Saturday, November 10, 2012

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 12)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 12)


Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?

PRU 13 ni… makin dekat makin merisaukan teman. Ramai dah kawan-kawan yang bercakap kononnya kali ni akan berlaku pertumpahan darah. Ramai jugak yang percaya benda itu pasti akan berlaku. Teman pun rasa macam tu jugak. Suasana kat sana sini memang makin tegang. Makin hari makin panas. Isu-isu panas pun makin banyak yang keluar.

Apa yang merisaukan adalah isu-isu yang agak sensitif. Isu-isu yang melibatkan agama Islam dan umat Islam.Yang herannya asyik isu yang menyentuh soal agama Islam je yang dok keluar. Isu agama ni kalau tidak di tangani dengan berhemah ianya boleh membawa mudharat.

Yang terbaru kenyataan Nurul Izzah, naib presiden PKR. Dia menyatakan bahawa ‘ tiada paksaan dalam agama ‘sepatutnya bukan hanya untuk orang bukan Melayu sahaja tetapi hendaklah di guna pakai oleh orang Melayu juga.

Tiada paksaan dalam agama tidak bermakna boleh keluar dari Islam sesuka hati. Ini perlu difahami oleh seluruh umat Islam. Jangan sekadar ambik permukaannya sahaja. Dalam Islam isu ni dah jelas. Orang yang dah masuk Islam kalau keluar daripada Islam yakni murtad wajib di bunuh.

Dalam konteks orang Melayu di Malaysia, setiap orang Melayu itu sudah pasti beragama Islam. Status ini berbeza dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Orang Arab misalnya, tidak semestinya orang Arab itu Islam. Begitu juga dengan orang Jawa di Indonesia. Mereka itu tidak semestinya beragama Islam. Ada yang beragama Hindu dan ada yang beragama Kristian. Itu uniknya bangsa melayu di Malaysia ini.

Sebagai seorang muslim janganlah semberono dalam memberikan kenyataan mengenai Islam. Kenyataan seperti itu bukan lahir dari pemikiran Islam tapi lebih di pengaruhi oleh pemikiran orientalis barat. Keterbukaan dalam Islam tak bermakna bertelanjang terus. 

Satu benda saja yang bertelanjang bulat dalam dunia ni. TAIK!  Apalagi kalau bukan yang tu? Ingat tu!

Sebelum tu timbul lagi isu pasal Hudud. Kali ini Presiden MCA pulak. MCA ni pun satu, macam DAP gak. Biadap dan celupar. Tak payah usik la soal hudud ni. Hudud is hudud brader. Mana ada hudud PAS atau hudud UMNO. Hudud ajaran pokok dalam Islam. Kalau ditinggal fasiq dan kalau ditolak jadi kufur. Habis cerita.Memang dah mutlak. Tak perlu dibahas lagi dah. Memang dah jadi kewajipan umat Islam untuk tegakkan hudud. Tak kisahlah siapa pun yang perjuangkan hudud ni. Yang penting umat Islam kena sokong. Kena sama-sama tegakkan. Tegakkan hudud ni satu kewajipan bukannya pilihan. Cari alasan untuk buat bukan cari alasan untuk tak buat. Itu yang sepatutnya.

Janganlah banyak sangat alasan dan banyak sangat taklik. Banyak sangat taklik ni yang buat keadaan jadi huru-hara. Zaman Rasulullah dulu, baginda tak pakai taklik-taklik pun. Datang je perintah Allah terus je baginda laksanakan. Yang banyak pakai taklik ni ulamak. Ulamak bukan Nabi bukan Rasul. Tolak pendapat ulamak tak rosak aqidah. Tapi tolak hadis tolak sunnah boleh jatuh kufur. Hati-hati kalau nak bercakap.

Lagi satu, apa yang nak takut sangat dengan hudud ni? Orang baik tak perlu takut dengan hudud. Orang jahat je yang perlu takut dengan hudud. Orang jahat yang tak mahu hudud ni di tegakkan. Dan kita kena ingat, selagi hudud belum dapat di tegakkan dalam sebuah negara yang mengaku Islam maknanya di negara itu masih terlalu ramai orang jahat. Sebab itu tak berani nak tegakkan hudud.

Ini masalahnya dengan demokrasi. Semua orang boleh bercakap apa saja. Sampai orang bukan Islam pun berani cakap pasal Islam. Bukan tak boleh nak bercakap pasal Islam ni tapi dah paham betul ke tentang Islam? Dah tau ke beza antara USUL dengan FURUQ? Kalau belum tau beza tak payah cakaplah pasal Islam. Memang tak layak pun.


