Followers

Thursday, November 1, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 10)

 Kenapa Pak Lan Disini? (Part 10)


Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem

Pilihanraya dah dekat. Kempen makin hebat. Suasana pun dah jadi makin panas. Banyak isu-isu yang di ketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang. Di pihak kerajaan apa lagi promotional itemnya kalau bukan perancangan mega mereka Plan Transformasi Negara. Nak di transformnya negara ni untuk jadi apa tak tau lagi la. Bunyi macam hebat. Biasala… Macam guruh di langit… Bunyinya je yang berdentam-dentum… Hujannya belum tau lagi beb!


Pembangkang juga tak kurang hebatnya. Mungkin lebih hebat lagi agenda reformasidan buku jingga dia orang. Tapi kalau di ukur berdasarkan kepada sambutan yang di berikan setiap kali dia orang ni mengadakan ceramah. Tegak juga la bulu roma kerajaan…. Serammmm!

 

Yang tak bestnya! setakat ini, secara umum sokongan kepada kedua-dua part ini agak seimbang. Susah gak nak ramal siapa yang boleh menang. Apa pun keputusannya nanti, yang pastinya tidak akan ada sesiapa yang bakal menang besar pada pilihanraya kali ini. Bila tidak ada parti yang boleh menang besar, Nampak gaya kita akan mempunyai kerajaan yang lemah lagi macam sekarang ni. Dan ini masalah besar sebenarnya! 

Sebab apa? Sebab sekarang ni dunia sedang menuju zaman kegelapan. Zaman kehancuran ekonomi. Sistem ekonomi dan kewangan kapitalis dah nak hancur. Sikit hari lagi, sistem tu dah tak boleh nak beroperasi lagi dah. Sekarang ni inflasi tengah naik macam roket nak naik kebulan. Sampai satu tahap nanti dia akan terjun pulak jadi deflasi. 


Bila berlaku deflasi kita kena bawak duit satu troli kalau nak beli sebuku roti. Macam yang dah berlaku di Zimbabwe sekarang. Tengok je la pada apa yang sedang berlaku di Amerika dan di Eropah sekarang. Bila dia orang ni bankrupt nanti, satu dunia akan ikut bankrupt. Bila ini semua berlaku, dunia akan jadi huru-hara. So, apalagi solusinya? Apalagi… Perang la beb! Perang dunia ke 3..!!!



Sebab itu lah kita perlukan sebuah kerajaan yang kuat. Cukup kuat untuk berdepan dengan segala masalah dan cabaran yang cukup besar yang berada di hadapan kita. Kita perlukan sebuah kerajaan yang kuat. Dan kita perlukan kerajaan yang kuat ini untuk mengubah sistem. Kita kena buat sistem baru. Kalau tidak kita pun akan sama-sama jahanam macam Amerika dan Eropah.
Paling tidak pun kita kena buat sistem ekonomi dan kewangan yang baru.
Sistem yang berbeza dari sistem konvensional yang kita amalkan sekarang. Kenapa sistem yang kita amalkan sekarang kita panggil sistem konvensional dan kenapa ia boleh hancur? Kita panggil sistem konvensional sebab ia di asaskan, di bentuk dan di kembangkan secara konvensen atau kesepakatan yang  yang kolektif. Atas persetujuan ramai.

Kaedah yang mendokong aspirasi dan semangat demokrasi. Namun kaedah yang seperti ini sifatnya experimental. Trial and Error. Nampak macam cantik. Pragmatik dan dinamik. Tapi sebenarnya cukup bahaya. Kita jangan lupa yang kita adalah ciptaan Allah SWT. Sebab itu Allah SWT turun kitab-kitabnya iatu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran adalah sebagai panduan untuk kita. Allah SWT lebih mengetahui segalanya tentang kita. Kekuatan dan kelemahan kita. Kesukaan dan kebencian kita. Apa yang elok dan yang tidak elok untuk kita. Macam gak Proton. Bila dia keluarkan model kereta, dia akan keluarkan jugak buku manualnya.

Apa tujuannya? Tak lain tak bukan adalah sebagai panduan untuk kita operate dan maintain kereta tersebut. Sebab itu kalau kita tak ikut panduan dari buku manual memang tak tahan lama la kereta kita tu.

Ada beberapa isu pokok yang menyebabkan sistem konvensional ni gagal.

1. Sistem kewangannya mengamalkan multiple platform
2. Menggunakan fiat money atau duit kertas
3. Sistem kewangannya berasaskan pinjaman
4. Mengamalkan interest atau riba
5. Mengamalkan sistem percukaian yang double standard
6. Mengamalkan pasaran bebas
7. Pengagihan kekayaan yang tidak adil.

Sorry le! Sebab teman tak bahas topik ni satu persatu. Cuma bagi tajuk-tajuk je. Sebab kalau nak di kupas satu persatu panjang lebor yeop. Tapi yang pentingnya di sini, isu-isu kat atas ni la yang menjadi punca kepada sebahagian besar masalah kita hari ini. Sebutlah masalah apa pun… Rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, pembaziran, penyelewengan, jenayah berat dan jenayah ringan, masalah sosial, masalah alam sekitar dan lain-lain masalah semuanya patah balik kepada ekonomi dan kewangan.Semuanya patah balik pada sistem yang kita amalkan sekarang. Sistem sekular!

