Artikel dibawah ini pernah ditulis pada 18-11-2011 dan telah diedit sedikit
Kosmo - 21-1-2007
Ringkasan cerita.
Saya kerumah Lisa tingkat 23, Damansara Perdana sekitar lebih kurang 9 malam, 20 Januari 2007 bersama Zaidi dan wartawan serta jurugambar Kosmo Sebaik saja sampai, Lisa menyambut kedatangan kami berempat. Dalam hati saya berkata “Cun dan seksi gak awek ni. Kalau kena goda lebih-lebih, agaknya boleh tsunami iman aku ni” Tapi memandangkan ada tugas yang sedia menanti, saya duduk bersila diatas lantai. Seperti biasalah perangai tak senonoh saya minta izin nak sepam dua gudang garam! Lepas jer berasap tiga empat pam, saya dapat ‘signal’ ada barang yang tersimpan rapi dalam rumah tersebut.
Norfairuza Mohd Fatimi (Lisa)
Lisa menceritakan bahawa sebenarnya beliau adalah seorang 'IT' (Ibu tunggal). Suaminya meninggal pada 7-12-2005 kerana sakit jantung. Saya terus telan air liur dan berkata dalam hati sekali lagi.. “Alamak! Mak Jan rupanya..Muda, cun, putih, gebu, seksi dan bergetah…aduss” Saya terus control macho!
Selepas beberapa minit kemudian tanpa berlengah (sebab signal semakin kuat), saya bertanya apa peninggalan suaminya yang pelik-pelik?
Pada mulanya beliau enggan mengaku! Seperti biasalah..aku akan menggunakan kuasa ‘power rangers’ (yang telah dianugerah olehNYA. Alaa..pinjam sat jer..pastu kena pulang balik) untuk Lisa berkata benar.
Beliau lantas bangun dan masuk kebilik mengambil sekotak kayu yang berukiran lantas membukanya dan menunjukkan beberapa barangan peninggalan arwah suaminya. Signal saya semakin kuat sehingga jari saya terangkat menunjukkan beberapa tempat dalam rumah tersebut barang-barang peninggalan arwah.
Semua kejadian tersebut disaksikan oleh Zaidi, wartawan dan jurugambar Kosmo. Tu diaaa...Macam-macam ada….(Saya menasihati semua teman-teman disini agar menjauhi segala tangkal, azimat, pendinding, penggerun, minyak pengasih atau apa saja yang bertentangan dengan ajaranNYA untuk dibawa kehidupan seharian kerana kesannya kalau kita mati akan menyusah orang yang hidup! Ada faham ke incek..)
Pendekkan cerita semuanya selesai dalam masa 1 jam saja.
Lembaga menyerupai janin bayi di bahagian perut Puteri Assara yang dirakam pada hari kejadian menggunakan kamera telefon bimbit.
Klik video
Gambar Puteri Arisa di sebelah kiri menunjukan rambut asalnya yang panjang manakala gambar kanan rambutnya pendek seperti digunting. Adakah imej berupa wajah lembaga di rambutnya adalah tindak balas cahaya?
Jari yang normal
Imej di atas menunjukkan saiz jari yang normal. Imej di bawah pula
kelihatan agak panjang daripada biasa. Biarlah pembaca menilainya
sendiri.
Kuku di jari telunjuk kiri berwarna hitam muncul secara tiba-tiba. Adakah ini optical illusions?
Kuku di jari telunjuk kiri berwarna hitam muncul secara tiba-tiba. Adakah ini optical illusions?
Mata kiri Nurfaizura kelihatan lebam dan membengkak seolah-olah ditumbuk dalam imej tersebut.
Dah besar pun korang semua.
Kes selesai & Tutup Fail
Kes selesai & Tutup Fail
Terima kasih Allah
Norfairuza Binti Mohd Fatimi
PJU 8/9 Damansara Perdana,
Damansara,Petaling Jaya, Selangor Daru Ehsan.
27hb Januari 2007
Kepada Pasukan Paranormal Seekers Malaysia
22, Jalan 1, Taman Tar,
Ampang 68000, Selangor Daru Ehsan.
Up: Tuan Syed Abdullah Alattas (Uncle Seekers)
Per: Ucapan Terima Kasih
Saya yang bernama di atas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana membantu kami sekeluarga menghindari gangguan jelmaan wanita yang menginap di rumah kami. Saya terpanggil untuk meminta khidmat tuan apabila mendengar kepakaran pasukan tuan menyelesaikan permasalahan paranormal ini dengan menggunakan teknik terkini
Saya tidak mahu meminta pertolongan daripada bomoh kerana takut masalah saya semakin bertambah buruk.
