Kebersihan tandas melambangkan imej
...dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka
(Surah AT-TAUBAH ayat 108)
...dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka
(Surah Al-BAQARAH ayat 222)
Tandas duduk
Kebaikan
1.
Lebih mudah untuk buat aktiviti sampingan (potong-potong kuku,
belek-belek bulu, baca majalah, suratkhabar, bergayut dan sms dengan
orang tersayang, berinternet, main game, layan mp3, dan mencabut bulu
ketiak)
2. Lebih selesa
3. Ilham datang mencurah-curah
4. Pemandangan ‘hasil cernaan’ terselindung oleh posisi duduk
5. Risiko tembakan tersasar keluar dari sasaran sangat rendah. kalau ceberet pun..semua sisa-sisa ‘hasil cernaan’ masuk terus ke mangkuk tandas.
6. Yang jenis ada auto wash, pancutan air terus kat ‘asshole’ takyah guna tangan untuk basuh .. kalau yang ada pengering tu lagi besh siap tolong keringkan sekali.
7. Kalau kita lama-lama kat dalam tu tak lah penat...
8. Kalau tandas cantik, bersih dan harum kadang-kadang kita terlupa yang sebenarnya kita dalam tandas!
Keburukan
1.
Kalau ditandas awam, ada perkara terpaksa lakukan terlebih dahulu
seperti kena bersihkan tempat duduk tu...pastu nak kena lap dulu dan
kalau dah tak tahan terus cangkung aje atas tempat duduk tu...kalau
badan besar lagi teruk, kalau mencangkung atas tempat duduk tu takut
pecah...lagi lah haru...last-last berak sambil berdiri... kisah benar
ni..
2. Menyangkung atas mangkuk tandas, feel dia ada sikit lari.
3. Kalau ada ‘hasil cernaan’ yang padat, pendek dan besar apabila jatuh (momentum ‘hasil cernaan’
yang gugur) selalunya, air dalam mangkuk tandas akan terpercik terkena
paha dan punggung sekali. Selain mencuci ‘asshole’ jawabnya kena basuh
keseluruhan punggunglah..hi hi..
4. ‘Hasil cernaan’ akan mengembang bersama air dan hilanglah keseniannya.
5. Zakar akan bersentuh dengan hujung mangkuk.
6. Kalau ‘tong’ diluar rumah tu dah penuh – hati memang panas sebab ‘hasil cernaan’ akan keluar balik. Cipet betul!
7. Terasa seperti tersepit.
8. Bunyi ‘hasil cernaan’
jatuh amat memalukan. Tip untuk mengurangkan bunyi yang kurang
menyenangkan terutama bertandang kerumah orang adalah letakkan beberapa
helai tisu kedalam air mangkuk tandas itu... tisu tadi bertindak sebagai
agen menyerap hentakan ‘hasil cernaan’ apabila jatuh ke
permukaan air dan sekaligus bertindak sebagai perangkap bunyi dan serta
menghalang air dari memercik...Bagi menghilang atau mengurangkan bunyi
kentut semasa meneran tu, tutuplah kedua belah telinga menggunakan tapak
tangan..hi..hi
9. Sebenarnya,
‘melepaskan hajat’ perlu ada skill (latihan berulangkali amat digalakkan). Bila kita sudah mengusai skill
‘melepaskan hajat’ peringkat tertinggi kita akan tahu
‘hasil cernaan’ yang bakal dilahirkan itu akan mengundang percikan air bercampur
‘hasil cernaan’ atau tidak. Ini akan memudahkan kita membuat persediaan awal demi menjaga maruah punggung dari terkena percikan. Selalunya
‘hasil cernaan’
yang runcing hujungnya tidak akan menimbulkan masalah percikan
berlebihan. Bentuk yang sebegitu akan dapat merentasi halangan air dan
terapung dengan aman. Konsepnya sama seperti penerjun papan anjal.
