Mansuhkan Rukun Negara?
Perlembagaan negara kita dah sentuh. So, kali ni teman nak sentuh sikit soal Rukun Negara pulak. Rukun Negara ni penting. Dia mencerminkan perlembagaan Negara. Dan merupakan prinsip-prinsip yang menjadi teras kepada kedaulatan Negara ini.
Kalau soal-soal asas dan teras dalam bernegara pun kita tak paham dan kita tak nak patuh…. Buat apa ada perlembagaan dan buat apa ada Rukun Negara? Baik mansuhkan aja…
Susah la kalau dah macam tu… Mana tak jadi caca murba negara ni…!
Prinsip Yang Pertama : Kepercayaan kepada Tuhan.
Tuhan mana yang kita nak percaya ni?
Tuhan orang Islam? Tuhan orang Hindu? Tuhan orang Buddha atau Tuhan orang Kristian?
Dan kenapa pulak rukun atau prinsip yang pertama ni kita kena percaya kepada Tuhan? Kalau dalam bab bernegara ni, kita tak libatkan Tuhan tak boleh ke?
Itu yang istimewanya tentang Negara ini. Negara ini tak sama dengan Negara-negara lain. Kita bukan Negara sekular atau pun Negara agama. Tetapi adalah sebuah Negara Islam. Islam adalah agama bagi Negara ini.
Kalau kita rujuk pada perlembagaan, dah terang dan jelaslah bahawa negara ini adalah Negara Islam. Dan dalam perlembagaan, cuma Islam sahaja yang di sebut. Agama-agama lain dia tak sebut pun. Dan dia tak cakap pun yang Islam tu agama resmi. Terang dan jelas dia sebut Islam adalah agama persekutuan.
Ini membawa maksud bahawa Negara ini beragama Islam. Maka dah tentulah Tuhannya adalah Allah SWT. Bukan Tuhan yang lain.
Ini menunjukkan bahawa sembilan orang Raja-raja Melayu yang membentuk perlembagaan Negara dahulu berkehendak agar Negara ini menjadi Negara Islam bukan Negara sekular.
So, bila tiga Perdana Menteri Malaysia yang awal mengatakan bahawa Negara ini adalah Negara sekular, itu merupakan pendapat dan pandangan peribadi mereka sahaja. Mereka tak layak pun membuat tafsiran mengenai perlembagaan. Institusi yang layak dan berhak untuk membuat tafsiran mengenai perlembagaan Malaysia adalah Mahkamah Tinggi Persekutuan.
Kalau Perdana Menteri pun tak layak buat tafsiran, orang lain apatah lagi. So, bila Karpal Singh kata 'langkah mayat saya dulu kalau nak jadikan Malaysia Negara Islam' adalah merupakan satu kenyataan yang cukup dangkal dari seorang ahli poltik veteran yang juga merupakan seorang peguam.
Buat malu peguam-peguam lain je!
Kalau itu bukan kenyataan yang dangkal maka sudah pasti kenyatan tersebut berniat jahat. Jahatnya kerana cuba mengelirukan pemikiran rakyat Malaysia.
Kenapa Majlis Raja-raja Melayu tak tegur Karpal Singh ? Kenapa kebiadapan dan keceluparan Karpal Singh di biarkan sahaja? Inikan tugas dan tanggung-jawab Tuanku-Tuanku semua sebagai Ketua Negara/negeri dan Ketua Agama?
Dan persoalan yang paling menarik kalau Negara ini beragama Islam dan Negara ini percaya dengan Allah SWT maka bukankah menjadi tanggung-jawab Raja-Raja Melayu dan seluruh rakyat Malaysia untuk mengamalkan syariah Islam di setiap aspek pemerintahan dan kehidupan di Malaysia?
Kenapa dah lebih 50 tahun perlembagaan di gubal kita masih juga nak bergantung kepada sistem sekular? Tak cukup ke bijak pandai dalam Negara ini sampai semua kita kena impot dari barat? Dah merdeka ke kita kalau semuanya kena bergantung dengan barat? Macam mana nak jadi bangsa yang hebat dan merdeka kalau masih bergantung dengan musuh? Kalau bergantung dengan kawan takpe la jugak. Ini bergantung dengan musuh. Pelik tak?
Dan, macam mana rakyat nak jadi hebat dan merdeka kalau pemimpin-pemimpinnya pun tak hebat dan pemikiran mereka pun masih terjajah?
Kata percaya dengan Allah? Kenapa tak ikut suruhan Allah? Kenapa lebih rela menjadi hamba musuh, hamba kepada sesama manusia daripada menjadi hamba Allah?
Kan dah terbukti yang bangsa Arab tu pernah jadi bangsa yang hebat dan di geruni hanya kerana beriman kepada Allah SWT. Nak bukti apa lagi! Mana perginya ulamak-ulamak kita yang bersepah-sepah tu? Kenapa tak nasihatkan Raja-Raja Melayu dan pemimipin-pemimpin Melayu? Kenapa? Lebih takut dengan dia orang ke berbanding takut dengan Allah SWT?
Kalau pemimpin-pemimpin takut berjalan di jalan yang benar dan para ulamak juga takut untuk menunjukkan jalan yang benar maka selamanyalah umat ini akan terus hanyut dan sesat dalam keasyikkan memburu nikmat-nikmat dunia…
Kita kena tahu bahawa sistem yang kita impot dari barat ini adalah sistem yang dasarnya adalah dari pemikiran sekular. Sekular ni satu ideologi yang mengasingkan agama dari kehidupan bermasyarakat. Manusia-manusia yang menganut fahaman ini ingin membebaskan diri mereka dari kongkongan agama. Mereka ingin bebas untuk melakukan apa sahaja menurut hawa nafsu mereka tanpa sebarang sekatan dan larangan agama.