Saya mula menetap di rumah itu 30/4/06. Saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena di rumah apabila setiap kali saya menjejak kaki ke rumah, saya akan menjadi marah dan membenci anak-anak saya secara tiba-tiba. Tiga orang anak saya yang comel sentiasa menjadi mangsa kemarahan saya. Perasaan marah akan hilang secara tiba-tiba apabila saya melangkah keluar rumah.
Tiga orang pembantu rumah selalu bertukar ganti pula menunjukkan reaksi ketakutan setiap kali tinggal seorang diri di rumah.
Paha saya pula kerap terdapat tompokan hitam seperti di gigit seseorang. Saya sebenarnya ibu tunggal. Suami saya meninggal pada 7/12/05 akibat sakit jantung.
Saya sangat terkejut apabila pada 12 November 2006, iaitu pada hari Khamis malam Jumaat sekitar pukul 12.00 malam apabila terdapat rakaman di dalam telefon bimbit seperti jari tangan anak saya sebelah kanan lebih panjang berbanding dengan jari kiri. Sementara ada kuku yang panjang berwarna hitam di sebelah kiri jari telunjuk anak saya bernama Puteri Assara. Rambut anak saya yang bernama Puteri Arisa pula seolah-olah digunting pendek padahal beliau mempunyai rambut yang panjang. Manakala telinga anak saya yang bernama Puteri Assara seperti jatuh ke bawah! Paling menakutkan saya apabila rakaman di dalam telefon bimbit ada rakaman janin pada perut anak saya Puteri Assara yang baru berumur empat tahun.
Pada hari kejadian kami semua sedang menonton tv bersama-sama. Selepas satu jam peristiwa tersebut kami mendengar suara bayi menangis yang kuat sekitar lima saat yang berdekatan sangat dengan kami di ruang tamu. Jiran-jiran saya tidak ada anak kecil dan rumah saya pula di tingkat 23.
Selepas kejadian tersebut keesokan harinya anak saya Puteri Assara jatuh sakit mengalami demam panas selama dua hari berturut-turut dan berubah sikap menjadi seorang yang pendiam. Manakala saya pula menghadapi sakit yang amat sangat di pergelangan ibu jari tangan kanan saya dua hari selepas itu.
Dua hari sebelum kejadian ini berlaku, kawan baik saya yang bernama Norzila ternampak satu lembaga menyerupai budak kecil sedang bermain membuat satu bulatan di ruang tamu rumah saya. Beliau demam seminggu keesokan harinya. Beliau menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan saya.
Banyak peristiwa pelik berlaku di rumah itu seperti pelbagai bunyi pelik di ruang tamu dan kadangkala saya ternampak lembaga di tingkap rumah dan di persekitaran ruang menunggu lif berdekatan rumah saya.
Alhamdulillah, semuanya selesai apabila tuan bersama anggota tuan bernama Zaidi datang pada 20 Januari 2007 jam 9.30 malam membuat kajian dan membantu saya menyelesaikan masalah yang paling menakutkan sepanjang hidup saya disaksikan oleh wartawan dan jurugambar Kosmo.
Saya amat kagum kerana tuan telah menyelesaikan masalah kami anak-beranak dalam masa satu jam sahaja. Semoga Allah memberkati usaha pasukan tuan. Anak-anak saya juga gembira dapat bertemu dan beramah mesra dengan layanan yang diberikan oleh krew pasukan tuan.
Thank You Ghost Busters Malaysia
Norfairuza Binti Mohd Fatimi
Angkara Saka – Diari 1
Angkara Saka Suami- Diari 2
Bukan ke Setan Kena Ikat Bulan Puasa? Hu...Hu...
Eleh..
Gangguan Jin! (Part 1) - Aku Derita
Gangguan Jin! (Part 2) - Toyol, Hantu & Tahi Kucing
Gangguan Jin! (Part 3) - Inilah Aku (Mood PMS)
Gangguan Jin! (Part 4) - Suka Berbogel Dalam Rumah!
Gangguan Jin! (Part 5) - Mimpi Yang Meletihkan!
Gangguan Jin! (Part 6) - Aku Dirogol Jin Setiap Hari!
Gangguan Jin! (Part 7) - Babai Jin Yang lama..(Penutup)
No comments:
Post a Comment