Satu lagi isu yang muncul baru-baru ni ialah isu Al-Arqam. Tak habis-habis dari dulu sampailah sekarang. Inilah masalahnya bila benda-benda macam ini kita cuba selesaikan dengan kuasa yang ada. Bukan semua masalah kita boleh selesaikan dengan kuasa atau dengan undang-undang. Inikan Negara Islam. Bila ada isu-isu macam ini selesaikanlah secara musyawarah. Bukan terus gunakan kuasa gunakan undang-undang. Masalah tak selesai juga.

Masalah ini bukan masalah kecik. Ini soal aqidah sebuah jemaah. Jemaah yang menjadi panutan puluhan dan mungkin ratusan ribu orang. Jemaah yang ramai peminat. Jemaah yang dah terkenal di peringkat antarabangsa. Jemaah yang dah terbukti di depan mata masyarakat berjaya mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup hampir dalam setiap lapangan.

Dan yang paling hebat tentang Al-Arqam ni… Inilah satu-satunya Jemaah Islam di seluruh dunia yang mampu mengamalkan poligami. Mana ada Jemaah Islam lain yang mampu mengamalkan poligami macam Al-Arqam?  Bab poligami ni jangan main-main. Ini pun ajaran pokok dalam Islam. Menolak poligami ni kufur. Lain kali kita bahas soal poligami ni ok… 

Masalah besarnya dalam isu Al-Arqam niialah bila kita persoalkan aqidah orang, orang akan persoalkanlah aqidah kita. Aqidah kita ni dah betul sangat ke? Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengeluarkan fatwa yang mengatakan bahawa Al-Arqam sesat bagaimana pulak dengan aqidah organisasi-organisasi yang lain? Contohnya macam UMNO dan PAS. Ini pun organisasi umat Islam juga. Dah betul ke aqidah kedua-dua organisasi ni? Sedangkan kedua-duanya masih mendukung demokrasi. Masih mendaulatkan kuasa rakyat. Masih menjunjung idealogi manusia. Bukankah sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung wahyu Illahi? Kenapa nak junjung idealogi manusia?

Berbanding dengan PAS, UMNO lebih hebat lagi. Sebab dia ada kuasa. Dia yang menjadi tonggak kerajaan. Dengan kuasa inilah sepatutnya ‘Amar Maaruf Nahi Mungkar‘ ini di tegakkan bukan sebaliknya. 


Ini tidak, dia pulak yang menghalalkan riba, menghalalkan judi, menghalalkan arak. Dan banyak lagi. Dan yang paling dahsyat menghalalkan kekufuran untuk dipromosikan secara terang-terangan. Bahkan sekarang ni, program mempromosikan kekufuran ini dibantu pulak. Berapa banyak dah kerajaan mengeluarkan bantuan kepada kuil-kuil, tokong-tokong dan gereja-gereja? Kalau itu bukan membantu mempromosi kekufuran lalu itu kita nak panggil apa?


Takkan semua itu kita kena anggap norma? Apa kita sudah lupa yang Malaysia ini adalah sebuah negara Islam? Dalam sebuah Negara Islam, benda-benda tu semua bukan norma. Tapi itu adalah suatu kesesatan yang nyata.Terang-terangan.

Takkan semuanya jadi halal kerana ini masyarakat majmuk. Semuanya jadi halal atas nama demokrasi. Semuanya jadi halal kerana dalam demokrasi kita perlukan sokongan semua pihak. Dalam demokrasi kita perlukan undi semua pihak. Kalau dah tau demokrasi boleh menyebabkan kita kufur kenapa nak terus bergayut lagi dengan demokrasi?

Kenapa pihak yang berwajib seperti Majlis Raja-Raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan berdiam diri? Kenapa tak keluarkan fatwa? Kenapa bila kerajaan yang buat semuanya halal walaupun bertentangan dengan agama dan bertentangan dengan perlembagaan?

Kerajaan mungkin tak sedar atau buat-buat tak sedar yang benda-benda macam ini menguris hati orang Melayu. Menguris hati umat Islam. Dengarlah rintihan umat Islam. Janganlah pekakkan telinga dan buat bodoh je. Kesabaran umat ada sempadannya. Belajarlah dari apa yang sudah berlaku di Timur Tengah. Belajar dari peristiwa ‘Arab Spring‘.

Pemimpin-pemimpin kanan kerajaan kena rajin baca blog baru boleh tahu rintihan dan suara hati rakyat. Cerita-cerita macam ni tak keluar dalam media arus perdana. Tapi yang tak keluar dalam media arus perdana tak bermakna benda tu tak wujud. Benda-benda macam ni umpama api dalam sekam.

