Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN.
Tun Mahathir Mohamad satu nama besar dalam arena politik Malaysia. Seorang legenda moden. Setiap tutur kata dan tindakannya masih mampu memberikan impak dan mempengaruhi suasana politik di Malaysia.
PRU 13 menyaksikan beliau turun berkempen dengan bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan BN. Bersandarkan kepada kharisma dan aura beliau, anaknya Datuk Mukhriz berjaya merampas kembali Kedah dari tangan PAS.
Persoalan besar di sini, bagaimana agaknya prestasi BN tanpa kehadiran beliau pada PRU 13 ini ?
Dan...apa akan jadi kepada UMNO dan BN bila beliau sudah tidak ada nanti ?
Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah sampai kepenghujung hayat. Kini hanya tinggal sisa-sisa hayat. Yang ada hanya tinggal harapan dan keinginan untuk bertahan. Sisa-sisa hayat yang ada akan di jadikan kesempatan untuk mengenang kegemilangan lalu buat ikhtibar anak-anak dan cucu-cucu.
Sudah sampai masanya untuk orang Melayu bermuhasabah diri. Merenung dan berfikir untuk mencari formula dan kaedah baru untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanahair. Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah kehabisan waktu. Saat mereka untuk berada dalam lipatan sejarah sudah semakin hampir.
Apa pun, Tun Mahathir dan UMNO-BN sudah menyediakan landasan yang baik buat bangsa ini untuk bangun menjadi satu bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Melayu sudah banyak berkorban, terkorban dan di korbankan demi untuk membina landasan tersebut.
PRU 13 menjadi saksi Melayu tidak perlukan REJIM baru untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah perubahan kepimpinan bukan peralihan kuasa. Gaya kepimpinan yang baru. Berubah dari kepimpinan sekular kepada kepimpinan Islam.
Inilah perubahan sebenar yang di perlukan oleh orang-orang Melayu demi ' survival ' atau kelangsungan mereka. Mereka tidak perlukan ' Reformer ' atau ' Transformer ' untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah seorang ' Mujadid '. Seorang mujadid yang akan memperbaharui urusan agama. Memberikan interpretasi yang baru dalam melaksanakan Islam. Mengangkat Islam ' to next level '. Daripada menjadi satu cara hidup kepada menjadi satu sistem dalam kehidupan. Sistem kehidupan yang bukan sahaja dapat di nikmati oleh orang Islam bahkan juga oleh orang bukan Islam.
Hanya Islam yang mampu mengangkat darjat dan mertabat Melayu. Tetapi Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW bukan Islam ala UMNO atau Islam ala PAS ! Itulah jalan yang lurus. Jalan yang di redhai Allah SWT. Jalan yang di janjikan kemenangan dan kejayaannya di dunia dan di akhirat.
Bangunlah Melayu ! This is the time... It’s now or never !!!!
Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus
Founder World islamic Chamber Of Commerce
Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
1 comment:
Setuju..marilah kita cari jalan pulang..marilah kita belajar sirah Rasullulah, bagaimana beliau membina sebuah negara islam,janganlah kita asyik bertelagah dengan permasalahan fiqh dan mahzab kembali sahaja kepada al-quran dan sunnah..bersatu padu lah wahai saudara se islamku...
Post a Comment