Sebab itu teman syorkan, daripada kita susah payah nak tukar pemimpin apa kata kita tukar sistem. Sistem ni yang menghuru-harakan dunia. Siapa pun yang akan jadi pemimpin kalau dia masih mengamalkan sistem yang sama maka natijahnya atau hasilnya akan tetap sama juga. Lambat laun akan hancur juga.

Sebab sistem ni berlawanan dengan fitrah manusia. Sistem ini membuai nafsu serakah manusia. Nafsu manusia tidak ada sempadan. Kalau tidak di kawal dia akan jadi lebih buas dari binatang. Tengoklah di sekeliling kita. Kita dah macam hidup di dalam hutan.

Undang-undang dan peraturan cuma perhiasan saja. Dan menjadi rantai yang mengongkong yang lemah dan tak berdaya. Yang kuat juga yang akan jadi raja dan bermaharaja-lela. 


Yang lemah dan tak berdaya ni sebenarnya ramai. Yang kaya dan berkuasa pulak bilangannya sedikit. Kenapa tak nak bersatu? Kalau bersatu, yang lemah pun akan jadi kuat dan yang tak berdaya pun akan jadi berkuasa. 

Kita kena ingat… Sistem ni adalah sistem kapitalis (pemodal). Pemodal atau orang yang banyak duit lah yang akan jadi tuan. Orang yang tak berduit akan jadi hamba. Apa pun undang-undang dan peraturan yang di kuat kuasakan yang pasti nya ia akan menguntungkan para kapitalis sahaja. Tak payah tengok keluar Negara, tengok dalam Negara sudah.

Dasar pandang ke Timur. Dasar Penswastaan. Dan macam-macam dasar lagi. Kaji la..Siapa yang untung? Rakyat atau kapitalis? 

Lain kali kita bincang soal ni ok… Itu pun kalau teman umur panjang le yeop… Kalau asyik kita je yang rugi kenapa yang kita ni beriya-ria sangat nak pertahankan sistem yang ada ni?

Kenapa kita tak bersatu dan buat sistem yang lain je? Kesimpulannya bukan susah. Cukup mudah. Kalau sistem sekular ni mengasingkan agama dari kehidupan bermasyarat maka kita bentuklah satu sistem yang berteraskan agama untuk di amalkan oleh masyarakat. Teman tak cakap mesti Agama Islam walau pun itulah yang teman syorkan. Teman syorkan Islam sebab teman dah buat kajian mendalam dalam soal ini.

Untuk berlaku adil pada semua, buatlah dialog antara agama. Bandingkanlah agama mana yang lebih holistik dan komprehensif sifatnya. Ajaran agama mana yang boleh di angkat untuk di jadikan sistem dalam kehidupan bermasyarakat. Bandingkanlah… Buat dialog antara semua agama. Islam, Kristian. Buddha dan Hindu. Duduk semeja. Bincang dari semua sudut. Semua aspek dalam kehidupan.

Tidak ada manusia yang tidak mahu keadilan. Tidak ada manusia yang akan menolak kesejahteraan. Kalau sistem yang menolak kewuju dan Tuha ndalam masyarakat pun kita boleh terima lalu apa masalahnya nak terima sistem dari Tuhan. Semua agama yang ada di atas muka bumi ini percaya akan kewujudan Tuhan.

Ada masalah kena duduk bincang untuk selesaikan masalah bersama? Kalau nak duduk semeja berbincang pun tak boleh tak payah ceritalah kata kita beragama. Tak payah nak cerita agama siapa lebih bagus. Kalau betul bagus.. Buktikan..!!!

Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World Islamic Chamber Of Commerce

Komen aku : Artikel ni ada kureng ciket dia punyer urmphh. Jangan amarah aaarr

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?

Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?

Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem 
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)  
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  

Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN


18 comments:

Anonymous said...

sistem macam mana yg pak lan cadangkan. Adakah sistem beraja? sistem raja ni memang tak ada dalam islam. mcm demokrasi juga. Paling kurang dalam demokrasi rakyat berhak memilih. sistem raja, kalau anak raja mcm firauan rakyat kena telan je lah. Mungkin buleh fikir sistem khalifah. yng kemungkinan menjurus kepada sistem beraja juga akhirnya. mcm khalifah muawiyah dahulu.

Leftenan Adnan said...

Sistem yg baik hya datang dari pemimpin yg baik...

Sistem yg baik akan hancur jika pemimpinnya pun hancur..

Sistem dan pilihan pemimpin sangat berkait rapat...

Pilih pemimpin yg baik insyaallah sistem tu akan baik dan bertambah baik...

Anonymous said...

