Thursday, August 2, 2018

Intuisi UncleSeekers - Part 7 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)

Intuisi UncleSeekers - Part 7 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)

Apa yang ada dalam kepala hotak berjambul ayahanda Mahathir?

Mungkin Ayahanda Mahathir fikir...

Bila Allah kata al-Qur’an itu terperinci, ianya terperinci.

Bila Allah kata Quran itu jelas, ianya jelas .

Tidak perlu kepada tafsiran lain lagi.

Allah tidak buat kerja separuh jalan.

Allah tidak perlu kepada apa-apa tambahan atau pun rujukan-rujukan lain.

Allah tidak ketandusan perkataan atau idea.

Allah bukan pelupa.

Jika Allah menghendakki, Ia boleh turunkan beratus-ratus atau beribu-ribu kitab.

Oleh kerana Al-Quran adalah sempurna, jelas dan terperinci, maka Allah tidak beri kita kitab yang lain.

Apa saja perkara yang tidak diperincikan, Allah sengaja membiarkan dan melonggarkan untuk kita menentukan dengan sendiri.

Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi makhlukNya.


 "…. al-Qur'an yang bijaksana." 36:2.

 "…. al-Qur'an yang cemerlang" 50:1

 "…. al-Qur'an yang mulia" 56:77

"…. al-Qur’an yang mengagumkan" 72:1 

 "…. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati" 6:92

 "…. Kitab yang perkasa" 41:41

 "…. sebuah Kitab yang memberi cahaya" 22:8


 Al-Qur’an adalah daripada Allah

"Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, …." (10:37)

"Itu adalah kerana Allah turunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh." (2:176)

"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

"Kamu menerima al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui." (27:6)

"Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam." (32:2)

"Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (39:1)


 Al-Qur’an adalah sempurna

"Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan." (6:38)

"Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu." (6:114)

"Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui." (6:115)


Tiada kesilapan atau kepalsuan dalam Al-Qur’an

"Orang-orang tidak percaya kepada Peringatan apabila ia datang kepada mereka - dan sesungguhnya ia adalah Kitab yang perkasa." (41:41)

"Kepalsuan tidak datang kepadanya dari hadapannya, dan tidak juga dari belakangnya; satu penurunan daripada yang Bijaksana, Terpuji." (41:42)

"Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa." (39:28) 


 Al-Qur’an itu jelas 

"Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas." (15:1)

"Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas." (27:1)

"Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas." (36:69)

"……. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas." (5:15)

"Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas." (26:2)

"Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas." (28:2)


Al-Qur’an itu terperinci

"Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami datangkan pengisian semula yang serupa dengan itu." (18:109)

"Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan." (17:89)

"Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; dan jika kamu datangkan kepada mereka satu ayat, orang-orang tidak percaya pasti akan berkata, Tiadalah kamu, melainkan orang-orang yang buat kepalsuan." (30:58)

"Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan." (6:38)


Tiada keraguan dalam al-Quran

"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan)," (2:2)

"Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam." (10:37)

"Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam." (32:2)


Al-Quran beri petunjuk, peringatan dan berita gembira


"Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar," (17:9)

"Dan Kami turunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian." (17:82)

"Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas." (36:69)

"Sad. Demi al-Qur'an yang mengandungi Peringatan." (38:1)

"Dan Kami telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami jelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang percayai." (7:52)


 Al-Quran adalah untuk kemudahan 

"Kami tidak turunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu jadi sengsara," (20:2)

"Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk beri amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin" (7:2)

"Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi." (23:62)



 Al-Qur’an mengandungi cerita-cerita yang paling baik

"Kami ceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa Kami wahyukan kamu, al-Qur'an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai." (12:3)


Al-Quran tidak boleh ditiru

"Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain." (17:88)


Al-Quran adalah untuk dibaca


"Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)

"Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan." (18:27)

"……. dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar." (73:4.)

"Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia" (35:29)

Quran boleh dibaca walaupun tanpa wudhu’. Ramai manusia terpengaruh dengan rekaan manusia bahawa membaca Quran perlu kepada wudhu. Quran sendiri tidak menuntut demikian.

Sekiranya perlu sudah tentu Quran menyatakan demikian, sebagaimana Quran jelas menyuruh kita meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan 

"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." 16:98


Al-Quran menganjurkan Ilmu dan penggunaan minda


"Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan." (18:27)

"Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani."

 (7:204)

"Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya."

 (17:36)

"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?"

 (47:24)

"Sekiranya Kami turunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami buatkan untuk manusia supaya mereka fikirkan."

 (59:21)

"Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang empunya minda renungkan ayat-ayatnya."

 (38:29)


Berpegang teguh dengan Al-Qu’ran

"Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat - sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang-orang yang membetulkan." (7:170)



Jangan pilih yang lain selain al-Qur’an

 "Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian." (17:46)

Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Part 4 - Siapa Perdana Menteri Malaysia Selepas Mahathir
Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)
Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)
Intuisi UncleSeekers - Part 9 - Siapa TOP GUN yang akan sangkut selepas ini?
Intuisi UncleSeekers - Part 10 - Ayahanda Mahathir Jawab 9 Soalan Tentang Hadis
Intuisi UncleSeekers - Part 15 - Anwar Ibrahim - Berhati-Hati...

Intuisi UncleSeekers - Part 16 - Lihat Sendiri Tindakan KJ Sebelum 2 Januari 2019!
Intuisi UncleSeekers - Part 17 - Pertempuran Antara Muhyiddin Dengan Anwar. Siapa Yang bakal Menggantikan Posisi Mereka Sebelum September 2019? - Jangan terkucil!
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Part 18 - Singgahsana Bergoyang...(Part 2)
Intuisi UncleSeekers - Part 19 - Gobind Singh Salah Seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Intuisi UncleSeekers - Part 20 - Singgahsana Bergoyang...Siapa yang akan masuk perigi dulu? (Part 1)
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?


UncleSeekers
Seek The Truth
uncleseekers2@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.