Monday, October 29, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 7)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 7)

Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.


Kalau sebelum ini pasal Raja-raja Melayu yang nak menjadi Raja 'One Malaysia'. Kali ini pasal pertubuhan Melayu yang mendokong konsep 'One Malaysia' pulak. Inilah padahnya kalau kerajaan yang menguasai parti. Parti cuma jadi 'Rubber Stamp' sahaja kepada dasar-dasar kerajaan. 

Apa sahaja yang di putuskan oleh kerajaan akan di sokong dengan membuta tuli oleh parti. Tak ada siapa yang berani membantah.Tak kisahlah kalau perkara itu menguntungkan orang Melayu atau pun merugikan orang Melayu. Yang penting sokong je! Sepatutnya parti yang menguasai kerajaan.Sebab kalau tidak ada parti maka tidak adalah kerajaan.Parti yang membentuk kerajaan. 

Sebab itu kerajaan kena dengar cakap parti bukan sebaliknya. Kerajaan jadi instrumen politik atau alat untuk membawa aspirasi parti. Melaksanakan segala cadangan, saranan atau apa sahaja resolusi yang telah di capai dalam parti terutamanya sewaktu perhimpunan agung tahunan
.
Inilah padahnya bila pemimpin-pemimpin parti yang berada di dalam kerajaan sudah tidak boleh di tegur lagi. Bila di tegur … Marah ! Orang yang menegur akan di 'black list' atau akan di sabotaj.



Maka wujudlah budaya mengampu dan membodek dalam parti. Kalau tak buat macam tu alamat tak ada 'chance' la nak naik. Dan tak ada 'chance' la pulak nak dapat habuan dari pemimpin.

Sebab itu kerajaan boleh berbuat sesuka hati. Sebab parti yang menjadi tulang belakang kerajaan sudah tidak berani lagi hendak menegur. Kerajaan jadi sombong dan angkuh. Mereka lupa bahawa dalam demokrasi rakyatlah yang sebenarnya berkuasa bila tiba waktu pilihanraya.

Bila rakyat sudah kelihatan mulai menolak kerajaan, mulalah nak mengelabah. Mulalah buat benda-benda yang merepek semata-mata nak cari undi dan sokongan rakyat.


Lupa dengan matlamat perjuangan parti. Lupa dengan pengorbanan ahli-ahli parti. Lupa dengan darah, keringat dan airmata orang-orang Melayu yang tumpah untuk mempertahankan dan membangunkan Negara ini. Lagi pun selama ini memang sibuk pun untuk memperkayakan diri masing-masing. Mana ada masa nak piker pasal perjuangan Melayu.

Peduli apa dengan perjuangan orang-orang Melayu? Peduli apa dengan konsep Ketuanan Melayu? Bakul sampah kan aja!


Kalau dah macam tu … Kalau dah nak sangat jadi One Malaysia bubarkan je la pertubuhan Melayu ni.  Buat apa nak menipu orang Melayu lagi. Selama ini pun apalah sangat kepentingan orang Melayu yang mampu di perjuangkan dan di pertahankan.>Cerita nak perjuangkan agama, nak perjuangkan bangsa ni cuma buat sakit telinga je kita dengar. Habuk pun tarak !Cerita maju kot mana kalau pendidikan percuma kepada orang Melayu pun tak mampu nak bagi.Tak payah cerita la nak bagi pendidikan percuma kepada rakyat. Makin jauh la panggang dari api.

Melayu dah jadi penduduk kelas kedua di negaranya sendiri. Tak percaya? 


Pergilah pejabat kerajaan dan tengoklah macam mana pegawai-pegawai kerajaan layan kita orang Melayu ni. Macam orang nak minta sedekah je dia orang layan kita.  Itu pejabat kerajaan. Kalau pergi ke bank-bank lagi la dahsyat layanan dia orang pada orang Melayu.

Inikah hasilnya perjuangan pertubuhan Melayu yang kononnya nak memertabatkan bangsa? Itu saja ke hasilnya perjuangan yang dah memakan masa selama lebih 60 tahun ni? 

Sakit dada teman mikior!
Pada orang Melayu semua…..bayangkanlah apa nak jadi dengan bangsa ini? Pertubuhan Melayu pun tak peduli dengan nasib kita….

Raja-Raja Melayu pun tak peduli dengan nasib kita….pada siapa bangsa ni nak mengadu? Pikior brader pikior! Jangan tak pikior….
 

8 comments:

  1. Bosan gila woi cerita paklan... dah jadi blog motivasi waktu pagi ke? bagi faktalah woi, blog motivasi byk dah luar sana

    ReplyDelete
  2. 'Inilah padahnya kalau kerajaan yang menguasai parti. Parti cuma jadi 'Rubber Stamp' sahaja kepada dasar-dasar kerajaan'.

    ini berlaku kerana ketua pemerintah (pm) adalah presiden parti (dari merdeka sampai sekarang parti umno). sama juga dgn dap, s/usaha agong jadi km p.pinang (bos dap p.pinang frust menonggeng). pas & pkr lebih kurang. inilah sistem yg digunapakai oleh semua parti2 politik. bila najib (pengerusi bn) kata 1m'sia, bolehkah umno atau parti2 komponen lain bangkang? sepatutnya pemerintah & parti diasingkan barulah tak kelam kabut macam sekarang.

    ReplyDelete
  3. mana ada melayu lagi....macam ni la yg kita nak baru melayu sedor dari mimpi....bila citer je pasal ni...kata bosanla..apala....mika je yg x pernah sedor....amende la lu mamt

    ReplyDelete
  4. Teruskan menulis pak lan .... Saya sgt suka dgn tulisan pak lan... Akhirnya ada yg sependapat....

    -Melayu berdarah cina

    ReplyDelete
  5. Kepada Tuan Bosan, Fakta apa lagi nak cakap.. besepah dah..

    ReplyDelete
  6. yang seorang perjuangkan negara islam, yang seorang pulak perjuangkan satu malaysia.
    nak pilih yang mana?

    ReplyDelete
  7. Bangsa Melayu adalah bangsa terpilih...dah ditakdirkan Allah...Melayu beragama Islam...jadi ...kuat Melayu..kuatlah Islam di Malaysia ni...

    Saya mmg menyukai tulisan Pak Lan...teruskan...mmg sebenarnya orang melayu memerlukan motivasi...

    Leftenan Adnan

    ReplyDelete
  8. Saya cina bawa kawan melayu dan bininya ke JPN putrajaya untuk buat kad pengenalan.Pengawai JPN suruh bini kawan saya bawa surat beranak untuk bukti dia rakyat malaysia tapi pengawai yg layan saya pula tidak suruh i bawa pun.

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.