Adakah negara kita sedang menuju ke arah Negara Muflis?
Sekali lagi timbul polemik tentang status Malaysia. Samaada Malaysia sebuah Negara Islam atau Negara sekular ? Tak paham-paham lagi rupanya dia orang ni….
Dalam ceramah teman….selalu teman selit isu ini dan juga isu Rukun Negara. Kenapa ? Sebab ini la….Ramai lagi yang tak faham baca perlembagaan dan Rukun Negara…..termasuk la wakil rakyat dan menteri. Bagi teman le…..kalau dah perlembagaan dan Rukun Negara pun kome tak paham tak payah le jadi orang politik. Buat ngabih boreh je.
Kalau kome nak dengor teman ceramah pasal isu ini masuk tonton klip dibawah ini
Malaysia ni bukan Negara sekular mahu pun Negara teologi (Negara agama) tapi Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Dan teman nak ingatkan semua…. Islam bukan agama resmi Negara ini tapi Islam adalah agama Negara ini.
Jauh beza tu….kena paham baik-baik. Perlembagaan tak mengatakan yang Islam adalah agama resmi tapi perlembagaan mengatakan bahawa Islam adalah agama bagi Negara. Sebab itu teman persoalkan sampai bila sebuah Negara Islam hendak di tadbir secara sekular dan sampai bila sebuah Negara Islam nak mengamalkan sistem dan undang-undang sekular?
Ingat sikit…..negara ni tak pernah di jajah. Yang di jajah Melaka…bukan Tanah Melayu. Kita bina Persekutuan Tanah Melayu dengan mengabungkan sembilan buah negeri dengan persetujuan sembilan orang Raja-raja Melayu. Dan sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu semua negeri-negeri Melayu mengamalkan undang-undang Syariah. Bukan undang-undang lazim atau common law. Undang-undang lazim atau common law digunakan hanyalah untuk sementara waktu sahaja. Sebab itu statusnya hanyalah ‘temporary and transition’ atau sementara dan peralihan. Takkan dah lebih 50 tahun masih ‘temporary and transition’? Masuk akal ke? Banyak lagi la benda dalam perlembagaan yang di salahtafsir dan di salah anggap. Kalau teman nak cerita kat sini alamat berkajang-kajang la pulak. Mengamuk pulak la Uncleseekers….blog dia teman borong sorang…Hahahaha !!!!
Jadi tanggung-jawab siapa yang nak membetulkan semua kekeliruan ini ? Ini tugas Yang Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu. Dan peranan besar ini adalah tugas dan tanggung jawab Perdana Menteri Malaysia selaku penasihat baginda. Kerja Perdana Menteri la untuk menasihati YDPA dan Majlis Raja-raja Melayu untuk memastikan apa yang tertulis dalam perlembagaan di pertahan kan dan di patuhi. Bukan di injak-injak macam sekarang ni…..
Tapi nak buat macam mana kita belum pernah dapat Perdana Menteri yang cerdik. Yang pandai-pandai ada la….tapi Cuma pandai menyamun dan merompak hak rakyat. Rasuah, salahgunakuasa, membazir dan melelong hak rakyat. Kalau pandainya cuma itu tak payahla cari pemimpin lepasan universiti…budak tak pas SPM pun boleh…. Punya pandainya memimpin Negara, hutang Negara pun dah lebih dari 570 billion sekarang ni…..sape nak jawab semua ni?
Dah lebih 60% dari kita punya GDP….apa maknanya ni ? Maknanya…..kita dah nak muflis le brader…. Takkan tak paham-pahamlagi. Kalau Amerika muflis….Eropah muflis….kita tak muflis ke ? Hande bebenor le kita ni yeop…..belajor pun dengan deme….nak cakap banyak.
Sebab tu…. pada brader Najib dan brader Anwar….dengor le cakap adik Lan ni !!! Kembali le ke pangkal jalan…. tinggal kan lah sistemYahudi ni….
Yahudi cuma nak bawak kita ni semua masuk neraka bukan masuk syurga. Dah la sekarang atas dunia ni kita dah macam duduk dalam neraka….besok mati pun masuk neraka jugak….
Hoooo…Makkk…..penin le rope ini… Islam tu satu cara hidup. Moh kita sama-sama terjemahkan Islam secara kontemporari….kita angkat Islam jadi satu sistem dalam kehidupan.Kalau tak tau nak buat teman ada. Bior teman yang ngajornya. Bak kata orang tua-tua, takde rotan akar pun jadi la….
Percaya la cakap teman….demokrasi dan kapitalis ni dah nak hancur dah…. Moh le kita bangkit sama-sama. Kebangkitan Islam kali kedua ni daripada Timur bukan daripada barat tau dariTimur Tengah…..tapi Timur jauh yeop….Percaya la ngan cakap Rasulullah.
Boleh gak dapat syufaat baginda.Tapi kalau percaya ngan cakapYahudi nak dapat apa….? Alamat jadi hamba dia orang le kita ni seumur hidup… Sorry le….kalau tulisan teman agak kasor….bila cerita bab Islam, bab Raja-raja Melayu, bab perlembagaan, bab Rukun Negara dan bab akhir zaman ni… teman memang cepat naik sheikh….sari suntuk pun tahan… Ok brader semua….jumpa lagi..
Sebab kalau kita kata Islam agama resmi maknanya kita ada juga agama yang tak resmi.
Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus
Founder
World Islamic Chamber Of Commerce
Komen : Ana fenin lalat..tolong..tolong
Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
Dunia Islam
ReplyDeleteYup ..setuju ..Kebangkitan Islam kali kedua ni ramai org tak ambil kisah ..malahan org yg perjuangkannya pula dikata sesat ..tanda-tandanya dah banyak ..tanda kezahiran Imam Mahdi ..dan pembantu kanannya Putera Bani Tamim ..bagi orang2 yg mengkajinya, mmg dah sgt jelas ..dimana kita bila Imam Mahdi dan PBT zahir nanti? ..di pihak Imam Mahdi atau di pihak dajjal ..bagi keturunan Rasulullah, sgt2lah beruntung ..direzekikan ..Imam Mahdi akan menyatukan semua ahlul bait seluruh dunia ..uncle syed, moga sempat bersama Imam Mahdi..
ReplyDeleteImam mahdi menyatukan ahlul bait?itu agak dangkal..perlu pencerahan dari yg arif
ReplyDelete-aji pandak
Masuk entry blog pakai sofwer Microsoft dengan CPU Intel sambil melepak di Starbucks. Semua tu Yahudi Bro. Ader ker CPU Made in Sayong? Ader ker OS Made in Lubok Merbau?
ReplyDeleteAgama Tak Rasmi = Freemasonic, puja syaitan, setan dan sultan.
ReplyDeleteAgama Tak Rasmi = Freemasonic, puja syaitan, setan dan sultan.
ReplyDeleteapebende lah ko merepek ni lan oi. tak ilmiah langsung. main tulis ikut terlintas di kepala ke apa?
ReplyDeletedunia isle masa kini
ReplyDeletexpelah sistem yahudi pun... janji bukan syiah... mau meroyan aku 7 keturunan kehkehkeh
ko ni jawa ya lan
ReplyDeleteAda bau2 HT je mamat ni. Geng anti-sistem.
ReplyDelete