Sunday, July 14, 2013

Bukan ke Setan Kena Ikat Bulan Puasa? Hu...Hu...

Bukan ke Setan Kena Ikat Bulan Puasa? Hu...Hu...



Salam semua pembaca blog Uncleseekers.

Saya adalah seorang yang bernasib baik (atas kehendak Nya jua) kerana, 

– dapat menjadi orang dalam kumpulan pertama memiliki Miliun software sebab berani menerima ‘promosi’ Uncleseekers untuk join Forex EA Camp di Saufiville pada 6-7 Julai lalu.

– dapat mengenali Uncleseekers dengan lebih rapat. Yang atas tu belum best lagi pasal software tersebut masih belum di install dan run utk buat profit sebab masalah dengan … bukan modal, modal dah inject USD2k last Monday.

Sebenarnya yang kedua lagi best – bukan setakat kenal dengan Uncleseekers, tapi berkat bantuan Uncleseekers masalah sakit dalaman (sihir) yang saya alami lebih dua bulan dapat diselesaikan (dengan kehendak Nya jua).


Sakit bermula dari kerja luar pejabat di Sg Petani, Kedah pada 17-19 Mac lalu. Badan sihat, segar dan montel (lihat gambar, 68kg) ketika itu, lepas kerja out-station selesai saya pergi ke Tanjung Dawai untuk makan petang. Sebelum makan saya pergi ke tempat pusat jualan hasilan laut yang dikeringkan. Lepas tu saya pergi makan di salah satu kedai seafood berdekatan pantai. Kemudian lepak dan ambil gambar matahari terbenam sehingga lewat Maghrib baru pulang ke hotel di Sg Petani.

Selepas solat, saya tidak dapat tidur dan badan mula rasa nak demam bercampur dengan serangan gout di buku lali.Tu la… akibat makan seafood terlalu banyak.

Dipendekkan cerita, demam saya mula menjadi teruk bila sampai di rumah. Ambil ujian darah beberapa kali tetapi tiada tanda-tanda denggi. Demam tak kebah sehingga Pembantu Klinik Kerajaan kata, “Orang sakit denggi pun paling lewat 8-9 hari dah pulih, kau ni dah 2 minggu tak pulih lagi.” Masa tu tak tahu masalah sebenar penyakit yang dihidapi.


Selepas sebulan demam masih belum pulih dan berat badan saya sudah menurun sehingga 63.5kg. Saya kemudian berikhtiar untuk mencari rawatan alternative – saya ke Kota Kemuning, Shah Alam. Alhamdulillah penyakit saya (di santau) dapat dikesan dan di “tawarkan” oleh perawat di sana. Sah terkena santau di Tanjung Dawai.

Selang dua minggu berat badan telah naik ke 65kg, bagaimana pun pada hari mengundi (5/5/2013) saya sekali lagi terkena santau semasa makan di sebuah CafĂ© di ground floor Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tapi takpe, dah tau perawat di Kota Kemuning boleh merawat santau dengan berkesan. Masalah settle dengan cepat. Kata perawat, kalau sekali dah terkena sihir, badan kita ada kesan yang dapt dilihat oleh mahluk ghaib. So kita jadi moving target – dah nasib.

Bagaimana pun selepas seminggu rawatan dada terasa di cucuk-cucuk dengan jarum, rasa macam nak demam pun ada dan perasaan bercampur baur – rasa nak mati, rasa putus asa dan macam-macam perasaan yang datang.

Terpaksa berulang ke Kota Kemuning sehingga 6 kali dan dirawat oleh 3 orang perawat berlainan. Selepas setiap rawatan badan akan terasa sihat, bagaimanapun keesokan harinya rasa sakit kembali semula. Serangan bermula waktu asar, dada seperti dicucuk jarum sedikit-sedikit sampai Maghrib dada akan menjadi sesak dan perasaan bercampur- baur.

Punca sakit tak dapat dikesan oleh para perawat di Kota kemuning. Saya berikhtiar pula dengan perawat di Bukit Beruntung tapi sakit masih tak kebah. Selang dua minggu saya ke perawat di Rawang Perdana. Hasilnya masih sama – kesakitan di dada dan serangan demi serangan saya alami. So far dah 5 perawat gagal mengesan punca sebenar penyakit ini.

Sepanjang mengalami penyakit ini dah dua klinik saya lawati untuk pengesahan penyakit – buat 2x ECG dan lung test – jantung dan paru-paru semua ok. Doktor juga menyuruh saya mengambil Symbicort I60 untuk redakan sesak nafas – tapi kurang berkesan.

Sementara itu berat badan terus menurun sehingga 63 kg (lihat gambar), raut wajah memang mengesahkan kesakitan yang dialami. Masalahnya ialah tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada kerja-kerja di pejabat kerana kesakitan dada dan sesak nafas.

