat daripada kedua-dua belah pihak, 2 produk telah dihasilkan ; “Kordial Kurma Senario” dan “Minuman Kurma Dengan Manjakani Senario”.


Raihan

Kumpulan nasyid Raihan yang pernah mendapat hasil jualan album sebanyak 750,000 unit di Malaysia, 3.5 juta unit seluruh dunia, juga memiliki sebuah produk yang dihasilkan oleh beliau.


Raihan - Hasil jualan album sebanyak 750 ribu 
unit di Malaysia, 3.5 Juta sedunia


“Jus Kurma Raihan” yang beliau hasilkan, merupakan produk PERTAMA diminum oleh Queen Elizebeth pada tahun 1998.

Bila aku dah fedup dengan kerenah orang keliling sebaiknya tarik diri macam tu je, malas nak bergaduh. Produk yang dibina akhirnya akan menjadi tidak gah lagi” Uncle bercerita tentang pengalaman pahit ketika membina branding.

Selebihnya nanti, korang tanyalah beliau sendiri.

Capal Nabi


Beliau memiliki 6 design capal yang dipakai oleh Rasulullah dan design-design ini telahpun dipattenkan oleh beliau. Korang nilai sendiri berapa nilai patten ini. 

"Good thing can not be cheap, cheap thing can not be good"


6 Design Capal Nabi Yang Dipatten Oleh Uncle


Sekiranya ada pengeluar yang bercadang untuk mengeluarkan produk capal nabi ini, dinasihatkan mintalah keizinan daripada beliau terlebih dahulu.

Pembongkaran Bomoh Tipu


  Berani kerana benar. Selagi beliau dipihak yang benar, 
beliau akan lawan habis-habisan


 Ditahan kerana difitnah menyamar 
menjadi anggota polis.



 Kerana mendedahkan penipuan bomoh palsu diakhbar Kosmo, akhirnya beliau difitnah 
menyamar sebagai anggota polis




 Uncle cukup pantang mereka yang bersikap 
tidak jujur



Beliau kalah dalam kes ni kerana 
kesilapan teknik


Pembongkaran Hantu Palsu

Jenglot kajian kumpulan SEEKERS menjadi 
topik utama akhbar KOSMO




Jenglot bukan sejenis hantu, tapi...



Uncle bersama kumpulan SEEKERS membawa 
Jenglot untuk ujian DNA



Bau jenglot seperti bau pokok setanggi.



Kewujudan Jenglot yang sentiasa 
menjadi persoalan..



Aku dua dari kiri ketika membuat kajian jenglot



Jenglot mempunyai 2 sampel rambut manusia?



 Pendedahan Penipuan Silat Bathin

Tiada yang hebat melainkan Allah



Tiada seorang pun yang BERANI menyahut
seruan ketika ini. Ada yang duk scan kitorang
daripada jarak jauh kata ada 4 lembaga cover
kitorang. Hehe.

Pendedahan Penipuan Bomoh Bedah Palsu


  Uncle mendedahkan penipuan pembedahan batin



  Mengapa tiada siapa yang menyahut,
jika ada, siapa yang melindungi?
'La Ilahaillallah'



  Cabaran bukan tujuan untuk menunjuk hebat tetapi 
bertujuan untuk mendedahkan siapa BENAR dan
siapa PALSU.


Terkini, beliau sedang membuat branding dan pemasaran produk baja yang mampu mengurangkan kos tanaman. Pokok getah yang ditanam 8 bulan dikurangkan kepada 4 bulan.

Formula baja ini telah diilhamkan oleh seorang professor dan boleh digunakan untuk pokok getah dan kelapa sawit.

Miliun – Branding Yang Bakal Melahirkan Ramai Jutawan

Dahulu Uncle kencang!. Pernah rasa kemewahan itu bagaimana rasanya. Kini beliau tampil membina sebuah brand yang bakal melahirkan ramai jutawan terutama di Malaysia.



Kita kaya bukan untuk berlagak mewah, tetapi untuk bantu yang memerlukan” begitulah katanya ketika pertama kali beliau menceritakan aku tentang Miliun ini.

Hari demi hari produk ini diperbaiki supaya impian warga Miliun tercapai.

Bukan mudah hendak senang

Setiap jalan menuju kesenangan perlukan pengorbanan. Tiada jalan pintas.

Mungkinkah anda adalah salah seorang bakal JUTAWAN yang dimaksudkan?




Orang Melayu yang pertama didalam dunia mencipta aplikasi dan game.
Anak lelaki Uncle yang lebih mesra dengan panggilan 'Habib'. Dulu
masa kecik aku selalu hantar dia pergi sekolah, sekarang bakal
menjadi jutawan aplikasi dan game. Tahniah Habib!


Syed Muhammad Syed Abdullah Al Attas, anak teruna Uncle ini bakal tercatat didalam Malaysia Book of Record menjadi CEO termuda di Malaysia. Beliau baru sahaja tamat SPM baru-baru ini. Uncle menceritakan kepada aku tentang cita-cita anaknya ini.

Habib yang telah diberi gelaran 'Steve Job Malaysia', bakal memiliki sebuah syarikat perisian aplikasi dan game untuk Apple. Bakal mempunyai pejabat sendiri, dan pekerja bawahannya.

Siapa sangka budak baru habis sekolah mampu memiliki syarikat sendiri? Apabila kita mencintai kitabNYA, rezeki akan datang daripada pelbagai arah tanpa disangka-sangka. Itulah pegangan hidupnya.

"Bah, habib tak mau sambung belajar di universiti, tapi Habib ingin bina universiti habib sendiri macam Lim Kok Wing" jelas Habib kepada abahnya.

Uncle akur dengan kehendak anaknya itu kerana yakin dengan kebolehan anaknya satu hari nanti akan menempa nama sebagai JUTAWAN aplikasi.


"Hendak SERIBU daya, tak HENDAK seribu dalih"



Dzoul
0172648451 - Whatsapp

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...