Saturday, October 27, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 6)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 6)  

Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja Melayu?  


Sebenarnya bila nak bercerita bab Raja ni memang susah. Cakap salah tak cakap pun salah. Walaupun dengan hati yang berat teman gagahkan la jugak untuk bercakap soal ini. Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Agboli-Agbo Dedjlani 
King of Abomey
Benin 

Bagi teman, tak seharusnya ada satu institusi pun yang harus kebal dari kritikan. Semua institusi perlukan kritikan.Dan kritikan pula harus dilihat sebagai cermin untuk kita menilik diri. Agar dapat kita memperbaiki diri demi kebaikan bersama. Hari ini semua orang ghairah nakjadi 'One Malaysia'.  Dan kalau boleh semua anak di 'One Malaysia' kan. termasuklah Raja-Raja Melayu.

Dan yang peliknya, Raja-raja Melayu sendiri ghairah nak jadi Raja Malaysia. Nak jadi Raja kepada semua orang bukan hanya menjadi Raja kepada Orang Melayu sahaja. Salah ke… ???

Oba Joseph Adekola Ogunoye 
Olowo of Owo 
Nigeria 

Tak salah. Memang begitulah selayaknya seorang Raja yang memerintah. Memayungi semua rakyat jelata yang berada di bawah naungannya. Tanpa mengira apa bangsa sekali pun. Cuma, apa yang teman maksudkan di sini adalah soal keutamaan. Apa yang teman nak, Raja Melayu mesti pertahankan hak Melayu. Bela nasib orang Melayu.Dan utamakan isu-isu yang menyentuh kepentingan orang Melayu. Kalau Raja Melayu tak bela nasib orang Melayu dan pertahankan hak orang Melayu … Siapa lagi ?

Nak harap kan pemimpin Melayu untuk bela nasib Melayu …? Kalau dia orang tu boleh di harap … Hari ini orang Melayu tak macam ni … Teman nak Raja-raja Melayu tegur pemimpin-pemimpin Melayu. Tegur pemimpin-pemimpin Cina dan tegur pemimpin-pemimpin India.

Abu baka Sidiq
Sultan of Sokoto
Nigeria 

Jangan biarkan dia orang ni cakap sesuka hatidan bertindak sesuka hati. Hati orang Melayu kena di jaga. Perasaan orang Melayu kena di jaga. Hak Orang Melayu kena di jaga. Kalau dia orang bercakap secara terbuka maka tegurlah jugak secara terbuka. Tak dengar juga tarik gelaran. Dan tegur jugak pegawai-pegawai kerajaan.

Kalau Raja tak tegur dia orang ni, siapa lagi yang boleh tegur? Lebih 50 tahun kita di momok-momokkan dengan konsep ‘ Ketuanan Melayu', hari ini, tiba-tiba sahaja kita di suruh jadi 'One Malaysia'!

Nyimi Kok Mmabiintosh III
King of Kuba
D. R. Congo 

Buang jauh-jauh Ketuanan Melayu . Kenapa jadi macam tu? Maha Adil Allah SWT,  Dia ciptakan manusia ni berbangsa-bangsa supaya kita saling mengenal antara satu sama lain. Dan pada tiap-tiap bangsa Allah ciptakan rumah. Orang Cina ada rumahnya. Orang India ada rumahnya. Orang Arab ada rumahnya.Orang Negro ada rumahnya dan Mat Saleh pun ada rumahnya. Supaya apa?

 Monkey King

Supaya kita boleh mengenal bagaimana sesuatu bangsa itu mentadbir dan mengurus kan rumah masing-masing. Supaya kita boleh belajar antara satu sama lain. So, kalau orang Melayu … Tanah Melayu ni lah rumahnya.Tak perlu di pertikaikan lagi. Tinggal lagi orang Melayu ni orang yang baik, tinggi budi pekerti, bila ada kaum lain yang datang dan nak bernaung di rumah kita, kita benarkan. Bukan sekadar kita benarkan! Malah kita ajak mereka sama-sama mentadbir dan menguruskan rumah kita ini.