Tak bermakna bila kita gembar-gemburkan Plan Transformasi Negara ianya mampu menutupi isu-isu yang lain. Terlalu banyak isu-isu yang hampir dengan hati rakyat tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan. Ini yang buat rakyat makin meluat dengan kerajaan. Sekarang ni, kakitangan kerajaan pun dah ramai yang meluat dengan kerajaan.

Sudah bersediakah BN untuk kehilangan kuasa pada PRU 13 ini?

Semua orang tau BN sanggup buat apa saja untuk kekalkan kuasa. Dah jadi rahsia umum. Kalau tidak takkan rakyat sanggup berarak di jalanan buat demontrasi untuk meminta pilihanraya yang bersih. Bukan sekali tapi sampai tiga kali. Bukannya yang turun berarak tu tak tau risiko yang bakal di hadapi. Terpaksa berhadapan dengan polis. Berdepan dengan bom asap. Di siram dengan air gatal. Dia orang tau risikonya. 


Tapi kenapa dia orang ni masih berani dan sanggup turun ke jalan-jalan raya untuk berdemontrasi?

Rakyat dah hilang keyakinan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Banyak yang SPR perlu buat untuk memulihkan keyakinan rakyat. Jangan ambik mudah dengan keyakinan rakyat. Nanti buruk padahnya.
Semua orang maklum, BN dah memerintah 55 tahun takkan nak bagi senang-senang kat PR untuk take-over. Ini yang akan jadi masalah besar nanti. PR pulak memang dah confident abis dah yang kali ini dia orang akan menang. Aleh-aleh nanti bila keluar pengumuman kalah pulak…bayangkanlah apa yang boleh terjadi waktu tu!

Semua pihak kena sedar bahawa PRU ke 13 ni tak sama dengan PRU-PRU yang sebelumnya. PRU sekali ini menampilkan pertembungan dua kelompok Melayu yang besar. Bila Melayu dengan Melayu dah nak bertembung, macam-macam boleh jadi. Isu bangsa dan agama yang akan jadi pertaruhan. Di tambah pulak dengan keadaan hari ini. Keadaan ekonomi makin meleset. Rakyat makin tertekan. Mudah stress. Mudah naik angin. Banyak yang berharap PRU kali ini mampu membawa perubahan. Mampu membawa harapan baru.



Bayangkan kalau harapan dan mimpi-mimpi indah ini tidak menjadi kenyataan…

Jadi kepada semua pihak yang terlibat, hati-hati. Jangan ghairah sangat berpolitik. Jangan sampai semua benda nak di politikkan. Jangan kerana dek terlampau ghairah sangat nak mengejar kuasa sampai lupa segalanya. Lupa bahawa setiap tindakan itu ada kesannya. Jangan sampai nasi dah jadi bubur baru kita nak menyesal

.
Untuk apa semua ini? Untuk apa sampai nak bergaduh-gaduh? Sampai nak berbunuh-bunuh, sampai nak bertumpah darah kalau pada akhirnya, kuasa yang ada hanya akan lebih menjauhkan kita dari Allah SWT?

Kepada semua pihak berhati-hatilah! Jangan sampai peristiwa 13 Mei berulang lagi. Tak ada siapa yang untung. Tapi yang pastinya rakyat terbanyaklah yang akan rugi dan menderita.

Pak Lan
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World Islamic Chamber Of Commerce

Komen aku : Pak Lan, fikiran dan tindakan masyarakat Melayu semakin dewasa dan bukannya seperti tahun 1969.
Maaf kerana saya kurang bersetuju dengan pendapat anda. Untuk para pembaca semua, perancangan tuhan adalah yang terbaik.


"AND [remember, O Prophet,] how those who were bent on denying the truth were scheming against thee, in order to restrain thee [from preaching], or to slay thee, or to drive thee away: thus have they [always] schemed: but God brought their scheming to nought - for God is above all schemers
(AlAnfal 30)
 
Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem

  

17 comments:

  1. Dear PuKi Lan

    Buzz of from this page and stop posting your repeated copy cat post...BORED understood.


    Uncle,
    You going to lose many visitors soon i guess due to this type of people posting on your page...

    ReplyDelete
  2. satu lagi artikel untuk budak baru habis sekolah. hang ingat yang baca blog ni budak-budak lagi ke?

    ReplyDelete
  3. 'Dalam konteks orang Melayu di Malaysia, setiap orang Melayu itu sudah pasti beragama Islam'.

    soalan: sapa kata lagu tu? perlembagaan persekutuan? quran? hadis?

    'Itu uniknya bangsa melayu di Malaysia ini'

    unik atau pelik?

    ReplyDelete
  4. sayang kalau founder world islamic chamber of commerce ini,dayafikirnya terlalu jauh kebelakang seperti ini.

    jumud dan curiga dengan potensi dan kematangan bangsa sendiri.



