Followers

Sunday, December 27, 2015

Habib Tanya Abah, Biar Allah Yang Jawab!

Habib Tanya Abah,  Biar Allah Yang Jawab!






Salam semua,

Dah lama aku tak tulis dalam blog ni. Hu hu

Hari ni terdetik hati untuk menulis sebab aku rasa soalan yang anak aku (Habib) ajukan dalam wassup yang aku terima sekitar 1.42 pagi pada 27 Disember 2015 mungkin kita boleh berkongsi bersama.

Sorry abah tak jawab soalan habib. Inipun abah suruh Dzoul masukkan dalam blog dan maklumkan kepada habib soalan-soalan yang diajukan.

Anak aku ni suka sangat tanya soalan-soalan ‘cepuk cemas’ kat aku. Nak tak nak aku kena jawab juga tapi kena  amik masa beberapa jam untuk aku selidik dan lontar semula jawapan untuk dia berfikir dan tindakan sewajarnya

Apa yang aku paham tak semestinya selari yang korang paham seperti ayat dibawah. Sendiri baca sendiri paham (petunjuk) sebab DIA yang beri dan ajar

“Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri” 27:92 – Surah An-Naml (Semut) ayat 92

"Bukanlah atas kamu (Muhammad) jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki" 2:272 – Surah Al-Baqarah ayat 272.

“Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu” 96:5 – Surah Al-Alaq (Dadih darah) ayat 5

Untuk anak abah plak, pada pandangan abah perkara yang baik itu ibarat siang yang banyak beri manafaat dan yang tidak baik (perkara buruk) itu pula ibarat malam, indah dengan sinaran bulan dan kerlipan bintang yang sementara kerana yang kegelapan itu pasti bahaya dan teraba-raba..


“Sesungguhnya, Kami cipta manusia dalam kesusahan”( 90:4.)



Manusia ada cuma DUA zon.


Baik dan buruk pandangan kita, tidak sama dengan baik dan buruk dalam ketatapanNYA. Kadang kita fikir sesuatu itu baik untuk kita, tapi sebenarnya adalah racun buat diri kita dan begitulah sebaliknya.


Manusia ada cuma ada DUA zon.


1. Zon menguasai - Mampu menguasai sesuatu atas kemampuan diri (akal menguasai tindakan kita) 

a) Dia beri kita pilihan

“Dan memberinya petunjuk di atas dua jalan?” 90:10 - Surah Al-Balad (Negeri/Tanah) ayat 10

b) Baik dan jahat dari diri sendiri

"Jika kamu buat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu buat baik, dan jika kamu buat jahat, ia adalah kepadanya yang serupa." 17:7 – Surah Bani Israil ayat 7

c) Baik daripada Allah.  Sendiri yang nak buat benda buruk dan kena bahananya, kenapa Allah dipersalahkan?

“Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri.” 4:79. Surah An-Nisa’ (Perempuan) ayat 79

d) Kuasa untuk manusia memilih yang baik atau buruk

“Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan! Beruntunglah orang yang menyucikannya, Dan kecewalah orang yang mengotorinya. ” 91:8-10 – Surah Asy-Syams (Matahari) ayat 8 hingga 10

e) Sendiri buat sendiri tanggung 

“Tiap-tiap jiwa ditanggungkan dengan apa yang ia usahakan,” 74:38 – Surah Al-Muddatstsir (Yang berselubung) ayat 38

f) Sendiri kena ubah kalau nak berjaya

“Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri.” 13:11 – Surah Ar-Rad (Guruh) ayat 11

Last kopek..



