Followers

Tuesday, October 23, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 3)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 3)

Baju Melayu

Namanya Melayu menurut apa yang tercatat pada perlembagaan Malaysia, adalah seorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat budayaMelayu. Mudahkan…

So…sape-sape pun boleh jadi Melayu. Sebab bukannya keturunan pun tapi cuma satu konsep politik je.

Aku pun tak kisah gak….sebab bapak aku je yang Melayu. Mak aku Jawa.Lagi pun dah bertahun-tahun mengaku aku ni Melayu takkan la aku nak mengaku aku ni Meja lak (Melayu + Jawa = Meja ).

 Butang Baju Melayu

Cuma bagi aku satu lagi ciri penting bangsaMelayu yang perlu di pertahankan adalah Raja Melayu. Bukan Melayu namanya kalau tak ada Raja. Tapi bila sebut Raja je ramai yang akan marah. Mungkin dah ramai dah yang tak suka dengan Raja.Tengok saja la baru-baru ni di Selangor.

Semasa menyambut perayaan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor. Dia orang tak jemput pun Tuanku. Tapi tak ada sape kisah pun. Takde sorang pun anak Selangor yang bangun marah kerana Sultannya tak di jemput.

Apa dah jadi ni  Dah takde dah ke yang sayang dengan Raja ? Dah lupake yang Sultan Selangor tu Ketua Agama dan Ketua Negeri Selangor ? Dahlah agama kita tinggal...Bahasa pun semakin hari semakin rojak.

 Askar Melayu

Adat budaya apatah lagi semakin jauh la dari kehidupan. So kalau Raja pun kita nak tinggal….apalagi yang ada pada bangsa ni ? Mentang-mentanglah kita hidup di zaman demokrasi dan kapitalis, janganlah semuanya kita gadaikan dan kita jual semata-mata untuk dapat undi dan keuntungan.

Institusi Raja adalah payung dan tonggak bangsa Melayu bukan macam sahamFelda yang kita boleh lelongkat pasaran saham untuk pembida tertinggi. Cakap berdegar degar nak pertahankan hak Melayu tapi hakMelayu jugalah yang kita gadai. Jangan macam tu beb….kita kena faham kenapa Raja itu penting untuk kita. Rajalah yang menjadi simbol agama, bangsa dan tanah air. Sebab itu kita kena sayang dengan Raja kita. Hanya Raja saja yang mampu membawa keadilan dan mensejahterakan Negara ini.Bukan orang politik atau parti politik. Itulah sifat Raja-raja Melayu dahulukala. Mereka adalah golongan yang mengamalkan disiplin ilmu kesufian sebab itulah akhlak mereka terpuji. Percayalah….

Gadis Melayu

 Demokrasi dan kapitalis ni cuma akan menghancurkan agama, bangsa dan tanahair kita. Tengok saja katAmerika, Eropah dan Negara-negara lain, semuanya semakin hancur. Di Negara kita juga apa kurangnya. Hampir setiap sudut dan dimensi kehidupan kita bermasalah. Politik, ekonomi, kewangan, sosial, keselamatan, alam sekitar sebutlah apa sahaja.

Semuanya bermasalah. Kehidupan semakin hari semakin sukar. Peluang pekerjaan dan perniagaan semakin merosot. Pendapatan semakin menguncup. Harga barang pulak semakin hari semakin naik. Takkan ini namanya kesejahteraan.

Rasuah, salahgunakuasa, penyelewengan dan pembaziran dan pentadbiran dan pengurusan Negara sudah menjadi perkara biasa. Terlalu banyak masalah kalau kita nak senaraikan.Tak kan ini namanya pandai mengelola Negara. Cuma persoalannya sekarang…..siapa yang mampu membetulkan keadaanini semua ? Percayalah….Cuma institusi Raja sahaja yang mampu membetulkan semula keadaan.

 
Keretapi Tanah Melayu akan ditukar kepada...

Syaratnya….kita cuma perlu memartabatkan kembali kedaulatan Raja-raja Melayu. Dan juga berusaha kearah memperbaiki dan memperbetulkan fungsi dan peranan institusi Raja-raja Melayu agar ianya mampu dan dapat berperanan sebagaimana yang seharusnya. Semua ini perlu segera di lakukan. Dan ini adalah tanggung-jawab semua pihak.

Kita semua. Ingatlah kembali perjanjian lama di Bukit Saguntang. Perjanjian di antara Raja dengan rakyat.Di antara Sang Sapurbadan Demang Lebar Daun. Tengok balik sejarah.