Memanglah seronok lagi menyeronokkan bila kita boleh berbuat apa saja. Maklumlah nafsu manusia ni mana ada sempadan. Semua dia nak. Semua dia teringin. Cuma yang tak sedapnya…. Benda yang seronok ni selalunya bawak penyakit! Tak bawak kebaikan!
Kalau nak kebaikan… Nak elok… Nak sihat…. Nak kuat… Kena banyak telan benda pahit! Itu sunnah alam! Yang pahit itulah ubat… Sebab tu ubat tu pahit.
Jangan suka yang manis-manis je der… Nanti kena kencing manis. Kalau dah kena kencing manis der, nak menangis pun dah tak guna…
Islam ni agama yang sempurna dan menyeluruh. Islam bukan semata-mata dogma (ajaran) dan ritual (upacara) sahaja tapi adalah merupakan satu cara hidup yang meliputi semua aspek dalam kehidupan. Politik, ekonomi, kewangan, pendidikan, pertahanan dan lain-lain lagi. Ini bukan Allah dan Rasul je yang cakap. Di zaman moden ni Mahkamah Tinggi Persekutuan pun cakap macam tu jugak tentang Islam. Kalau tak percaya rujuk kes Lina Joy. Apa kata hakim masa buat kenyataan penghakiman dalam kes tersebut.
Di zaman moden ni, apa kata kita angkat Islam bukan sekadar sebagai satu cara hidup tapi lebih tinggi dari itu. Kita angkat Islam agar menjadi satu sistem dalam kehidupan umat manusia. Bila dah jadi satu sistem, orang bukan Islam pun akan ikut. Siapa yang tak nak kebaikan? Siapa yang tak nak keadilan? Dan siapa yang tak nak kesejahteraan? Itukan fitrah manusia. So… Semua manusia nakkan benda tu. We go to the next level brother….
Kali ni kita buat lebih hebat dari zaman Rasulullah… Lebih hebat dari zaman para sahabat…. Dan lebih hebat dari zaman Ummayyah, Abassiyah dan Othmaniyyah..
Dulu takde teknologi… Sekarang teknologi dah cukup canggih! Itu sebab kita boleh jadi lebih hebat dari zaman dulu. Nak tunggu apa lagi?
How to do it? Takkan semua nak cerita dalam ni! Ini kena buat seminar! But let me assure you… Kalau orang lain tak tau apa nak buat, teman tau apa nak buat. Jangan awal-awal dah surrender kata tak boleh buat… Mula le teman nak hangin satu badan…
Prinsip Yang Ke Dua : Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Terang dan jelas! Kesetian hanya kepada Raja dan Negara. Bukan kepada parti-parti politik atau pemimpin-pemimpin politik.
Politik dalam Islam berbeza dengan politik sekular (demokrasi). Dalam Islam kalau nak pilih pemimpin kena pakai syura . Majlis syura yang kena bermusyawarah untuk pilih pemimpin. Bukan semua rakyat jelata macam yang di ajar dalam sistem demokrasi.
Demokrasi ni bunyinya saja yang macam adil. Satu orang satu undi konon. Tapi kalau kita perhalusi memang tak masuk akal sistem ni. Cuba kita bayangkan seorang professor yang dah bertahun-tahun belajar dan dah bertahun-tahun membuat kajian tapi cuma ada satu undi. Kita bandingkan pulak kedudukannya dengan seorang buruh kasar atau pun mat rempit yang drop out dari sekolah. Dari sudut pendidikan, pemikiran, pergaulan dan pengalaman dah tentu perbezaannya macam langit dengan bumi. Aleh-aleh bila pilihanraya, bila nak mengundi masing-masing sama saja. Ada satu undi. Adil ke macam tu? Masuk akal ke macam tu?
Mana tak huru-hara! Kalau ramai yang bodoh dah tentulah mereka akan pilih juga pemimpin dari kalangan yang bodoh. Dan kalau ramai yang jahat maka mereka akan pilih pulak pemimpin yang paling jahat. Bukankah demokrasi 'Is the game of numbers'? Dah tentulah majoriti yang akan menang. Dah tentulah mereka yang akan memerintah. So.. Apa nak heran kalau Negara jadi macam ni..
Cuba bayangkan… Pilihanrayanya 5 tahun sekali tapi kempennya hari-hari…. Bayangkan la pulak, berapa banyak masa, duit dan sumber yang di bazirkan? Belum cerita lagi bab bergaduh sesama kita… Bab bergaduh sesama kita ni, kita dah sampai pun ke peringkat saling pulau-memulau sesama kita…
Bab kenduri-kendara… Bab nikah kahwin… Bab menguruskan jenazah… Banyak lagi la..Tak larat nak tulis. Senarainya cukup panjang. Tak cukup kerja pulau-memulau ni, sembahyang pun dah sampai pakai dua imam dah…
Tak teruk lagi ke kalau dah macam tu?
Nak tunggu apa lagi ni baru kita nak berubah? Nak tunggu sampai bertumpah darah sesama kita ke baru kita nak berubah? Nak tunggu sampai nasi dah jadi bubur baru nak berubah?
Sebab itu dalam Islam tidak ada pilihanraya. Memang besar masalahnya kalau mengamalkan pilihanraya. Pilihanraya ni jadi punca kepada kebanyakkan masalah. Sebab itu berlaku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan pecah amanah. Sebab nak cari undi le tu. Nak cari sokongan. Semua tu kena pakai duit. Kena pakai belanja. Zaman sekarang mana ada yang free. Masuk tandas nak buang air kecik pun kena bayar…
So.. Kalau tak rasuah mana nak cari duit! Kalau tak salah guna kuasa mana nak dapat duit!
Rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, pecah amanah dan pembaziran ni takkan berkurang apalagi nak di hapuskan selagi kita masih mengamalkan sistem yang sama ni. Siapa pun yang memerintah akan buat benda yang sama jugak. Mula-mula ni mungkin berkurang la sikit. Itu pun sementara nak pandai. Dah pandai esok entah-entah lagi dahsyat le pulak nanti. Yang ada ni pun dulu… Macam tu le jugak!
Sebab itu bila tiada pilihanraya dan kesetiaan dan ketaatan cuma di tumpahkan kepada Raja sahaja, barulah masyarakat tidak akan berpecah-belah. Barulah masyarakat akan bersatu padu. Aman damai. Barulah seluruh jentera pentadbiran dapat di kerah dan di arahkan untuk membangunkan Negara.
Ini dalam demokrasi kita nak suruh orang ramai bersatu padu. Itu buat keje gila namanya. Dasar demokrasi kan pecah dan perintah atau divide and rule. So.. Macam mana nak bersatu? Dalam demokrasi, kalau ada kerajaan dah tentulah ada pembangkang. Kononnya untuk buat check and balance. Bunyi macam murni tapi realitinya?
Tengok sajalah kepada media arus perdana. Ada ke ruang untuk pembangkang? Semuanya di monopoli oleh pemerintah. Kalau dalam media pun tidak ada ruang untuk pembangkang… So… Apa yang boleh di check dan apa yang balancenya? Teman tak nampak di mana check and balancenya.
Pengamal-pengamal media arus perdana tak berminat dengan kebenaran. Mereka lebih pentingkan sensasi. Lebih utamakan nilai komersial. Lebih mendahulukan kepentingan kerajaan. Kepentingan rakyat memang tak pernah penting. Slogan demokrasi from the people, by the people, to the people hanyalah sekadar slogan. Tak pernah jadi kenyataan pun.
Sebab itu bila ada kawan-kawan wartawan bercerita tentang etika kewartawanan, teman gelakkan aja. Bukan takat gelak sikit-sikit. Gelak besar. Apatah kalau mereka bercerita pasal nak melapurkan berita without fear and favour. Lagi besar la teman gelak.
Mana dia freedom of speech kalau semuanya di kawal. Itu bukan demokrasi tapi kuku besi. Kalau dalam media pun dah takde demokrasi tak payah ceritalah benda-benda yang lain. Buat sakit telinga je. Sebab itu sekarang ni bila dah ada media alternatif mengelabah beruk kerajaan di buatnya. Tak boleh nak control lagi dah!
Pemimpin yang tak boleh di tegur dan tak boleh di kritik itu bukan pemimpin namanya. Itu orang bodoh sombong. Orang bodoh sombong ni jangan kata jadi pemimpin, jadi pengikut pun tak layak. Siapa pun tak nak. Siapa yang suka dengan orang yang tak boleh di tegur.
Sebab itu, marilah kita kembali kepada Islam. Dalam bab memilih pemimpin ni biarlah Majlis Syura yang di anggotai oleh bijak pandai sahaja yang memilih pemimpin. Dia orang yang lebih tahu mana satu calun yang layak dan tidak layak untuk di baiat sebagai pemimpin. Sebagaimana para sahabat dulu memilih dan membaiat Abu Bakar untuk menjadi Khalifah Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW. Kita rakyat biasa ni ikut saja sudahlah…
Sistem yang kita amalkan sekarang ini lebih banyak mendatangkan mudharat daripada kebaikkan. Dan mudharatnya yang paling besar adalah kita jatuh kufur kalau mengamalkannya tanpa sebarang penolakkan dan protes di dalam hati. Ini bukan sekadar soal kaedah. Tapi lebih jauh dari itu, ianya menyangkut soal aqidah. Hati-hati.Ini bukan soal main-main.
Persamaan demokrasi dengan Islam adalah umpama beruk dengan manusia. Walaupun ada sedikit persamaan tapi beruk tetap beruk dan manusia tetap manusia. Tidak pernah boleh disamakan sebenarnya. Marah kita kalau kita di samakan dengan beruk.
Ingat! Beruk tidak pernah ada tuntutan untuk menunaikan syariah Islam sedangkan manusia ada. Menunaikan syariah Islam bukan satu pilihan tetapi adalah satu kewajipan buat semua umat manusia.
Amalan demokrasi bukan sekadar menyentuh soal kaedah tetapi ianya menyentuh soal Aqidah, Syariah dan Akhlak seorang Muslim. Demokrasi adalah satu sistem yang mendaulatkan rakyat. Mendaulatkan manusia, mendaulatkan hamba. Kalau dah rakyat, manusia dan hamba yang di daulatkan… Raja, Tuhan dan Tuannya nak di letakkan di mana?
Bila manusia sudah berani mengubal dan mengubah hukumnya sendiri dalam kehidupannya di atas muka bumi milik Allah ini. Maka apalagi yang dia takuti. Hak mutlak Allah SWT pun dia sanggup rampas apalagi hak kita. Sebab itu yang sudah terang, jelas dan mutlak haramnya seperti judi, arak, riba dan banyak lagi kini semuanya sudah menjadi halal. Kalau ini bukan perilaku biadap manusia kepada sang penciptanya lalu ini kita nak panggil apa?
