Kenapa Pak Lan Disini? (Part 17)
Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.
Kejayaan buat BN namun kegagalan buat Dato Seri Najib. Walaupun BN berjaya menubuhkan kerajaan tetapi BN masih gagal memperolehi 2/3. Lebih malang lagi BN juga masih gagal untuk menawan kembali Selangor walaupun UMNO Selangor di pengerusikan sendiri oleh Dato Seri Najib.
Dengan Plan Transformasi Negara, Model Ekonomi Baru, pelbagai macam bantuan terutamanya kepada kaum Cina dan juga dengan ' Win-able Candidates 'nya, beliau masih gagal untuk meraih keputusan 2/3 buat BN. Kemenangan yang memalukan buat BN. Lebih memalukan dari keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.
Mana perginya 'Win-able Candidates'? What's wrong with them? Why they couldn't win a 2/3 majority?
Tun Abdullah Ahmad Badawi sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana gagal meraih 2/3 pada 2008 bagaimana pula dengan Dato Seri Najib ? Sanggup ke beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya?
Kesimpulannya, keputusan PRU 13 membawa mesej besar bahawa Dato Seri Najib bukanlah ' Win-able Candidate '. Beliau di tolak di Selangor dan beliau juga di tolak oleh Malaysia. Sudah terbukti beliau sebenarnya tidak setanding Tun Abdullah apalagi dengan Dato Seri Anwar.
UMNO perlu berbuat sesuatu untuk mengembalikan Dato Seri Anwar kepangkuan UMNO. UMNO perlu ingat bahawa UMNO telah memecat Dato Seri Anwar sebelum dia didapati bersalah oleh mahkamah.
PRU 13 membuktikan bahawa secara politik Dato Seri Anwar di terima oleh rakyat Malaysia. Dan dari segi undang-undang pula beliau sudah bebas dari sebarang tuduhan liwat. Andainya UMNO tidak berbuat sebagaimana yang di sarankan, sejarah akan menulis bahawa UMNO telah menzalimi Dato Seri Anwar Ibrahim dan sejarah juga akan menulis bahawa UMNO juga tidak menghormati undang-undang. .
Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
Tun Mahathir Mohamad satu nama besar dalam arena politik Malaysia. Seorang legenda moden. Setiap tutur kata dan tindakannya masih mampu memberikan impak dan mempengaruhi suasana politik di Malaysia.
PRU 13 menyaksikan beliau turun berkempen dengan bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan BN. Bersandarkan kepada kharisma dan aura beliau, anaknya Datuk Mukhriz berjaya merampas kembali Kedah dari tangan PAS.
Persoalan besar di sini, bagaimana agaknya prestasi BN tanpa kehadiran beliau pada PRU 13 ini?
Dan...apa akan jadi kepada UMNO dan BN bila beliau sudah tidak ada nanti?
Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah sampai kepenghujung hayat. Kini hanya tinggal sisa-sisa hayat. Yang ada hanya tinggal harapan dan keinginan untuk bertahan. Sisa-sisa hayat yang ada akan di jadikan kesempatan untuk mengenang kegemilangan lalu buat ikhtibar anak-anak dan cucu-cucu.
Sudah sampai masanya untuk orang Melayu bermuhasabah diri. Merenung dan berfikir untuk mencari formula dan kaedah baru untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanahair. Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah kehabisan waktu. Saat mereka untuk berada dalam lipatan sejarah sudah semakin hampir.
Apa pun, Tun Mahathir dan UMNO-BN sudah menyediakan landasan yang baik buat bangsa ini untuk bangun menjadi satu bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Melayu sudah banyak berkorban, terkorban dan di korbankan demi untuk membina landasan tersebut.
PRU 13 menjadi saksi Melayu tidak perlukan REJIM baru untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah perubahan kepimpinan bukan peralihan kuasa. Gaya kepimpinan yang baru. Berubah dari kepimpinan sekular kepada kepimpinan Islam.
Inilah perubahan sebenar yang di perlukan oleh orang-orang Melayu demi ' survival ' atau kelangsungan mereka. Mereka tidak perlukan ' Reformer ' atau ' Transformer ' untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah seorang ' Mujadid '. Seorang mujadid yang akan memperbaharui urusan agama. Memberikan interpretasi yang baru dalam melaksanakan Islam. Mengangkat Islam ' to next level '. Daripada menjadi satu cara hidup kepada menjadi satu sistem dalam kehidupan. Sistem kehidupan yang bukan sahaja dapat di nikmati oleh orang Islam bahkan juga oleh orang bukan Islam.
Hanya Islam yang mampu mengangkat darjat dan mertabat Melayu. Tetapi Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW bukan Islam ala UMNO atau Islam ala PAS ! Itulah jalan yang lurus. Jalan yang di redhai Allah SWT. Jalan yang di janjikan kemenangan dan kejayaannya di dunia dan di akhirat.
Bangunlah Melayu! This is the time... It’s now or never !!!!
Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus
Founder
World islamic Chamber Of Commerce
Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
5 comments:
betul tu uncle. rasanya dah tiba masanya umno, pkr dan PAS bersatu jika mahu menegakkan syiar islam. Tapi masing2 mempunyai agenda politik individualistik yg menebal sehingga membebalkan rakyat
king faisal saudi pon da tak lame da..
tun mahathir pon da tak lame da..
adakah ada gelombang baru akan muncul???
gelombang Imam Mahdi??
kah!kah!kah! pemilik blog mabok todi ke? terima la kenyataan hakhakhak tuihhh!
nampak gayanya..PRU14 mungkin undi berpihak kepada Melayu..14 negeri di Malaysia sama dengan GE14..In Sha Allah.
Sudahlah...........konon perjuangkan Islam tetapi hidup macam org kafir tanpa arah. Malulah sikit tok-nenek kau tu dulu org alim tetapi perangai kau tidak menunjukkan keturunan org alim. Betullah iman itu tak dpt diwarisi. Kasihanlah kat tok-nenek yg berharapkan anak cucunya alim macam mereka.
Insaflah dan kembalilah kpd Islam sebenar, insyaAllah kita selamat dunia akhirat. Lepas ni jgn dok siarkan gambar2 atau video lucah lagi. Setiap mata yg memandang kau akan dpt dosa kerana menayangkannya. Ingat kita hidup hanya sementara.............
Post a Comment