Kuasa MEMILIH - pisau boleh digunakan untuk perkara BAIK atau sebaliknya



Allah tahu apa yang tersimpan dalam hati kita samada yang BAIK atau JAHAT

Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi. Sama ada kamu nampakkan apa yang di dalam diri kamu, atau kamu sembunyikan, Allah akan hitungkannya kepada kamu. Dia ampun siapa Dia hendaki, dan azab siapa Dia hendaki; Allah berkuasa atas segala sesuatu. 2:284 – Surah Al-Baqarah (Lembu) ayat 284

Kalau dah buat salah, ingat dan mintalah ampun pada Allah

“Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.”3:135 – Surah Ali Imran (Keluarga Imran) ayat 135



Zon DIKUASAI - Tidak mempunyai sebarang kuasa. Tuhan
menguasai SEGALANYA.





2) Zon yang dikuasai - Tidak mempunyai sebarang kuasa. Tuhan menguasai segalanya (mati, bencana, rezeki yang tidak disangka2 dll)


a) Baik dan buruk dari Allah
 “…Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah." 4:78 - Surah An-Nisa’ (Perempuan) ayat 78


b) Semua sudah tertulis

“Tiada penderitaan yang menimpa di bumi, atau pada diri-diri kamu sendiri, melainkan ada di dalam Kitab sebelum Kami menciptanya; itu bagi Allah mudah,” 57:22 – Surah Al-Hadid (Besi) ayat 22

Ayat yang perlu dibaca sebelum membaca Alquran?


Habib, baca al-Qur'an biarlah dengan peraturan.

Pertama, memohon perlindungan Tuhan daripada gangguan syaitan,

"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." 16:98 – Surah An-Nahl (Lebah) ayat 98

Ayat ni adalah ayat yang paling baik dibaca sebab DIA yang anjurkan

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." 23:97-98 – Surah Al-Mukminun ayat 97 dan 98

Kedua, membaca dengan menyebut nama-Nya selaku yang mencipta.

"Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," 96:1 -  Surah Al-Alaq (Dadih darah) ayat 1

Antara ayat yang Habib boleh dibaca

“Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera (Assalam), Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang miliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!” 59:23 – Surah Al-Hasyr (Pengumpulan) ayat 23

Ketiga, membaca dengan bacaan sebenar

"....... dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar." 73:4 – Surah Al-Muzzammil (Yang berselimut) ayat 4


DIAM seperti suruhanNYA





Bila Habib tengah baca plak kebetulan ada member-member kat sebelah memekak, sound tepek kat diorang suruh DIAM seperti suruhanNYA

"Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani." 7:204 – Surah Al-A’Raf (Benteng) ayat 204

Oklah Habib, setakat ni ajelah. Dah lima jam menghadap komputer ni. Abah nak berehat. Banyak-banyaklah berdoa pada Allah kerana sentiasa dekat dengan kita setiap kalai kita berdoa padaNYA


“Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.” 2:186 – Surah Al-Baqarah (Lembu) ayat 186

Semoga projek terbaru habib yang akan dilancarkan di London tak lama lagi akan meletup satu planet.









Adios amigo.

ABAH KAU

Friday, December 11, 2015

Fauziah Latiff Buat Kebaikan?

Fauziah Latiff Buat Kebaikan?




Fauziah Latiff Penyanyi dan Selebriti
Terkenal Malaysia



Sudah sekian lama tak jumpa Kak Ghee. Rasanya hampir setengah tahun kot tak jumpa dia.

Kak Ghee ni memang wa salute, tabik spring dua belah tangan. Dia tak sombong dan mengaku diva.

Kalau yang lain tu, baru keluar satu drama dah mengaku diva! Baru drama tu, pelakon tambahan pulak tu. Tapi bukan artis kat Malaysia la. Artis kat Afrika.

Mana taknya, kalau makan kat rumah ni, dia yang pertama basuh pinggan siap sapu lagi tu. Aduyai, untunglah sape dapat Kak Ghee. Untong sangat.

Baru-baru ni, dia meluangkan masa untuk membuat kebaikan bersama.

Kebaikan apa tu? Nak tahu sila ringan-ringankan jari klik ke link ini : Fauziah Latif Buat Kebaikan?









Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?