Demokrasi memang satu kaedah. Satu kaedah pemberontakkan. Memberontak untuk menentang Raja yang menjadi wakil Allah SWT di atas muka bumi ini. Memberontak untuk menentang hukum-hukum Allah SWT yang menjadi pemilik dan hakim yang mutlak di atas muka bumi ini. Memberontak dan menghancurkan Aqidah, Syariah dan Akhlak seorang hamba yang seharusnya tunduk dan patuh kepada Tuannya yang memiliki dirinya dan segala kepunyaannya.
Dunia yang seharusnya menjadi tempat persinggahan sementara untuk di uji keimanan dan ketaqwaannya kini di jadikan medan untuk berlumba dan bersaing untuk merebut kekuasaan dan kekayaan.
Demi masa… Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.
Prinsip Yang Ke Tiga : Keluhuran Perlembagaan
Tugas siapa nak meluhurkan perlembagaan? Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa perlembagaan kita yang luhur ini telah di cemari dengan pelbagai tafsiran yang bukan-bukan. Di salah anggap. Di salah erti. Di injak-injak keluhurannya selama ini tanpa sebarang pembelaan. Kenapa boleh jadi sampai macam itu?
Inilah persoalan yang ingin teman bangkitkan. Tugas siapa nak bela dan pertahankan perlembagaan kita ini? Nak harapkan orang politik ke? Bukan ke dia orang yang selama ini dok memutar belitkan tafsiran perlembagaan? Yang membuatkan kita semakin keliru? Semakin tidak faham dengan perlembagaan sendiri. Kalau dah macam tu kita nak harap apalagi pada orang politik.
Ini tugas Majlis Raja-Raja Melayu. Tugas DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Bukan tugas rakyat jelata. Rakyat jelata tidak ada hak dan tidak ada kuasa. Kalau bukan YDPA dan Raja-raja Melayu yang nak bela perlembagaan lalu siapa lagi?
Untuk apa kita junjung tinggi-tinggi Institusi Raja-raja Melayu? Untuk apa kita peruntukkan duit berjuta-juta ringgit setahun untuk membiayai institusi Raja-raja Melayu? Untuk apa kita bina istana-istana yang menelan belanja sampai berbillion ringgit? Untuk apa? Untuk apa semua itu kalau Raja-raja Melayu tak mampu nak jadi payung Negara? Tak mampu nak pertahankan perlembagaan yang menjadi asas Negara? Apa kerja Raja-raja Melayu yang sebenarnya? Kalau tak ada kerja kenapa ada gaji?
Bukan kita nak suruh pergi berperang pun. Cuma nak suruh pertahankan perlembagaan je. Memang tanggung-jawab dia orang pun. Kita cuma memperingatkan sahaja. Pertahankanlah perlembagaan kita dari keserakahan orang-orang politik.
Pergi berperang untuk pertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kedaulatan Negara ini… Itu memang kerja kita. Tanggung-jawab kita. Memang tugas kami sebagai rakyat. Biar bercerai nyawa dari badan…. Kami rela Tuanku!
Tapi kalau Tuanku-Tuanku semua tidak mahu buat kerja Tuanku… Untuk apa kami semua bermati-matian pertahankan Tuanku! Jangan salahkan kami kalau kami tak nak pertahankan Tuanku. Dan jangan salahkan pihak tertentu kalau mereka nak jadikan Negara ini Negara Republik. Macam di Indonesia dan Amerika. Dan banyak lagi Negara-negara di dunia ini. Sebab ramai sekarang ni yang melihat Raja-raja Melayu dah tak relevan lagi.
Memang layaknya begitu. Untuk apa di simpan lagi benda yang dah tak relevan. Yang sudah tidak ada manfaatnya kepada agama, bangsa dan negara. Macam tu jugak dengan pekerja. Kalau ada pekerja yang tak nak buat kerja memang secara lazimnya dia akan kena pecat.
Kita ni mengamalkan sistem politik Raja Berperlembagaan. Bukan demokrasi berparlimen. Takkan Tuanku-Tuanku semua tak paham?
Kalau ada orang politik yang mengatakan bahawa sistem politik kita adalah sistem demokrasi berparlimen, Tuanku-Tuanku semua tak marah ke? Patik yang bukan Raja pun marah, sepatutnya Tuanku apatah lagi… Sebab pendapat itu bukan sahaja salah dan mengelirukan tetapi juga berniat jahat. Mereka menafikan dan meminggirkan kewujudan dan kepentingan institusi Raja-Raja Melayu.
Itu adalah kenyataan dari orang politik yang sama ada dia bodoh atau pun jahat. Dia bodoh sebab hanya menggunakan pendapat dan pandangannya yang dangkal tanpa merujuk dan memahami apa yang terkandung dalam perlembagaan.
Dia jahat kerana cuba menafikan sistem Raja Berperlembagaan. Dan dia juga cuba menafikan status Negara ini sebagai sebuah Negara Islam. Tidak ada satu perkataan demokrasi pun yang tertulis dalam perlembagaan. Begitu juga dengan perkataan sekular. Tetapi perkataan Islam memang jelas tertulis dalam perlembagaan. Soalnya, dari mana idea sekular dan demokrasi ni boleh timbul?
YDPA dan Raja-Raja Melayu kena sedar dan kena bangun. Kena luhurkan kembali perlembagaan kita ni. Percayalah Tuanku! Kalau orang lain tak sokong… Patik dan kawan-kawan patik akan sokong usaha Tuanku hingga ketitisan darah patik yang terakhir! Mujur lalu melintang patah. Itu janji patik!
Hanya YDPA dan Raja-raja Melayu sahaja yang mampu membuat perubahan tanpa sebarang pertumpahan darah. Patik tak yakin ada sesiapa yang berani menderhaka kepada titah dan perintah Tuanku.
