Salam semua pembaca blog Uncleseekers,
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana membantu saya, Aqif (maaf, guna nama samaran), kerana telah ditemukan dengan Uncle Seekers semalam. Kisahnya bermula apabila saya mengalami sakit-sakit yang luar biasa dan tak dapat dikesan oleh perubatan moden. Saya adalah pembaca regular blog Uncle, namun sejak 2 bulan sakit, saya jarang masuk ke blognya. Kebetulan, atas gerak Allah, saya terbuka blog Uncle dan artikel yang pertama saya baca adalah bertajuk "Bukan ke Setan Kena Ikat Bulan Puasa? Hu...Hu..." bertarikh 14 Julai 2013 iaitu luahan terima kasih En. Azmi pada Uncle kerana merawat sakitnya yang hampir serupa dengan saya.
Azmi Taufik
azmitaufik@gmail.com
azmitaufik@gmail.com
Sebelum saya berkongsi cerita, ingin saya petik kata-kata dari En. Azmi iaitu " jangan rasa kalau solat dah cukup, sedekah dah banyak, baca quran pun banyak anda tak akan terkena sihir – kalau orang tuju, tepat kena." Dan saya ingin menambah "jangan rasa kalau dah belajar ilmu mengenal diri, tarikat, hakikat dan makrifat tinggi melangit, takkan terkena sihir jika leka, lupa diri, tak beringat, banyak buat dosa dengan manusia (jika ada) atau diuji Allah".
Dua bulan sudah, sewaktu balik dari melepak bersama kawan di luar dan bersedia untuk berbaring tidur, tiba-tiba lebih kurang jam 2 pagi saya mengalami sesak nafas yang mana perasaan ketika tu seolah-olah nyawa bakal direntap. Saya terkejut dan terus terbangun dari katil. Akibat panik, saya mengalami simptom "panic attack" yang mengakibatkan:
- Sesak nafas
- Jantung berdebar-debar
- Terasa sesuatu bergerak di bawah kulit di paru-paru
- Sakit dada
- Perut kembung, tegang dan banyak angin
- Tangan, lengan dan kaki mula sejuk
- Sakit kepala di sebelah kiri kemudian beralih ke sebelah kanan
- Seperti ada benda melekat di tekak
- Bernafas tak puas
- Makanan/minuman yang dah ditelan terasa berada di tekak dan lambat masuk ke perut
- Gastrik dan asid reflux (GERD) mula terjadi disebabkan panic attack
- Sakit ulu hati yang jarang sekali terkena
- Fikiran bercelaru dan macam-macam timbul dalam fikiran
- Badan lemah dan tekanan darah jadi rendah
- Tangan dan jari kebas-kebas
- Rasa nak demam tapi tak demam
- Pendengaran telinga kanan jadi kurang
- Bahagian-bahagian pada kaki dan tangan berdenyut seperti bergerak sendiri
- Tak puas atau susah buang air besar
- Ada masa pandangan mata jadi kabur
- Tak boleh berdiri lama atau berada di tempat yang ramai orang
- Tak boleh drive lama-lama atau ke tempat yang jauh
Disebabkan fikiran celaru dan menyangka mungkin sakit jantung atau paru-paru, terus saya mengajak adik temankan ke hospital HUKM bahagian kecemasan jam 3 pagi dan meninggalkan orang rumah di rumah untuk menjaga anak sulung yang baru berusia sebulan lebih. Sampai di HUKM, saya buat pemeriksaan ECG dan mendapati tiada apa yang sakit, semuanya normal, jantung dan paru-paru sihat. Cuma tekanan darah saya rendah sikit disebabkan panic attack.
