"Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap,
Yang membisikkan di dalam dada manusia,
Daripada jin dan manusia."
(114:4-6)
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Uncle, saya harap anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik..
Sekarang saya cuba mengingati semula memori-memori kisah silam saya. Detik permulaan saya berubah menjadi seorang manusia yang dari zahirnya sahaja kelihatan seperti manusia normal. Tetapi sebenarnya saya sudah mula terjebak di alam ‘kegelapan dan kemusnahan’ dan terus terjerumus dan akhirnya bye bye ita!
Beberapa orang yang mengetahui segala-galanya tentang diri saya pada mula hingga akhir mengatakan saya “Gila” (uncle, kak tiara ckp face to face dengan saya, yang lain-lain mungkin berkata saya gila dalam hati!)
Saye pula sejujurnya akhir-akhir ni baru sedar yang saya super giler!!
Detik terakhir saya sebagai manusia normal, baru saya teringat pada hari sabtu yang lepas. Semasa berborak dengan uncle dalam kereta, masa tu kami dalam perjalanan ke rumah saya. Uncle kate nak pastikan semua problem dalam rumah saye tu dah settle.. So uncle, dah settle kan rumah saye?
Alhamdulillah.. Terima kasih banyak-banyak uncle..
Gambar 6
Bersih dari SEGALANYA. uncle suruh saye cat dinding, kilatkan lantai dan beli perabut yang baru. Dia doakan agar saye akan bertemu jodoh dalam masa setahun. Siapakah agaknya? Ermphh...Banyak orang kata mulut uncle masin. Betulke? kita tengok nanti..hu hu
Bersih dari SEGALANYA. uncle suruh saye cat dinding, kilatkan lantai dan beli perabut yang baru. Dia doakan agar saye akan bertemu jodoh dalam masa setahun. Siapakah agaknya? Ermphh...Banyak orang kata mulut uncle masin. Betulke? kita tengok nanti..hu hu
Gambar 7
Beginilah keadaan rumahku sebelum uncle datang merawat
Ok, berbalik semula kisah yang saya ingat sebelum hidup saya punah-ranah. Bermula dengan saya solat subuh di rumah, solat zuhur di masjid Putrjaya. Solat asar, maghrib dan isyak pada hari tu saya tak ingat sama ada saya lakukan atau pon tidak. Tapi yang saya sangat pasti, selepas itulah terus kepala dan diri saya ni short(bengong). Badan saya mula terasa amat-amatlah berat, kaki kedua-dua belah terasa sakit sangat, kaki saya bagai di cucuk-cucuk jarum, badan pula terasa lenguh-lenguh sangat…
Kemudian bermulalah episod saya yang tidak mahu keluar rumah. Berkurung dalam bilik jer keje saya hari-hari. Saya sering rasa mengantuk. Mengantuk tahap dewa punyer! Tidooo jer setiap masa.. ishh kalau ingat-ingat balik…. Memang teruk sangat jadual waktu tido saya. Saya tido tanpa rasa jemu.. Rasanya aktiviti saya pada setengah tahun yang pertama, makan tido makan tido sampai lebam!
Bayangkan selepas jer saya bangun dari tido, perut saya pasti terasa begitu lapar. Terus saya menuju ke dapur mencari makanan.. Saya pon apa lagi, wajib bukak peti ais, kemudian saya bersila depan peti ais dan makan apa sahaja makanan yang ada kat dalam tu. Yer, memang saya makan bersila depan peti ais! Selongkar apa yang ada, dan makan sampai kenyang. Serius waktu tu saya tak berasa pelik, malah seronok pulak yang saya rasa. Gila kan? huhu Kadang-kadang tu, sampai makanan yang dah basi pon saye makan jugak. Saye perasan makanan tu dah basi, tapi saye terus kan jugak memakannya..
Tekak ni bleh plak rase sedap bile makan makanan basi! huuhhh
Lepas jer makan, sambung tido lagi sampai tengah malam. Kalau terjaga saye pi makan depan peti ais atau pi toilet. Pastu tido balik.. Mata ni sentiasa berasa mengantuk, badan pulak sentiasa berasa nak berada atas katil. Setengah tahun hidup saya zzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzZZzz tanpa rasa jemu!
Tak penah saya lalui proses tido yang sebegitu panjang. Walau dah tido dengan begitu banyak tapi mata saya tetap mengantuk dan badan rasa lesu jer hari-hari.. Kalau di campur-campur waktu tido saye ni, saye rase dah beribu-ribu jam saye tido, tapi kenapa mata ni mengantuk lagi?? Hairan sungguh…
Saya cuma keluar rumah bila stok makanan dah habis. Kalau saya ni robot, pasti lagi lah saye takkan keluar rumah selama-lamanya! Saya ibarat diri saya pada waktu dulu suka sangat duduk dalam rumah, suka sangat berkurung dalam bilik, seboleh-boleh saya tak mahu keluar..
Waktu tido tu, memang macam-macam lah saya mimpi.. Mimpi yang makin lama makin meletihkan saya.. Dan akhir sekali bukan setakat saya mengalami mimpi yang menakutkan tapi saya rasa seolah-olah di ganggu oleh syaitan, jin atau pon iblis.
Ini adalah andaian saya pada waktu itu, walaupon pada masa itu saya tak berapa pasti tapi saya yakin ada sesuatu yang menganggu saya! confirmed!
Sehingga sukar sangat untuk saya tido, kejap-kejap terjaga, jantung ni plak bila tersedar pasti berdegup dengan sangat kencang! Selalu terperanjat-terperanjat waktu tengah tido. Serius memang tension sangat! Hari-hari saya tido pasti bukak lampu, kalau tutup lampu lagi lah macam-macam yang datang mengganggu tidur saya..
Tapi, selepas berubat dengan uncle, alhamdulillah dengan izin Allah skang saya tido sangat-sangat lah lena. Sangatlah best! Letak je kepala atas bantal pasti shut down terus.. Paling ajaib sekali saya boleh tido tutup lampu tanpa sebarang gangguan.. Syukur sangat-sangat padamu Ya Allah atas nikmat tidurku yang kau telah berikan semula..
Bersambung...
Part 1 - Aku derita...
Part 2 - Toyol, Hantu & Tahi Kucing
Part 3 - Inilah Aku (Mood PMS)
Part 4 - Suka Berbogel Dalam Rumah!
Part 5 - Mimpi Yang Meletihkan!
Part 6 - Aku Dirogol Jin Setiap Hari!
Part 7 - Babai Jin Yang lama..
Angkara Saka – Diari 1
Angkara Saka Suami- Diari 2
Bukan ke Setan Kena Ikat Bulan Puasa? Hu...Hu...
Eleh..
2 comments:
mudah-mudahan bertemu jodoh ye..sapa jodohnye tu uncle?
Zam,
Pesanan ikhlas utk pesakit ni. Adik tak boleh selamanya bergantung pada perawat. Peringkat awal untuk berubat takpe. Perawat tidak akan ada dengan kita sepanjang masa.
Diri sendiri perlu ada bekal. Cuba zikir2 yg ringan dulu. Kalau rasa banyak 'penghalang', cuba cari Ilmu Jurus. Tidak terlalu terikat dengan disiplin zikir yg ketat (pd yg tak biasa). Lebih guna fizikal tapi pengamal tetap juga berzikir dengan zikir 'sirr' (rahsia tanpa huruf dan bunyi).
Bila dah dapat kuasai Ilmu Jurus 50, Insyaallah mampu untuk belasah sendiri jin2 toncit ni & dikurniakan shield yg boleh auto respons walau dlm tidur.
Wallahuรกlam
Post a Comment