Sekarang ini sudah ada sinar baru. Lihat sahaja Negara jiran kita Brunai Darul Salam. Banyak perkembangan positif kearah menegakkan perlaksanaan hukum Allah SWT sedang berlaku di sana.

Dan yang lebih indah perubahan tersebut di pimpin sendiri oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunai. Begitu juga dengan baginda Sultan Kelantan. Baginda semakin di kasihi rakyat jelata bukan sahaja rakyat Kelantan tetapi juga rakyat Malaysia hanya kerana baginda di lihat begitu dekat dengan Islam.


Mudah-mudahan perkembangan-perkembangan positif ini akan membangkitkan kesedaran kepada Raja-raja Melayu yang lain.

Ingatlah…..buatlah sesuatu sebelum semuanya jadi terlambat. Sebelum nasi menjadi bubur.

Sekiranya kita cinta kepada Agama, bangsa dan Negara pertahankanlah institusi Raja-raja Melayu. Sudah tiada apalagi yang tinggal pada bangsa ini.


Bangsa ini sudah menjadi terlalu lemah kerana diperbudakkan oleh pemikiran dan sistems ekular. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan mendapat seorang Raja yang berakhlak mulia sebagaimanaRasulullah SAW dan juga sebagaimana Khulafaur Rasyidin.

Semoga rindu kita pada kebenaran dan keadilan akan terubat jua akhirnya. Insyaallah….

Pak Lan 
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World islamic Chamber Of Commerce  

Komen : Ini pendapat peribadi Pak Lan, pembaca semua bagaimana pula?


Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?

Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 -  Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  

Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN

16 comments:

Prince of Noob said...

macam mana nak martabatkan kembali kedaulatan raja2 melayu? ia boleh dilakukan sekiranya raja menunjukkan akhlak dan peribadi yang mulia selaku ketua agama seperti mana sultan kelantan, secara automatis rakyat kelantan bukan sahaja hormat pada sultan mereka, malah sayang kepada sultan mereka.

cipon said...

Satu je soalan.. Dalam kitab mana yang ada sebut agama Islam ada KETUA AGAMA.. itu je.. siapa boleh jawab aku tabik

Anonymous said...

aku pon nak tanya dengan cipon. kat mana dalam quran ada tulis team bola pakai coach? siapa boleh explain aku tabik` apa ke bangang punya soalan. Orang buat pelembagaan macam tu sebab nak pelihara agama kita kat negara berbilang kaum nie. MANGKUK

sizzly7761 said...

'Kitab' ni maksudnya buku. Dalam buku Perlembagaan Malaysia adalah disebut bahawa DYMM YDP Agung adalah Ketua Agama Islam bagi Persekutuan,manakala Sultan di negeri adalah Ketua Agama Islam di negeri yang beraja..namun melihat kepada setengah kelaku dan tindakan Sultan(kecuali sultan Kelantan) rasanya tidak menepati maksud dan semangat seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan.Konsep ketua agama Islam ni hanya ujud diMalaysia secara simbolik manakala tugas ketua agama Islam secara pentadbiran dilaksanakan oleh Eksekutif.Satu lagi istilah Ketua agama ni macam lebih mirip kepada kristian..yang mana ketua mereka dok ada di Vatican City.. Ialah nama lagi Perlembagaan kita ni mengambil acuan British dan sebab tu ada istilah ketua agama..He he he!!!

sizzly7761 said...

Bro anom,Ngko ni faham soalan ke tidak? Orang tanya ngko jawabla..watpe ngko gi tanya balik? Dahla ngko punya soalan tu lagi la salah...team bola dengan coach? Coach tu bukan ketua.satu lagi ngko ni baca Quran ke tak? Kalau ngko baca takkan la ngko boleh tanya soalan entah apa-apa? Sorryla bro...gua tahu lu hangin satu badan dengan cipon tapi lu pun agak agakla bila soal dan bagi contoh!

Anonymous said...

Aku sokong apa yg Munshi Abdullah tulis dalam riwayatnya. Raja2 melayu yang menghancurkan bangsa melayu. bukan sebaliknya. Kelakuan raja melayu amat tidak sesuai dengan amalan islam kecuali segelintir sahaja. Macam man org yg tak ikut ajaran islam boleh jadi ketua agama islam. hipokrit, tak ada integritilah. dan lagi Allah amat murka orang yang bercakap perkara yang dia tidak lakukan.