Selalunya
‘hasil cernaan’ yang tidak sekata bentuknya akan menimbulkan masalah. Ini yang kita harus berjaga-jaga. Bila
‘hasil cernaan’
jatuh saja, kita seharusnya bersedia untuk bangun sedikit dari posisi
duduk. Teknik ini memerlukan masa dan kesabaran untuk dimahirkan. Paling
efektif untuk memahirkan teknik ini adalah dengan kekerapan buat
peraduan untuk diri sendiri ketika
‘melepaskan hajat’ Beri markah pada setiap jatuhan
‘hasil cernaan’ yang paling kurang percikannya maka markah yang tertinggi harus diberi. Semuga anda sukses..hi hi
Tandas Cangkung
Kebaikan
1. Tiada sentuhan secara terus antara paha dan mangkuk tandas.
2. Produktiviti pengeluaran ‘hasil cernaan’ lebih lancar.
3. Kalau air dari flush rosak, jirus dengan air selesai masalah dan ‘hasil cernaan’ dapat disembunyikan dari pandangan.
4. Untuk wanita - Sangat baik untuk menjana latihan
"kemut sampai patah". Lakukan senaman kemut 5 minit setiap sesi 7 kali sehari. Sedap wooo..
Keburukan
1. Untuk perut yang boroi, kaki yang lemah kalau spesis yang suka bertafakur boleh mengakibatkan kaki kebas dan lenguh.
2. Hasil seni ‘hasil cernaan’ akan jelas kelihatan kerana pemandangan bahagian bawahnya agak terbuka. Walaupun kita buat-buat tak nak tengok, namun kelibat ‘hasil cernaan’
itu tetap akan menangkap dihujung anak mata. Akibatnya kita akan tengok
jugak akhirnya sebab kita nak sahkan bentuk bayangan yang kita lihat
itu samada realiti atau bayangan gurauan. Hi.. hi..(‘Hasil cernaan’
itu keluar dari dalam tubuh kita sendiri.... bentuk, warna dan
harumannya datang dari dalam perut kita sendiri apa yang kita makan
setiap hari. Jika difikirkan dari sudut spiritual..akan membawa
kesedaran dan rasa rendah diri terhadap diri kita sebagai manusia yang
kadang-kadang terasa diri ini terlalu besar kerana pangkat, kuasa dan
harta. Sehebat mana pun diri kita ini.. secantik mana pun wajah kita
ini..walau kita disanjung...dipuji di julang betapa hebat sekalipun.... ‘hasil cernaan’ kita sama dengan manusia yang lain)
3. 'Hasil cernaan’ kadangkala boleh merecik kat kaki pulak kalau ceberet.
4. Kalau
‘hasil cernaan’
yang jenis melekit, pasti akan melekat pada permukaan mangkuk tandas.
Bila dah flush sekalipun pasti ada sisa-sisa yang melekat kat permukaan
tu. Akibatnya kita terpaksa melakukan ‘overtime’ tak bergaji untuk
memberus sisa
‘hasil cernaan’ itu dengan
toilet brush.
Untuk mengelakkan dari membuat kerja yang tak berfaedah ini berterusan
alirkan air ke mangkuk tandas tanpa henti perlahan-lahan. Teknik ini
akan menjadikan mangkuk tandas menjadi licin dan ‘hasil cernaan’ akan
terus jatuh dibawa arus air yang mengalir ke dasar lubang tandas. Cara
ini agak membazirkan air namun pemandangan
‘hasil cernaan’ yang mengerikan dapat dihindarkan. Selain harumanya juga akan mengurangkan bau sekeliling serta dapat
‘cover line’ bunyi kentut yang bersepah ketika ceberet. Hi..hi
Kesimpulan
Mungkin
‘melepaskan hajat’
dengan cara menyangkung lebih fleksibel kerana boleh dilakukannya
dimana-mana sahaja kalau terdesak (ditepi jalan, dalam semak, atas titi)
tandas duduk kita boleh menyangkung, Pendek kata berak cangkung ni
universal.
“Melepaskan hajat’ dengan cara menyangkung atas
tandas duduk nampak lebih brutal. Mereka Dahla mangkuk tandas tu
tinggi, pastu bertenggek plak atas tu. Memang takde seni langsung! Tapi
kalau dipikir-pikirkan balik, sesiapa yang
‘melepaskan hajat’ dengan cara begini cangkung adalah seorang opportunist dan hardcore. (Kepuasan
‘melepaskan hajat’ dengan menyangkung dan dapat melakukannya diatas tandas duduk yang moden & effisyen).
Bagi mereka yang tak tau menyangkung ketika hendak '
melepaskan hajat' agak susah sikit kalau terdesak. Tak taulah kalau ada spesis yang tetap nak duduk juga dalam tandas cangkung!
Walau apapun cara kita
'melepaskan hajat' samada ditandas cangkung atau tandas duduk, kita tetap Orang Melayu!