Buktikanlah kepada rakyat jelata bahawa institusi Raja memang masih relevan. Masih berfungsi dan masih berperanan. Buktikanlah juga bahawa memang Raja Melayu adalah payung kepada rakyat jelata. Buktikan juga bahawa Raja-raja Melayu adalah mereka-mereka yang gagah berani sebagaimana nenek moyang mereka. Buktikan kepada dunia bahawa darah yang mengalir pada tubuh Raja-raja Melayu adalah darah yang sama yang pernah mengalir di tubuh Iskandar Zulkarnain! Siapa lagi yang nak membela rakyat kalau bukan Tuanku-Tuanku semua.
Patik cabar Tuanku-Tuanku semua!
Prinsip Yang Ke Empat : Kedaulatan Undang-Undang
Persoalan besarnya, undang-undang mana yang nak kita daulatkan ni? Undang-undang Allah SWT atau undang-undang manusia? Undang-undang Islam atau undang-undang yang kufur? Undang-undang warisan Tok nenek kita atau undang-undang penjajah? Jawablah wahai rakyat Malaysia!
Kalau kita merujuk kepada perlembagaan kita dan berdasarkan kepada agama Negara ini yang tertulis dalam perlembagaan dah tentulah undang-undang Islam! Takkan undang-undang yang lain kot.
Tapi kenyataannya sampai hari ini kita masih mendaulatkan undang-undang manusia. Undang-undang Kufur. Dan undang-undang penjajah. Kenapa? Tak ada yang paham perlembagaan ke?
Undang-undang lazim atau pun common law ni kalau dalam perlembagaan statusnya cuma sementara dan peralihan sahaja. Sebab itu kita persoalkan kewajaran mengamalkannya. Dah lebih 50 tahun dah ni Negara kita ini di asaskan. Takkan masih nak gunakan lagi undang-undang yang sepatutnya di gunakan untuk sementara waktu dalam tempoh peralihan sahaja. Selalunya tempoh peralihan ni cuma takat 2 atau 3 tahun aja… Ini dah lebih 50 tahun dah beb! Sementara dan peralihan apa namanya tu!
Alasannya kerana rakyat belum paham undang-undang Islam. Rakyat mana ni yang tak paham dengan undang-undang Islam? Suruh dia orang sekolah balik. Eh! Ini undang-undang Islam la! Undang-undang ni dah wujud 1400 tahun dah…Dah berjalan elok selama 1400 tahun. Common law ni wujud bila? Tak sampai 300 tahun pun. Rakyat yang tak paham atau pemimpin yang jahat dan bengap.
Jangan lupa ye… Negara ni bukan bermula dengan kosong. Negara ni bermula dengan sembilan buah negeri yang berdaulat. Dengan persetujuan sembilan orang Raja-raja Melayu yang berdaulat. Negeri-negeri Melayu ni sebelum bersatu dalam Persekutuan Tanah Melayu, masing-masing sebelum itu mengamalkan undang-undang Islam. Undang-undang yang kita warisi sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Orang yang buta sejarah sahaja yang tidak mahu mengakui ini semua. Orang yang buta sejarah je yang nak mengagung-agungkan common law. Islam dah berjaya membina empayar dan tamadun yang bertahan hampir 1400 tahun. Undang-undang apa yang di gunakan oleh empayar Islam ini kalau bukan undang-undang Islam. Bukan common law.
Common law belum wujud sewaktu Islam berada di puncak kegemilangannya.Eropah waktu itu berada di dalam zaman yang di kenali sebagai zaman kegelapan. Common law ini pun sebenarnya di tulis dengan meniru kepada undang Islam.Tak percaya buatlah kajian. Cuma di pinda sana sini je. Begitu juga dengan sistem-sistem mereka yang lain. Semuanya di tiru dari Islam.Mereka buat common law bukan bertujuan untuk memakmurkan umat manusia malah untuk memperhambakan umat manusia.Semua ini di buat dengan tujuan untuk mendokong para kapitalis barat agar dapatmenjadi tuan-tuan kita buat selama-lamanya.
Sebab itu kita semua hari ini dah jadi macam lembu yang kena cucuk hidung dalam kandang kita sendiri. Kita yang merelakan agar hidung kita di cucuk dan kita juga yang buat kandang kita berdasarkan model mereka. Bukan bodoh ke ini namanya?
Cuba kita renungkan kenapa Rasulullah itu Allah SWT takdirkan baginda sewaktu kecilnya untuk menjadi gembala kambing? Carilah hikmahnya. Banyak pelajaran yang boleh kita timba dari peristiwa itu.
Jadi, brader-brader semua! Pandai kot mana kita ni kalau benda-benda macam ini pun kita tak tau! Kita tak paham! Pikirlah baik-baik….
Jadi, persoalannya sekarang…
Untuk apa kita daulatkan common law yang memang terang-terang menzalimi kita. Menzalimi orang kebanyakkan. Menzalimi rakyat jelata. Bolehkah kita mencari keadilan dalam sistem yang memang terang-terang dah zalim? Boleh ke kita mendapatkan pembelaan dari sistem yang di tulis memang untuk menganiayai kita? Nak harap lagi ke kepada pagar yang memang di dirikan untuk memakan padi….
Sebab itu teman cakap… Hanya Raja-Raja Melayu je yang boleh buat perubahan. Sebab ini bukan perubahan kecil. Ini satu revolusi. Revolusi yang perlu di pimpin oleh Raja-Raja Melayu.