Esoknya, konon rasa macam dah sihat, ajaklah kawan lepak di luar (TTDI). Baru lepak 20 minit, sesak nafas mula berlaku. Dia nak temankan follow belakang sampai ke Cheras, tapi saya gagahkan juga diri balik sorang-sorang. Perjalanan 10km dari TTDI ke Cheras, Allah sahajalah tahu betapa azabnya. Rasa macam nak pitam dalam kereta atau mati di tengah jalan. Terus saya pandu ke HUKM dan parking berdekatan ambulan bahagian kecemasan. Dalam fikiran, lantak lah kalau kereta kena clamp, nyawa nyer pasal. Sekali lagi check, sah doktor kata normal, aduh. Start hari kedua ni lah yang menyebabkan saya phobia atau risau kalau nak memandu sorang-sorang ke tempat yang jauh dari rumah.
Jumlah saya berulang-alik ke hospital dan klinik dalam tempoh 2 bulan adalah 4 kali hospital (semuanya di tengah malam), 3 kali ke klinik swasta, 2 kali buat ECG dan 1 kali buat blood test. Semuanya OK dan normal. Blood test pun normal cuma kolesterol 5.4. Saya fikir mungkin pasal kolesterol kot, tapi melihatkan kawan-kawan yang lebih tinggi tahap daripada saya tapi OK je macam biasa, membuatkan saya bertambah hairan.
Gagah balik ke kampung mertua, mereka sarankan buat rawatan alternatif. Ok, dikatakan 'sawan mayat' disebabkan baru-baru ni melawat ke kubur. Di sana pun saya sempat berurut tradisional yang paling maksima kononnya mungkin banyak angin dalam badan. Balik ke KL, selang 1-2 hari, sakit-sakit masih ada lagi, hmm.
Terpaksa saya hidup seperti biasa tapi banyak kekurangan iaitu kerja-kerja terpaksa ditangguh atau dibatalkan, menghabiskan beras kat rumah je bak kata Uncle. Memang badan lemah dan tak boleh berdiri lama, nak duduk depan PC maksima 2 jam je berbanding dulu di antara 6 hingga 10 jam untuk kerja-kerja IT. Duit pun dah banyak habis untuk berubat jer. Tiba-tiba tergerak untuk buka blog Uncle dan artikel pertama yang saya baca adalah luahan dari En. Azmi (rujuk link di atas). Terus saya email Uncle dan beliau minta saya forward kan pada En. Azmi yang akan bawa saya menemuinya. Awalnya memang saya tak expect pun Uncle untuk membalas email maklumlah orang popular. Tapi segalanya gerak dari Allah belaka.
Barang yang diperlukan telah saya sediakan. Apa-apa pun terima kasih pada En. Azmi yang sanggup ambil saya di rumah. Jam 10 malam selepas tarawih, kami bergerak menemui Uncle. Dalam perjalanan, kawasan bawah perut sebelah kanan mula berdenyut-denyut mungkin hasil dari teknik pernapasan dan doa pendek yang Uncle minta buatkan. Dalam hati dah standby nak berdepan lidah laser Uncle, hehe. Sampai je, laaaaaa.... peramahnya Uncle, sanggup mendengar luahan masalah kita. Sekali-sekala tu laser gak tapi respek cara Uncle, laser berdepan, itu lebih baik. Berkali-kali beliau berkata "saya ni bukan bomoh, hanya Allah sahaja yang membantu". Memang Uncle seorang yang baik (hehe, ni bukan bodek yer Uncle, ni serius benar ni). Tapi kalau korang jumpa Uncle, jangan bercakap bohong atau banyak berahsia, Uncle boleh baca hati korang, hehe. Jujur dan ikhlas sahaja.
