Apa khabar semua ?
Izinkan saya.., Sebelum kita berbicara lebih panjang…mengembara lebih jauh dan meneroka lebih dalam…setinggi penghargaan kepada Uncleseekers yang sudi mengundang saya untuk bermain-main…bermadah dan berseloka di laman maya nya yang diziarahi oleh berjuta wargamaya.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan atas nama Silaturrahim….saya penuhi undangan tulus beliau. Kepada Allah saya panjatkan kesyukuran dan semuga Allah jua yang memberkati dan merahmati sahabat baru ku ini Uncleseekers (Syed Abdullah Alattas). And to you bro….whatever you are seeking…may Allah guide you to it.
Uncleseekers,
Saya penuhi undangan kerana keberanian anda memperjuangkan yang HAQ menyentuh hati saya. Mungkin ada yang berkata like father like son….
Kalau bapak rimau dah tentulah anaknya pun rimau. Eh! Tak juga….banyak juga yang kita jumpa bapak memang macam rimau tapi anak macam kucing. Dengan tikus pun takut. Bukan senang nak cari orang berani. Sebab tu tak heran kalau Uncleseekers ada ramai peminat. Cuma yang lebih menghairankan kenapa peminat-peminatnya tak mau jadi berani macam dia ? Kenapa peminat-peminatnya yang ramai itu cuma takat berani membaca tulisan-tulisan dia saja…tetapi tak la pulak berani berjuang macam dia? Kalau takat berani baca blog….sape pun boleh… Tapi ye la….nak wat macam mana….zaman internet le katakan.
Zaman internet ni budak-budak main bola kat internet…main hoki kat internet…mandi sungai kat internet…pendek kata buat apa pun semua kat internet…anak saya pun serupa…mana la dia orang ni tak lembik… Kalau dah macam tu nak suruh dia orang berjuang macam Uncleseekers....nak suruh dia orang pergi berperang…. Rentikan la…suruh dia orang berperang dalam internet je la…kan banyak game-game perang dalam internet sekarang ni..
Benar sabda Rasulullah….kita ni ramai tapi macam buih di lautan…
Tau buih di lautan? Buih ni…jangan kata kena jentik…kita hembus pun ranap… Kenapa ? Sebab cinta dunia dan takut mati….
Jadi tak heran la kat Stadium Shah Alam baru-baru ni bila Kelantan lawan dengan ATM dalam final Piala Malaysia….yang main bermati-matian cuma 22 orang saja tapi yang menonton tak kira la berapa jumlahnya. Yang di stadium saja ada 80 ribu orang. Yang di rumah yang menonton depan tv tak tau la berapa ramai…
Ye la….kita pun paham….nak jadi pemain bola ni bukan senang. Kena training pagi petang…kena ada disiplin…makan nak kena jaga…tido pun nak kena jaga…teruk beb…! Seksa…!!!
Sedangkan kalau menonton ni…apa penatnya…rilek…seronok..boleh gelak-gelak lagi. Dan yang bestnya kalau menonton di rumah….siap boleh baring-baring lagi depan tv yeop. Fuyoooo….
Eleh! kalau takat nak bagi semangat ni sape pun boleh yeop. Takat bagi ayor lior je bukan kene bayor pun kata orang Perak. Yang susahnya ni nak terus berjuang dan terus bersemangat. Cuma insan terpilih sahaja yang sanggup menempuhi segala cabaran dan dugaan dengan hati yang tabah dan redha.
Selamat berjuang semua…..
Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus
Founder
World Islamic Chamber Of Commerce
Komen : Abang Lan, puji melambung nampak! Artikelnya mana? Pembaca nak baca artikel lu bukan nak baca artikel puji aku! Yenade!
Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
First! Jangan marah Pak Lan. Uncle yang intro game nie kat aku.
ReplyDeleteEnze A Amom
cetusan.tumblr.com
Sempoi beb artikel ni.. Wa pun jatuh respek kat lu first time sampai Janda Baik..
ReplyDeleteMemang best bro lepak sana..tq u, and keluarga semua..
Nice mukadimah bro.
ReplyDeleteSalam Uncle boleh tolong masukkan blog ana kat bloglist uncle. Bukan apa nak share sebab ana kira baru lagi berblog : unclemajid.blogspot.com
Tqvm.