Tapi terpulanglah kepada Tuanku-Tuanku semua. Kalau Tuanku-Tuanku semua sanggup melihat rakyat jelata menderita sementara Tuanku-Tuanku semua bersenang lenang di atas tahkta. Teruskanlah…
Di akhirat nanti bukan patik-patik semua yang nak kena jawab dengan Allah SWT tapi Tuanku-Tuanku semua. Tuanku-Tuanku semua yang dah berjanji dan bersumpah untuk mempertahankan Islam pada setiap masa. Kami ni cuma sekadar boleh mengingatkan Tuanku sahaja itu pun sebab kami masih sayangkan Raja-raja Melayu.
Prinsip Yang Ke Lima : Kesopanan Dan Kesusilaan
Akhlak adalah merupakan salah satu cabang dari 3 cabang besar dalam agama selain dari Aqidah dan Syarak. Akhlak adalah merupakan tingkah laku atau perbuatan manusia di atas muka bumi ini. Ada tingkah laku atau perbuatan yang di benarkan oleh syarak dan ada yang di larang oleh syarak.
Hanya agama yang boleh membezakan antara perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tanpa agama manusia akan berusaha supaya perbuatan yang paling jelek sekalipun boleh di terima sebagai norma dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebagai contohnya, LGBT (lesbian, gay, bi-sexual and trans-gender). Itulah yang kini menjadi perjuangan paling popular di barat. Cukup popular sampai Presiden Amerika sendiri iaitu Barack Obama pun sokong. Dan gerakan untuk menghalalkan LGBT ini semakin mendapat sokongan dan simpati orang ramai kerana ia digerakkan atas nama hak asasi manusia.
Akhlak mulia sebagaimana yang telah di ajar oleh Islam adalah merupakan pakaian seorang hamba Allah yang mengharapkan keredhaan Allah SWT. Insaf bahawa hidup ini adalah satu persinggahan sahaja. Singgah sebentar sekadar untuk mencari bekal hidup di akhirat nanti dalam keadaan yang di redhai.
Kepatuhan kepada prinsip-prinsip Negara yang menjadi teras kepada kedaulatan Negara ini dan jelas menurut lunas-lunas Islam adalah merupakan lambang akhlak seorang hamba Allah dan warga sejati Negara ini.
Bayangkanlah kalau prinsip-prinsip yang kita bincangkan di atas tidak kita patuhi, tidak kita endahkan dan kita langgar saja secara membuta tuli…
Bukankah itu merupakan satu kebiadapan dan keterlanjuran yang tidak boleh di terima sama sekali. Biadap terhadap Allah SWT. Biadap terhadap Rasulullah SAW dan biadap kepada Raja-Raja Melayu selaku Ulil Amri di Tanah Melayu ini. Layak ke kita di gelar sebagai manusia yang bertamadun? Manusia yang mempunyai akal, budi dan pekerti yang luhur? Tepuk dada tanya selera…
Sampai bila kita nak terus begini? Menjadi bangsa yang biadap dan kurang ajar? Kita sudah terlalu lama menjadi bangsa yang biadap dan kurang ajar. Apakah kita berbangga dengan kebiadapan dan keterlanjuran kita selama ini? Tidakkah kita malu kepada diri kita sendiri yang kononnya hidup beragama? Takkan begini akhlak orang yang beragama?
Percayalah…. Kalau bapak kencing berdiri… Anak-anak pasti kencing berlari…Jangan salahkan anak-anak kalau mereka kurang ajar. Kurang ajarnya anak-anak sebab tidak beradab tapi kuarang ajarnya orang tua sebab tidak ada akhlak. Sebab itulah Negara ini jadi kucar kacir. Sebab ramai yang tidak berakhlak.
Kalau berakhlak… Tidak akan timbul soal rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, penyelewengan dan pembaziran. Selagi masih berlaku perkara-perkara ini selagi itulah masyarakat ini belum ada akhlak.
Tapi ye la… Nak kata apa !Hidup dalam persekitaran sekular. Persekitaran yang mengasingkan agama dari kehidupan bermasyarakat. Agama cuma jadi sesuatu yang bersifat peribadi. Cerita apa pasal akhlak. Pasal moral. Mana ada semua tu! Yang penting zaman ini… Fulus brader ! Fulus!
Ada fulus semua boleh jadi. Nak apa pun semua boleh dapat. Nak bini orang pun boleh. Yang penting ada fulus untuk bayar laki dia. Ini bukan benda baru. Banyak dah kita dengar cerita macam ini!
Tapi bagi yang masih ada iman ingatlah firman Allah SWT. Firman dari yang Maha Berkuasa. Sang Pencipta yang mencipta manusia dan kehidupan di atas muka bumi ini. Ingatlah sebelum terlambat…
Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rad (Petir) ayat 11 : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada di dalam dirinya"
Jadi berubahlah wahai bangsaku….
Kita kena berubah kalau kita nak jadi bangsa yang hebat. Bangsa yang berjaya. Bangsa yang di hormati bukan bangsa yang syok sendiri. Kita tidak akan menjadi hebat kalau asyik bersandarkan kepada sistem orang lain. Kita ada kekuatan kita yang tersendiri. Nak tunggu apa lagi. Gunakanlah senjata itu sekarang.Orang Arab dah pernah gunakan.Dan dia orang dah pernah berjaya.
Ingatlah !Kebangkitan Islam kali kedua ni dari Timur jauh. Bukan dari Timur Tengah. Zaman kegemilangan barat sudah sampai ke penghujung. Barat akan hancur dengan sendirinya kerana menolak agama. Menolak hukum-hukum Allah SWT. Hidup bersandarkan hawa nafsu sendiri. Tunggu je la. Masanya dah tak lama dah pun. Bijak pandai dia orang dah sakit kepala sebab dah tak tau apa nak buat. Dah tak jumpa formula yang boleh selamatkan dia orang.