Waduh mmg bagusss idea pk lan smoga rkyt msia brsatu ati dok smeja bincang masalah yg melanda skg ni....bab tukar pemimpin tu xpela kasi la DSAI jdi PM insyallah ryt makmur.jgn takut tukr pemimpin......I ok je if DSAI jdi PM

khairul said...

salam uncle;

kalu boleh cukuplah setakat ni sahaj uncle lan ni menulis.

saya ikuti dari awal, membebel je lebih, banyak perkara syok sendiri, kritik pun setakat pukul pukul manja macam pondan.

tak macam uncle, biar pun tulis pendek dan nampak merapu...tapi pedas dan tajam.

kalau tak tajam takkan kena reman ye tak?

ahaks said...

Bohsan siot.... Ooo ayahanda paklan...udah2 la tue... Tolak Umno ...Melayu dpandang mulia ... Melayu bkn bangsa penurut... Skrg ni pak lan,anak2 melayu nak angkat muka dgn kaum lain pun segan... Berbillion duit abis buat project2 mega,sampai Anwar Ibrahim pun dihumban ke penjara demi survival melayu katanya...Tetapi mana hasilnya?? Apa yg melayu ada smpai sanggup humban Anwar Ibrahim kepenjara?? Cukong2 bertambah gemuk adalah..Apa yg kita ada... Melayu hebat time era 1991-1998 tu je... Time tu je melabetul2 hidup... Skrg ni bangsa asing yg hebat,melayu duk tepi bwk teksi je pak lan.. Setelah berbillion2 dhabiskan ,ini lah hasilnya... Ini hakikat pak lan... Tolak umno... Melayu bukan bodoh... Reformasi itu perlu.. Utk bangsa agama dan negara..

cik said...

best gak baca.. terbukak sket.. no more melayu.. bangsa dh x relevan.. sy orang ISLAM.. :)

Anonymous said...

Hebatnya Allah! Amerika hantar dua kapal perang untuk menunjukkan kekuatannya pada negara Malaysia, negara Islam yg dijanjikan.. Mereka ugut Islam, Allah datangkan taufan Sandy yg menghancur leburkan negara mereka..

Anonymous said...

Salam..

Pak mengajak kita berfikir.

sampai bila sistem demokrasi nak dipegang?

kalau korang sokong umno ke,pkr ke, pas ke.benda tu masih lagi dalam sistem demokrasi.

orang kita ni kalau dah biasa bercawat, bila ada orang suruh pakai seluar panjang. macam macam la helah. takut anunya panas nanti. tak kena angin.

susah nak ajak orang keluar dari sistem demokrasi ke sistem Islam.

kita lebih sayangkan sistem demokrasi dari sistem islam. macam turki juga sayangkan sistem sekular!

khairul said...

salam...bukan nak sokong mana2 pihak...cuma yg pentingnya kat sini korang suma faham ke apa yg nak disampaikan oleh pak lan ni...apa guna yeop tukar pemimpin kalau masih dalam sistem syirik....kalau x faham....mmg sah kome ni(mu...fik). Balik je ke islam ke zaman Rasullulah...mana ada undi2 semua ni...x pakai pon masa pemerintahan beliau. Kalau sistem ALLAH DAN RASUL pon korang x nak ikut...x yah citer islam la beb....bukan hanya buka mata...cuba minta ALLAH buka hati kome ni luas2....

wasalam

Unknown said...

Kalau tukar sistem tapi pemimpin sedia ada korup, kroni dan penting tembolok sendiri tak jadi baik juga.

Unknown said...

Kalau tukar sistem tapi pemimpin sedia ada korup, kroni dan penting tembolok sendiri tak jadi baik juga.

Anonymous said...

Sistem apa yg 100% clean ek?
Awak nk tahu jgk

ezzard ruzlan said...

sistem syariat yg berlandaskan Quran dan sunnah clean 100%.

Anonymous said...

salam,
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda :

" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .
2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan .
3 . Zakat dijadikan hutang .
4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .
5 . Anak derhaka terhadap ibunya .
6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya .
7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya .
8 . Suara ditinggikan di dalam masjid .
9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .
10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .
11 . Arak diminum di merata tempat .
12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki .
13 . Para artis disanjung - sanjung .
14 . Muzik banyak dimainkan .
15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) .

Fikir-fikir kan kat kategori mana si najib dan nuar tu...dan sedar lah umat akhir zaman..jangan asyik meyalahkan usaha usaha pak lan ni.. sebagai muslim kita harus menyokong 100%...

Anonymous said...

Deflation dan inflation lain. Kat Zimbabwe dengan matawang 100T tu akibat inflasi. Penulis ni xde kredibiliti la.

Unknown said...

Yerla... No more melayu. Tapi, hak istimewa org melayu you nak. Camna tu?

Anonymous said...

betul ke ni tulisan uncle sekkers??sorry bro tanya sbb corak penulisan dlm ruangan ini berbeza dgb blog lama.
Penulisan uncle seekers sblum ini lebih padat.
wlpun kdg2 dlm penulisan pendek tp isi ada dan sgt jitu.
skrg ni terlalu panjang dn bosan membaca.
dlu klu panjang skalipun ttp bersemangat nak baca.
skrg berbeza.

Anonymous said...

Berbaliklah kpd Al-Quran & Hadis yang selama ini diketepikan..