"Mana barang-barang?" Kata Uncle. Saya pun keluarkan barang-barang yang diperlukan. Siap Uncle tanya "cukup ke duit beli semua ni dah kata tak kerja 2 bulan, kalo tak, Uncle tolong bayarkan". Mak aih, begitu sekali Uncle ikhlas nak bantu. Saya jawab "cukup Uncle". Ok, kami masuk ke bilik ditemani En. Azmi dan anak Uncle. Rawatan berlangsung sekejap je, tak sampai sejam. Dalam proses pengubatan, berlaku dua perkara yang mistik iaitu timbul tulisan berbunyi "Haruman" di cermin dan keluarnya sebatang jarum yang sudahpun berkarat sepanjang 1 1/2 inci. Mulanya kami ingat batang selumbar kayu ke apa, rupanya jarum berkarat. Dikatakan jarum tu dah lama ada dalam badan, apabila tanya Uncle, dengan laser nya beliau menjawab "Eh, engkau yang makan tak tentu hala ke apa, tanya le diri sendiri". Hahaha. Baik Uncle, satu peringatan untuk diri saya tu di masa hadapan, insyaAllah. Saya mengandaikan perkara ni adalah buatan orang (kerana bisnes) dan telah lama ada dalam badan saya lebih dari 5 tahun. Seperti biasa, jika terkena Tuju-tuju atau apa-apa jenis buatan orang, eloklah jangan kita mencari siapa pelakunya, lupakan sahaja atau lebih baik maafkannya. Uncle juga menasihatkan perkara yang sama. Jadi, dengan ikhlasnya, saya memaafkan pelakunya. Gambar jarum Uncle ada tanya nak atau tidak ambil gambarnya, saya jawab tak perlulah sebab nak lupakan segala-gala hal ni dan buka buku baru.
Disebabkan jarum berada dalam badanlah yang mengganggu saluran darah dan macam-macam lagi hingga sesak nafas. Takpalah, saya pun dah lupakan hal jarum ni, sekadar berkongsi pengalaman sahaja.
Kami pun ke ruang tamu semula. Memang ramai, semuanya tengah hot dan rancak berbincang tentang Forex dan EA Robot Forex Miliun Software. Saya sebagai orang yang pernah terjebak dengan Forex sejak tahun 2008 dan pernah mencuba pelbagai EA (malahan pernah buat simple coding programming software EA) memang mengakui ada kelainan dalam AI (Artificial Intelligence) yang ada pada robot ni yang pandai menguruskan multi currency dan banyak lagi kelebihan sebenarnya. Bukan nak promosi atau nak bantu Uncle yang baru je tolong berubatkan saya, tapi memang benar ada kelainan pada robot Miliun.
Jam dah 12 lebih malam, saya dan En. Azmi dah nak balik. Uncle siap mengiring kami sampai ke luar. Ni nak cerita kat korang, biasa kita yang kena hulur kat perawat kan? Balik tu, Uncle pula yang hulur kat saya, terbalik pula. Katanya untuk anak sulung saya, Alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik Uncle, semoga bertambah kaya dan murah rezeki. Memang Uncle dah bagi syarat kalau nak berubat langsung tak boleh hulur duit malahan hadiah sekalipun. Begitu ikhlas beliau membantu.
Alhamdulillah, esok harinya iaitu hari ni, saya dapat menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh sepanjang 2 bulan termasuklah ke salon untuk potong rambut yang dah panjang. Hehe, mungkin korang terfikir apa kaitan salon rambut? Waktu sakit tu, saya tak dapat bersandar lama-lama di kerusi kerana angin menyucuk-nyucuk di belakang dada yang boleh menyebabkan berlaku lagi sesak nafas.
Akhir kata, terima kasih tak terhingga pada Uncle Seekers yang membantu saya.
Wahai Allah, terima kasih kerana mempertemukan kami dengan Uncle.
Tips dari Uncle, ada dua je yang mak bapak tak ajar kat kita:
- cara bernafas
- buat 'projek' (18 SX) hehehe.
Part 2 - Toyol, Hantu & Tahi Kucing
Part 3 - Inilah Aku (Mood PMS)
Part 4 - Suka Berbogel Dalam Rumah!
Part 5 - Mimpi Yang Meletihkan!
Part 6 - Aku Dirogol Jin Setiap Hari!
Part 7 - Babai Jin Yang lama..
Angkara Saka – Diari 1
Angkara Saka Suami- Diari
Bukan ke Setan Kena Ikat Bulan Puasa? Hu...Hu...
Eleh..
1 comment:
aiyaa..'pakcik'...itu post celita pangjang2 apa buat?untok malketing setlategi meh?kulang menalik maaa
Post a Comment