Era baru sudah nak bermula. Kitalah bangsa yang di rahmati Allah untuk bangun dan memimpin kebangkitan di akhir zaman ini. Cari pemimpin yang lain. Pemimpin yang di rahmati Allah SWT. Pemimpin yang ada ilmu kerohanian. Bukan cuma ilmu sekular semata-mata. Pemimpin macam nilah baru dapat hidayah dari Allah. Pemimpin-pemimpin yang dok ada ni apa tak jadi. Ngabihkan boreh boleh la…
Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus
Founder
World Islamic Chamber Of Commerce
Komen aku : Bang, artikel ni buat aku termenung sekejap! Bravo bro
Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani….
Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?
Part 13 - Sekapur Sireh
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
Bosan la pak lan nie.. Hebat sangant ker pak lan nie sampai nak tarbiah kami semua nie.... Duk cerita pasal DSAI ngan Najib Razak bagai..xhabih2 dgn cerita perjuangan melayu dan cerita pasal Raja2 Melayu tue... udah2 la tu Pak lan..sekarang musuh terbesar umat melayu adalah UMNO BARU.. Agenda terbesar rakyat Melayu malaysia sekarang adlah nak jauhkan UMNO BARU... Kenapa kami sokong DSAI dan Bukan Najib??? Persoalan itu yg patutnya dijawab dan dikupas Pak Lan..... Benar atau tidak UMNO itu pengkhianat?? Itu yg patut dikupas Pak Lan... Salam
ReplyDeleteBodo piang x sudah,da dikata dalam dunia ni x perlu parti,tp sistem pimpinan khalifah,dan raja itu adalah khalifah dan wajib bgnya menggalas tanggungjawab sebagai khalifah mukmin
DeleteCayala Pak Lan. Artikel ini sungguh bermakna bagi rakyat Malaysia terutama bangsa anak Melayu kita yang hidup dlm masyarakat majmuk.
ReplyDeleteSaya fikir artikel ini 'top class' dan patut disiarkan di media arus perdana supaya rakyat Malaysia dapat menilai kita ni berada di tahap mana di bumi Allah yang sementara ni.
Harap aja kita ni manusia yang berakal fikiran tapi dalam bab Rukun Negara yang lima ni pun kita tidak berapa faham.
Saya berharap sangat artikel Pak Lan ini dpt dibaca oleh semua anak Melayu dan rakyat Malaysia yang berakal dan matang supaya kita semua tidak buta hati dan kurang kesedaran tentang hidup yang sementara dan masing-masing dok tercari-cari makna hidup.
Dahla kita semua ni duk dalam musim tengkujuh dan musim pra-pilihanraya sekarang ini. Demam musim tengkujuh dan pra-pilihanraya sungguh memberi kesan pada rakyat Malaysia yang matang. Minta-minta lah doa pada Allah kita semua diberi petunjuk dan hidayah supaya pemimpin kita dapat ambil perhatian dan berubah (selepas baca artikel Pak Lan ni). Insya Allah.
Pada Uncleseekers saya berbangga dengan kewujudan blog ni sedikit sebanyak banyak beri kesedaran pada saya & pembaca blog lain akan peri pentingnya keamanan dan kemakmuran. Banyak benda2 baru boleh dipelajari dan inspirasi untuk masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Salam Sejahtera.
Pak Lan the best..... Harap2 semua pemimpin esp Raja2 melayu bangkit la jgn asik lena dibuai mimpi indah je... Mereka tk pnh merasa duduk dibwh ... tu psl on surface mcm aman damai je:.. Takhalnya tunggu masa je nk meletup
ReplyDeleteKorang paham tak...Nak suruh raja bangkit mcm mana....kat malaysia nie...sapa kontrol sapa....fikir-fikir kanlah.....
ReplyDeleteDear Poster,
ReplyDeleteYour article is misleading the entire history and you talk as though you are so smart in interpreting the Malaysian History. Things you translated was wrong... Please do homework even before you come out and post nonsense.
- Why are you talking so much of crap about things you dont even have knowledge about. such a nonsense post.
Pelik.. Berhujah kemain lagi.. Apasal x jadi perdana menteri jer pak lan? Xpun jadi sultan ke? Pandai sangat ni.. Abis semuanya x betul.Setakat pung pang pung pang kat blog uncle ni.. Pimai pimai tang tu jugak.. Jgn marah kena kritik.. Bodoh sombong namanya.
ReplyDeleteOk kupasaƱ g sgt baik bgus2 pk lan..cuma kt msia ni pyh ckit coz raja pon takut kt BN....SO tahla tunguu Allah turunkn bala yg amat dahsyat....bru nk sedar n insaf kot...skg ni kt new york dah d timpa bencana alam....msia bila lgi Allah je yg tahu
ReplyDeleteAyat tak reti bersyukur
Deletehahaha pak lan yang anggap diri dia je yang pandai melampau,sbb terlampau pandai uncle pon masukkan article dia ldm blog uncle, baik buang jer la benda cam sampah nie.,dia je yang betul,, aku nak tanya
ReplyDelete1.saper yang bermatian pertahan kan raja aka sultan, piii daaa tak der masa nyer aku nak pertahankan depa,
2.pak lan bijak kan, so pak lan layak dapat 1000000 undi hanya utk pak lan saja, naik pak lan jd PM kalau gitu, boleh blah laaa pak lan.
buang masa je aku duk baca kebodohan founder apa ntah nie, uncle tgk2 la sikit per yang nak dimasukkan dlm blog uncle nie...heehhe jangan bagi depa yang anggap diri terlalu pandai dan hanya dia je yang terpandai.. org lain mat rempit cam aku ni tak berpelajaran tak layak mengundi,, bengap ke per
terima kasih pak lan atas pencerahan... btw pak lan ni saper ye... ingat uncle seekers yg tulis
ReplyDelete- Noob
bosan... pemikiran yg agak dangkal. jenis orang yang merasakan dirinya sahaja yang betul.