 King Kong

Cuma nya, kita letakkan sedikit syarat. Bilik kita dengan isteri kita, dia tak boleh masuk. Kalau nak bercakap dalam rumah kita kena la bercakap dalam bahasa kita dan kalau mereka nak buat tempat ibadat mereka buat la di luar rumah tak boleh dalam rumah. Dalam rumah perlu mencerminkan agama yang kita anuti.

Inilah konsep 'Ketuanan Melayu' yang teman faham. Dan fahaman inilah yang teman junjung selama ini. Dan bagi teman ada dua ciri penting bangsa Melayu. Islam dan Rajanya. Kalau tidak ada kedua-duanya ini … Lemah longlai dan lenyaplah bangsa ini suatu hari nanti. Teman sedih bila hari ini ramai orang Melayu dah tak sukakan Raja. Tapi teman nak salahkan Orang Melayu pun tak boleh. Banyak tingkahlaku Raja-raja Melayu yang menghiris hati dan perasaan Orang Melayu.

 Raja Kapoor

Bila rakyat berhibur … Raja pun nak berhibur … Bila rakyat berniaga … Raja pun nak berniaga … Bila rakyat masuk tender … Raja pun nak masuk tender … Bila rakyat nak jadi 'One Malaysia' … Raja pun nak jadi 'One Malaysia' … Tak boleh la macam tu !!!  Raja kena jadi Raja … Jangan jadi rakyat! 

Ada sebab mengapa bila Raja makan kita kata Raja santap … Bila Raja tidur kita kita kata Raja beradu … Bila Raja turun bertemu rakyat kita kata Raja mencemar duli!

Manatak di panggil santap kalau makan pun cuma dua tiga suap … manatak di panggil beradu kalau tidur nya pun cuma sekelip…

Raja Lingam

Kerana apa? Kerana Raja-raja Melayu dulu adalah ahli-ahli sufi. Mengamalkan ajaran dan cara hidup sufiyyah yang memang terlalu berbeza dari kehidupan rakyat banyak. Cara hidup yang cukup mulia. Kehidupan seorang abid. Maka layak lah mereka-mereka ini memakai gelaran wali-wali Allah di atas muka bumi ini. Menjadi Khalifah pada umat manusia dan dalam masa yang sama menjadi hamba yang muttakin kepada Allah SWT.

Sebab itu mereka ini berdarjat dan berdaulat. Maka, apabila orang-orang yang mulia ini berada di kalangan rakyat jelata atau orang kebanyakan mereka di katakan mencemar duli. Ini kerana mereka terpaksa meninggalkan kehidupan mereka yang mulia seketika semata-mata untuk bersama-sama dengan rakyat jelata.


Namun, siapa yang nak kita persalahkan? Kita yang menghantar anak-anak Raja ni belajar keluar Negara. Belajar sistem yahudi … Belajar sistem sekular … Kalau itu ajaran-ajaran yang di pelajarinya, takan lah mereka ni nak jadi ahli Sufi. Lainlah kalau kita hantar dia orang kepondok ke atau kepesantren ke….

Memang banyak yang perlu kita lakukan kalau kita nak berubah dan membuat perubahan. Tak kiralah Raja atau pun rakyat jelata. Tapi yang paling penting, belajarlah mengenal diri  dulu. Tak kenal maka tak cinta. Lagi pun, nak berjuang macam mana kalau diri sendiri pun kita tak kenal. Tak kenal diri maka tak kenal Tuhan. Sedangkan … Awalluddin makrifatullah (Awal agama mengenal Allah). Hati-hati dan kenapa ham baik-baik. Tak beragama orang yang tak mengenal Allah. Kalau nak kenal diri kena cari mursyid dulu.



Kalau tak, itu syok sendiri bukan kenal diri. Macam orang nak sembahyang … Kena la hambik wudhuk dulu. Sebelum wudhu kena lah angkat hadas besar dulu. Nak angkat hadas besar kenalah cari air suci yang boleh menyucikan dulu. Is a process bro … Bukan main langgar je ! Ingat tu!

