"Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."
41:36
Gambar 3
Gambar 1
Assalamualaikum,
Masihkah anda ingat gambar di atas ini (Gambar 1)? Dan ini adalah gambar yang di ambil selepas beberapa hari saya berubat dengan uncle di Janda Baik. (Gambar 3)
Pada suatu malam, rasanya pada hari sabtu malam ahad, uncle ajak rakan-rakannya termasuk saya untuk turut serta berjumpa dengan anaknya yang bernama Habib. Sekolah Habib berdekatan dengan UIA gombak.
Pada mulanya saya tak mahu ikut, tetapi uncle kata semua orang kena pergi (uncle, adik, arip, ayin, faizal, saya, kak tiara, misha, ciinx, jamie,.. ku shah tak ikut sebab pi buat dialysis kat hospital) .. adoiii
Sementara menanti semua orang bersiap untuk keluar, saya dan beberapa orang lagi tolong uncle angkat beberapa barang ke dalam kereta. Dalam hati terdetik pelik-pelik jer barang yang uncle nak bawa ni, tapi saya tak berani nak bertanya untuk apa barang-barang ni semua. Ada khemah, sleeping bag, bag pelik, pastu ada satu replika hantu bewarna hijau. Nampak seperti toyol!!
Of course lah saya tak mahu angkat toyol tu kan! Tapi kalau dah jodoh tu kuat, memang tak dapat nak lari kemana la jawapnya! hahaha
Waktu saya nak angkat beg, suara Uncle pon muncul, “Ita kau angkat yang ini”.. Tangannya di arahkan kepada toyol hijau tu! Saya cakap “Haaa? tak mahulah angkat yang ini uncle, takutlah nak angkat”..
Uncle jawap, “Apesal kau nak takut dengan patung!” Saya pon paksakan diri untuk mengangkat toyol tu, mereka yang ada di situ semua gelakkan saya.. Macam mana nak angkat toyol ni? Nak pegang tang mana pon saye tak boleh nak pegang.. Saya rasa seperti toyol ni hidup jer.. Kepala besar, perut buncit, kuku panjangg.. huhhh tuhan jerla yang tahu perasaan saya masa itu!
Pelan-pelan saya berjaya angkat toyol tu, tapi uncle ni, dah saya angkat toyol tu dia bleh tahan saya…
"Uncle suruh pegang toyol tu betul-betul."
Uncle amek toyol tu dan peluk erat toyol tu di badannya! bebetul lahh uncle ni memang pakar nak bakar orang hidup-hidup! Agak-agak saya peluk ke toyol tu? hmm
Sekolah Setia Budi (klik)
Sepanjang perjalanan ke sekolah Habib (sekolah setia budi) hati saya berasa sedikit gelisah. Tak tahulah mengapa.. Kejutan yang saya terima tidak berakhir di situ. Sampai-sampai di sekolah Habib, kami semua surprised kan Habib dulu.
Mula-mula cuma uncle dan adik yang berjumpa dengan habib dulu, selepas beberapa saat keluar pula arip, ayin, faizal dan che in dari arah yg berlainan.. Terkejut Habib melihat kehadiran mereka. Selepas selesai bersalaman dengan mereka jamie, kak tiara, misha, dan saya pula yang memunculkan diri, terjerit-jerit terkejut Habib tengok ramai bebenor yang uncle bawa datang ke sekolahnya..
Selepas tu, Habib juga dalam diam ada mnyediakan surprised untuk uncle dan kami semua. Habib menjemput kami semua pergi testing one two three dekat rumah hantu yang di reka cipta oleh habib dan rakan sekolahnya di dalam sebuah dewan sempena majlis yang akan di buat pada keesokan harinya.
Dalam hati saya berkata bencilah, hantu lagi! Saya dah lah sepanjang dua puluh sembilan tahun ni tak pernah jejak kaki ke rumah hantu.. amek kau, aku sorang sorang jer yang ter over jerit dalam rumah hantu itu!
Hantu-hantu tu pon dah mark aku lah kakak yang takut hantu. Sabar jerlahh.. Walau agak menakutkan tapi saya sedikit terhibur, terasa hilang sedikit beban di dalam hati ini selepas menjerit.. Tahniah di ucapkan kepada Habib dan rakan-rakannya kerana begitu kreatif dan suasana seram yang cuba di sampaikan memang terbaik!
Lepas selesai aktiviti sesi bertemu habib dan sesi berumah hantu, uncle belanja kami makan malam di sebuah restoran makanan Thailand. Makanan yang di order adalah tomyam campur, sotong goreng tepung, sayur khailan goreng ikan masin, telur dadar dan kerabu mangga.
Tiba-tiba, sewaktu kami semua sedang menanti makanan yang di pesan sampai, uncle berkata kepada saya, “kau bawak kunci rumah tak? Aku nak pergi rumah kau!”. Terkejutnyalah saya. Apa mimpi tetiba uncle nak pi rumah saya, berderau darah saya.. Terus hilang selera makan saye.. Ada rasa nak bohong jer kat uncle cakap tak bawa kunci rumah, tapi dalam hati saya mohon pada allah bantulah saya membuat keputusan.
(Gambar 2)
Sebelum ini saya tinggal dalam keadaan yang lebih dasyat lagi! Cuba anda bayangkan longgokan tahi kucing yang tak di buang selama setahun lebih di merata-rata tempat di dalam rumah, dari ruang tamu, dapur dan bilik penuh dan bertimbun-timbun dengan najis dan kencing kucing. Ruang tamu saya ibarat seperti kawasan pergunungan taik kucing! bertepek-tepek, bertimbun-timbun, bertindih-tindih. (Ayin, tahi kucing yang awak buang tu kire sket, yang saya dah buang tu ber beg beg plastik hitam saiz XL, kalau awak tengok keadaan itu apa pula yang awak rasa?)
.. Ohh macam-macam lagi yang berlaku dalam rumah saya, dalam diri saya dan sekeliling saya.. sungguh mengerikan dan saya tak mahu mengalaminya lagi..
Bersambung...
Part 1 - Aku derita...
Part 2 - Toyol, Hantu & Tahi Kucing
Part 3 - Inilah Aku (Mood PMS)
Part 4 - Suka Berbogel Dalam Rumah!
Part 5 - Mimpi Yang Meletihkan!
Part 6 - Aku Dirogol Jin Setiap Hari!
Part 7 - Babai Jin Yang lama..
Angkara Saka – Diari 1
Angkara Saka Suami- Diari 2
Bukan ke Setan Kena Ikat Bulan Puasa? Hu...Hu...
Eleh..
Perghhhhhh...... Gile kentang...... Hacchhhuuuumm.....
ReplyDeletePlastik Itam Xl Je... Leksss rrr..blom 2 lori Majlis Bandaraya.. Yg Benar, ayin tono
ReplyDeleteBkn senang abg hencem aka faizal nk turun padang beb!!
ReplyDeleteAbg yeng....ada baungggggggg
tu bom ke uncle? banyaknye..lazat,...
ReplyDelete