ReplyDeleteJuara kampung mcm tu la.
DeleteSorak ja lebih. Bunyi nk kuat. Mcm tin kosong.
Lembu cucuk hidung mmg camtu x sedar diri,x dpt terima apa yang benar..all the best pak lan..kuatkan semangat,orang x suka makan ubat mmg mcmni,apa perasan muka kita nak mengundi menentukan hala tuju,alamat ikut nafsu je la,mmg jahanam negara
DeletePAK LAN
ReplyDeleteBALIK LA KAMPUNG
MALAS BACA TULISAN KAU
SEMUA NYA NAK BETUL.
BOSAN3
DUIT KERAJAAN KAU SAPU GAK
For malays .... I definitely VOTE for you Pak Lan tp kalau pak lan bertanding lah
ReplyDeleteSaya pun tak sokong 1Malaysia ni.... Mana boleh di samaratakan semua bangsa... Lg satu ayat 1 bangsa... ada ke semua bangsa jd 1 ... cubala duk negara lain takyah jauh dlm2 Asia ni je... ada ke yg disamaratakn .... Silap2 nk angkat muka pun tak berani.... Malaysia scenario je mcm ni takut tak dpt undi...
Bila uncle nk tulis plak...ape dah pencen ke
ReplyDeleteSalam. WOW! Satu ayat yg boleh menerangkan kagum sy ttg entri ini. Jujur kata ini komen sy yg pertama dlm mana2 blog. Sy blog walker, jarang nak komen2. Harap entri ni dapat dikongsi oleh ramai rakyat malayaia, syabas penulis. Harap dapat lebih byk bkongsi buah fikiran sperti ini. Tahniah dan terima kasih. -anak kenyalang-
ReplyDeleteSalam semua..
ReplyDeleteada jugak mamat yang bosan baca artikel Pak Lan?
yang peliknya tu baca sampai habis!
penulis ada menghentam pemimpin yang tak betul.
tapi penulis pihak lain tidak ada langsung menghentam pemimpinnya walaupun pemimpinnya buat tak betul berkali kali.
penulis mengajak kita berfikir dengan akal yang waras.
betul ke apa yang aku cakap ni?
Salam Semua..
ReplyDeletekorang semua rupanya tak faham lagi apa yang penulis cakap ye?
Tips unuk semua.
1)kalau korang baca dengan hati yang penuh hasad, api hasad tu makan balik apa yang korang baca. dah jadi abu macam mana nak faham!
tujuan penulis ialah untuk mengajar kita agar dapat berfikir dengan waras.
apa yang Pak Lan cakap memang betul.
kita berjuang pun setakat atas jalan raya je. apa standart?
lepas tu buat demo.
korang ingat negara arab yang suka buat demo kat jalan tu sekarang dah aman sangat ke yeop?
mana mau nye sistem islam duduk atas sistem demokrasi. penat je korang mengundi.. alih alih Dap jugak yang majoritinya banyak dalam parlimen.
apa la korang ni ..betullah kata pak lan tu...kalau ada cadangan atau hujah yg lebih baik ..bagila...jgn nak komen x tentu pasal.Kalau dia dah ada ilmu dan pengetahuan apa yg diceritakan sokongla la....kalau berani angkatla dia ramai-ramai jadi raja ke PM ke,kalau takat sorang-sorang je buang boreh jer...lagipon korang ni kalau x faham rasanya buanglah islam sebagai agama....pi anut agama lain jer...saya sokong apa yg pak lan perjuangkan....wasalam
ReplyDeletehmm.. pendapat yang menarik jugak bila dibaca.. demokrasi katanya, sape2 pon boleh bg pendapat.. orang lain tak payah emo sangat.. :p
ReplyDeleteBro..u nie biar betul.. cerita u pusing pusing....dah la boring nak mampus...post u bukan nye best pun...
ReplyDeletedah la cita tak tepat history pun dah lari...pastu ko tu nk buat satu agama je terbaik..yng lain tak baik pulak..ko nie biar betul.....pandai pandai je ko ni.
Kalau u nie baik n terbaik..u jadi PM je la atau Agung.. mangkuk betul dia nie..malas nk layan orng berlagk ...tut tut. pi dah. mcm orng kau la rosak kan yng lain..mcm parasit. u tngk la cermin dulu..u ni ok ke tak...u nie gold or diamond ke ...atau batu kt jalan..fakta dah la tak tepat.
Ada ke yang lebih baik dari agama islam?gilo punya komen,ko ingat fakta boleh menyelamatkan ko depan Allah ke?
DeleteThank you for such a fantastic web site. On what other blog could anyone get this kind of information written in such an insightful way? I have a presentation that I am just now working on, and I have been looking for such info.
ReplyDelete2 x 5 je ngan owner blog nih.....
ReplyDeleteSelama ni hany tahu menghafal dan menyebut kembali hafalan rukun negara tanpa memahami apa yang dihafal dan apa yang disebut. Tahniah pak lan kerana menghuraikan rukun negara. Tp maukah tuanku tuanku kite berubah mengikut apa yang dicanangkan oleh pak lan.
ReplyDeletela bukan uncle yg menulis ekk..patut la mcm sial gak..
ReplyDeletenaik bosan aku baca..baru baca satu entri rasa xmenarik lgsung..
ni mesti jenis nak publisiti murahan