 Maharaja Lawak Mega 2012
Setiap hari Jumaat, 10.00 malam bermula 16 November 2012 di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (Saluran 134), Astro RIA Singtel MioTV (Channel 34 ) dan Astro on-the-go (Warna). 

Nak cari agama kena cari guru. Bukan masuk grup itu atau grup ini. Bukan masuk Jemaah itu atau Jemaah ini. Masuk parti politik sebab nakcari agama lagilah apa tak jadi! Harapan teman, mudah-mudahan tulisan teman dalam blog Uncleseekers ni mampu mencuit hati pembaca dan mengetuk minda pembaca sedikit sebanyak.

Banyak persoalan-persoalan yang teman lontarkan, kome piker-pikerkan la sendiri. Panjang-panjang kan dan dibincang-bincangkan. Cari jawapannya dan buat rumusan. Jangan asyik nak tunggu orang suap je. Kalau nak berjaya kena rajin. Bukannya jadi pemalas. Dan, kalau nak belajar datanglah kerumah bukan dalam blog … ! Akhir kalam, Selamat berjuang… Oppps! Silap….selamat membaca….kome bukan berjuang pun!

King Cobra

Komen:
Sorong papan tarik papan
Buah keranji atas perahu
Suruh makan Raja Makan
Dengar Nasihat dia tak mahu

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?

Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 -  Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  

Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.  
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN



  

3 comments:

  1. Salam,
    Perlu atau tidak raja melayu dipertahankan? Perlu jika keujudannya memberi manfaat yang nyata kepada orang melayu.Jika ujudnya raja tidak memberi apa2 istimewa kepada orang melayu malah dilihat dan rasa menyusahkan lagi masyarakat melayu....maka kena buat penilaian semula! Situasi sekarang memperlihatkan orang melayu tidak mendapat manfaat yang banyak! Ugama Islam dihina, raja dok diam je..walhal raja sebagai ketua agama. Melayu merempat dan miskin...raja tak buat apapun.sedangkan duit zakat banyak dan selaku ketua agama Islam raja patut buat sesuatu dengan zakat yang dibawah kuasa raja! Maruah melayu tercalar akibat dari tingkahlaku buruk segelintir istana...siapa nak pertahankan! Melayu dikutuk oleh bangsa lain sebagai bangsa bodoh piang,pemalas,dan terlampau memuja sultan, sedangkan sultan atau raja tidak menjaga tingkahlaku dan tak pedulipun masalah bangsa melayu! Semua ini sisi negatif yang melayu lalui,rasai dan hadapi walaupun taat,patuh kepada raja melayu!Raja sebagai payung yang bocor bagi orang melayu! Hujan melayu kena,panas pun melayu rasa. Undang undang yang dikemaskini tentang tanggungjawab dan kuasa raja melayu ke atas orang melayu dan rakyat amnya mungkin mampu mengubah persepsi orang melayu tentang pentingnya keujudan raja melayu bagi orang melayu!kalau tidak akan jadilah seperti perumpamaan ...ada tak menambah,tak ada tak mengurang!wallahualam!

    ReplyDelete
  2. Elo bro uncle mana RAJA KUCING tak de pown.

    ReplyDelete
  3. salam...
    bab raja melayu mmg susah bebenor nak kabor....mmg betoi la rakyat dah x suka raja-raja...sbb mereka pon dah x peduli apa nak jadi dgn melayu...sbb tu kena pilih raja yg ada agama dan aliran kesufian barulah layak dgn tempatnya dan rakyat akan terbela dunia dan akhirat kerna rajala yg nak menjawab hal-hal rakyat kepada allah taala...berat sebenornya tanggungjwab raja ni....x lah mcm raja yg ada skrg ni ada penyakit WAHAN (cinta dunia dan takut mati)...siapa pon bole jadi raja asal sanggup pikol tanggungjawab diatas...wasalam

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.