Tertelan air liur atau air liur korang berbuih?
Sekali lagi nak cerita pasal hadis Rasulullah tentang buih di lautan. Gamaknya la kenapa ye Rasulullah kata kita ni umpama buih-buih di lautan…. Sedangkan kita ni pada hari ini jadi umat majoriti di Malaysia. Dan kalau nak cerita dunia….kita ni umat Islam dah jadi 1.7 billion umat dah…. Ramai tu… Aleh-aleh Rasulullah kata kita ramai tapi macam buih di lautan je…..
Mandi buih?
Peh ! Naik berpinor juga kepala mikior ..! Padahal…..dari 1.7 billion umat cuba kita bayangkan….ada berapa ramai ustaz dan ustazah…..berapa ramai pulak yang jadi hafiz dan hafizah….yang jadi ulamak pun ramai..
Kentut dalam air juga menghasilkan buih
Kalau pegi Indonesia pun cukup la….toleh sana Kiai…toleh sini Kiai…punya la ramai bijak pandai agama ni…. Sekarang pun kalau kita tengok tv dah ramai dah ustaz-ustaz yang jadi selebriti mengalahkan artis.Nak pilih imam pun dah tak susah dah….pakai sms je… Sekolah agama tak payah cerita la….berlambak-lambak. Universiti Islam pun dah ada. Dah banyak pun….
Orang-orang tua kalau marah selalu sebut 'sampai berbuih mulut aku'
Orang-orang politik yang bercakap pasal agama lagi la ramai. Begitulah hebatnya perkembangan Islam zaman kita ni… Namun hakikatnya….syiar Islam yang kelihatan begitu hebat rupa-rupanya sekadar macam buih di lautan sahaja. Macam tak percaya….tapi itu la hakikatnya.
Lama kita semua tak nyanyi lagu Buih Sabun ni! Jom nyanyi sama-sama pastu dengar tang
Kocak kocak jadi buih.....lawak siot!
Kocak kocak jadi buih.....lawak siot!
Dan yang cakap macam tu bukan sebarang orang. Itua dalah Rasulullah SAW sendiri. So…siapa yang berani takp ercaya ? Kalau tak percaya boleh kufur beb….!!! Jangan main-main…!!! Itu Hadis tu…
Puding Buih Tembikai?
So to my beloved brothers and sisters… let me ask u this….where do we actually when wrong ??? Pikior yeop pikior…..tak kan semua teman nak kena sumbat…. Ohhh…kalau macam tu…senang benorle keroje kome….teman sumbat kome telan…teman sumbat kome telan….
Hindarilah dari bermain dengan buih sabun
Tapi ye la…teman nak salah kan kome pun tak boleh. Kome semua ni pengikut-pengikut ajaran demokrasi. Dalam kita berdemokrasi….apa yang popular itu la yang betul dan itu la yang benar. Bukan kah itu yang berlaku sekarang ni ! So…nak cakap apalagi yeop !
Pakej mandi buih naga RM228
Sebab tu jangan heran sekarang ni…..apa yang Allah haramkan, apa yang Rasulullah haramkan semua tu dah jadi halal dah atas nama Demokrasi.
Yang ni spesis kuih agar-agar lapis buih ke?
Riba halal….judi halal…arak halal…pergaulan bebas halal…pendek kata semuanya halal semua nya boleh. Nak buat patung besar boleh….nak buat patung the 'Sleeping Buddha' yang terbesar di Asia Tenggara boleh…..dan yang terbaru nak buat gereja yang terbesar di Asia pun boleh juga.
Buih-buih cinta?
Kalau tak boleh nanti tak dapat undi pulak….betultak ? So…halalkan je la apa yang boleh sementara ada kuasani….janji boleh dapat undi… Sikit hari lagi percaya la… LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender)pun boleh juga.Sekarang ni pun dah ramai dah peminat LGBT. Dengar cerita di kalangan menteri pun ada. Apa nak heran yeop…
Ada ke yang berminat nak tau kenapa 1.7 billion umat ni Rasulullah kata umpama buih-buih di lautan ??? Kalau ada, boleh la teman merepek lagi bab ni…..
Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus
Founder
World Islamic Chamber Of Commerce
Komen : Aku nak tahu citer pasal bab 2 (klik). Mana Ku Shah ni? Mimpi naik boat ke? (klik)
Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
7 comments:
pandai tulis dan bercakap ajelah, nama nak bagi penyelesaian langsung takde, macam tin kosong.
setuju, begitu banyak umat islam sudah menjadi buih2 di lautan... yg betul2 selain dari buih tinggal berapa je
pak lan, ape yg ditulis tu betul dah, so apa penyelesaian?
satu lagi, lebih baik buka la blog sendiri..tulis la banyak2 dlm tu..ada la org respon..
spoils pulak rasa...jgn kecik hati lak yek...setiap orang berhak beri pendapat.
dlm ni orang nak baca yg uncleseekers tulis je..
kalau ku syah nyelit sekala-kala tu ok gak la, psal isu raja2.
wa mau uncleseekers saja ma...
adehhhhhh........
Epic picture bro..epic!!
aku pening dengan berader lan ni. pos asal cerita raja-raja penting pada malayu. bila org hentam raja2 jadi ketua agama melayu. dia koner pasal org tak ikut agama pulak. brader patut buat list sebelum tulis dalam blog ni. lepas kena tegas pendirian mcm uncleseekers. kalau tak jadi macam raja-raja melaka yg akhir tu. terjual sigapura kerana tak cerdik dan pecaya mamak india dari menteri sendiri sampai dah mati pun di cemuh rakyat. (tolong semak hikayat munsyi abdullah)
orang yg banyak cakap tapi nato(no action talk only) maka mulutnya pun berbuih buih macam buih sabun yg tidak kekal lama....kehkehkeh.
Kalau sekadar nk tunjuk gambar pompuan je yg tak tau aurat baik x payah
Tu kat media sosial budak2 pon tau....
Post a Comment