Followers

Friday, January 25, 2019

Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?

Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?



Salam

Gwa harap artikel kali ni tak merobek hati kalian lagi

Perkataan 'Allahu Akbar' memang tak ada dalam Quran! Memang comfirm tak ada..

Sekarang giliran korang plak cari sampai dapat. Kalau dah betul-betul tak ada, barulah korang boleh sambung balik baca artikel ni seterusnya..


(Konon-kononnya korang dah carilah...)

Sekarang puas hati?

(klik)

Sekarang cari nama 'Allahu Akbar' dalam senarai 99 nama Allah atau Asma'ul Husna yang manusia cipta

Pun tak ada juga kan? Sampai kiamat cari pun memang tak ada..




Yang aku jumpa..

Perkataan "allahu akbar" 51 hadis Bukhari .

Perkataan "allahu akbar"  2 hadis Abudawud

Perkataan "allahu akbar"  4 hadis Muwatta .

Perkataan "Allah-o-akbar"  22 hadis Muslim

Dalam Quran – Tak ada langsung. ZERO.


Allahu Akbar bukan namaNya. Siapa yang mereka-mereka yang mengadakan dusta terhadap Allah dan RasulNya.

Allah tidak pernah memberi kuasa untuk menamakanNya selain dari nama-nama yang tercatat dalam Al Quran.




7:71. Berkatalah dia, "Kotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat aku mengenai nama-nama kamu menamakankamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak menurunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."




12:40. Apa kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanya kepunyaan Allah. Dia memerintahkan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia. Itu agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.




53:23. Tiadalah ia, melainkan nama-nama yang kamu sendiri menamakan, dan bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Mereka mengikuti hanya sangkaan, dan apa yang jiwa menginginkan; dan sesungguhnya, petunjuk telah datang kepada mereka daripada Pemelihara mereka.

Allah suruh seru namaNYA paling baik



7:180. Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka berserulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat.




17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik...


Jadi serulah Pemelihara kamu dengan nama-nama yang Dia telah menamakan diriNya dalam Al Quran. Di antaranya:



Dengan nama Allah, Yang Pemurah (Rahman), Yang Pengasih (Rahim)



55:78. Berkatnya nama Pemelihara kamu, Yang Gemilang, Yang Mulia (Zhul Jalal Wal Ikram)

56:96. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung (Azim).



59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja (Malik), Yang Suci (Qudus), Yang Sejahtera (Salam), Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, (Muhaimin) Yang Perkasa (Aziz), Yang Mempunyai Kuasa (Jabbar), Yang Memiliki Segala Kebesaran (Mutakabir). Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!



59:24. Dia Allah, Yang Pencipta (Khaliq), Yang Mengadakan (Bari), Yang Pembentuk (Musawir). Bagi-Nya nama-nama paling baik (Asmaul Husna). Segala di langit dan bumi menyanjung-Nya; Dia Yang Perkasa (Aziz), Yang Bijaksana (Hakim).



Antara 'Sadaqollahul'azim' dan 'Sadaqollahu'

Setiap kali kita habis membaca Al Qur'an, kita akan akhiri dengan ungkapan "Sadaqollahul'azim".

Gwa pun tak jumpa langsung ungkapan sebegitu dalam Al Qur'an,

Yang ada cuma ungkapan "Sadaqollahu" (Allah berkata benar).

Kalimat 'azim adalah tambahan dibuat oleh pihak tertentu. Perlukah tulisan atau ajaran Allah ditambah lagi?



"Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan." 3:95.

Tapikan.. Allah tak  suruh pun baca doa sebegini selepas selesai baca Quran. Yang ada sebelum kita baca Quran Allah suruh kita mohon perlindungan kepada DIA daripada syaitan yang direjam.



"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam".16:98

Doa yang Allah anjurkan dalam Quran


"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku" 23:97-98

Susah sangat ke...

Antara 'Lillahi Ta'ala' dan 'Lillahi Robbil'alamin'

Ungkapan Lillahi Ta'ala lazim disebut, dan sudah dipakai kian lama dalam masyarakat kita,

Kita tak akan jumpa ungkapan tersebut di dalam Al Qur'an, Yang ada dan selalu diucapkan dalam solat,  cuma ayat dibawah.


"...Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam"6:162

Kalimat lillaahi 

Kalimat lillaahi (bermaksud untuk Allah atau kerana Allah) yang terdapat dalam al-Qur'an tidak dituruti dengan kalimat ta'ala, tetapi hanya lillaahi. Ayat-ayat yang dimaksudkan, selain daripada diperingatkan tadi, cenggini,


2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah (lillaahi); kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.




3:52. Dan apabila Isa sedari ketidakpercayaan mereka, dia berkata, "Siapakah yang akan jadi penolong-penolongku untuk Allah (lillaahi)?" Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, "Kami akan jadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.



4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang tegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah (lillaahi), walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.



4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah (lillaahi). Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.



6:136. Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia cipta, dengan berkata, "Ini untuk Allah (lillaahi)" - demikian mereka dakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!



8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah (lillaahi); kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa mereka buat.

Kita cuma perlu sebut lillahi dan bukannya lillahi ta'ala - pendek, mengikut Quran, dan paling betul.

Kalimat ta'ala

Kalimat ta'ala juga kalimat daripada Allah yang diajar di dalam al-Qur'an. Sehubungan itu, terdapat satu lagi ungkapan yang lazim disebut seolah suci, iaitu Allah Ta'ala. Malangnya juga, seperti lillahi ta'ala, ia tidak diajar Allah untuk dipakai. Yang ada di dalam al-Qur'an berbunyi Ta'aala -llaahu.


7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka sekutukan!



20:114. Maka, tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja yang benar! Dan janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan."


23:116. Maka tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.



27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka sekutukan.

Allah 'Aliyyi

Seterusnya, andaikata seseorang ingin menyatakan bahawa Allah itu (Maha) Tinggi maka sebutannya bukan Allah Ta'ala, tapii Allah 'Aliyyi.


40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah Yang Tinggi (laahi -l'aliyyi), Yang Besar.

Justeru, ungkapan Sadaqollahul'azim, Lillahi Ta'ala dan Allah Ta'ala adalah tidak "sesuci" seperti difikirkan kerana bukan dari ajaran Allah.

Maaf sekali lagi kalau isu gwa kali ni merobek hati...



Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Adakah Benar Ucapan Amin/Amen Yang Sering Kita Ucapkan Itu Sebenarnya Adalah 'Dewa Yang Tersembunyi'?
Intuisi UncleSeekers - Mahathir Pencinta AlQuran - Betulke Ada Ungkapan Allahu Akbar, Sadaqollahul'azim Dan Lillahi Ta'ala?


UncleSeekers
Seek The Truth
uncleseekers2@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

akbar tu dri nama allah "kabir"..akbar tu mksud nya pling besar..allahu akbar tu kita mnganggung kan allah dgn namanya..kewahabian apakah nie..haha pelik2 je..dlm solat pn orng angkat takbir smua..siapa yg ajar solat ?? ngengg = ="

Anonymous said...

Salam unclee perkongsian yang begitu bagus, mohon diteruskan. Berminat untuk ketahui lebih terutama daripada uncle yang terlebih dahulu, juga seperti anjuran 17/36. Sekian dari saudara utagha bahagian pulau.