    ReplyDelete
  5. buka la blog sendiri paklan oiii..

    tak perlu la menumpang nama orang lain..

    orang klik sini, nak baca uncleseeker punye cerita, bkn orang lain..

    ReplyDelete
  6. Alamak..silap blog rasanye.

    Aduh...siapa mamat nie biar betul dia nie takde bahan lain ke nk post n jadi famous.

    Woi orang yang baca blog skrng nie dah pandai dah ada fikiran sendiri..nie bukn UMno bang. Pi dah..founder konon mangkuk hayun.

    Delete la post mamat nie..unfriend ke..tk nk tngk mamat nie la..mengarut.

    ReplyDelete
  7. siapa yang kata begitu dah ramai melayu kawin dengan bangsa lain jadi bangsa itu tinggal agama begitu saja cuma masitoh dan hasang ali buat tak tahu..adakah dah dihukum bunuh..

    ReplyDelete
  8. joe pialang,
    betul la tu pak lan kata.. ini realiti... melayu lahir lahir dah islam.. x kan kristian ke buddha plak.. apa da.buka la sket minda..
    setakat cakap itu ini tp dia sendiri x de idea baik x payah..comment.

    ReplyDelete
  9. please la gua malu dengan melayu berfikiran sempit macam ni,geli.

    ReplyDelete
  10. Tolong lah jangan dok merapu kat sini,saya geli membaca tulisan saudara yang sempit dan kurang cerdik ni.

    ReplyDelete
  11. salam...

    maaf, ini sekadar pandangan peribadi... saya bersetuju dengan artikel ini.. cuma satu saja yg saya kurang bersetuju. kalau pembangkang mengatakan SPR tidak mengendalikan pilihanraya secara bersih, bagaimana pulak mereka boleh menguasai 5 negeri pada PRU12? itu sahaja kot...

    feez123

    ReplyDelete
  12. blah la pak lan. walaupun wa sokong bn, lu punya idea zaman tok kadok boleh la. blah aje la pak lan. bosannn aaaa lu

    ReplyDelete
  13. kepada pengkomen semua,

    jangan marah2...hehehheh, uncle dah bagi kita komen dlm blog dia, sudah cukup baik...

    just aku bagi komen pada pak lan ni...janganlah terikut pada pihak yang suka menyanyikan lagu 'anak kecil main api'...

    pak lan dah mcm penceramah BTN lahhh...sentiasa mengingatkan org melayu betapa jahatnya bangsa lain pada org melayu...

    cuba fikirkan betapa banyaknya tanah melayu telah bertukar tangan??? siapa punya kerja tu??? org asing ke???

    belom lagi cerita bab saham2 melayu yg bertukar tangan...org asing punya kerja ke???

    macam ni lah pak lan, banyakkan lah beri cadangan pada pemerintah melayu supaya mereka tersedar dari lamunan ribu-riban...

    satu cadangan aku...pak lan bolehlah cakap pada pemerintah supaya tanah rezab melayu yg tinggal suam2 jer ni...dibuat perjanjian baru yg mana selagi ada bulan dan matahari tak boleh diubah status....macam british buat perjanjian dulu2 kala....amacam???

    tak gitu uncle senyum2!!!

    ~mat kampau~

    ReplyDelete
  14. sekali lagi nak bagi cadangan pada pak lan. (entah dia baca atau tidak) sebelum posting sila buat list point2 dulu. mcm karangan zaman sekolah-sekolah dulu, baru nampak kemas dan tak berleter macam mak berleter.

    ReplyDelete
  15. Serious,uncle,makin bosan dengan pak lan.

    ReplyDelete
  16. Tolong lah jangan izinkan pak lan ada dalam blog uncle . Boleh jatuh hukum syirik lama2 baca tulisan dia=.=

    ReplyDelete
  17. penulisan drpda wak lan tntg kebebasan beragama sgguh mnggelikn hati....!!
    malaysia ni lebih kpada kuantiti tp kualitinya hancur....yg rmai itu sbnarnya hanya mncemarkn nama islam itu sndiri secara tdk sdar....klu seseorng tu nk kluar agama lantak pi la....jnji dia tak trus mncemarkn agama dengan kelakuan bkn islam tp brstatus islam.!!
    ya,, korang yg sedar dgn kebgkitan islam dgn dinar dan dirham bagus cuma korang ni tdk layak utk brada di lndasan tu....korang ni lebih terpedaya dgn kilauan emas tu......prjuangan akn hilang...ckup2 la wak lan....!!tdak akan berjaya berurusan dgn UMNO.....mereka dah berkudis dan bernanah...

    ReplyDelete

Salam!
Semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.