Aku berdosa pd Allah said...

kita org biasa 1 hari buat 10x ke 20x salah ke xde org akan kisah...org x ambik peduli..tapi kalau2 raja2 ada buat silap sikit walau sekali jadi keco...pd aku raja2 tu bukannya Nabi x membuat khilaf...takat beberapa kesilapan dia buat tu x semestinya Raja tu da teruk...kta sbg rakyat jgn dok fokus tang silap dia aja...cuba tgk kebajikan yg dia buat....cuba tgk berapa byk duit da didermakan pd fakir miskin,anak yatim dll....pernah x kita p cek brp byk bantuan yg Raja2 da beri pd rakyat???....brp byk rumah usang org tua2 duduk yg dah Raja2 kita ganti...pernah x kita cek???...ni asal ada silap sket trus kata Raja2 x bagus la itu la ini la...diri kita sdri kena betulkan...asik dok cari salah org lain aja...mcm mana nak maju ke depan....bykkan berzikir...bykkan baca ayat kursi dr kita dok mengumpat pasal Raja kita sendiri......

cipon said...

eh anon.. aku cakap pasal ketua agama, bukan coach.. kalau nak buat analogi pun biarlah betul, nak memelihara agama kepala bana kau.. Zaman Rasulullah sehingga para zaman sahabat tu tak pernah ada ketua agama "yang memelihara" agam islam... apa kalau xde "ketua agama" agama islam tehakis ? Sapa dok ajar kau macam ni.. sesat deh..




Sekarang ni kau tengok ada diorang memelihara agama .. pui..

cipon said...

aku masih tak boleh terima kebengapan anon ni..

"buat perlembagaan sebab nak pelihara agama" ?

Pui... Sejak bila agama di bawah perlembagaan.

Sejak bila Agama tu perlu manusia nak "memelihara" kau lagi percaya perlembagaan dari tuhan ke ape. pui..

kampong lad said...

obey those who never asks any rewards from you for themselves and they who receive guidance. (yaasin 21). o'you who believe, fear allah and be with the truthful (attawba 119).

salam semua.

opposun said...

Coach bola umpama cikgu kepada pemain.... Ketua agama... Hmmmmm.... Kalau perangai tak betul mau aku ikut.... Katakan kalau Anak imam masjid ko minum arak nak ke ko berimamkan dia walaupun dia tak bersalah.... Mesti ko cakap anak sendiri Tak pandai jaga.... Tapi tiap tiap hari bagi kuliah maghrib...

Anonymous said...

Sultan Melayu pun perangai mcm jin... Sapa yg nk hormat lg... Rakyat ada mata bole tgk pastu nilai.... cuma yg Kelantan je yg bagus ... Yg Selangor awek pun kapla ...

akmalharith said...

Lu tambah rukun iman jadi 7 la derr.. Kepercayaan kepada raja.. Orang dah tak ambil kisah pasal melayu klau bab ketuhanan campak tepi. Lu pegi belajar mengucap dua kalimah syahadah dulu aa.. Xtau aa plak kot lu mengucap 3 kalimah syahadah.

Usin Kg. Pisang said...

Hehehe...Raja2 Melayu...hehehe...jaga kelab bola sepak pon tunggang langgang...nak bagi kuasa penuh memerintah negara? Melayu please...kalu ikut sejarah nya pon dah haru biru...sapa yg bagi negeri kat penjajah dulu? bukan rakyat ya...

NKA said...

Pandangan saya semata dikaitan dgn mna2 pihak:

Apabila keistimewaan yg diberi diambil pusing ats dasar keturunan..itu akhirnya Agama yg Addin diperkotak-katikan..

Sejarah lalu berpegang pd Adat-resam yg LANSUNG TIDAK berlandaskan Al-Quran (sedangkan Islam wujud sblm kewujudan sistem pemerintahan Kesultanan)

Biarpun siapa RAJA yg memerintah, dari apepn keturunan kita adalah hak ALLAH, sbgai KHALIFAH yg dipilih untuk menjadi pemimpin, RUJUK kembali Al-Quran dan Sunnah serta Hadith Sohih sebagai panduan.
Allah Maha Berkuasa ke atas sekelian alamNya. (Adat dan bangsa itu pasti akan HILANG...tapi ISLAM itu KEKAL)

sekian..pandangan dri hamba yg jahil meminta keampunan dariNya..
jika terdapat khilaf dari sya ats kenyataan ini, pohon ditegur.

Zzz said...

Taatlah pada ulilamri. Nak taat PD sape kalau x raje. Hadis rasulallah tu.nk buang mane.raja sultan no 1.renung2kanlah wahai pemegang mazhab ahlisunnah waljamaah