Dalam pada mencari penyelesaian saya juga berusaha untuk membaca yassin 7 mubin (Y7M) dan yassin 40.Bagaimanapun selepas 7 malam membaca Y7M terdapat kesan cakaran pula di badan (lihat gambar).Kejadian cakaran berulang 3-4 kali mulai dari bacaan Y7M ke 7 – ditambah lagi dengan sakit di dada dan sesak nafas masih berterusan.


Saya masih belum berputus asa untuk mendapatkan rawatan, dan seterusnya saya mendapatkan rawatan dari pusat rawatan di Senawang pula.Dua orang perawat di Senawang kata saya terkena sihir dari orang yang terlalu marah kepada saya.

Cara rawatan sama dengan perawat lain – guna ayat Quran dan mandi limau. Emmmm … keadaan sakit masih belum dapat di pulihkan. Kesemua perawat (setakat ni seramai 7 orang)gagal mengesan punca sebenar pesakit walhal mereka arif dalam membuang saka, sihir dan jin dari badan pesakit. Mungkin juga Allah swt belum izinkan saya untuk sembuh atas sebab tertentu (dosa banyak kot).


Promosi EA ForexCamp di Janda Baik yang dipromosikan oleh Uncleseekers mungkin hanya sebagai sebab untuk saya sembuh dari penyakit ini. Pada 6 Julai semasa hadir untuk makan tengahari selepas mendaftar secara kebetulan saya di sambut oleh Uncleseekers… sempat beritahu dia yang dia tak balas email saya (part ni memang saya geram dengan Uncleseekers), tapi tiba-tiba perasaan geram hilang sebab Uncleseekers begitu “humble” macam Abah dia (Pak Habib).


Petang tu di rumah Uncleseekers, dia memerhatikan saya, kemudian dia panggil saya ke biliknya – “sakit kau ni lain sikit, nanti kita cuba ikhtiarkan”… lega hati sebab Uncleseekers nak membantu (gambar saya yang pakai baju oren dalam blog uncleseekers sebelum ni). Esoknya Ahad 7 Julai Uncleseekers minta nama penuh saya untuk check sakit yang saya alami….. Persetujuan di capai, kena datang lagi bila dapat barang yang diperlukan.

Jadi di pendekkan cerita, malam tadi (13 Julai, Sabtu malam Ahad) saya telah di rawat oleh Uncleseekers – sekejap ajer pun. Sakit menyucuk di dada terus hilang dan wajah kembali ceria. Sebenarnya ada benda (bukan jin) yang dihantar oleh penyihir ke dalam badan saya – ini yang tidak dapat dikesan oleh perawat-perawat sebelum ini. Benda apa ?Boleh fikir sendiri la … Apa yang saya suka pasal Uncleseekers – Humble and humourous - memang tak kering gusi, ada jer cerita kelakar dia. Tapi ada juga kelakar yang 18SG sahaja.

Apa yang saya tak suka pasal Uncleseekers – lidah laser, tapi kelakar…

Pengajaran- jangan rasa kalau solat dah cukup, sedekah dah banyak, baca quran pun banyak anda tak akan terkena sihir – kalau orang tuju, tepat kena. Banyak mohon perlindungan dari Allah swt.

Tips dari saya –kalau nak kurangkan berat badan tanpa diet, sila minta di sihir atau di santau.

Tips dari Uncleseekers – Kalau lelaki nak kahwin lebih dari satu, jangan minta izin dari isteri tapi minta maaf.

Tips 2 dari Uncleseekers – jangan kahwin dengan ‘mat salleh’ sebab wanita mereka tak pandai nak bermanja macam orang Melayu.

Tips 18SG dari Uncleseekers – kahwin dengan ‘mat salleh’ ok tapi masin sikit.

Anyway terima kasih kepada Uncleseeekers atas bantuan yang diberikan.


Wahai Allah terima kasih jua kepada Mu kerana mempertemukan aku dengan Uncleseekers dan menghilangkan sakit (sihir) ini.

Komen aku - Woooo...bila dah baik jer, mula lah merapu balik! Duit dah masyuk minggu depan main Miliun software ni jangan lupa kotakan janji Mee Goreng Seafood dengan Teh O Ais!

Part 2 - Toyol, Hantu & Tahi Kucing
Part 3 - Inilah Aku (Mood PMS)
Part 4 - Suka Berbogel Dalam Rumah!
Part 5 - Mimpi Yang Meletihkan!
Part 6 - Aku Dirogol Jin Setiap Hari!
Part 7 - Babai Jin Yang lama..

Angkara Saka – Diari 1
Angkara Saka Suami- Diari 
Bukan ke Setan Kena Ikat Bulan Puasa? Hu...Hu...
Eleh...

No comments:

Post a Comment

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.